Menurut Shukri ugutan berupa mesej itu telah dihantar ke wall Facebook beliau sekitar jam 1.23 pagi tadi. Antara lain mesej tersebut memaparkan perkataan.. "Cari kes ni... Lepas ni ada orang cari.... bersedia" kata Shukri kepada PDO.
Artikel berkenaan(Panas: Lagi Ketiadaan Adnan Di Program PM Memusykilkan) yang dipetik dari facebooknya juga telah disiarkan di blog ini, namun dikeluarkan selepas dimaklumkan oleh beliau.
"Saya amat kenal .. individu yang membuat ugutan itu... dan saya tidak teragak-agak untuk menyebarkan gambar-gambar beliau sekiranya apa-apa berlaku terhadap diri saya... Tentang kenyataan saya yang mempertikaikan kehadiran Adnan pada majlis bersama PM itu, ianya adalah hak saya sebagai rakyat negeri Pahang. Saya hanya musykil ke mana hilangnya MB.. sedangkan inilah juga yang diperkatakan oleh rakan-rakan dalam UMNO itu sendiri.. Mana mungkin dua program besar MB tiada disamping PM", kata Shukri.
"Saya syak ugutan berkenaan dibuat kerana pihak terbabit menganggap saya telah membuat fitnah.. sedangkan jelas sekali MB tiada pada program tersebut.. makanya saya ada hak untuk mengetahui cerita sebenarnya... ", tambah beliau lagi.
"Sepatutnya pegawai JASA terbabit membuat kenyataan media dan melaporkan di mana MB Pahang berada.. bukannya menggertak saya dengan ugutan seperti itu.. Saya tidak teragak-agak untuk membuat satu laporan polis terhadap ugutan yang dibuat oleh beliau..", kata Shukri.
PDO akan membuat siasatan untuk mengenal pasti, siapakah Pegawai JASA yang tergamak membuat ugutan gara-gara persoalan yang dikemukakan. Sewajarnya JASA menjawab secara profesional dan bukannya menggunakan ugutan sebagai budaya politik. Laporan lanjut menyusul. #PDONEWS







Betul ke sebab 'Kes Ugutan' PDO keluarkan artikel tersebut? Atau takut dikenakan tindakan undang - undang kerana menyebarkan fitnah memburukkan nama MB Pahang?
BalasPadamLain kali, kalau nak buat cerita, semak dulu fakta. Jangan main buat ikut sedap hati je. Bila dah kena batang hidung sendiri, pandai pulak nak tuduh orang 'Ugut'.
faktanya bukankah MB turut berada dalam program bersama Muhyiddin di Janda Baik baru2 nih.... siap ada dalam video tu sebagai bukti... hehehe
BalasPadam