script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Gara-Gara Berlatar Belakang Agama, Jabatan Pelajaran Pahang Tipu Fakta Kecemerlangan Sebuah Maahad Tahfiz Semasa Umum Keputusan PMR 2012 !

KUANTAN, 31 Dis - Ramai ibubapa pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dekat sini terkilan dengan tindakan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) menafikan hak pusat pengajian terbabit sebagai sekolah paling cemerlang dalam Peperiksaan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR) 2012 yang diumumkan baru-baru ini. Mereka keliru kerana kecemerlangan MTNP dinafikan, sebaliknya Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) diumumkan sebagai sekolah terbaik PMR 2012Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Sekolah Menengah Negeri Pahang Tahun 2012 telah diumumkan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Hashim bin Mohd Zayat, Ketua Sektor Penilaian Dan Peperiksaan yang mewakili Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Pahang. Analisis keputusan PMR dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Menurut seorang bapa kepada pelajar MTNP, benarkah keputusan itu dibuat secara adil dan saksama?. Sedangkan hakikat yang berlaku adaah sebaliknya. Kenapa JPNP cuba menyembunyikan fakta hanya kerana mahu mengangkat sekolah mereka sebagai yang terbaik berbanding sebuah Maahad Tahfiz? Beliau berkata Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)  sering dinafikan hak kecemerlangannya. Seolah-olah ada usaha oleh JPNP untuk mengangkat sekolah dibawah kementerian yang terbaik sedangkan MTPN lebih baik dari semua sekolah terbabit.  "Pada tahun 2012, MTNP mendapat pencapaian terbaik dengan kelulusan 87.10% bagi pencapaian semua A. Namun anehnya SMART yang hanya mendapat 63.64% sahaja. Namun anehnya SMART pula yang diumum sebagai sekolah terbaik", katanya. 



Difahamkan, sering kali kejayaan dan kecemerlangan MTNP dinafikan oleh JPNP, mungkin kerana sekolah terbabit berlatar belakangkan agama agaknya. Kecemerlangan MTNP ini sepatutnya diangkat oleh JPNP, namun dek kerana SMART sekolah yang berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia  (KPM) dan merupakan Sekolah Rancangan Khas (SRK) maka itulah JPNP terpaksa ubah fakta kononnya SMART itu sekolah cemerlang PMR 2012. Difahamkan SRK adalah projek Kerajaan Negeri Pahang untuk menempatkan peajar yang gagal ke asrama penuh walau pun mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Di Pahang terdapat 22 buat SRK dan sebelas daripadanya mendapat keputusan lulus 100% pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR 2012) lalu. Bukankah ini sesuatu yang memalukan dan tidak wajar berlaku sebenarnya. "Dari segi Gred Purata Sekolah (GPS), pencapaian MTNP jauh lebih cemerlang dari SMART sebenarnya. Malah pada PMR2011 MTNP berjaya mengatasi SEMENTA bagi keputusan keseluruhan negeri Pahang. MTNP mendapat GPS 1.03 manakala SEMENTA GPS 1.04... Anehnya pada tahun ini MTNP mendapat GPS 1.01 iaitu jauh lebih tinggi daripada yang diperolehi oleh SMART (GPS 1.10). Gred Purata Sekolah nii, makin kecil makin bagus.. Tetapi kenapa JPNP umumkan SMART yang terbaik .... Kenapa harus mengkhianati pencapaian pelajar MTPN.. Bukankah GPS itu diberikan oleh kementerian sendiri sebenarnya", kata seorang lagi bapa pelajar yang ditemui. Untuk info lanjut, sila klik pada foto dibawah dan klik sini untuk buktinya.



Kecemerlangan MTNP sering dicemburui oleh sekolah lain terutamanya SMART. Dari laporan yang diterima ia adalah kerana bermula pada tahun 2012 pelajar tingkatan 4 dari MTNP tidak lagi menyambung pelajaran di SMART. Ini memberi impak besar kepada pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah terbabit mulai tahun 2013 ini. Maknanya pencapaian SPM 2013 sekolah terbabit pasti akan merosot berbanding tahun-tahun sebelumnya. "Dulu pelajar tingkatan 4 MTNP belajar akademik dan mengambil SPM di SMART.. tetapi mulai tahun ini (2012) mereka belajar akademik dan akan mengambil SPM di sekolah mereka sendiri (MTNP). Inilah yang merisaukan JPNP kerana pencampain SPM MTNP pasti akan mengatasi lain-lain sekolah dibawah kemeneterian. Tambahan pula pelajar yang cemerlang pula adalah mendapat didikan agama sempurna (tahfiz). Ini memberi gambaran pelajar yang agama dalam diri mereka lebih cemerlang dari sekolah biasa. Agama itu akan diangkat akhirnya dan ia menggusarkan pihak terbabit yang selama ini sering memberi gambaran negatif terhadap pendidikan agama Islam itu sendiri", kata beliau lagi. "Dah lama MTNP dipandang sepi oleh JPNP... sepatutnya MTNP diangkat sebagai sekolah cemerlang PMR 2012... kerana majoriti pelajarnya sudah menghafaz 22 juzuk ketika mereka menamatkan PMR baru-baru ini", tambanya.



