script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mangsa Banjir, Warga Emas Terima Bantuan Rumah Baharu


TEMERLOH: Sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini sudah tentu satu rahmat yang tidak pernah terfikir di benak fikiran seorang warga emas di Kampung Loyang, Sanggang di sini apabila menerima sebuah rumah baharu.
 
Serimah Simin, 76, antara mangsa banjir di daerah Temerloh yang mengalami kerugian apabila kediaman ditenggelami banjir besar hujung tahun lalu bersyukur dengan bantuan kerajaan tersebut.
 
Menurutnya, selepas banjir besar hujung tahun lalu, dia tidak pernah menyangka akan menerima sebuah rumah yang ternyata jauh lebih selesa, dibina kerajaan bagi menggantikan rumah lamanya.
 
“Sudah tentu saya bersyukur, sekarang Ramadan, bulan yang penuh rahmat dan tidak lama lagi kita akan sambut Syawal, sudah tentu ini merupakan pemberian yang sangat dinantikan,” katanya.
 
Serimah ditemui pada majlis penyerahan rumah mangsa banjir yang disempurnakan Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Temerloh, Yusuf Abd Ghani.
 
Turut hadir wakil Majlis Keselamatan Negara Muhamad Amin Safie, Penghulu dan Ketua Kampung Loyang serta kakitangan JKR Temerloh.


Yusuf berkata, bagi daerah Temerloh sebanyak lima unit rumah yang sama dibina JKR telah disiapkan sejak banjir besar melanda hujung tahun lalu manakala baki tiga lagi akan diserahkan kepada pemilik menjelang Syawal ini.
 
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan JKR Temerloh yang beri komitmen baik sepanjang proses pembinaan rumah itu.
 
“Sokongan daripada wakil rakyat, jabatan dan agensi lain yang berkaitan dan penduduk kampung di setiap kawasan pembinaan rumah ini juga sangat baik,” katanya. #sumber
Share:

Bufet Ramadan: Dua Hotel, Restoran Iklan Tanpa Sijil Halal


KUANTAN: Dua hotel dan dua restoran di bandar ini yang tidak mempunyai sijil halal dikesan melakukan kesalahan iklan bufet Ramadan dan berbuka puasa dalam operasi bersepadu yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang, di sini, baru-baru ini.

Dalam operasi dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) itu mendapati hotel berkenaan bukan sahaja mempamerkan iklan bufet Ramadan dan Berbuka Puasa melalui risalah tetapi turut membuat promosi di radio dan laman sosial.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Noridzuan Abdul Manan berkata, sebelum ini, sijil halal hotel terbabit ditarik balik oleh pihak berkuasa kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Bagaimana pun, pihak hotel tersebut masih mengiklankan bufet Ramadan di media massa manakala sebuah hotel lagi yang terletak di bandar Kuantan turut melakukan kesalahan sama apabila mengiklankan promosi berbuka puasa pada banting.

“Kita mengarahkan mereka untuk menurunkan semua banting dan menarik balik promosi melalui media massa yang dilakukan. Pemantauan secara susulan akan dijalankan untuk memastikan pihak hotel dan restoran peka terhadap perkara itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Negeri, Alwi Abd Hamid berkata, restoran dapur sebuah restoran di Indera Mahkota dikenakan tiga kompaun oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kerana pekerja memakai selipar manakala sebuah restoran Nasi Arab pula dikenakan kompaun atas kesalahan tidak mengambil suntikan kesihatan.

“Selain itu, sebuah hotel turut dikenakan tiga kompaun oleh MPK atas kesalahan tidak memberikan suntikan kesihatan kepada tiga pekerja dan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan kerana gagal meletakkan tanda harga pada air minuman.
“Operasi ini akan dijalankan secara berterusan untuk memastikan pihak hotel dan pemilik restoran peka terhadap peraturan yang harus dipatuhi terutama membabitkan kebersihan, halal dan tanda harga,” katanya. #sumber
Share:

Pemimpin Pembangkang, Bawa Isu Bauksit Kepada SPRM !


KUANTAN: Pemimpin pembangkang negeri ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa suruhanjaya itu menjalankan siasatan ke atas empat agensi kerajaan dalam isu pengangkutan bauksit yang semakin tidak terkawal.

