script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hilang Peluang Untuk "Jadi Calon" Bertanding PRU-15 Antara Punca UMNO Tolak BERSATU !

 

PETALING JAYA - Seorang pemimpin kanan PAS berpandangan, keengganan sesetengah pemimpin UMNO untuk menerima BERSATU dalam kerjasama politik kerana dipengaruhi sifat peribadi yang mahukan kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya kelak.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka (pemimpin UMNO) bukan terlalu ego sebaliknya ia akan melibatkan Bersatu dari segi pembahagian kerusi sekali gus menyebabkan ada pemimpin bahagian tidak dapat bertanding.

“Pembahagian kerusi terpaksa melibatkan Bersatu dan ini menyebabkan, ada ketua bahagian UMNO tertentu tidak berpeluang untuk bertanding,” katanya yang juga Timbalan Presiden PAS.

Justeru, Tuan Ibrahim berkata, bagi PAS, parti melihat dalam kerangka besar termasuk arah mana kerajaan membawa sesebuah negara.

“Bagi PAS kita tengok kerangka besar, contohnya waktu kita bincang soal menteri kanan, PAS ada 18 Ahli Parlimen 18., GPS (Gabungan Parti Sarawak juga ada) 18.

“GPS ada menteri kanan. BERSATU ada dua menteri kanan. UMNO ada seorang menteri kanan. Sepatutnya PAS dapat menteri kanan kan? Sebab PAS 18, sama dengan GPS. Tapi bagi kami, bagi PAS, kita usah berebut jawatanlah.

“Yang penting kita jaga negara, rakyat tengah susah. Kita fokus pada bantu rakyat dulu daripada kita duk berebut jawatan, akhir rakyat terbiar. Bagi PAS ni kita tengok dalam kerangka besar. Kerangka besar negara kita nak bawa ke mana? soalnya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menasihatkan ketiga-tiga parti duduk semeja dan menerima hakikat untuk bersama-sama menghadapi PRU-15.

“Politik ini kena tolak ansur banyak. Kalau kita pertahan hak saya, orang itu berkata hak dia, jadi akhirnya tidak akan dapat kata sepakat dalam konteks politik negara kita,” katanya menurut Harakahdaily. #sumber

Share:

BERSATU Negeri Terengganu Setuju PAS Guna Lambang Sendiri Pada Pilihan Raya Umum Ini

 

KUALA TERENGGANU - BERSATU negeri ini bersetuju dengan cadangan PAS untuk menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, Datuk Razali Idris, berkata penggunaan lambang PAS atau Perikatan Nasional (PN) bukan satu keperluan, sebaliknya tumpuan lebih kepada usaha memastikan parti menang dan terus menerajui kepimpinan negeri.

Katanya, PAS negeri pasti sudah melakukan kajian terutama pada peringkat akar umbi mengenai penggunaan lambang pada PRU-15.

"PAS negeri mencadangkan penggunaan lambang parti itu kerana mereka tentunya sudah melakukan kajian terperinci sehingga ke peringkat akar umbi.

"Jadi, BERSATU negeri tiada halangan mengenai isu penggunaan lambang, terpulanglah kepada parti itu sama ada menggunakan lambang sendiri atau PN...keutamaan saya adalah parti menang dan terus mentadbir negeri," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Pada Konvensyen PN Sabtu lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS negeri, Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Alur Limbat mencadangkan PN menggunakan lambang PAS pada PRU-15.

Ariffin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri dilaporkan berkata, cadangan itu dibangkitkan susulan senario politik di Pantai Timur berbeza berbanding pada peringkat Persekutuan.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Timbalan Pengerusi PN negeri, berkata pimpinan tertinggi parti diminta membuat kaji selidik untuk menilai sama ada penggunaan lambang PN atau PAS yang mampu memberi kemenangan besar pada PRU-15 akan datang.

"Jika kemenangan parti gabungan PN mampu memperoleh kemenangan besar dengan menggunakan lambang PAS, kita tiada halangan dan bersetuju.

"Kita letak kemenangan PN nombor satu, tetapi keputusan penggunaan lambang akan diputuskan pada peringkat pimpinan tertinggi pusat," katanya. #sumber

Share:

Boleh 'Berbincang' Dengan PN, Tapi Kerjasama Pilihan Raya Umum Dengan GTA Tak Tau Lagi !

PUTRAJAYA - Gerakan Tanah Air (GTA) terbuka untuk berbincang dengan Perikatan Nasional (PN) mengenai kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun keputusan sama ada kerjasama akan dijalinkan ‘tidak tahu lagi’, kata Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang mengulas saranan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar parti pembangkang mempertimbangkan untuk membuka semula pintu rundingan dengan PN berkata, kerjasama dengan PN perlu dibincangkan dengan semua parti gabungan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam gerakan itu.

"Dia (Muhyiddin) boleh datang bincang tapi keputusan (untuk kerjasama) kita tidak tahu lagi,” katanya kepada pemberita selepas sesi ‘flag off’ Program Semangat Merdeka anjuran GTA di sini pada Selasa.

Dr Mahathir berkata, Muhyiddin ada datang bertemu dengannya baru-baru ini, namun ia hanya pertemuan biasa dan bukan perbincangan mengenai kerjasama politik.

Muhyiddin ketika berucap pada Konvensyen PN Sabtu lepas menyarankan semua pimpinan parti pembangkang untuk mempertimbang semula rundingan dengan PN untuk mencapai kesepakatan pada PRU15 akan datang.

Dr Mahathir berkata, GTA yang dianggotai empat parti iaitu Pejuang, Berjasa, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta NGO berjuang berpaksikan kepada penentangan salah guna kuasa, rasuah dan memperjuangkan hak kaum Melayu bagi membina sebuah kerajaan yang bersih.

Beliau berkata, GTA akan mengemukakan permohonan pendaftaran gerakan itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 6 September ini. #sumber

Share:

Kritik Konsert Dan Acara Hiburan, Bekas Imam Masjidil Haram "Di Hukum Penjara" 10 Tahun !


RIYADH - Mahkamah Rayuan Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada bekas imam Masjidil Haram dan pendakwah terkemuka , Sheikh Saleh Al Talib.

Pihak berkuasa Saudi menahan Sheikh Saleh pada Ogos 2018, selepas didakwa menyampaikan khutbah yang mengkritik badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan di negara itu.

Beliau dipercayai mengecam konsert dan acara hiburan yang menyimpang daripada norma agama dan budaya mereka dalam khutbahnya.

“Mahkamah Rayuan Jenayah Khusus di Riyadh, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Imam Masjidil Haram, Syeikh Saleh Al Talib, sekaligus membatalkan keputusan pembebasan terhadapnya," kata Pertubuhan untuk Demokrasi di Dunia Arab (Dawn) melalui Twitter, pada Isnin.

Penahanan Sheikh Saleh dilakukan ketika Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman meneruskan usaha mereformasi masyarakat dengan menahan ulama dan imam terkemuka yang mengkritik agenda pembaharuan.

Sheikh Saleh mempunyai pengikut yang ramai di seluruh dunia, dengan ribuan menonton khutbah dan bacaan al-Qurannya di YouTube. #sumber

Share:

Tiga Lelaki Di Dakwa Rogol Remaja Perempuan Orang Asli Dekat Bukit Ibam Dua Minggu Lalu !

 

KUANTAN - Tiga lelaki Orang Asli didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun, dua minggu lepas.

Rosli Bakar, 29, Helmat, 22, dan Murad Ahmad, 26, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga buruh kampung itu didakwa secara bersama-sama melakukan rogol berkumpulan terhadap remaja berkenaan di hutan berhampiran simpang kawasan perkuburan lama Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin antara 11.15 malam, 20 Ogos hingga 7 pagi, 21 Ogos.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat manakala kesemua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Muhamad Saifuldin Ab Rahman.