[Soalnya sekarang kenapa MTNP sering dinafikan kecemerlangannya oleh JPNP?. Kenapa perlu berdengki dengan Maahad Tahfiz?. Difahamkan MTNP adaah Maahad Tahfiz terbaik antara Yayasan Kerajaan Negeri seluruh Malaysia. Malah, pada keputusan PMR 2010 yang lalu MTNP merupakan pemenang tempat kedua selepas Kolej Yayasan Saad. Namun, kecemerlagan itu tidak diwar-warkan oleh JPNP sendiri selaki jabatan pelajaran di negeri Pahang Darul Makmur ini. Apa sudah jadi agaknya?. Kecemerlangan MTNP bukan setakat dalam bidang akademik semata-mata. Malah difahamkan ada antara pelajar MTNP yang pernah mewakili Pahang dalam Sukan Malaysia (SUKMA) bagi acara Equestrian. Malah beliau antara athlit terbaik di Malaysia dalam acara tersebut ketika itu. Namun, semua ini tidak dimaklumkan dan tiada siapa pun yang tahu. Persoalannya, sampai bilakah sikap sebegini mahu diteruskan. Kenapa perlu "anak tiri" sekolah yang cemerlang, sebaliknya sekolah lain yang diangkat oleh Jabatan Pelajaran negeri Pahang. Jika guru marah murid menipu dalam peperiksaan, sekarang kenapa JPNP mengajar pegawai mereka menipu dalam mengumumkan keputusan peperiksaan. Kenapa sanggup tipu fakta semata-mata mahu jaga imej dan kepentingan pihak tertentu?].


LAGI BERITA PANAS MENYUSUL 

Gara-Gara Tindakan JAIP Melantik Guru Biasa Uruskan Pentadbiran Sekolah Menengah Agama, Seorang Pengetua Sekolah Agama Pahang  Di Tangkap Khalwat Dan Main Judi Siber Baru-Baru ini. 

Banjir Di Bandar Kuantan. Mana Pergi Peruntukan Banjir RM1.5 Juta Yang Sepatutnya Di Gunakan Untuk Atasi Masalah Banjir Di Bandar Ini, Siapa Curi?. Siapa Yang Khianat Dengan Peruntukan Tersebut?.

Nantikan Pendedahan Eksklusif Di Pahang Daily Online Selepas Ini !!!!
Share:

Terkini: Foto Himpunan Oren Dari Ibu Pejabat FELDA

Share:

Panas: Tipu PKG Sawit, Felda Di Saman Lagi Oleh 351 Warga Peneroka "Wilayah Mempaga" Pagi Semalam !!

TEMERLOH, 27 Dis - Seramai 351 orang peneroka Felda Mempaga 1, 2, dan 3 serta Felda Bukit Damar, telah memfailkan saman menuntut ganti rugi keseluruhan kira-kira RM200 juta terhadap Felda kerana menipu Kadar Perahan Gred (KPG) sawit. Saman difailkan melalui Tetuan Daim dan Gamany di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang pagi semalam itu menamakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua. Plaintif dalam writ saman antara lain mendakwa, Felda Palm Industries berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit. Peneroka terbabit turut mendakwa wujud konspirasi antara defendan pertama dan kedua menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan, selain menjual buah sawit dibawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif. Disebabkan itu, plaintif mendakwa setiap mereka mengalami kerugian sebanyak  RM30,912 pada tahun 2008. Manakala bagi buah yang ditahan tapi tak dilupuskan, setiap peneroka telah kehilangan pendapatan sebanyak RM1345.63 (RM560.08 setan). “Kerugian kesemua plaintif untuk tahun 2008 lebih kurang RM11.322 juta,” writ saman itu menyebut. Sehubungan itu, plaintif memohon mahkamah untuk mendapatkan printah supaya Felda dan Felda Palm Industries membayar ganti rugi khas kepada plaintif berdasarkan jumlah keluaran dan harga sawit untuk setiap tahun bermula tahun 1995. Selain itu, peneroka terbabit turut meminta ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah, kadar faedah empat peratus setahun dikenakan keatas jumlah ganti rugi khas bemula dari tahun 1995 serta empat peratus jumlah ganti rugi am dari tarikh pemfailan writ sehingga kes selesai sepenuhnya  dan lain-lain kos. Saman difailkan wakil peneroka Abdul Rashid Abdul Wahab sebagai plaintif pertama dan Din Mohd Arif (plaintif ke-331). Mereka diwakili Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya dan  Timbalan Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR T Kumar. Turut hadir ialah Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR Suhaimi Said serta timbalannya Bob Manolan.