Empat agensi yang dimaksudkan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia Bahagian Trafik dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

ADUN Beserah, Andansura Rabu (foto) berkata, laporan berkenaan dibuat apabila aktiviti memunggah bahan mineral dilihat semakin tidak terkawal dan seolah-olah tiada sebarang penguatkuasaan yang dilakukan pihak berkaitan. 

“Saya minta SPRM menyiasat agensi yang mempunyai bidang kuasa dan peraturan mengawal kenderaan di atas jalan dengan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka serta memberi pengajaran kepada pengusaha agar mematuhi peraturan.  

“Perkara ini sudah lama berlarutan, namun apa yang mengecewakan apabila tiada sebarang tindakan dan pemantauan dilaksanakan agensi berkaitan membuatkan lori,” katanya ketika ditemui di Lobi SPRM di sini, kelmarin.



Menurutnya, kebanyakan lori mengangkut bauksit tidak menggunakan laluan yang dibenarkan kerajaan sebaliknya menggunakan laluan di kawasan Sungai Karang untuk ke Pelabuhan.

Katanya, laluan berkenaan digunakan kerana ia menjimatkan tempoh penghantaran iaitu sekitar tiga hingga empat jam berbanding menggunakan Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan bagi tujuan mengangkut.

“Lori ini mengejar trip disebabkan itu mereka menggunakan jalan yang lebih dekat walaupun tidak dibenarkan kerajaan. Dalam masa sejam saya lihat hampir 60 biji lori berada di kawasan itu (Sungai Karang ke Pelabuhan).

“Saya percaya perkara sebegini tidak akan berlaku jika adanya penguatkuasaan dan kawalan ketat dilakukan oleh pihak berkaitan. Kalau tiada pemantauan masalah sebegini tiada kesudahan,” katanya.

Andansura menjelaskan lebih 10 buah syarikat pengangkutan daripada pelbagai negeri menjalankan kerja pengangkutan.

Tambahnya lagi, melihat situasi berkenaan menyebabkan beliau terpanggil untuk membuat aduan kepada SPRM bagi menyiasat secara telus perkara berkenaan.

“Masyarakat mahu tahu apakah punca sebenar sehingga pihak penguatkuasaan tidak menjalankan pemantauan terhadap lori yang menjalankan kerja-kerja pemunggahan itu.

“Malah lori ini juga dilihat telah melanggar arahan kerajaan negeri akibat tiadanya pengawasan daripada pihak bertanggungjawab,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap SPRM dapat siasat dan mencari punca sebenar kepada aduan ini yang kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa atau rasuah.

Dalam pada itu, Andansura memberitahu pegawai SPRM ada memaklumkan terdapat individu lain tampil  membuat laporan yang sama sebelum ini.

“Jadi saya bukan orang pertama yang membuat aduan ini kerana ada segelintir masyarakat yang hadir membuat pengaduan berhubung isu bauksit,” katanya. #sumber
Share:

Ketua Polis Negara "Nafi", PDRM Cuba Melepaskan MARA !


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan cuba melepaskan MARA yang didakwa pecah amanah dalam pembelian sebuah apartmen di Australia.

Sebaliknya beliau berkata polis belum menemui unsur-unsur pecah amanah dan yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaklumkan kepada pihaknya jika ada.

“Saya tidak cakap tidak ada penyiasatan. Buat masa ini kita tidak nampak ada unsur-unsur pecah amanah. “Saya cakap semalam, buat ‘masa ini’ (tiada pecah amanah),” katanya.

Semalam Khalid dilapor memberitahu media bahawa keseluruhan siasatan akan dijalankan oleh SPRM dan polis tidak mendapati tiada unsur pecah amanah.

Khalid juga diminta mengesahkan sama ada Bahagian Jenayah Komersial (CCID) polis tidak akan terlibat. "Tidak pada masa ini,” katanya.
Share:

Anwar: Peguam Mahu 'Dapat Perintah' Tahanan Kediaman !


PETALING JAYA: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu beliau ditahan di bawah tahanan kediaman bagi membolehkannya mendapat akses rawatan dan penjagaan kesihatan.

Peguamnya R. Sivarasa mendakwa kesihatan Anwar merosot dengan cepat di penjara Sungai Buloh kerana tidak diberikan akses kepada rawatan yang diperlukan.