Bagaimanapun, tiada jaminan yang ditawarkan kerana kesemua tertuduh turut berhadapan pertuduhan membunuh remaja yang sama di Mahkamah Majistret Pekan semalam dan bagi tuduhan rogol itu mahkamah menetapkan 29 Sept untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam.

Media sebelum ini melaporkan, mayat remaja yang tidak bersekolah itu ditemukan oleh sepupunya di lereng bukit berhampiran rumahnya pada 21 Ogos dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala. #sumber

Share:

Pasangan Bergu Lelaki Negara, Aaron Chia Dan Wooi Yik Catat Sejarah Rangkul Gelaran Dunia

 

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan kejayaan bersejarah kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan selepas muncul juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini.

Pada aksi final berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu, Aaron-Wooi Yik menampilkan permainan hebat untuk menoktahkan kemenangan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit ke atas bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Kejayaan ke atas pasangan yang diberi julukan ‘The Daddies’ itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik melakar sejarah menjadi pemain badminton Malaysia pertama meraih gelaran juara dunia, yang dilakukan pada penampilan keempat mereka di kejohanan berkenaan.

Dengan kejayaan melangkah ke final semalam, pasangan ranking keenam dunia itu turut muncul beregu Malaysia pertama dalam tempoh 12 tahun mara ke final Kejohanan Badminton Dunia selepas kali terakhir dilakukan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2010 di Paris.

Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam kempen kejohanan dunia adalah beraksi di pentas suku akhir pada edisi 2018 di Nanjing, China. #sumber

Share:

Zahid Gesa PRU-15 Di Adakan 'Segera', Sokong Kempen Pengampunan DiRaja Terhadap Najib !

 

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya pilihan raya umum diadakan segera dan menyokong kempen pengampunan diraja untuk bekas perdana menteri Najib Razak.

Menurut Zahid desakan UMNO supaya pilihan raya umum diadakan merupakan keputusan yang dibuat oleh seluruh kepimpinan parti dan tidak diputuskan secara bersendirian olehnya untuk menyelamatkan dirinya daripada kes mahkamahnya.

"Desakan supaya pilihan raya diadakan bukan isu yang baru. Ia bukan soal kita gilakan kuasa.

"Ia juga bukan soal kita gopoh, hingga ada yang menuduh sesama sendiri kononnya kita mahukan pilihan raya kerana gilakan jawatan dan gilakan kedudukan," katanya ketika berucap pada Majlis Taklimat Khas Presiden UMNO di WTC, Kuala Lumpur hari ini.

"Kita konsisten menuntut pilihan raya diadakan kerana kita menghormati mandat rakyat.

"Kita mahu sebuah kerajaan yang mempunyai keabsahan mandat dan bukannnya melalui percaturan politik," katanya lagi.

Zahid berucap di hadapan ribuan ahli Umno bagi menjelaskan kepada ahli parti berhubung pemenjaraan Najib baru-baru ini.

Zahid berkata UMNO telah menggesa pilihan raya umum diadakan sejak kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan pada Feb 2020 susulan Langkah Sheraton.

"Ketika kerajaan PH terbubar, semua daripada kita, tiada yang terkecuali senada mahukan pilihan raya diadakan. Kita perlu memulangkan semula mandat kepada rakyat.

"Pendirian kita konsisten sejak awal lagi. Jadi janganlah ada pula suara di antara kita sendiri, yang mula menuduh kita gopoh mahukan pilihan raya. Kita tegas dalam perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid berkata walaupun perdana menteri sekarang Ismail Sabri Yaakob daripada UMNO, namun kerajaan hari ini tidak boleh dipanggil kerajaan UMNO atau BN kerana ia "kerajaan hibrid" yang didapati sukar untuk memastikan kestabilan negara.

Zahid juga menafikan sekeras-kerasnya dia mahu mempercepatkan pilihan raya umum ke-15 kerana takut disabitkan kesalahan dalam kes mahkamahnya.

Katanya, dia tidak bimbang tentang kesnya kerana walaupun Najib disabitkan kesalahan, Zahid berkata dia masih percaya badan kehakiman adalah bebas.

Zahid berkata bagi meneruskan perjuangan untuk Najib, ahli UMNO perlu melakukan beberapa perkara, antaranya mesti menyokong kempen Nukilan Untuk Najib bertujuan memberi kata-kata semangat kepada bekas perdana menteri itu.

"Kita mesti bersedia, memberi sokongan kepada kempen petisyen pengampunan apabila tiba masanya. Kita serahkan kepada kebijaksanaan KDYMM Yang di-Pertuan Agong untuk menilai dan melaksanakannya kelak.

"Menjadikan tulisan Facebook Datuk Seri Najib sebagai bacaan untuk kita terus "like dan share". Ia adalah senjata UMNO dan perlu digilap dan digunakan sentiasa. Jadikan pemikiran dan semangat tulisan ini sebagai senjata hidup UMNO untuk terus memerangi musuh-musuh politik kita.

"Bersedia menghadapi PRU bila-bila masa. Kemenangan besar Barisan Nasional adalah pengukuhan kepada obor-obor perjuangan Datuk Seri Najib untuk parti dan negara.

"Kami percaya, kerajaan kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak akan membiarkan harapan ini pudar sekiranya tarikh PRU dilengahkan," kata Zahid lagi. #sumber

Share:

Tiga Sekeluarga Maut Proton Exora Terhumban Ke Dalam Gaung, 12 Lagi Cedera Nahas Di LPT!

TEMERLOH - Tiga sekeluarga maut selepas kereta mereka terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 13 meter di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) hala Kuantan, di sini, awal pagi tadi.

Turut menjadi korban dalam kejadian dilaporkan kepada bomba pada jam 3.26 pagi itu adalah seorang pekerja LPT. Nahas membabitkan empat kenderaan dan keseluruhan 17 mangsa.

Kemalangan dipercayai apabila sebuah lori kontena terbabas dan merempuh lori penunda LPT yang ketika itu sedang mengangkat kereta Proton Exora rosak di bahu jalan serta sebuah Proton Waja yang berhenti di tempat kejadian.

Akibat rempuhan berkenaan, Proton Exora terjunam ke dalam gaung di tepi lebuh raya dan mengorbankan dua warga emas serta seorang remaja lelaki dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) itu, selain seorang individu menaiki lori penunda.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata sembilan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan kemalangan membabitkan empat kenderaan, iaitu lori kontena, lori kren penunda, kereta Proton Waja dan Proton Exora.

"Dalam kemalangan itu, dua lelaki serta dua warga emas, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia di lokasi

"Tiga daripada empat individu yang meninggal dunia menaiki Proton Exora, manakala lapan lagi individu menaiki kenderaan sama dilaporkan cedera," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mereka yang cedera membabitkan enam kanak-kanak lelaki, dua kanak-kanak perempuan, seorang lelaki serta tiga wanita, manakala seorang lagi lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Seorang individu yang menaiki lori kren penunda juga dilaporkan cedera, selain empat individu yang menaiki kereta Proton Waja, manakala individu yang menaiki lori kontena dilaporkan selamat," katanya.

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila lori kontena merempuh lori penunda yang menunda Proton Exora yang rosak, selain merempuh kereta Proton Waja berhenti di tepi lebuh raya.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan Proton Exora berkenaan terhumban ke dalam gaung sedalam lebih 12 meter.

"Anggota bomba bertugas membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam Proton Exora, lori kren penunda dan Proton Waja.

"Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak hospital, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya 6.38 pagi tadi. #sumber

Share:

Kemalangan Di Langgar Oleh Van Polis, Wanita Bingung Abangnya Pula Yang Telah Di Saman !

 

TEMERLOH -  Seorang wanita mempersoalkan tindakan pihak polis menyaman abangnya selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu lelaki terbabit dilanggar oleh van polis di KM 16, Jalan Jerantut-Temerloh di sini Jun lalu.

Butiran insiden itu dikongsikannya menerusi Twitter @itslyzaa pada Khamis tular dengan mendapat sebanyak 17,500 tanda suka dan 16,500 ciapan semula.

Turut dimuatkan, keadaan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan pada bahagian belakang (Ford Ranger) dan hadapan (van polis), berserta surat saman yang diterima abangnya.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa, van polis melanggar kenderaan abang dan kejadian itu direkodkan menerusi video dashcam.

Yang mengecewakan, katanya, abangnya hanya boleh membuat tuntutan atas insurans sendiri kerana tidak boleh membuat tuntutan terhadap insurans polis.

"Kini, polis saman pula abang? Memang undang-undang jalan raya... kalau polis langgar... orang awam yang kena saman ke?" soalnya.

Dalam surat saman itu, lelaki berkenaan diminta hadir sendiri atau melalui peguam ke Mahkamah Majistret Temerloh pada bulan Oktober nanti.

Wanita itu memberitahu, saman itu dikeluarkan atas kesalahan meletakkan kenderaan dengan bahaya/halang.

Bagaimanapun, dia menyangkalnya dengan mendakwa abangnya tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan atau menghalang jalan sebaliknya ingin masuk simpang dan telah memberikan isyarat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut akan dilakukan. #sumber

Share:

Bendera Di Premis: Hanya Majlis Bandaraya Kuantan Kenakan 'Kompaun', PBT Lain Masih Lagi Bertimbang Rasa Dan Sekadar Nasihat !

 

KUALA LUMPUR - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan laporan media baru-baru ini bahawa pihaknya akan mengeluarkan kompaun sebanyak RM250 kepada pemilik premis yang gagal memasang Jalur Gemilang.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata pihaknya setakat ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kompaun kepada mana-mana premis dan hanya sekadar memberi nasihat sahaja.

“Bila ditanya media memang kita jawab ada peruntukan kompaun sebanyak RM250 di bawah di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan, atas kesalahan melanggar syarat lesen premis perniagaan.

“Tetapi kita tidak cakap yang kita akan keluarkan kompaun. Sepatutnya kena pasang Jalur Gemilang tetapi kepada premis yang gagal MBI tak pernah lagi kompaun, kita hanya bagi nasihat sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya masih mempunyai sikap timbang rasa dan tidak tergamak mengeluarkan kompaun atas kesalahan tersebut.

Ujarnya, setelah diberi teguran dan nasihat, terpulang kepada kesedaran pihak premis dalam memainkan peranan masing-masing untuk memasang Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan yang bakal disambut tidak lama lagi.

“Apa yang boleh dikatakan, pihak kami sudah sampaikan nasihat. Terpulang kepada kesedaran peranan masing-masing untuk memasang Jalur Gemilang bersempena Hari Kemerdekaan,” tambahnya.

Sementara itu bagi Selangor dan Kuala Lumpur, Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata pihaknya dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak akan mengeluarkan sebarang kompaun atas perkara tersebut.

Berdasarkan laporan media, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) juga memaklumkan tidak mengenakan kompaun.

Setakat ini hanya Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dilaporkan mula mengenakan kompaun kepada premis yang gagal mengibarkan Jalur Gemilang sejak 15 Ogos lalu. #sumber

Share:

Polis Pahang Sudah Bersedia Bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 Ini, 'Bila-Bila Masa' !

 

KUANTAN -  Polis Pahang sudah bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebagai persediaan, beberapa faktor sudah dikenal pasti dalam usaha menambah baik tahap kesiapsiagaan termasuk jumlah keanggotaan sepanjang pilihan raya itu.

"Polis Pahang mempunyai kira-kira 5,000 pegawai serta anggota, dan setakat ini ia mencukupi bagi menghadapi PRU15. Di Pahang, kita tidak nampak masalah besar dan tidak ada kekecohan.

"Bagaimanapun, segala kemungkinan boleh berlaku dan kita sentiasa bersedia untuk memastikan segalanya berjalan lancar," katanya.

Ramli berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Pahang baharu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.

Bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berjalan lancar, beliau berkata, latihan dan strategi akan dipertingkatkan kerana situasi PRU15 dan PRU14 berbeza.

"Semua perlu diambil kira dan sekiranya PRU15 ini berjalan, kita harap kita telah pun bersedia dengan kelengkapan sama ada secara fizikal, mental atau keadaan geografi," katanya. #sumber

Share:

Semua Pihak Perlu Ambil Perhatian Keputusan Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Najib!

 

KUANTAN: Semua pihak perlu mengambil pengajaran keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk masa depan lebih baik.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Maran, Datuk Jasri Jamaludin berkata, ia juga sebagai permulaan baharu untuk membawa negara ke arah yang lebih baik.

“Membetulkan kerosakan dalam pemerintahan, mengutamakan perkara kebajikan untuk rakyat dan mempercepatkan pemulihan ekonomi.

“Kerajaan sudah pasti boleh membuat perancangan menyeluruh semasa pembentangan Bajet 2023 dalam masa terdekat, selari dengan Wawasan Kesejahteraan Negara 2030,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jasri berkata, keputusan tersebut menunjukan tiada sesiapa boleh lari dari undang-undang dan ia memberi kesan yang besar terutama pandangan masyarakat antarabangsa kepada negara ini.

Beliau berkata, media asing di seluruh dunia membawa berita ini sebagai tajuk utama di negara mereka terutama media-media antarabangsa.

“Ini memberi gambaran sistem kehakiman negara mempunyai integriti cukup tinggi dan telus tanpa sebarang campur tangan politik.

“Apabila  mahkamah mengekalkan sabitan dan membawa Najib terus ke penjara, maruah negara yang tercalar disebabkan isu SRC International dan skandal 1MDB dapat dikembalikan.

“Walaupun isu rasuah 1MDB berjumlah RM2.6 bilion masih berjalan di mahkamah, sekurang-kurangnya dunia melihat Malaysia serius dalam menangani isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ia juga akan dapat mengembalikan kepercayaan serta keyakinan pelabur asing kepada Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, keputusan ini juga memperlihatkan perjuangan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berani menegur pemimpin negara yang melakukan salah guna kuasa sewaktu beliau berada dalam kerajaan sebelum ini berhasil. #sumber

Share:

Wan Rosdy: Timbalan Ketua UMNO Pekan Akan Jadi "Pemangku Jawatan Ketua Bahagian" Itu !

 

KUANTAN - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly, akan menjadi ‘caretaker’ jawatan Ketua UMNO Pekan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dan denda terhadap penyandangnya, Najib Razak.

“Tim (Timbalan) sebagai pemangku ketua bahagian,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, di sini, hari ini.

Terdahulu, Wan Rosdy, menerusi kenyataan di media sosialnya, berkata Parlimen Pekan akan dijaga, diurus tadbir dan diberikan perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat, selain bekas Perdana Menteri itu disifatkan amat berjasa kepada Pahang dan negara.

“Bagi kami, amat besar jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Najib dalam membangun dan memajukan Pahang serta negara ini sepanjang perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri dan menteri besar Pahang satu ketika dahulu.