[Nampaknya semakin hari semakin banyak penyelewengan Felda didedahkan kepada umum. Penipuan KPG ini memang sudah lama berlaku dan peneroka menjadi mangsanya. Terdapat dakwaan pihak Felda berkerjasama dengan kilang sawit untuk melaksanakan agenda ini. Keringat peneroka dikerah, sedangkan hasil mereka diambil sedikit demi sedikit untuk mengenyangkan tembolok pihak-pihak tertentu. Lantaran itulah peneroka yang bijak akan mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut kembali hak-hak mereka. Hanya peneroka yang diperbodohkan dan dijadikan alat sahaja yang akan mengikut telunjuk Felda pada masa ini. Sedangkan mereka sendiri tahu kini Felda berada ditahap yang paling nazak. Saham merudum, harga sawit dan getah kini jatuh menjunam. Durian runtuh yang dijanjikan oleh Perdana Menteri rupanya telah memakan diri dan menyusahkan hidup peneroka. Dari pendapatan ribuan ringgit sebulan kini ada diantara mereka yang hidup dibawah paras kemiskinan tegar. Inilah reailiti yang berlaku mutakhir ini sebenarnya. Cuma, Felda cuba kelirukan peneroka sekarang].
Share:

Panas: Musa Hassan Dan Mantan Pengerusi SPR Di Jangka Akan Turut Hadir Ke Himpunan 12 Jan Ini


[Desak desus semakin bertiup kencang bila mana ada perkhabaran dalam kem polis sendiri bahawa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan bakal hadir pada petang 12 Januari 2013 untuk bersama rakyat Malaysia untuk hari himpunan kemarahan dan kebangkitan rakyat di Dataran Merdeka atau Stadium Merdeka. Perkara dan khabar angin ini sudah merebak dalam kem kem polis dan juga kem Kementerian Dalam Negeri sendiri, di katakan turut hadir sama pada petang hari sejarah anak muda itu adalah bekas orang nombor 3 dalam polis dan bekas pengerusi SPR sendiri. Bekas ketua polis negara ini juga di katakan akan bersama sama dengan rakyat dalam kempen kebangkitan rakyat untuk menghumban Barisan Nasional yang selama ini mengganggu tugasan polis serta membuat pelbagai arahan yang tidak sepatutnya kepada pihak polis yang di paksa bekerja untuk umno. menurut sumber bocor dari Wisma Putra, berkemungkinan musa hasan akan menyertai Pakatan Rakyat bagi meneruskan agendanya untuk memastikan polis adalah Polis Di Raja Malaysia kembali dan bukannya Polis Di Raja UMNO].  networkedblogs.
Share:

Hebat: Pokok Tertua Di Dunia Hidup Subur Di Afrika


Share:

Panas: Video Eksklusif, Datuk Ismail Kamus Jelaskan Perbandingan Di Antara Parti PAS Dan Parti UMNO !!

Share:

Pelajar Polisas Maut Kemalangan, Gara-Gara "Lopak Air Di Bukit Pengorak Gebeng" Tengahari Semalam !

 KUANTAN, 26 Dis - Gara-gara kelewatan pihak berkuasa membaik pulih jalan yang sering ditakungi air di Jalan Bukit Pengorak dekat Kawasan Perindustrian Gebeng di sini, seorang pelajar Politeknik Sultan Hj.Ahmad Shah (POLISAS) maut akibat kemalangan tengahari semalam. Muhammad Faizol Ashraf Ramly (foto), 20, pelajar Diploma Automotif Mobil (Diesel) itu mejadi mangsa apabila kenderaan yang beliau naiki telah dilanggar dari belakang oeh sebuah lori, kemudian terhimpit pula dibelakang lori yang sedang bergerak perlahan akibat "air bertakung" atas jalan tersebut. Beliau yang dipercayai dalam perjalanan ke Kemaman, meninggal serta mereta akibat rempuhan tersebut. Menurut seorang saksi, kejadian berlaku ketika hujan renyai-renyai masih lagi turun di Kuantan. "Saya nampak ada lori berhenti (perlahan), kemudian diikuti kereta mangsa dan dua kereta lain.... tiba-tiba datang sebuah lori yang membawa muatan tanah meluru dari belakang dengan laju (tidak membrek).. merempuh dua kenderaan terbabit dan kenderaan mangsa. Dua kereta lain tercampak ke bahu jalan (longkang)... tetapi kenderaan yang dinaiki mangsa tersepit antara dua lori terbabit kerana berada betul-betul dibelakang lori yang perlahan berkenaan. Semua kejadian ini akibat lopak air dijalan menuruni bukit terbabit.. Dah lama kami pekerja di Gebeng ini adukan masalah jalan terbabit kepada pihak berkenaan... namun hingga kini tiada tindakan.. sebelum ini sudah ramai yang kemalangan di situ... tapi kali ini yang paling teruk dan ngeri. Kenapa mereka tidak baiki jalan sejak sekian lama?.. Inilah akibatnya..", kata saksi yang juga pekerja sebuah kilang industri di Gebeng. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat dan kemudian dituntut oleh ahli keluarganya sekitar jam 8.00 malam tadi. Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sg.Tekam (Getah) pagi ini. Difahamkan, mangsa sedang bercuti seminggu sempena Krismas dan akan menyambung semester baru beberapa hari lagi. Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga mangsa terbabit. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.


