script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib Dakwa Beliau Juga Boleh Memimpin Negara 22 Tahun


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesaknya meletak jawatan sambil menegaskan beliau adalah Presiden Umno pertama yang dipilih menerusi sistem perlembagaan parti yang baharu.
"Saya presiden yang dipilih secara demokratik terbuka. Kalau dulu 2,600 orang di Kuala Lumpur (pemilihan). Dulu ada undi bonus... lepas itu ganti dengan kuota. Nak cabar presiden kena dapat 63 bahagian. Ingat senang ke nak dapat? Tidak mudah.
"Sebab itu dia (Dr Mahathir) boleh kekal 22 tahun...kalau saya nak kekal 22 tahun pun boleh tetapi saya nak dipilih dengan ikhlas... dipilih dengan demokratik. Tapi kenapa ganggu saya?," katanya pada majlis sepetang bersama veteran Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.
Najib berkata, beliau enggan mendedahkan beberapa kepincangan semasa di era pemerintahan Dr Mahathir kerana ia akan menjejaskan parti.
"Ingat masa Tun M tiada masalah. Zaman dia lagi banyak masalah cuma saya tak cakap, buka pekung di dada nanti merugikan kita," katanya.
Sebaliknya, Najib berkata beliau mahu menyelamatkan parti dan yakin masalah dalaman parti itu boleh diselesaikan menerusi rundingan bersama.
"Kita nak jaga parti... parti adalah penyelamat kita. Jangan binasakan Umno,  sayangkan Umno. Kalau kita ada masalah kita betulkan,  kita runding bersama. Saya yakin tak ada benda yang tak boleh diselesaikan termasuk 1MDB," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.