“Justeru, kami amat menghargai setiap jasa, keringat dan sumbangan yang telah beliau curahkan selama ini, katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Pekan, Datuk Seri Ishak Muhammad, berkata timbalan ketua UMNO Pekan dijangka akan memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan perkara yang berbangkit daripada keputusan semalam.

“Timbalan akan lakukan dan kita akan berbincang bersama-sama. Apa-apa keputusan akan dibuat bersama-sama,” katanya ringkas.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. #sumber

Share:

Biasanya Banduan Jalani Dua Pertiga Hukuman Sebelum Di Beri Pengampunan & Pengurangan Atau Tunda 'Hukuman' Yang Telah Di Kenakan !

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak boleh membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong dengan segera bagi mendapatkan pengampunan, menunda atau mengurangkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, berkata Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan mengurangkan hukuman bagi segala kesalahan dibicara dan dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Katanya, Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap negeri perlu membabitkan Peguam Negara, Ketua Menteri negeri (dalam kes Najib adalah Menteri Wilayah Persekutuan) dan tidak lebih daripada tiga anggota lain yang perlu dilantik Yang di-Pertuan Agong.

"Bagaimanapun, mengikut Perkara 42 (9), Lembaga Pengampunan perlu menimbangkan sebarang pendapat bertulis yang dikemukakan Peguam Negara mengenai perkara itu.

"Sekiranya Najib memohon pengampunan diraja, maka ia akan diproses mengikut peraturan dan dibentangkan Lembaga Pengampunan. Jadi, masih terdapat saluran untuk Najib mendapat keampunan atau dikurangkan hukuman," katanya ketika dihubung.

Beliau berkata, seseorang yang sudah disabitkan dengan hukuman, biasanya akan menjalani dua pertiga daripada hukuman dijatuhkan terhadapnya, manakala baki satu pertiga akan mendapat pengurangan secara automatik jika berkelakuan baik.

Abu Talib adalah Timbalan Pendakwa Raya ketika bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris disabitkan atas kesalahan rasuah pada 1977 dan kemudian menjadi Peguam Negara ketika bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim, disabitkan membunuh Datuk Mohamad Taha Talib iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, pada 1983.

Harun mendapat pengampunan diraja pada 1982, manakala Mokhtar dibebaskan daripada hukuman itu pada 1991.

Sementara itu, pengamal undang-undang, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir, berkata mengikut Peraturan 113 Peraturan-peraturan Penjara 2000, petisyen pengampunan itu boleh dilakukan Najib, ahli keluarga atau peguam dilantik bekas Perdana Menteri itu.

"Petisyen pengampunan itu perlu dikemukakan kepada Urus Setia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan iaitu Seksyen Dasar, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, di Putrajaya.

"Petisyen pertama, boleh dibuat segera yang dapat dilaksanakan oleh Najib selepas sabitannya, namun petisyen kali kedua hanya dibenarkan apabila seseorang banduan sudah menyempurnakan tiga tahun dari tarikh sabitan.

"Bagaimanapun, berdasarkan kes sebelum ini, khususnya membabitkan Harun, Mokhtar dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka sudah menjalani sebahagian daripada hukuman sebelum suatu pengampunan diberikan," katanya.

Pada 16 Mei 2018, Anwar diberikan pengampunan penuh tanpa sebarang syarat oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, ketika itu. #sumber

Share:

Najib Di Bawa Keluar Mahkamah Persekutuan Naiki Nissan X-Trail Hitam Untuk Ke Penjara !

 

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibawa keluar dari Mahkamah Persekutuan dengan menaiki Nissan X-Trail hitam ke penjara di sini, hari ini.

Beliau dibawa keluar pada 5.30 petang dengan diiringi dua motosikal dan beberapa kereta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut kelihatan anggota polis bertugas mengawal keselamatan di luar perkarangan mahkamah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mengesahkan Najib menaiki kenderaan terbabit dibawa keluar ke penjara.

Terdahulu Mahkamah Persekutuan di sini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir bermula sejak minggu lalu. #sumber

Share:

Rayuan Najib 'Gagal', Mahkamah Persekutuan Mengekalkan Sabitan Dan Hukuman 12 Tahun 'Penjara Serta Denda' Sebanyak RM210 Juta !

 

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Beliau berkata sabitan itu selamat bagi semua tujuh pertuduhan dan hukuman itu tidak keterlaluan.

"Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

"Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara) ," kata Tengku Maimun memerintahkan prosiding tamat.

KRONOLOGI KES

3 Julai 2018 - Najib ditahan Pasukan Petugas Khas 1MDB, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, sekitar jam 3 petang dan dibawa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

4 Julai 2018 - Didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd

8 Ogos 2018 - Didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama

10 Ogos 2018 - Mahkamah Tinggi menetapkan 33 hari bermula 12 Februari 2019 bagi perbicaraan

13 Disember 2018 - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mendapatkan perintah larangan supaya media dan orang awam tidak membicarakan mengenai merit kesnya

11 Februari 2019 - Mahkamah Rayuan membenarkan Najib untuk menangguhkan perbicaraan

21 Mac 2019 - Mahkamah Rayuan menolak tiga daripada empat rayuan interlokutori Najib, benarkan permohonan tangguhkan bicara

27 Mac 2019 - Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib menangguhkan perbicaraan

28 Mac 2019 - Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan pada 3 April

3 April 2019 - Perbicaraan bermula selama 58 hari

11 November 2019 - Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tuduhan

3 Disember 2019 - Najib membela diri dan 18 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan, prosiding selama 33 hari

11 Mac 2020 - Pembelaan menutup kes

1 Jun 2020 - Hujahan di akhir kes pembelaan selama 5 hari

5 Jun 2020 - Mahkamah Tinggi menetapkan 28 Julai bagi keputusan

28 Julai 2020 - Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

19 Oktober 2020 - Najib memfailkan petisyen rayuan mengandungi 307 alasan mengapa beliau sepatutnya dibebaskan daripada tuduhan berkenaan

5 April 2021 - Rayuan Najib mula didengar di Mahkamah Rayuan

18 Mei 2021 - Rayuan Najib selesai didengar di Mahkamah Rayuan selama 15 hari

23 November 2021 - Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember 2021 bagi keputusan

24 November 2021 - Najib mohon melapangkan tarikh keputusan kerana perlu menjalani kuarantin COVID-19, bagaimanapun ditolak Mahkamah Rayuan

2 Disember 2021 - Najib memfailkan permohonan saat akhir di Mahkamah Rayuan untuk dibenarkan memasukkan bukti baharu dalam rayuan

3 Disember 2021 - Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Disember bagi mendengar permohonan memasukkan bukti baharu

7 Disember 2021 - Mahkamah Rayuan tolak permohonan Najib untuk menangguhkan keputusan rayuan atas alasan beliau dan peguam kontak rapat dan tolak permohonan memasukkan bukti baharu berhubung pembabitan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang didakwa bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low

8 Disember 2021 - Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Najib

25 Januari 2022 - Najib melalui peguamnya menulis surat kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom

29 April 2022 - Mahkamah Persekutuan menetapkan selama 10 hari bermula 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Najib

7 Jun 20211 - Najib mahu Mahkamah Persekutuan isytihar perbicaraan di Mahkamah Tinggi batal dan tidak sah dan menimbangkan diadakan perbicaraan semula kerana peranan Mohd Nazlan dalam Maybank Investment berkaitan penubuhan SRC

21 Julai 2022 - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Queen's Counsel (QC), Jonathan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan akhir

25 Julai 2022 - Najib memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam lain serta melantik barisan peguam baharu diketuai Hisyam Teh Poh Teik, Liew Teck Huat dan M Rueben

29 Julai 2022 - Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan akhir. #sumber

Share:

Suami Tengku Maimun Buat Hantaran Negatif, Bimbang Ia Pengaruhi Keputusan Pertuduhan !