[Kemalangan maut terkadang bukan dek kerana kecuaian pemandu tetapi kerana sikap dan tanggungjawab kerajaan yang gagal membaik pulih jalan-jalan yang berisiko kemalangan. Jalan di Bukit Pengorak Gebeng ini memang sudah lama mengalami masalah air bertakung dan cukup berbahaya kepada lalulintas. Namun, aduan yang dibuat diambil acuh tidak acuh oleh pihak yang terbabit, hingga akhirnya memakan korban seperti ini. Jika kemalangan, biasanya pemandu akan dipersalahkan tetapi bagaimana dengan keadaan jalan rosak dan tidak diselengarakan dengan baik seperti ini. Apakah kerajaan boleh disaman kerana gagal melaksanakan tanggungjawab mereka agaknya. Semoga pihak berkenaan dapat memantau keadaan jalan terbabit agar pengguna jalanraya lain tidak menjadi mangsa tragedi ini. Mangsa meningga dunia gara-gara kenderaan beliau remuk akibat tersepit antara dua buah lori besar. Bukankah ini sesuatu yang tidak adil kepada rakyat tidak berdosa. Justeru, kerajaan terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa memainkan peranan bagi mengatasi masalah ini pada masa-masa yang akan datang hendaknya. Lakukanlah tanggungjawab dengan berkesan !].
Share:

Panas: Saiffudin Langgar Arahan PM Najib, Mahu Bida Menjadi 'Tuan Rumah Debat' Universiti Sedunia 2015

PUTRAJAYA, 25 Dis - Malaysia membida untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Debat Universiti Sedunia 2015, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (foto). Beliau berkata, Malaysia bersaing dengan Auckland, New Zealand, untuk menjadi tuan rumah kepada satu daripada acara tahunan antarabangsa yang terbesar dan beliau yakin Malaysia, melalui Universiti Teknologi Mara (UiTM), boleh menjadi tuan rumah kepada acara berprestij itu. "Kami sangat optimis (memenangi tawaran) dengan sokongan jelas dari kerajaan. Pada tahun 2005, Universiti Multimedia (MMU) melakukannya sendiri. kali ini giliran UiTM, disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelancongan," katanya pada sidang media di sini semalam. Keputusan bidaan akan diketahui selepas Malaysia dan Auckland membentangkan kertas kerja masing-masing kepada Majlis Debat Universiti Dunia, bulan depan. Saifuddin berkata, Malaysia telah terlibat dalam kejohanan debat dunia itu sejak awal 1990-an dan MMU menganjurkan Kejohanan Debat Universiti Dunia pada tahun 2005. "Penganjuran pertandingan ini akan menggalakkan mahasiswa universiti untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis," katanya. Saifuddin berkata, Malaysia hantar seramai 16 peserta dari enam universiti untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Debat Universiti Dunia di Berlin bermula 27 Disember ini. Sementara itu, Pengurus Besar Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia-Acara Antarabangsa Tony Nagamaiah berkata jika Malaysia memenangi bidaan menjadi tuan rumah kejohanan tersebut, ia akan merangsang pertumbuhan ekonomi negara. "Menjadi hos acara antarabangsa akan menjana kira-kira RM20 juta untuk hotel, pengangkutan, makanan dan minuman, dalam tempoh tujuh hari. "Kami menjangkakan 1,500 pendebat dan pegawai dari 50 negara dan 200 universiti akan datang ke negara ini," katanya. Bernama



[Tindakan Saifuddin Abdullah mahu Malaysia bida jadi tuan rumah Kejohanan Debat Universiti Sedunia ini jelas sekali melanggar arahan Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun Razak sebenarnya. Najib berulang kali mendakwa "debat bukan budaya kita dan ia dibawa oleh barat ke negara kita". Perkara itu dikatakan Najib ketika beliau berulang kali menolak debat antaranya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib seperti terlalu takut untuk berhadapan dengan Anwar secara berdepan (empat mata). Makanya, tindakan Saifuddin ini jelas sekali melanggar arahan Najib dan sudah pasti akan memurkakan anak Tun Razak itu sebenarnya. Apakah wajar Saifuddin bertindak sedemikian rupa, dikala nama-nama calon UMNO BN kini sudah disenarai pendekkan oleh Najib untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 nanti agaknya. Ramai yang menjangka, Saifuddin tidak mungkin jadi calon BN bagi Parlimen Temerloh untuk kali ini kerana sikapnya yang dikatakan agak terbuka dalam isu-isu rakyat di negara ini. Apapun, syabas diucapkan kepada Saifuddin kerana berani melakukan perubahan yang boleh membawa mudarat ke atas diri sendiri. UMNO tidak suka orang seperti beliau kerana gagal teruskan tradisi parti].
Share:

Eksklusif: Video BH, Banjir Kilat Di Bandar Kuantan

Share:

Panas: 'Isu Tanah', PAS Pahang Dakwa Menteri Besar Tiada Idea Sehingga Tergamak Ciplak Idea Pakatan !!