Bekas Ketua Pembangkang itu sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 2 Jun sebelum dibenarkan keluar pada 5 Jun.


Anwar dihukum penjara pada bulan Februari selama lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. #sumber
Share:

Sivarasa: Anwar Ada Ketumbuhan Pada Buah Pinggangnya !


KUALA LUMPUR: Peguam kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengeluarkan beliau dari penjara dan menempatkan tokoh itu bawah tahanan rumah.

Ini bagi membolehkan bekas ketua pembangkang itu mendapat rawatan kesihatan.

Dalam kenyataan akhbar hari ini, Peguam Sivarasa Rasiah dan Jared Genser berkata tahap kesihatan Anwar "semakin teruk dan amat membimbangkan" kerana beliau dinafikan rawatan perubatan yang sesuai.
Sivarasa dan Genser berkata Anwar kehilangan 6kg sejak penahanannya pada 10 Februari dan mengalami tekanan darah yang tidak menentu, ketumbuhan 4cm di buah pinggang, otot bahu yang terkoyak dan artritis kronik.

Antara rawatan lain, peguam berkata, Anwar memerlukan diet tanpa gluten dan fisioterapi intensif, yang tidak dapat ditawarkan di penjara Sungai Buloh.

Ini disimpulkan selepas Anwar dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada 2 Jun, di mana beliau telah ditempatkan selama dua hari.

"Para doktor melaporkan secara lisan bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut berkaitan beberapa isu kesihatan.

"Pihak penjara berkata ia masih belum menerima sebarang laporan kesihatan dari pihak hospital yang meminta ujian lanjut," kata peguam Anwar itu.

Dalam kenyataan itu juga, Sivarasa dan Genser berkata Anwar ditempatkan dalam kurungan bersendirian dengan disediakan baldi untk mandi dan tandas cangkung.

Mereka juga berkata keadaan panas dan lembab dengan pengudaraan yang menimum memburukkan lagi masalah kesihatan beliau. #sumber

Share:

MARA Di Dakwa Beli Lagi Hartanah, RM27 Juta Lebih Mahal


KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO), National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa satu lagi hartanah, 333 Exhibition Street dibeli Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada harga RM27 juta lebih mahal.
Pembelian hartanah itu pada harga AU$31 juta atau RM99.2 juta itu dibuat menerusi anak syarikat Mara iaitu Mara Inc.
Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli yang mendedahkan perkara itu pada Selasa berkata, ia berdasarkan dokumen dalaman pada sesi taklimat 20 Mei 2014 mengenai pelaburan Mara Inc dan maklumat laman web dana hartanah, Quintessential Equity yang melaporkan urus niaga penjualan bangunan berkenaan.
Katanya, dokumen berkenaan turut diberikan kepada Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa ketika lawatannya ke Australia.

Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, bangunan itu dijual kepada satu syarikat yang tidak dinamakan pada harga AU$22 juta pada Oktober 2012.

"Lebih kurang enam bulan selepas itu pada Mac 2013, Mara Inc membeli bangunan ini pada harga AU$31 juta (RM99.2 juta) iaitu AU$9 juta atau RM27 juta lebih mahal dari harga yang dibeli daripada Quintessential Equity.
"Kenapa Majlis Mara Inc membeli 333 Exhibition Street yang harganya RM27 juta lebih mahal dari harga pasaran? Dari syarikat mana dan siapa Mara Inc membeli bangunan ini," soalnya pada sidang media di pejabat NOW di sini, Selasa.
Mara baru-baru ini mencetuskan kontroversi berikutan dakwaan pembelian hartanah Dudley International House pada harga lebih tinggi iaitu daripada AU$17.8 juta kepada AU$22.5 juta (RM65.3 juta).
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, ini jelas menbuktikan bahawa pembelian 333 Exhibition Street melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian Dudley House.
"Jika Dudley House terlebih bayar sebanyak AU$4.75 juta (RM13.8 juta) maka harga yang dibayar oleh Mara Inc untuk 333 Exhibition Street adalah jauh lebih tinggi," katanya.
Setiausaha Agung PKR itu berkata, berdasarkan dokumen dalaman itu, kadar pulangan sewa hartanah berkenaan ialah 6.2 peratus, manakala kadar pulangan purata ketika hartanah itu dibeli adalah antara 6.5 peratus hingga tujuh peratus.
Sehubungan itu, Rafizi mempersoalkan mengapa Majlis Mara meluluskan hartanah yang kadar pulangannya lebih rendah dari kadar pulangan purata di Melbourne.
"Kenapa Tan Sri Annuar Musa tidak menyemak prestasi kadar pulangan hartanah ini seawal Jun 2013 apabila beliau mengambil alih Mara kerana hartanah ini memberi kadar pulangan di bawah kadar purata?
"NOW yakin bukti-bukti ini menunjukkan wujudnya unsur pecah amanah (CBT) dalam pembelian ini walaupun PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah menafikan perkara ini," dakwanya sambil menggesa Annuar memberi penjelasan sewajarnya berhubung pendedahan tersebut.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata, pihak polis menolak adanya unsur CBT dalam kes pembelian hartanah oleh Mara di Melbourne, Australia.
Khalid yang merujuk kepada Dudley House bagaimanapun berkata, polis tidak terlibat dalam siasatan kes ini kerana ia dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). #sumber
Share:

Perintah 'Muflis' Terhadap ADUN Lenggeng Kini Di Gantung



SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menggantung perintah muflis terhadap Adun Lenggeng, Datuk Ishak Ismail.

Hakim Kamaludin Md Said, bagaimanapun, memerintahkan Ishak, 64 tahun dan pemiutang, Datuk Misran Sukadi hadir di hadapannya pada 23 Julai.

Keputusan itu dibuat di dalam kamar hakim bersama peguam yang mewakili kedua-dua pihak.

Peguam Ishak CS Murtti berkata kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian itu secara baik.
"Kita patut kembali pada 23 Julai dan memberitahu mahkamah jika kita telah dapat menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah," katanya.

Ishak telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Mac selepas gagal menyelesaikan  pinjaman di mana beliau bertindak sebagai penjamin.

Walau bagaimanapun, Ishak mendakwa beliau hanya menerima perintah itu pada 27 April.

Beliau berkata pemiutang juga telah gagal untuk memberikan notis tuntutan kepadanya sebelum memfailkan untuk dirinya muflis.

Ishak, yang menjadi Adun Lenggeng selama empat penggal, memfailkan permohonan pada 2 Mei untuk mengenepikan perintah muflis. 
#sumber
Share:

Keputusan "Putus Hubungan" Dengan DAP Lepas Aidilfitri !


KUALA LUMPUR: Majlis Syura PAS dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau berkata ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap.

"Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik. Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar Tahunan PAS 2015 baru-baru ini.

"Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya, katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (Mara) di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status usul Dewan Ulama PAS Pusat yang disokong tanpa dibahaskan semasa muktamar lepas berkenaan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP.

Mahfodz, yang juga anggota Majlis Syura sesi 2011-2015, berkata Dewan Ulama  akan akur dengan apa jua keputusan muktamad Majlis Syura itu nanti.

"Sekarang ini usul itu belum dilaksana kerana yang hendak memutuskan itu Majlis Syura," katanya.

Terdahulu, Mahfodz bersama anggota Dewan Ulama yang lain menyerahkan memorandum kepada pengurusan Mara supaya siasatan penuh dan telus dapat dilakukan berhubung kes pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh Mara Inc. #sumber
Share:

Tun M: Penangkapan Justo, Tidak Kembalikan AS$1.9 Bilion


PETALING JAYA: Penangkapan warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo tiada kaitan dengan usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan Justo memeras ugut PetroSaudi sehingga 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta) tidak menjelaskan mengapa 1MDB terpaksa membayar pinjaman AS$1.9 bilion untuk membiayai kegagalan usaha sama itu dengan syarikat petroleum Saudi.

"Apabila JV (usaha sama) telah dibubarkan selepas hanya enam bulan ditubuhkan, ia mestilah kerana 1MDB sedar bahawa usaha itu tidak baik.

"Apa yang perlu dilakukan adalah untuk menuntut ekuiti dan pinjaman berjumlah AS$1.9 bilion  dikembalikan. Sebaliknya, ia telah ditukar kepada pinjaman (murabahah)," kata Dr Mahathir menerusi posting terbaharu di blognya pada Isnin.