 

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak mahu panel hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu ditetapkan untuk mendengar rayuan akhirnya bagi mengetepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapinya, berdasarkan maklumat baharu membabitkan suami Ketua Hakim Negara.

Najib mengemukakan permohonan itu melalui notis usulnya difailkan semalam supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim, menarik diri daripada mendengar rayuan berkenaan, kerana mendakwa suami kepada pengerusi panel terbabit menerbitkan hantaran di laman Facebook berhubung dirinya.

Turut bersidang dalam rayuan akhir itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan serta Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada peringkat ini, panel sudah selesai mendengar hujahan pendakwaan pada Jumaat lalu.

Dalam afidavit sokongannnya, Najib berkata, beliau mendapat tahu pada 17 Ogos lalu, terdapat satu hantaran dibuat di laman Facebook pada 11 Mei 2018 oleh individu bernama Zamani Ibrahim berkaitan dirinya dalam prosiding rayuan akhir itu.

Najib berkata, beliau percaya individu berkenaan adalah suami Tengku Maimun iaitu Datuk Zamani Ibrahim.

"Saya sesungguhnya percaya perkembangan baharu ini sungguh membimbangkan dalam mengambil kira fakta bahawa Zamani jelas mempunyai pandangan yang negatif terhadap kepemimpinan saya terhadap negara ini sebagai seorang perdana menteri dan menyimpulkan bahawa saya menyalur keluar dana-dana harta negara ke dalam akaun akaun peribadi saya.

"Oleh kerana beliau suami pengerusi panel hakim yang mendengar rayuan saya, adalah berkemungkinan beliau akan mempengaruhi pemikiran pengerusi terhadap tuduhan ke atas kebersalahan saya.

"Saya selanjutnya menyatakan bahawa oleh kerana sifat hubungan suami isteri mereka, adalah berkemungkinan bahawa pemikiran pengerusi yang bijaksana mungkin telah terkesan tanpa disedari olehnya melalui sentimen suaminya terhadap saya," katanya.

Najib berkata, berdasarkan perkara itu, sebarang dapatan Mahkamah Persekutuan terhadapnya akan diragui pemerhati yang berfikiran munasabah dan berpendapat keputusan itu tercemar dengan unsur berat sebelah, selain pandangan awam terhadap kebebasan badan kehakiman akan diragui.

"Permohonan ini bukan dibuat untuk mengaibkan mahkamah terutama sekali Yang Amat Arif dan prosiding yang sedang berlangsung, namun dibuat di dalam kepentingan melindungi kebebasan badan kehakiman.

"Lebih-lebih lagi, badan kehakiman sentiasa menjaga penuh reputasinya. Oleh itu saya memohon permohonan ini dibenarkan," katanya. #sumber

Share:

Tindakan Najib Mohon Tukar Hakim Saat Akhir, Taktik Berniat 'Jahat' Untuk Ganggu Prosiding !

 

PUTRAJAYA - Tindakan Datuk Seri Najib Razak, yang memohon supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya, adalah satu lagi taktik berniat jahat untuk mengganggu prosiding.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, turut mempersoalkan mengapa pihak pembelaan tidak memfailkan permohonan awal lagi berhubung perkara itu sedangkan sudah mengetahui mengenai hantaran di laman Faceebook oleh Zamani Ibrahim, yang didakwa Najib sebagai suami Tengku Maimun, pada 17 Ogos lalu.

Malah, katanya, hantaran itu diterbitkan pada 11 Mei 2018, justeru, pihak pembelaan sudah tentu sudah mengetahui mengenainya lebih awal dan mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, pembelaan boleh mengemukakan bantahan ketika prosiding rayuan akhir bermula, namun memilih untuk tidak berbuat demikian, sebaliknya menunggu perkembangan prosiding sebelum bertindak di saat-saat akhir.

"Peguam jenayah memang cemerlang menggunakan taktik sedemikian untuk melengahkan prosiding mahkamah.

"Pembelaan melakukan helah demi helah yang diumpamakan sebagai taktik ahli silap mata melalui permohonan untuk menggugurkan Tengku Maimun apabila permohonan sebelum ini tidak memihak kepadanya.

"Adalah tidak masuk akal bahawa seseorang yang boleh mengetahui mengenai hantaran di Facebook itu empat tahun lalu, hanya memasukkan perkara itu dalam afidavitnya beberapa hari lalu. Ini jelas menyalahgunakan proses mahkamah.

"Dengan itu, saya memohon permohonan ini, secara langsung tidak layak dipertimbangkan dan perlu ditolak mentah-mentah," katanya.

Sithambaram berkata, jika pembelaan bertindak lebih awal dan memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya tidak perlu berhujah mengenai rayuan akhir terlebih dahulu yang tidak mengikut kebiasaan.

Peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik, bagaimanapun berkata, bukannya pembelaan yang enggan berhujah tetapi tidak diberikan tempoh yang sewajarnya untuk bersedia dengan hujahan itu

"Saya katakan banyak kali, tempoh masa yang wajar patut diberikan kepada kami. Saya tidak pernah kendalikan kes itu sebelum ini. Saya rasa sedih kerana situasi ini berlaku," katanya. #sumber

Share:

Mayat Remaja Perempuan Orang Asli Di Temui Berhampiran Rumahnya, Dipercayai Di Bunuh !

 

KUANTAN - Mayat seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun yang dipercayai mangsa bunuh ditemui di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Rompin, Mohd Azahari Mukhtar berkata, mangsa yang difahamkan tidak bersekolah ditemui sepupunya dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala, sebelum laporan polis dibuat pada 2.45 petang hari sama.

“Mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada malam sebelumnya, menyebabkan bapa mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum mayatnya ditemui,” katanya dalam kenyataan.

Susulan penemuan mayat itu, Azahari berkata, tiga lelaki Orang Asli ditahan pada 9.40 malam tadi (22 Ogos) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, kesemua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin hari ini bagi mendapatkan perintah reman.

Sementara itu, mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini akan dibedah siasat hari ini bagi mengetahui punca kematian.

Azahari meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi polis 09-4145999 atau Pegawai Penyiasat Abdul Khaliq Mustopa 019-9999769. #sumber

Share:

Penganalisis Kritik Harapan PN Tambah Kerusi Menang Di Negeri Pahang Pada PRU-15 Nanti !

 

PETALING JAYA - Penganalisis politik mengkritik dakwaan Perikatan Nasional (PN) mampu meningkatkan jumlah kerusi negeri dan Parlimennya di Pahang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Mereka berkata, pemimpin gabungan BERSATU “lemah” berbanding rakan komponen PAS.

Dr Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, BERSATU perlu berdepan dengan ahlinya yang berpaling tadah ke UMNO.

Tahun lalu, dua pemimpin BERSATU Pahang meninggalkan parti itu untuk menyertai UMNO, sementara 32 ahli pulang ke pangkuan UMNO semula pada Februari.

Katanya, sasaran pilihan raya Saifuddin “sangat tidak realistik” berdasarkan keadaan semasa BERSATU. “Sasaran itu sekadar seruan untuk ahli BERSATU sebelum menyertai pertarungan.”

Oh dan Azmi berkata, rakan komponen GERAKAN tidak akan dapat menyumbang sebarang kerusi kepada gabungan itu.

Tidak seperti MCA dan MIC yang boleh bergantung kepada penyokong UMNO yang menyokong mereka, Azmi berkata, GERAKAN tidak boleh bergantung kepada BERSATU yang “lemah” untuk mendapatkan bantuan.