TEMERLOH, 25 Dis - PAS Pahang menganggap UMNO dan BN negeri ini kekeringan idea dalam usaha memancing undi rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) sehingga sanggup meniru idea Pakatan Rakyat (PR) Pahang. Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad (foto) berkata sudah dua tawaran PR diulang balik oleh Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob iaitu dahulu menyediakan lot-lot tapak rumah, sekarang mahu menyelesaikan urusan tanah pula. “Nampak sangat UMNO BN dah kering idea, bayangkan dah 55 tahun negara merdeka kerajaan masih gagal memberikan keselesaan kepada rakyat sehingga terpaksa berjanji meniru tawaran PR. “Saya yakin banyak lagi tawaran PR akan diciplak kerana mereka tidak ada idea. Jadi bolehkah rakyat memberikan harapan kepada golongan yang bankrap idea ini?” soalnya ketika ditanya mengenai janji  Adnan Yaakob yang disiarkan akhbar Sinar Harian semalam. Dalam kenyataan tersebut, Adnan ketika berkempen di Jerantut, memberi jaminan akan menyelesaikan permohonan tanah oleh rakyat negeri ini selepas selesai PRU13. Sebelum ini, rata-rata rakyat mengeluh akibat kesukaran dan kelewatan untuk memohon satu kelulusan tanah sehingga terpaksa menempuh antara 20 ke 30 meja di Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Akibatnya, untuk pelupusan tanah kerajaan, urusan pemilikan dan sebagainya, rakyat terpaksa menunggu masa antara 10 hingga 20 tahun. Dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Kerdau baru-baru ini, PR telah menjanjikan Tawaran 6+3 kepada rakyat negeri ini. Tawaran pertama PR ialah menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun. Tawaran kedua pula ialah selesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat. 



Adnan juga sebelum ini, mengatakan kerajaan BN bersedia menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat selepas PRU nanti. Dalam pada itu, Suhaimi berkata, rakyat mesti melihat BN sudah tidak mampu menghasilkan idea dan hanya bergantung kepada idea ciplak termasuk tawaran 100 hari Pakatan Rakyat diambil oleh Kerajaan BN. “Selama 55 tahun rakyat menunggu dan memberi peluang kepada BN namun janji hanya tinggal janji selepas  PRU. Apa yang boleh diharapkan kepada kerajaan yang sudah tua di mamah usia  untuk menyelesaikan masalah rakyat? “Bagi PAS, tawaran yang sebutkan oleh Adnan itu seperti terdesak dan tidak ikhlas. Kenapa mesti tunggu selepas  PRU kalau benar dia ikhlas nak selesaikan masalah rakyat?” soal Suhaimi. Harakah

[Menteri Besar Pahang tidak wajar berjanji kononnya permohonan tanah akan selesai selepas Pilihanraya Umum. Ini kerana, sudah banyak janji yang dibuat oleh Adnan Yaakob gagal ditepati sebenarnya. Malah, dalam isu tanah ini sendiri memang setiap kali pilihanraya maka setiap kali juga janji dibuat oleh calon-calon BN dan wakil rakyat berkenaan. Sebaliknya selepas PRU, tanah yang dipohon oleh rakyat akhirnya jatuh ke tangan mereka dan kroni-kroni masing-masing. Malah, ada tanah kelompok yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat akhirnya dimonopoli oleh pemimpin UMNO setempat. Mereka yang dapat, rakyat tertipu akhirnya. Justeru, Adnan tidak wajar membuat janji yang dia sendiri tahu hanyalah janji manis sahaja. Sedangkan rakyat Pahang sudah tahu sejak sekian lama, Adnan hanya akan melayan tokey-tokey besar Cina untuk  mendapatkan tanah. Bahkan, rakyat yang mahu menjual rumah atau tanah kepada Cina beliau langsung tidak menyokongnya. Hingga ada yang mati menunggu dan terus menunggu. Dia boleh jual, bila rakyat nak jual macam-macam alasan yang diberikan oleh MB Pahang itu. Maka, usahlah rakyat terpedaya lagi dengan janji Adnan yang nyata hanyalah auta sebenarnya. Buatlah perubahan, jika mahu nikmati kehidupan yang lebih selesa untuk anak cucu pada masa akan datang!.].
Share:

Kuantan Lumpuh, Banjir Kilat Terburuk Kini Melanda

KUANTAN, 25 Dis - Bandar Kuantan dilaporkan lumpuh akibat banjir kilat yang melanda sejak pagi tadi. Difahamkan banyak jalan-jalan utama terpaksa ditutup dan hujan lebat masih belum berhenti sekitar jam 1.00 petang tadi. Banyak kenderaan tersangkut dalam banjir sedalam antara 0.5 meter hingga 1.0 meter. Setakat jam 12.30 tengahari tadi, antara jalan-jalan yang  teruk dinaiki air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jaan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Hj.Ahmad, Jalan Beserah dan Persimpangan Lampu Isyarat Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM). Manakala kawasan pusat tumpuan orang ramai yang paling teruk dilanda banjir ialah di kawasan Jalan Tun Ismail terutamanya sekitar komplek membeli belah Berjaya Megamall dan Sri Dagangan. Orang ramai panik dan terpingga-pingga melihat senario yang berlaku. Malah ada yang mengatakan banjir kali ini lebih buruk daripada yang berlaku awal tahun ini. 