Selain itu Dr Mahathir juga mempersoalkan sama ada dakwaan bayaran pampasan sebanyak RM15 juta di atas pemecatan Justo mempunyai unsur rasuah.

"Itu adalah satu jumlah yang lumayan untuk membayar seorang pekerja atau pengarah selepas dia telah melakukan sesuatu yang salah. Biasanya dia hanya akan dibuang," katanya.

Dr Mahathir juga membidas penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta pengkritik Perdana Menteri itu memohon maaf berikutan penangkapan Justo ini.

"Minta maaf untuk apa? Hakikatnya bahawa sejumlah besar wang telah hilang. Bolehkah Justo membawa semua wang itu kembali?"

"Adakah Justo hendak menyatakan ada apa-apa yang lebih teruk daripada apa yang telah didedahkan Bursa Saham London? Jadi siapa yang perlu meminta maaf?" katanya.

Rabu lepas, Polis Thailand dilaporkan menahan warga Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi yang menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama pernah dijalin dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). #sumber

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.
Share:

Aksi Tengku Mahkota Pahang Masak Roti Jalan Jadi Tarikan


RAUB: KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang telah menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke Pasar Ramadan Dong petang kelmarin apabila menunjukkan aksi dan bakat Baginda menyediakan "roti jala". 


Baginda pada awalnya hanya bertanyakan dan melihat peniaga di pasar Ramadan berkenaan membuat "roti jala" terbabit. Mungkin akibat teruja dengan teknik yang dilakukan maka Baginda telah mengambil kesempatan mencubanya. 


Aksi spontan turut mendapat sokongan KDYTM Tengku Puan Pahang yang kemudiannya menunjukkan teknik memasak "roti jala". Umum mengetatahui bahaya Tengku Puan memang seorang keluarga diraja yang cukup pandai memasak. 

Baginda sekeluarga dalam rangka lawatan ke Daerah Raub untuk bersama rakyat dalam majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. "Dirgayahu Tuanku". #RBO News
Share:

Galeri DiRaja: Program 'Tengku Mahkota Pahang' Bersama Rakyat Di Kampung Pamah Ruas, Ulu Dong Raub Semalam


KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang telah bercemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Perdana Bersama Rakyat dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong semalam.


Acara program telah diadakan di Kampung Pamah Ruas, Ulu Dong dekat sini. Turut mengiringi Baginda ialah Paduak Anakanda YM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah.



Keberangkatan Baginda sekeluarga telah disambut oleh pemimpin masyarakat daerah Raub yang diketuai oleh ADUN Dong, Dato' Sri Shahiruddin Ab Moin. 



Hadir sama memuliakan keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Hj.Adnan Yaakob, ADUN Benta YB Dato' Sri Ir.Soffin Abdul Razak, ADUN Batu Talam YB Dato' Abd Azizi Kiram , Mufti Pahang Dato' Sri Hj.Abdul Rahman dan Pegawai Daerah Raub. "Dirgahayu Tuanku".~  RBO News
Share:

Annuar Musa Tahu, Urus Niaga Hartanah MARA Sejak 2014 !


KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa tahu butiran pembelian hartanah di Melbourne, termasuk tiga lain di Australia sejak 2014.
Beliau yang juga Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW) berkata, ini kerana Annuar telah melawat bangunan berkenaan dan mendapat maklumat mengenai proses pembelian menerusi anak syarikat Mara iaitu, Mara Inc pada 2014.
Dakwa Setiausaha Agung PKR itu, beliau mendapat dokumen dalaman Mara yang digunakan pada taklimat 20 Mei 2014 di Melbourne, kepada Annuar, delegasi Mara begitu juga individu yang dikaitkan bertanggungjawab dengan pembelian hartanah itu.
"Bukankah sepatutnya Tan Sri Annuar Musa sudah sedia maklum bahawa pembelian hartanah ini bermasalah melihatkan struktur pegangan yang digunapakai Mara Inc.
"Kenapa beliau tidak mengarahkan siasatan lebih awal sejak 2014 lagi dan bukannya selepas perkara ini didedahkan akhbar Australia," soalnya pada sidang media di pejabat NOW di sini, Isnin.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata demikian bagi merujuk beberapa kenyataan Annuar sebelum ini yang didakwa seolah-olah beliau tidak tahu menahu mengenai kontroversi pembelian itu sehingga isu tersebut dibangkitkan media Australia, The Age.

