Akademi Nasyid TV9 menutup tirainya malam tadi dengan penuh kebanggaan. Ini kerana, satu lagi sejarah terpahat pabila Saudara Azhan Atan, Ketua Pemuda PAS Tg.Piai, Pontian Johor telah berjaya menjadi juara dan mengondol hadiah wang tunai RM100,000. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau, kerna berjaya menaikkan imej PAS dan Pakatan Rakyat yang sememangnya tidak menolak hiburan asalkan ianya tidak lari dari lunas-lunas agama. Satu kejayaan buat anak muda yang berasal dari Pekan Nenas, Johor ini kerana beliau adalah satu-satunya peserta yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Kemampuan dan kehebatan beliau untuk bersaing dengan peserta lain yang ternyata amat luar biasa. Inilah bakat dan anugerah dari Allah untuk anak muda ini. Sesungguhnya kemenangan dan kejayaan beliau ini harus menjadi satu kebanggaan buat semua rakyat Malaysia.Disaat seluruh rakyat sedang disajikan dengan hiburan melampau sempena dengan program "Ambang Merdeka" yang turut diadakan pada malam yang sama, Saudara Azlan ternyata telah mengharumkan nama "sebuah perjuangan". Kemenangan beliau ini ternyata amat bernilai buat kita. Tambahan pula kita baru sahaja berbangga dengan kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini. Ini bermakna kita berjaya mendapat kejayaan berganda dalam minggu yang sama. Sesuatu yang amat berharga untuk dinilai sebenarnnya. Jika dulu negara begitu kagum dengan Asmawi Ani, tatkala anak muda itu menjuarai "Akademi Fantasia".
Hinggakan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan juga memberi penghormatan kepada Mawi ketika itu. Kerajaan Negeri Kelantan telah mengundang Mawi untuk turut sama menyerikan satu majlis bersejarah di negeri itu. Mungkin juga undangan tersebut dibuat kerana umum mengetahui Mawi cukup sinonim dengan imej nasyid dan arwah ayahnya juga adalah merupakan ahli dan penyokong PAS. Hinggakan ketika rakaman program AF bersama Mawi dirumahnya di Felda Taib Andak, turut terlihat poster pucuk pimpinan tertinggi PAS. Perkara ini telah menimbulkan kekecohan kepada pihak Astro ketika itu. Kini, Mawi tetap mempunyai "aura" sehingga ke hari ini.
Akhirnya tanpa disangka-sangka, satu lagi mutiara muncul di bumi Johor Darul Takzim yang cukup "karat UMNO". Kali ini, benar-benar lebih hebat kerana menjuarai "Akademi Nasyid" bukan lagi "Akademi Fantasia" seperti dulu. Lebih menarik kemenangan ini dicipta oleh seorang peserta OKU yang juga memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Tg.Piai di Johor. Bukankah ini lebih hebat daripada apa yang pernah dikecapi dulu. Jika dulu, Mawi hanyalah anak kepada ahli PAS, namun kini Azhan adalah pemimpin PAS setempat. Sesungguhnya kemenangan beliau ini bakal membuka lembaran baru dalam "hiburan Islamik" di negara ini. Sesungguhnya, parti PAS yang berlandaskan Islam tidak menghalang ahlinya untuk terlibat dalam industri hiburan.
Apapun, sedikit teguran ikhlas buat penerbit rancangan berkenaan. Pertamanya oleh kerana ianya adalah Akademi Nasyid, maka sepatutnya suasana dan wajah keseluruhan program mestilah bercirikan Islamik. Kelemahan timbul apabila pihak penerbit gagal membawa kelainan kepada program ini. Menonton Akademi Nasyid seolah-olah kita menonton Akademi Fantasia. Interaksi pengacara yang terlampau "over acting" tidak langsung menimbulkan kesedaran dan keinsafan kepada penonton. Sepatutnya pengacara rancangan ini perlulah lebih "slow and steady" tidak perlu terlalu memekik-mekik.
Bercakap perlu teratur dan lemah lembut tanpa terikut-ikut cara pengacara hiburan biasa. Difahamkan, pengacara rancangan berkenaan adalah Hafiz Hamidun yang merupakan bekas ahli sebuah kumpulan nasyid yang kini merakamkan album solonya yang berkonsepkan pop komersial. Ini bermakna, beliau hanyalah bekas penyanyi nasyid yang sudah "keluar" dari kelompok itu. Seeloknya pengacara program berkenaan dipilih dari kelangan mereka yang masih lagi mempunyai "roh Islamik" yang tinggi dalam diri mereka. Barulah konsep rancangan ini akan lebih menarik lagi.
Disamping itu juga, susualan dari perangai pengacara yang ternyata terlalu "over" telah menyebabkan penonton juga terikut-ikut rentak itu. Mereka mula terpekik dan terlolong setiap kali penyanyi kegemaran mereka tampil menyumbangkan lagu masing-masing. Keadaan ini, saling tidak tumpah seperti rancangan hiburan biasa sebelum ini. Ternyata, suasana ini amat mengecewakan banyak pihak yang melihat ia tidak bertepatan dengan konsep Akademi Nasyid itu sendiri. Sudahlah kedudukan penonton tidak langsung dibuat pengasingan, malahan terdapat juga penonton wanita Islam yang tidak menutup aurat dan sebagaiya. Bukankah ini boleh menimbulkan fitnah sebenarnya. Mengapakah perkara semudah ini tidak dititik beratkan oleh pihak penerbit. Apakah ianya boleh menjadi halangan kiranya ia dilaksanakan?.
Perkara terakhir yang perlu ditegur ialah, memandangkan program ini adalah Akademi Nasyid meka seharunya para pelajar juga perlu dipilih dari kalangan mereka yang berjiwa nasyid dan bukan mereka yang sengaja mencari populariti menerusi nasyid setelah ternyata gagal dalam penyertaan pertandingan hiburan biasa yang banyak diadakan dinegara kita. Pemilihan lagu, kostum, imej serta penampilan peserta perlulah menunjukkan ciri-ciri Islamik. Seboleh-bolehnya perserta perempuan tidak digalakkan menyertai pertandingan ini dan bersaing dengan perserta lelaki. Ia agak kurang "afdal" dan bolegh menimbulkan "fitnah duniawi" yang lebih memburukkan keadaan. Dalam pertandingan Akademi Nasyid akhir malam tadi, terdapat seorang peserta wanita yang turut bersaing bersama lima pserta lelaki. Mengapakah perkara ini tidak dihalang sejak awal-awal lagi?. Jika ingin diadakan juga katageri wanita, eloklah dibuat pengasingan sebenarnya.
Akhir kalam, tahniah juga kita ucapakan kepada pihak TV9 kerana berusaha memartabatkan industri nasyid ini. Biarpun ada kesilapan dan kealpaan yang tidak disengajakan, namin ternyata ianya dapat memberikan satu suntikan semangat untuk menggalakkan anak-anak muda supaya meminati irama nasyid pada masa akan datang. Semoga, Akademi Nasyid musim akan datang lebih baik dari program pengenalan yang diadakan pada tahun ini. Buat Azhan Atan, tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga dengan ini ianya dapat menaikkan lagi imej nasyid ke persada antarabangsa.
[Kemenangan RM100,000 tunai ternyata amat membanggakan buat Azhan serta keluarga. Ditambah lagi hadiah telah disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi. Bayangkan, jika Zahid mendapat tahu Azhan adalah Ketua Pemuda PAS Tg.Piai, mungkinkan kemenangannya akan dibatalkan atau Zahid akan kecewa dengan keputusan itu]