[Ada pihak yang mendakwa banjir kilat yang sering beraku di bandar Kuantan mutakhir ini adalah berpunca daripada pembangunan kawasan Koridor Pantai Timur (MSC) dekat sini. Sistem pembentungan dan perparitan di kawasan yang menempatkan pusat perniagaan terbesar East Cost Mall dan The Zenith Hotel itu dikatakan telah bermasalah sejak projek berkenaan disiapkan. Banyak laporan dibuat oleh para peniaga berkenaan sistem terbabit sebelum ini, namun ia dipandang sepi oleh pihak berkenaan bagi menjimatkan kos berkaitan. Lantaran itulah, tidak hairan pada tahun 2012 ini sahaja berlaku dua kai banjir kilat besar di bandar Kuantan. Namun, situasi pada kali ini lebih buruk dan sungguh mengejutkan ramai pihak kerana pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sebelum ini mendakwa banjir kilat dapat diatasi dengan baik pulih sistem perparitan yang mereka lakukan. Namun, ternyata dakwaan itu meleset dan kini rakyat Kuantan harus berhadapan dengan banjir kilat setiap tahun andai dakwaan yang dibuat terhadap sistem pembentungan dan perparitan di kawasan berkenaan tidak diperbetulkan. Sejak sekian lama, walau selebat mana hujan melanda keadaannya tidaklah seburuk ini. Maknanya, gara-gara pembangunan tidak dirancang dengan baik, banjir kilat terus melanda dan menyusahkan orang ramai. Justeru, pihak berkenaan digesa agar dapat memperbetulkan masalah ini segera!].
Share:

Panas: Video "Kembara Oren" Di Halang Ke Masjid !

Share:

Panas: Saksikan Bukti, 'Foto Serta Video' Provokasi Halang 'Kembara Oren' Di Pahang Dan N.Sembilan !


Kembara Oren, anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang bermula di Pahang semalam berhadapan dengan berbagai rintangan termasuk tindakan samseng oleh pihak yang berkenaan. Kembara yang turut disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ibrahim Tuan Man dan Presiden ANAK, Mazlan Aliman bermula di Felda Bukit Kepayang, Bera dan berakhir di Felda Jengka 11, Bandar Jengka malam tadi. Kembara yang awalnya berjalan dengan baik tanpa sebarang provokasi akhirnya menjadi kecoh apabila dihalang oleh pihak Felda dan beberapa kerat pemimpin setempat yang kononnya tidak mahu kampung mereka diganggu. Insiden bermula di Felda Kampung Awah, apabila Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda telah ditangkap dan diikat oleh polis bantuan di Felda terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai pihak hingga dia dibebaskan akhirnya. Tidak cukup dengan itu, Kembara Oren juga dihalang memasuki Felda Jengka 23 dan Jengka 11, lokasi ceramah umum yang sepatutnya diadakan disebelah malamnya. Ramai mempersoalkan provokasi itu.


"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan. "Tetapi bila kami mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata Mazlan Aliman.  Memandangkan waktu solat asar sudah hampir masuk ketika itu, Kembara Oren bergerak menuju Masjid Felda Jengka 21 untuk menunaikan kefardhuan itu. Tiba di pintu gerbang Jengka 21, sepasukan wanita dipercayai dari cawangan UMNO tempatan bersama seorang lelaki dengan sebuah jentera berat telah bersiap-sedia untuk menghalang Kembara Oren dari menggunakan laluan dari pintu gerbang itu untuk ke masjidLebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan. "Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada. "Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira 150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu. Orang luar yang telah disuruh pihak tertentu," katanya lagi.  


Tidak mahu sebarang kejadian buruk berlaku, Kembara Oren beralah dan meneruskan perjalanan ke masjid Jengka 12 pula.  Bagaimanapun, halangan-halangan tersebut tidak langsung mematahkan semangat Kembara Oren untuk ke Jengka 11 malam tadi bagi acara kemuncak. Dipercayai, kehadiran mereka juga dihalang hebat oleh seorang lelaki yang katanya bernama "Jelan". 


Khabarnya pihak penganjur Kembara Oren akan menghantar surat saman kepada pemuda terbabit atas tindakan biadap beliau "ala samseng" yang jelas mencabuli hak-hak rakyat untuk berhimpun dan bergerak bebas daam negara ini seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Apa yang berlaku jelas sekali melanggar undang-undang. Bahkan ia juga telah mencabuli hak-hak asasi manusia.



Tindakan provokasi tidak berakhir di Pahang, ia turut merebak ke Negeri Sembilan. Dilaporkan Kembara Oren yang bermula di Felda Kepis juga telah dihalang oleh pihak berkenaan. Malah lebih teruk lagi kenderaan yang membawa peralatan penerangan Kembara Oren juga telah dipecahkan cermin dengan objek keras seperti kayu di Felda Bukit Rokan Utara, Gemas. Kenderaan terbabit juga telah ditendang hingga kemek-kemek oleh pihak terbabit. Malah, Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda yang diikat di Felda Kg.Awah semalam juga sekali lagi  telah dicederakan. Tindakan ini  jelas sekali satu perbuatan zalim dan ganas yang dilakukan terhadap rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Ia ternyata amat memalukan.