Laporan The Age itu mendedahkan Mara membeli satu hartanah dikenali sebagai Dudley International House pada harga RM65.2 juta walaupun harga sebenarnya hanya RM51.5 juta.
Lebihan pembayaran itu didakwa disalurkan kepada seorang pegawai atasan Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik.
Menurut Rafizi, sebahagian maklumat yang terkandung di dalam dokumen tersebut mengambarkan seolah-olah sebagai ‘amaran awal’ kepada Mara supaya rancangan untuk membeli keempat-empat hartanah itu tidak sepatutnya diteruskan.
Menurut Rafizi, sebahagian maklumat yang terkandung di dalam dokumen tersebut mengambarkan seolah-olah sebagai ‘amaran awal’ kepada Mara supaya rancangan untuk membeli keempat-empat hartanah itu tidak sepatutnya diteruskan.
“Daripada dokumen yang diperolehi, NOW akan mendedahkan beberapa perkara lagi minggu ini yang menunjukkan bagaimana pelaburan hartanah ini tidak memenuhi syarat pulangan kepada Mara dan sepatutnya dihentikan oleh Tan Sri Annuar Musa sebaik sahaja beliau menjadi Pengerusi Mara.
“Apa yang kita tahu sekarang sudah menjadi kontroversi ialah harga pembelian (hartanah). Apabila maklumat itu didedahkan nanti, saya fikir umum akan merasakan hartanah berkenaan bukan satu pelaburan yang berbaloi untuk dilakukan,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut memberi gambaran bahawa akan terdapat pendedahan baharu mengenai pembelian hartanah lain selepas ini.
"Bukan sahaja pembelian-pembelian ini yang dibuat pada harga murah tetapi kemudiannya dijual berlipat kali ganda kepada kerajaan, ada juga pembelian-pembelian lain dan ini akan terus didedahkan.
Minggu lalu, Rafizi menggesa Mara memberi penjelasan mengenai pembelian tiga lagi hartanah di Australia iaitu 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street, sama ada ia turut melibatkan unsur rasuah atau tidak. #sumber
Share:

Zulfahmi Khairuddin, Di Timpa Nasib Malang Di GP Belanda


KUALA LUMPUR: Drive M7 SIC Racing ditimpa nasib malang di Grand Prix Belanda apabila pelumbanya Zulfahmi Khairuddin terlibat dengan nahas ketika sedang memecut, manakala Jakub Kornfeil pula menamatkan perlumbaan tanpa memperoleh sebarang mata dengan kedudukan di tempat ke-20. 

Memulakan perlumbaan di petak ke-10, pelumba Malaysia itu mengukuhkan kedudukannya pada setiap pusingan, tetapi ketika tinggal hanya lima pusingan untuk berakhir perlumbaan, nasib malang sekali lagi menimpa Zulfahmi apabila Remy Gardner dari pasukan CIP melanggar roda belakangnya menyebabkan Zulfahmi tidak dapat meneruskan perlumbaan. 

"Keadaan ketika memulakan perlumbaan, tidaklah begitu buruk dan saya berjaya naik beberapa tangga. Saya tahu saya ada peluang untuk terus menambah baik pencapaian, walaupun apabila Jakub dan beberapa penunggang lain mula mengasak,sebelum mereka akhirnya melanggar saya dari belakang. 

"Saya tak dapat berbuat apa-apa lagi selepas itu; perlumbaan di sini sungguh mengecewakan saya kerana saya rasa saya telah memperbaiki perlumbaan saya dengan begitu ketara dan berasa sungguh positif," kata Zulfahmi dalam satu kenyataan. 

Rakan sepasukannya dari Republik Czech juga memulakan perlumbaan dengan baik, memperbaiki empat kedudukan pada pusingan pembukaan dan kelihatan berada dalam form yang baik untuk menduduki tempat ke-15, tetapi apabila memasuki selekoh terakhir pada pusingan keenam, aksi seorang pelumba lain mengakibatkan hilang kawalan dan terbabas. 

Selepas kembali bersaing dengan menduduki tempat kelapan, Kornfeil sekali lagi ditimpa masalah, terbabas ke luar trek untuk kali kedua dan selepas itu hanya berupaya menduduki tempat ke-20 hingga tamat perlumbaan. 