Oh berkata, impian Presiden GERAKAN, Dominic Lau untuk membantu PN kekal impian.

“Ahli hilang harapan terhadap kemampuan BERSATU untuk menawan semula Putrajaya dan negeri yang mereka pernah tadbir,” katanya merujuk kekalahan PN dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor.

Azmi berkata, hanya PAS mampu mengekalkan lapan kerusinya. PN hanya mempunyai satu kerusi Parlimen di Pahang, iaitu Indera Mahkota yang diwakili Datuk Saifuddin Abdullah, pengerusi PN negeri dan Menteri Luar Negara.

Katanya, PN akan menentang UMNO dan Barisan Nasional yang bersatu. “Ia akan menjadi tugas yang agak mustahil bagi PN.”

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, PAS akan memenangi lapan atau lebih banyak kerusi, khasnya di kawasan luar bandar dan konservatif. #sumber

Share:

Mahkamah Persekutuan Menolak Permohonan Shafiee Mahu Tangguh '24 Jam' Lagi Kes Najib !

 

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam Tan Sri Datuk Seri Shafee Abdullah supaya memberinya tempoh “kurang 24 jam” bagi membolehkannya menyediakan hujah dalam usaha Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat daripada mendengar rayuan kes SRC International.

Ketika menolak permohonan itu, Tengku Maimun berkata “kita dapati tidak ada sebab untuk menangguhkannya”.

Shafee yang kembali menyertai pasukan pembelaan Najib pagi ini berkata, beliau tidak mempunyai sebarang dokumen mahkamah bersamanya sekarang selain hadir ke mahkamah itu dari tempat lain di Petaling Jaya.

Terdahulu, peguam utama, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah bahawa Shafee akan membantunya dalam usaha Najib membuat permohonan agar Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan kes SRC. #sumber

Share:

Shafiee Abdullah 'Kembali' Untuk Rayuan Kes 'Penyelewengan' RM42 Juta Dana SRC Najib !

 

PUTRAJAYA - Peguam Tan Sri Datuk Seri Shafee Abdullah akan menyertai semula pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan kes SRC International.

Shafee akan membantu peguam utama Hisyam Teh Poh Teik.

Selepas prosiding disambung semula selepas mahkamah berehat, Hisyam memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa Shafee datang ke mahkamah dan akan membantunya dalam permohonan Najib agar Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada panel.

Tengku Maimun kemudian bertanya kepada Hisyam: “Saya ingat dia telah dilepaskan?”

Hisyam memberitahu mahkamah beliau memujuk Shafee untuk kembali ke pasukan peguam.

Tengku Maimun kemudian berkata Hisyam boleh memulakan hujahnya dahulu sementara menunggu Shafee tiba.

Shafee tiba selepas jam 11 pagi.

Awal hari ini, Najib membuat permohonan agar Tengku Maimun menarik diri daripada panel Mahkamah Persekutuan bagi mendengar rayuan terakhirnya itu atas alasan Tengku Maimun tidak sepatutnya mendengar kes itu kerana hantaran suaminya, Datuk Zamani Ibrahim di Facebook pada 11 Mei 2018.

Shafee dan dua lagi peguam, Harvinderjit Singh serta Farhan Read sebelum ini mengendalikan kes SRC International itu ketika ia dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Pada 26 Julai lalu, Najib dilaporkan menggugurkan Shafee daripada mewakilinya dalam rayuan terakhirnya dan melantik Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners, dengan Hisyam menjadi peguam utamanya.

Khamis lalu, Hisyam memohon untuk menarik diri daripada mewakili Najib atas alasan tidak mempunyai masa mencukupi membuat persediaan bagi kes itu, tetapi ia ditolak panel hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim dan Datuk Zabidin Mohd Diah. #sumber

Share:

Najib Mohon Ketua Hakim Negara Menarik Diri Dengar Rayuan Akhir Kes Seleweng Dana SRC !

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak membuat permohonan supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.

Peguam, Hisyam Teh Poh Teik selaku peguam utama bekas Perdana Menteri itu, berkata demikian ketika prosiding rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda dikenakan terhadap Najib berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. #sumber

Share:

Majoriti Ketua Bahagian UMNO Desak Perdana Menteri Segerakan Pilihan Raya Umum Ke-15 !

 

KUALA LUMPUR - Seramai 158 Ketua Bahagian UMNO yang hadir mesyuarat tergempar hari ini mendesak pilihan raya umum diadakan “dengan kadar paling segera”, kata Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos.

Katanya, suara itu akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat tertinggi parti dalam masa terdekat.

“Keputusan kita dapat, mahukan pilihan raya diadakan kadar paling segera,” katanya kepada media selepas hadir mesyuarat ketua bahagian UMNO di Menara Dato Onn.

Lokasi keramat itu menjadi tumpuan media sejak awal pagi tadi selepas jemputan kepada semua Ketua Bahagian UMNO yang disifatkan sebagai “pertemuan segera dan mustahak” itu tersebar.

Ketika ditanya adakah mesyuarat yang berlangsung hampir empat jam itu turut menyentuh kes mahkamah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jamal berkata: “Ia langsung tak disentuh dan dibincangkan.”

Difahamkan, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Zahid itu tidak dihadiri Ismail dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Yang tak ada Mahdzir (Menteri Pembangunan Luar Bandar) kerana ada tugas khas kementerian…PM pun tak sempat datang katanya ada mesyuarat,” kata Jamal.

Terdahulu dilaporkan perjumpaan “tergempar” semua Ketua Bahagian UMNO itu berkait dengan isu pemilihan calon bagi menghadapi PRU yang dikhabarkan “berlaku tidak lama lagi”.

Sumber UMNO memberitahu, terdapat beberapa Ketua Bahagian UMNO tidak berpuas hati kerana tidak dicalonkan dalam PRU akan datang yang menyebabkan Zahid “pening kepala”, dan meminta semua ketua bahagian hadir ke ibu negara pagi ini.

“Urusan calon (PRU) ni ada yang bertekak-tekak. Malam tadi (mesyuarat) di bahagian-bahagian bergaduh..biasalah. Sebab apa? dah tradisi UMNO sejak berpuluh tahun dulu bila dia jadi Ketua Bahagian dia la jadi calon Ahli Parlimen.

“Tapi sekarang bila ketengah muka baru (ada) tak puas hati. Ada yang dah kalah PRU14 pun nak bertanding lagi. Dah kalah, kalah la.. ini yang Datuk Seri Zahid pening kepala. tapi dia strict (tegas),” kata sumber itu. #sumber

Share:

MRSM Kuantan Ambil Tindakan Displin, Pindah Beberapa Pelajar 'Kaki Buli' Dari Maktab Itu !

 

KUCHING: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan mengambil tindakan disiplin dan memindahkan beberapa pelajarnya yang dilaporkan membuli seorang pelajar perempuan maktab itu baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hj Hasbi Habibollah, berkata tindakan itu dibuat tanpa didedahkan kepada umum bagi memastikan MRSM terus menjadi pusat pembelajaran yang kondusif dan selamat.

“Walaupun kes itu terpencil, Mara tidak berdiam diri dan tindakan telah diambil dengan memindahkan pelajar yang membuli ke tempat lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (MARA) .

Media melaporkan, tular di Facebook seorang wanita mendakwa anaknya dibuli di MRSM berkenaan sejak Jun lepas dan pihak asrama dikatakan lambat bertindak menangani isu itu.

Susulan itu, wanita berkenaan membuat laporan polis serta merujuk anaknya ke hospital kerana pihak asrama menyatakan anaknya mengalami masalah keresahan.