Kembara Oren telah ditamatkan serta merta selepas keganasan pagi tadi. Naraza dari ANAK Terengganu ditikam dengan kayu tajam. Kereta adik Mazlan Aliman di pecahkan cermin akibat diserang oleh 10 lelaki. Jurukamera pula dipukul. Sekatan dibuat ditengah jalan besar. Kembara Oren akhirnya berehat di Felda Raja Alias sementara menunggu ceramah perdana malam tadi. Apapun yang berlaku, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk menyedarkan warga peneroka situasi Felda.


Sementara itu, difahamkan Yang DiPertua PAS Temerloh, Tuan Hj.Jusoh Darus selaku Pengarah Konvoi Kembara Oren  telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temeroh hari ini berhubung tindakan ganas dan provokasi yang dilakukan oleh pihak itu di Jengka 23 dan Jengka 11. Laporan turut dibuat oleh lain-lain pimpinan PAS selepas itu. Apapun, tidak pasti pihak polis akan menyiasat atau pun tidak kes ini. Amat menghairankan pihak polis telah berjanji untuk memberikan kerjasama kepada pihak penganjur sepanjang program, namun apa yang berlaku sebaliknya. Ini yang memusykilkan.


[Secara keseluruhaya, jelas dapat dilihat budaya samseng semakin menular dikalangan rakyat Malaysia. Tiada lagi rasa hormat terhadap undang-undang yang telah ditetapkan daam perlambagaan. Para peneroka Felda seolah-olah terus diperbodohkan dari melihat kebenaran. Mereka mendapat sedikit imbuhan sedangkan yang kaya-raya ialah orang diatas sana yang begitu rakus mengagihkan kekayaan Felda itu sendiri kepada puak gerabak mereka. Peneroka tidak sedar atau sengaja dibutakan mata dan hati untuk meihat kebenaran. Saham FGV kia merudum, harga getah dan sawit terus menjunam kini Koperasi Permodalan Felda (KPF) pula bakal menjadi mangsa. Akhirnya peneroka ini akan "menang sorak kampung tergadai". Mereka tidak mengerti kini tanah dan aset mereka baka tergadai. Mereka masih lagi gemar menyokong membabi buta hingga tergamak lakukan apa saja asalkan perompak terus berkuasa. Amalan demokrasi terus dihancurka dan mereka bebas melakukan apa saja asal namanya UMNO. Pihak polis juga gagak bertindak denga profesiona sedangkan mereka ada kuasa. Jalan terbaik ialah rakyat perlu melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum akan datang agar martabat peneroka dikembalikan. Lakukanlah perubahan sekarang !!].
Share:

NGO 'HAK' Di Tubuhkan, Bagi Menentang Pencabulan Hak Asasi Yang Berlaku Di Negara Kita Mutakhir Ini !!

KUANTAN, 21 Dis - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Pembela Hak Rakyat atau ringkasnya HAK, ditubuhkan hari ini bagi memperjuangkan hak-hak rakyat negara ini selaras dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Pengerusi Penajanya, Mohd Harris Abdullah (foto), berkata Hak ditubuhkan berikutan banyak hak asasi seseorang yang dijamin perlembagaan telah banyak dicabul oleh pihak tertentu. “Saya mengambil contoh Kembara Oren yang dianjurkan oleh Pertubuhan Anak Peneroka telah dihalang memasuki kawasan Felda, ini salah menurut perlembagaan kerana hak seseorang warganegara dia bebas untuk ke mana sahaja dalam negara ini. “Begitu juga program jelajah yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering diganggu bahkan ada tempat beliau disekat masuk, ini juga menyalahi perlembagaan kerana beliau sebagai pemimpin sebuah parti politik mempunyai hak dalam demokrasi,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran Hak di lobi di sebuah hotel di sini. Dalam sidang media tersebut turut diumumkan 8 orang ahli jawatan kuasa penaja dan akan dimajukan kepada perdaftar pertubuhan dalam tempoh seminggu. Menurut Harris yang juga seorang peguam, antara aktivitinya Hak akan turun ke tengah masyarakat untuk menerangkan hak-hak asasi seorang rakyat Malaysia di sisi perlembagaan supaya sedar tentang kedudukan mereka. “Hak akan menjadi watch dog kepada parti pemerintah sebagai penegur yang baik demi memenuhi hak asasi setiap rakyat, kalau sekarang BN kalau PR memerintahpun begitu juga. Hak ialah prorakyat, bukan proparti politik,” katanya. Tambahnya, Hak bukan sahaja memperjuangkan isu-isu politik tetapi juga ekonomi dan agama. “Dalam perlembagaan di sebutkan setiap warga negara layak mendapat tanah. Tapi cuba anda buka tanah dan usahakan, biasanya akan dirampas kerajaan walaupun tanah itu tidak pernah digunakan. “Jadi Hak akan membela hak rakyat yang dijamin perlembagaan seperti ini,” ujarnya. Ditanya kenapa Hak ditubuhkan menjelang pilihan raya, beliau berkata ia kebetulan berlaku banyak pencabulan hak asasi yang memaksa beliau dan rakan-rakan bertindak menubuhkan NGO itu. Selain Harris, Mohd Zulkifli Muhamed dinamakan sebagai timbalan, Mohd Shukri Mohd Ramli (Setiausaha), Khamsiah Shahbudin (Bendahahari). Manakala ahli jawatan kuasanya pula ialah Mohd Fauzi Abdul Hamid, Anizam Mohd Ali, Kamarul Hatta Mohamed Ali dan Razali Alias. 