"Ketika itu, saya berada dalam kumpulan kedua untuk merebut tempat kelapandan saya tahu saya mampu melakukannya. Tapi, sebelum selekoh terakhir, seorang pelumba memintas saya lalu membrek dan akibatnya, saya terpaksa menghala terus ke kawasan berumput. 

"Saya hilang banyak mata di sini, tapi saya rasa ia bukan masalah besar kerana saya masih berada dalam kumpulan berkenaan dan masih ada 15 pusingan lagi untuk berlumba. Saya hanya beri tumpuan untuk menambah baik perlumbaan saya,tetapi apabila tiba di selekoh tiga, saya terbabas sekali lagi," kata Kornfeil. 

Sementara itu, pengurus pasukan, Johan Stigefelt menyifatkan kejadian itusebagai amat malang kerana ia menyekat harapan pasukannya untuk mengumpul mata di Assen. 

"Saya percaya, jika perkara itu tidak berlaku (nasib yang menimpa Kornfeil), kami mampu mencapai keputusan baik. Nasib Fahmi tidak baik hari ini, bermula dengan isu teknikal dalam perlumbaan pemanas enjin dan setelah memulakan perlumbaan dengan baik, dia terkeluar kerana tindakan seorang penunggang lain.

"Dia berada dalam keadaan baik sekarang dan ini adalah perkara paling penting," katanya. #sumber
Share:

Datuk Chong Wei Rangkul Trofi Kejuaraan Terbuka Kanada !


PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengekalkan prestasi terbaiknya apabila menjuarai Terbuka Kanada, di Calgary, Kanada, awal pagi Isnin.

Pada saingan itu, Chong Wei menjinakkan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long, 21-17, 21-13.

Terdahulu, beliau turut menjuarai Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat (AS), dua minggu lalu.

Ia adalah kejuaraan pertama dimenanginya selepas menjalani hukuman penggantungan selama lapan bulan akibat kesalahan doping.

Dua kemenangan yang dirangkul Chong Wei membuktikan beliau masih lagi pemain harapan negara. #sumber
Share:

Tengku Abdullah: Kejayaan PPBN Perlu Di Jadikan Contoh !


RAUB: Kejayaan Skuad bola sepak Bawah 13 (B-13) Malaysia yang melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Remaja Piala Iber Costa del Sol 2015 di Sepanyol pada Sabtu lalu diharap dapat membukalebaran baharu kepada program pembangunan bola sepak di negara ini. 

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah kemenangan itu satu pencapaian yang membanggakan dan perlu dijadikan contoh oleh persatuan bola sepak negeri untuk program pembangunan bola sepak di negeri masing-masing. 

"Saya memang berharap program seperti ini dapat diteruskan dan dapat menghasilkan pemain yang berdisiplin serta berwibawa. 

"Persatuan bola sepak negeri boleh mencontohi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) ini dengan adakan program seumpamanya untuk kebaikan jangka masa panjang," titah baginda. 

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas mencemar duli melawat tapak UiTM Cawangan Raub pada Ahad.

Tengku Abdullah bertitah walaupun tidak mempunyai kewangan yang banyak, namun FAM dari semasa ke semasa akan cuba membantu persatuan bola sepak negeri untuk melaksanakan program pembangunan bola 


Skuad kendalian Lim Teong Ksepak negeri, demi melahirkan lebih ramai pemain yang berwibawa. 

Skuad B-13 muncul juara kejohanan bola sepak berprestij remaja peringkat dunia setelah membenam kelab Portugal, Sporting Lisbon 2-1, Sabtu lepas. 
im itu ditubuhkan pada 2014 hasil cetusan idea Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin diharap dapat membuka lebaran baharu kepada program pembangunan bola sepak
di negara ini. #sumber
Share:

Hartanah Mara: Polis 'Tolak' Adanya Unsur Pecah Amanah !


