script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

GST Kad Pra Bayar Di Pastikan Perlaksanaan 6 Bulan Lagi !


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan memastikan pengenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berasaskan penggunaan bagi perkhidmatan prabayar telefon dilaksanakan dalam tempoh enam bulan.

Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, SKMM dan Kastam juga memastikan semua syarikat telekomunikasi mematuhi arahan kerajaan untuk melaksanakan kaedah itu seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini.

"Selain itu, pengauditan juga akan dilakukan bagi memastikan ketepatan nilai potongan GST berdasarkan nilai kredit yang telah digunakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rabu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa kabinet bersetuju agar GST ke atas perkhidmatan prabayar telefon dikenakan berdasarkan penggunaan.

Kerajaan juga bersetuju agar kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan.

Menurut Ahmad Shabery, langkah itu kerana kerajaan berpandangan ia adalah lebih sesuai di mana kerajaan tidak akan mengenakan cukai sebelum perkhidmatan digunakan.

Halim berkata, SKMM turut akan memantau saranan Ahmad Shabery yang meminta syarikat telekomunikasi melaksanakan diskaun bagi perkhidmatan mereka untuk kumpulan sasar tertentu seperti golongan pelajar.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata pihaknya akan mempergiat pemantauan ke atas pembangunan proses penukaran GST berasaskan penggunaan untuk tambah nilai prabayar itu.

Katanya, ia bagi memastikan pelaksanaan sistem ini berjalan lancar dan telus serta mengelak kekeliruan yang akan timbul pada masa akan datang.

Katanya, buat masa ini, pengenaan GST atas tambah nilai prabayar akan diteruskan pada kaedah sedia ada sehingga sistem 'beli RM10 dapat RM10' dilaksanakan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.