script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib: UMNO Berjaya Menang Lebih Banyak Kerusi PRU-13 !


SHAH ALAM:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa prestasi BN kini lebih teruk berbanding Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebaliknya, beliau yang juga Presiden Umno menegaskan parti itu menang lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding PRU12.

“Pada PRU13, BN menang 11 negeri berbanding sembilan dalam pilihan raya umum sebelumnya. Kita berjaya mendapatkan Kedah, kekalkan Terengganu dan bertambah kuat di Perak.

“Umno menang lebih banyak kerusi pada PRU13 berbanding PRU12,” katanya dalam blognya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa prestasi BN kini lebih teruk berbanding sebelum ini.

Sementara itu, Najib turut menegaskan, bagi memastikan BN berubah menjadi lebih baik, beliau perlukan masa.

“Insya-ALLAH, program transformasi sedang dilaksanakan yang akan pastikan mereka yang memimpin kerajaan BN mampu merealisasikan janji mereka,” katanya.

Najib dalam blognya hari ini menyenaraikan 13 isu atau tuduhan terhadapnya dan beliau telah menjelaskan kesemua termasuk isu prestasi BN dalam PRU13. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.