Dalam perkembangan lain, Hasbi berkata bagi memberi peluang kepada lebih ramai anak Sarawak memasuki MRSM, MRSM Bintulu yang dijangka siap tahun ini akan memulakan operasinya tahun hadapan manakala MRSM di Lawas masih di peringkat tender.

Pada majlis itu, 40 kakitangan MARA Sarawak menerima anugerah masing-masing atas prestasi perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan. #sumber

Share:

Rekod 'Kebal' Sri Pahang Lebur Di Gelanggang Sendiri, 'Tertewas' Kepada Terengganu FC 1-2 !

KUANTAN - Sri Pahang FC gagal mencatat kemenangan selepas tewas 1-2 kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Kekalahan skuad Tok Gajah itu turut memadamkan rekod lima perlawanan tanpa tewas.

Namun, pada perlawanan itu, pelawat lebih banyak menguji benteng tuan rumah terutama menguasai 15 minit pertama perlawanan.

Ia bermula dengan percubaan dari luar kotak penalti Habib Haroon yang berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa seawal minit kelima.

Pada minit ke-13, kapten TFC, Tchetche Kipre turut berpeluang menjaringkan gol pendahuluan tetapi bola terus ke dakapan Samassa.

Selang seminit, Nik Muhammad Shariff Haseefy Mohd Lazim pula mempunyai peluang sama untuk membolosi gawang tuan rumah tetapi mudah diselamatkan Samassa.

Peluang terbaik Sri Pahang hadir pada minit ke-19, tetapi tendangan kapten pasukan, Muslim Ahmad melepasi palang biarpun berdepan gawang lawan.

Seminit bersambung babak kedua, rembatan pemain import dari Argentina, Manuel Hidalgo dalam kotak penalti meletakkan tuan rumah mendahului TFC 1-0.

Namun, pada minit ke-72, kerja keras TFC untuk mencari gol penyamaan berhasil selepas pemain tengah TFC, Habib berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Pada minit ke-87, Petrus Shitembi menceriakan penyokong TFC apabila menjaringkan gol kedua buat pasukan itu.

Pada minit ke-87, Petrus Shitembi menceriakan penyokong TFC apabila menjaringkan gol kedua buat pasukan itu.

Pada perlawanan itu, Sri Pahang harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal memberikan tekanan kepada TFC yang akhirnya terpaksa akur terlepas tiga mata di halaman sendiri. #sumber

Share:

Perikatan Nasional Pahang Buat Persetujuan Awal Berkaitan Pembahagian Kerusi PRU-15


KUANTAN - Persetujuan awal mengenai pembahagian kerusi Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 di negeri ini sudah dicapai di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). 

Pengerusi PN Pahang, Datuk Saifuddin  Abdullah yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota berkata persefahaman itu juga dicapai dengan satu lagi parti komponen PN, iaitu GERAKAN

“Rundingan awal antara ketiga parti berjalan dalam keadaan mesra dan hubungan kami juga akrab.

“Formula pengagihan kerusi juga sudah dipersetujui pada asasnya, parti yang menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau parlimen pada pilihan raya umum ke-14 akan kekal (bertanding) di situ.

“Maknanya, ketika ini PN Pahang ada satu kerusi parlimen dan lapan kerusi DUN yang dimenangi PAS dalam PRU ke-14.

"PN juga akan bertanding di semua 14 kerusi parlimen dan 42 kerusi DUN Pahang dalam PRU datang,” katanya hari ini. #Sumber

Share:

Najib Lafaz 'Sumpah Laknat' Di Masjid Kg Baru, Nafi Terbabit Penyelewengan RM42j Dana SRC


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, di sini, malam ini, menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Najib dalam sumpah laknat itu memaklumkan bahawa beliau tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta itu, datangnya daripada syarikat SRC secara langsung atau tidak, sehingga kini.

"Kedua, aku tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkumkan apa-apa dana bagi tujuan peribadi atau keluargaku.

"Ketiga, aku tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akaun bank aku untuk apa-apa tujuan.

"Keempat, aku tidak pernah terlibat dalam mesyuarat Kabinet untuk meluluskan jaminan-jaminan kerajaan bagi pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sebanyak RM4 billion kepada syarikat SRC bagi tujuan aku mendapatkan habuan haram sebanyak RM42 juta tersebut," katanya dalam lafaz sumpah itu.

Terdahulu, Najib bersama anak lelakinya, Nor Ashman Najib tiba di masjid berkenaan 8.20 malam tadi sebelum disertai isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kira-kira 20 minit kemudian.

Najib menyertai kariah Masjid Kampung Baru, menunaikan Solat Isyak bersama beberapa pemimpin UMNO termasuk Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Selepas menunaikan solat Isyak, Ahli Parlimen Pekan itu dan kariah melaksanakan solat hajat dan bacaan doa munajat sebelum Najib melafazkan sumpah laknat berkenaan.

Solat hajat dan bacaan doa munajat itu diadakan bagi merujuk kepada proses rayuan akhir berhubung kes Najib di Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan berlangsung pada esok.

Pada 18 Ogos lalu, Najib mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah pada 28 Julai 2020.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menjatuhkan hukuman namun membenarkan permohonan untuk ditangguhkan sementara menunggu rayuan. 

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan ke terhadapnya. #sumber

Share:

PRU-15: PAS Bergerak Di Bawah Payung 'PN', Sedia Bertembung Dengan Barisan Nasional !

KOTA KINABALU - PAS sedia berhadapan sebarang kemungkinan termasuk bertembung dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya BN memutuskan untuk bergerak solo maka, Pas sedia berhadapan dengan mereka di bawah payung Perikatan Nasional (PN).

“Saya tengok BN yang banyak putuskan untuk bergerak solo jadi, kalau BN buat keputusan begitu, kita sedia hadapi semua kemungkinan. 

“Kalau muafakat, kita boleh pakat tapi, kalau mahu lawan pun, kita boleh lawan,” katanya selepas melawat beberapa kawasan sering dilanda banjir di Papar hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata, PAS sedia untuk bertembung namun, ia bergantung kepada keputusan pimpinan parti. Sebarang keputusan di peringkat parti akan dibawa ke majlis pimpinan PN kerana PAS akan bergerak di bawah PN.

“Apa-apa pun yang paling penting adalah manfaat kepada rakyat yang mahukan kerajaan yang stabil dan adil, itu menjadi fokus kepada rakyat.

“Maka, kita tidak mahu kerajaan yang tidak stabil sebab ekonomi kita masih belum pulih sepenuhnya dan sekarang kita mahu fokus membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan PAS bergerak solo menjelang PRU-15.

Mengenai kemungkinan kerjasama bersama Gerakan Tanah Air (GTA), Tuan Ibrahim berkata, setakat ini PAS belum ada perbincangan dengan gabungan diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, PAS tidak mempunyai sebarang masalah dengan Tun Mahathir namun, belum ada sebarang perbincangan dibuat pada masa ini kerana mereka ingin memperkukuhkan PN dalam membuat persiapan menghadapi PRU-15.

Mengulas lanjuat katanya, perbincangan mengenai kerusi masih belum dilakukan di peringkat parti dan juga jawatankuasa perundingan kerusi bersama rakan-rakan dalam PN. Belum ada perundingan secara rasmi dilakukan.

Jelas beliau, ada beberapa kawasan yang telah dikenal pasti namun, mereka masih menunggu PAS negeri menghantar senarai calon sebelum kepimpinan parti membuat keputusan.

Di peringkat negeri Sabah, PAS sebahagian daripada kerajaan negeri dan mempunyai kerjasama yang baik buat masa ini tapi, untuk PRU akan datang masih belum dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada keadaan pada masa itu.