KUALA LUMPUR: Polis menolak adanya unsur pecah amanah (CBT) dalam kes pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Melbourne, Australia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak terlibat dalam siasatan kes ini kerana ia dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kami tak nampak ada unsur CBT dalam perkara ini, jadi pihak SPRM akan jalankan siasatan sepenuhnya.
"Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK),  tak terlibat buat masa ini, buat masa ini tak ada unsur-unsur  CBT dalam kes ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM bagi 2015 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada polis akan turut membantu siasatan kes berkenaan.
Kontroversi pembelian hartanah di Melbourbe timbul apabila akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi Mara dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen bagi menempatkan pelajar yang dibiayai Mara.
Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.
Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House', daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.
Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University. #sumber
Share:

Tengku Mahkota Johor, 'Pemimpin Hari Ini Kurang Integriti'


PETALING JAYA: Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan kebanyakan pemimpin negara ini kurang berintegriti, iaitu sifat agung yang sepatutnya ada pada setiap pemimpin.
Jelas beliau, semua pemimpin di setiap sektor kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi di Johor seharusnya memberi inspirasi serta memimpin segenap lapisan rakyat.
"Malangnya, hari ini, sifat tersebut semakin sukar ditemui," katanya menerusi kenyataan terbaharunya di laman Facebook, Johor Souther Tigers pada malam Ahad.
Menyedari kata-katanya sering membuatkan ramai orang melenting, TMJ menjelaskan kenyataan beliau kali ini hanya menjurus kepada situasi di Johor, yang dekat dihatinya.
Malah Tunku Ismail turut menegur golongan pemimpin supaya tidak cuba untuk memanipulasi rakyat.
"Jangan cuba memanipulasi dan menguruskan orang. Inventori barangan boleh diuruskan, tetapi rakyat harus dipimpin melalui teladan dan berintegriti," katanya.
Menerusi kenyataan bertajuk 'Erti Kepimpinan', TMJ juga mengingatkan pemimpin hari ini bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa.
"Sekiranya anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif, itu petanda anda tidak layak menjadi seorang pemimpin," katanya.
Tunku Ismail berkata, almarhum nendanya, Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail sering berpesan bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukan.
"Baginda juga berpesan bahawa seorang pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali, dan salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenalpasti sesuatu masalah sebelum ianya menjadi darurat," katanya.
Malah Tunku Ismail bersyukur kerana telah dibesarkan dan dididik oleh dua pemimpin yang unggul, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Kebelakangan ini, TMJ dilihat lantang mengkritik situasi politik di negara ini.
Tindakan tersebut menyebabkan beliau  'berperang mulut' dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang memintanya supaya tidak mencampuri soal politik tanah air atau akan ‘dibelasah’.
Dalam reaksi balasnya, beliau berkata, Nazri hanya menteri, bukan Tuhan. #sumber
Share:

PAS Akan Teruskan, "Agenda Laksana Hudud" Di Kelantan !


KEPALA BATAS: PAS akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, demikian ditegaskan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata walaupun ada sesetengah pihak yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud, PAS tidak akan berganjak malah mengorak langkah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.
"Dalam hal ini, PAS mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. PAS tak mahu berkelahi. Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah...biar dia sahaja yang bersuara kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak...qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju.
"Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak," katanya pada ceramah perdana kepimpinan PAS Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu di sini, Sabtu malam.
Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi dan barisan kepimpinan PAS negeri Pulau Pinang.
Abdul Hadi sekali lagi mengulangi bahawa undang-undang hudud bukan untuk menyeksa penjenayah sebaliknya ia bertujuan mendidik penjenayah selain membela mangsa yang dizalimi.
"Sebagai contoh hukuman sebat. Kita tak boleh samakan hukuman sebat yang ada dalam penjara hari ini dengan hukuman sebat dalam Islam di mana sekali sebat bukan kulit sahaja yang pecah isi juga yang pecah.
"Hukuman sebat dalam Islam ini pukul tak boleh sampai memecahkan kulit, tak boleh menyeksa tetapi mendidik penjenayah dan menakutkan bakal penjenayah.
Bunyinya seratus sebatan, tapi sebatannya tidak memecahkan kulit," katanya. #sumber
Sementara itu, Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota PAS untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti.
"Kita kena ingat bahawa selagi kita ikat diri kita di jalan Islam menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga nama baik Islam, nama baik jemaah dan perjuangan yang kita bawa.
"Jangan kita tiba-tiba duduk dalam jemaah dan kita mengkritik jemaah yang kita duduk itu. Ia tidak mencerminkan kebaikan akhlak kita kerana seorang yang baik tidak akan keluar daripada mulutnya melainkan kebaikan," katanya.
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.