script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wang Tahanan 20%, ANAK Serah Memorandum Bantahan !


JENGKA: Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman bersama Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man mengiringi peneroka felda menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengawal Wilayah Jengka, Dato' Shaari Din pada 25 Mei lalu.


Didahamkan tindakan iti berikutan Felda akan menguatkuasakan wang tahanan 20% kepada peneroka yang menjual hasil ke kilang sawit mulai Jun ini. Ia bertujuan memudahkan Felda menolak hutang peneroka seperti Kos Tanam Semula, pinjaman rumah dan lain lain.


Perbincangan dengan Dato' Shaari Din memperakukan status peneroka yang berbeza. Ada peneroka yang tiada langsung hutang dengan felda kerana mereka urus kebun secara persendirian dari awal. Potongan sekitar RM50-100 boleh dikenakan merangkumi bayaran JKKK, khairat, jalan pertanian dan insuran ladang. Ada peneroka yang asalnya serah felda, kemudiannya ambil semula pengurusan. Mereka ada baki kos tanam semula dan pinjaman perumahan.


ANAK ambil inisiatif untuk listkan nama-nama peneroka mengikut kategori dan serah semula kepada Pengurus Felda ditempat masing masing dalam masa terdekat. Jangan ' borong' semua peneroka dikenakan tahanan 20%. Kontroversi timbul kerana surat pekeliling yang dikeluarkan sesetengah Pengurus Felda mengelirukan dan diakui sendiri oleh Dato' Shaari Din. Beliau dipercayai mengadakan pertemuan dengan pengurus-pengurus Felda bagi menyelaraskan tindakan.


"Saya agak terkilan dengan persepsi negatif Dato' Shaari Din. Beliau menganggap kehadiran saya dan Dato' Tuan Ibrahim mencampuri urusan Felda dan kononnya ada kepentingan politik. Sepatutnya, sesuatu peraturan di buat dengan teliti. Di bawa berbincang terlebih dahulu. Pengurus Felda jangan ego dengan arahan di peringkat Ibu Pejabat Felda. Bila arahan di muktamadkan tanpa mengambil kira hujah peneroka, rasa tidak puashati pasti berlaku. Ini bukan cerita 20-30 tahun dulu, di mana peneroka mesti jadi pak turut semata mata", Kata Mazlan.

"Sepatutnya pengurusan Felda ucap terimakasih kepada ANAK kerana kita menjadi orang tengah untuk selesaikan masalah. Jika tidak, macam macam boleh berlaku; nama baik Felda terus tercalar sampai bila bila. Adalah kolot jika mereka buat 'musuh' kepada pihak yang ingin membantu dan menjalinkan kerjasama", tambah Mazlan lagi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.