Tuan Ibrahim berkata, pada PRU-15, sudah ada beberapa kerusi yang akan ditandingi oleh PAS di Sabah tapi, tunggu senarai calon rasmi yang akan dikemukakan.

“Kita sedia berbincang dengan mana-mana parti yang sedia bekerjasama dengan PN. Malah, semasa kita menghadapi pilihan raya negeri secara bersama, kita saksikan kemenangan dan ia baik untuk rakyat Sabah,” katanya. #sumber


Share:

Tun M Dakwa Jikalau Buat Pilihan Raya Umum Awal, UMNO BN Akan 'Menang' Dan Berkuasa !

 

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pendirian UMNO yang mahukan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan lebih awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi terhadap parti itu.

Menerusi temu bual dengan The Associated Press yang disiarkan Astro Awani, Ahli Parlimen Langkawi itu, berkata ketika ini pembangkang sudah berpecah-belah, sekali gus memberi ruang kepada UMNO untuk menang besar.

“Saya fikir mereka (UMNO) mahu mengadakan PRU tahun ini. Kalau boleh mungkin seawal dua tiga bulan dari sekarang kerana mereka merasakan ketika ini rakyat masih memandang tinggi terhadap mereka.

“Malah, pembangkang pula sudah berpecah belah,” katanya.

Jelas beliau lagi, UMNO berkemungkinan akan menang besar jika PRU-15 diadakan secara tergesa-gesa.

“Jadi dari sudut kerajaan, pilihan raya awal adalah satu perkara yang baik kerana kerajaan sudah bersedia dan pembangkang pula tidak bersedia,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO termasuk presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendesak PRU-15 diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Zahid dipetik sebagai berkata, gesaan itu dibuat setelah melihat kedudukan kerajaan yang amat rapuh dan negara berada dalam keadaan kerugian apabila tiada Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang masuk ke negara ini.

Bagaimanapun, ada juga kalangan pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan berpendapat kerajaan sedia ada perlu kekal hingga habis penggal PRU-14, iaitu pada pertengahan tahun depan.

Antaranya, Ahli Parlimen UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz yang tidak bersetuju jika PRU diadakan awal kerana boleh menimbulkan kucar-kacir. #sumber

Share:

Ketua Hakim "Ingatkan" Peguam Najib, Jangan Sampai Tak Bersedia Untuk Kemuka Hujahan !

 

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sekali lagi tidak membenarkan permohonan peguam utama Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan prosiding rayuan akhir bagi mengetepikan sabitan dan hukuman bersalah yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu.

Hisyam Teh Poh Teik memohon penangguhan kepada Khamis minggu depan sebelum prosiding rayuan berakhir, bagaimanapun ia ditolak oleh mahkamah.

Sejurus selepas Timbalan Pendakwaraya Kanan, Datuk V Sithambaram selesai dengan hujahan lisannya, Hisyam sekali lagi bangun memohon penangguhan hingga Khamis minggu hadapan.

Menurutnya, beliau perlu menghadiri satu lagi kes membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada minggu hadapan, namun alasan itu tidak diterima Tengku Maimun dan memberitahu bahawa prosiding bersambung Selasa ini.

Hisyam kemudian berkata beliau tidak akan mengemukakan sebarang hujahan sama ada secara lisan atau bertulis.

Tengku Maimun berkata, Hisyam tidak perlu memfailkan hujahan bertulis, sebaliknya boleh berhujah secara lisan sahaja.

"Kita tunggu Selasa ini," katanya.

Menegaskan bahawa mahkamah tidak akan membenarkan sebarang penangguhan, Tengku Maimun berkata pasukan pembelaan mempunyai masa selama tiga hari untuk bersedia dengan hujahan kes.

"Ia adalah kebebasan kamu untuk mengemukakan hujahan atau sebaliknya, kamu ada tiga hari untuk bersedia. Jangan kamu katakan kamu tidak bersedia untuk mengemukakan hujahan mengenai 94 alasan dalam petisyen rayuan kamu," katanya.

Sebelum ini tarikh perbicaraan rayuan utama membabitkan Ahli Parlimen Pekan itu telah ditetapkan antara 15 hingga 16 Ogos ini, namun pada 15 dan 16 Ogos, mahkamah telah mendengar rayuan pembelaan untuk memasukkan bukti baharu, dan permohonan Hisyam untuk mengecualikan diri terlebih dahulu.

Terdahulu, dalam hujahan lisannya selama dua hari (18 dan 19 Ogos), Sithambaram telah menyentuh mengenai peranan Najib selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dan Penasihat Emeritus SRC International Sdn Bhd.

Beliau kemudian menyebut bagaimana bekas Perdana Menteri itu tidak mempersoalkan kemasukan RM42 juta ke dalam dua akaun peribadinya, malah menggunakannya untuk tujuan peribadi.

Sithambaram kemudian berkata, Hakim Bicara (ketika ini Hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak membuat sebarang kesilapan dalam mensabitkan Najib terhadap ketujuh-tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International itu pada 28 Julai 2020.

Mohd Nazlan telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan setiap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda.

Prosiding bersambung Selasa ini. #sumber

Share:

Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022: JDT "Tewas" Kepada Wakil Jepun, Urawa Red Diamonds 5-0

 

KUALA LUMPUR - Hasrat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk menempa satu lagi sejarah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 tidak kesampaian apabila dibelasah wakil Jepun, Urawa Reds Diamonds 5-0 pada aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Saitama, sebentar tadi.

Skuad Harimau Selatan berdepan cabaran besar untuk menyaingi juara Asia dua kali itu selepas dibolosi dua gol menerusi sepakan penalti dan sepakan percuma hanya dalam tempoh 20 minit pertama.

Jelas kedudukan Urawa Reds yang terkenal dengan julukan 'Red Devils' yang ketika ini menghuni tangga ketujuh Liga J bukanlah satu ukuran kepada kemampuan sebenar mereka untuk turun menentang JDT yang juga pendahulu Liga Super.

Apapun, pencapaian JDT sebagai pasukan pertama dari Malaysia layak ke pusingan 16 terbaik saingan elit itu sudah dianggap sebagai satu sejarah yang patut dibanggakan.

Permulaan baik ditampilkan JDT apabila mereka berjaya menghantar amaran awal menerusi percubaan jauh Arif Aiman Hanapi pada minit kedua yang 'menggetarkan' tangan penjaga gol Urawa Reds Diamonds, Shusaku Nishikawa.

Namun 'panas tidak sampai ke petang' apabila rentak positif itu direncatkan selepas Urawa Reds Diamonds dihadiahkan sepakan penalti pada minit keenam susulan kekasaran Farizal Marlias ke atas Yusuke Matsuo.

Pertahanan, Alexander Scholz yang ditugaskan mengambil sepakan penalti tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan peluang keemasan yang dimiliki sekali gus meletakkan mereka di depan dengan 1-0.

Gawang JDT 'bocor' lagi pada minit ke-18, kali ini menerusi sepakan percuma menarik daripada Jens Karlsson yang sempat 'mencium' palang sebelum menewaskan Farizal buat kali kedua dalam perlawanan itu.

Berkelebihan dua gol, Urawa Reds belum mahu mengendurkan asakan dan terus berpesta apabila menambah gol ketiga menerusi Karlsson pada minit ke-39.

Bersambung babak kedua, JDT tampil dengan lebih baik namun pemain gantian Urawa Reds, Kasper Junker menambah derita JDT dengan dua lagi gol (86) dan (90) untuk menjadikan kedudukan 5-0. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.