[Apa yang diharapkan NGO baru ini akan mendapat perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan keadilan tertegak atas bumi tercinta ini. Ada masanya, berbagai isu rakyat tidak dapat dibawa oleh orang politik. Maka sudah tidak masanya NGO yang pro rakyat diberi ruang untuk membela nasib mereka. Harapan kita semoga Pendaftar Pertubuhan dapat memproses permohonan HAK dengan segera bagi memudahkan pergerakan serta aktiviti mereka selepas ini. Orang ramai juga dipelawa menjadi ahli NGO ini untuk sama-sama memberikan sokongan dalam membela hak-hak rakyat. Perjuangan rakyat harus diteruskan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Jika dibiarkan, akhirnya banyak hak-hak rakyat dinafikan oleh pemeritah yang khianat kepada tanggungjawab mereka. Bersama melakukan perubahan untuk melihat Malaysia yang lebih adil dan saksama untuk rakyat. Selamat berjuang Angkatan Pembela Hak Rakyat (HAK)!!].
Share:

Panas: Fitnah, Musa Hassan Bakal Di Saman RM100 Juta Oleh Tokoh Usahawan Tan Sri Robert Phang !!


[Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 juta. Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu Pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini. Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya. Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah].
Share:

Panas: "Haram Jadah", Mahkamah Tolak Permohonan Lapan Peneroka Felda Mahu Saman Perdana Menteri

TEMERLOH, 20 Dis - Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini menolak permohonan lapan orang peneroka Felda untuk menyaman Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak berhubung dengan kenyataan panas "haram jadah" yang digunakan oleh beliau ketika berucap mengumumkan "durian runtuh" di Felda Jengka 8 pada 8 Mei 2012 yang lalu. Keputusan tersebut diumumkan oleh Hakim Akhtar Tahir pagi tadi  Kesemua peneroka yang bertindak sebagai Plaintif terdiri daripada Samat Yusof dari Jengka 4, Alias Ibrahim (Jengka 15), Idris Mat Sah (Jengka 14) dan Syed Jamaluddin Syed Muhamed (Felda Jengka 17) manakala empat lagi dari Felda Jengka 15 iaitu Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong diwakili oleh Peguam Mohd Harris Abdullah (foto). Berdasarkan tuntutan plaintif, mereka mendakwa kesemua 40,000 peneroka yang hadir pada pengumuman durian runtuh itu akan terpengaruh dengan ucapan Perdana Menteri. Mohd Harris berkata, dalam ucapan tersebut, Najib mengeluarkan perkataan "haram jadah" yang menggambarkan lapan peneroka yang telah memulakan tindakan mahkamah menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad. Menurutnya, ucapan mengaibkan dan penghinaan yang diucapkan defendan telah menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda sehingga plaintif dipulaukan. “Plaintif menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, faedah lima peratus setahun, kos tindakan dan lain-lain seperti mana yang ditaksirkan oleh mahkamah nanti,” katanya. Harris kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini. "Mahkamah Tinggi, Temerloh telah cipta satu nas yang cukup bahaya apabila telah putuskan: 1) Perkataan Harmjadah merupakan satu perkataan yang abusive; 2) Namum ianya tidak defamatory; 3) Kalau sekiranya setiap kali seseorang ucap perkataan haramjadah dan ucapan itu dibawa keMahkamah, maka akan terdapat multiplicity of proceedings; 4) Tidak ada niat daripada tukang ucap untuk mengatakan bahawa mereka yang terguris adalah anak haram ... 5) Ucapan tersebut hanya satu figure of speech ... Maka dengan itu permohonan Defendan dibenarkan dan tuntutan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00 setiap seorang. Dalam ertikata lain, Hakim telah halalkan pengunaan perkataan Haramjadah ... walau pun ianya abusive namun ianya tidak mengaibkan ... hanya figure of speech  ", katanya menerusi posting di laman sembang sosial facebook beliau selepas keputusan tersebut dibuat.


[Ramai yang terkejut dan kecewa denga keputusan hakim hari ini.Seolah-olah ia sudah dirancang untuk menafikan hak peneroka berkenaan menyaman Perdana Menteri. Walhal, ucapan "haram jadah" yang diluahkan oleh PM itu adalah satu penghinaan terhadap peneroka berkenaan. Lebih mengejutkan apabila berpuluh-puluh buah bas diangkut oleh Felda untuk membawa peneroka ke Mahkamah Tinggi Temerloh. Ia seolah-olah menggambarkan mereka semua sudah tahu keputusan yang akan dibuat oleh hakim. Dengan keputusa ini juga bermakna rakyat Malaysia tidak salah bila berkata "haram jadah" kepada mana-mana pemimpin selepas ini. Ia dibolehkan oleh mahkamah dan mereka sudah pasti tidak akan dikenakan sebarang tindakan walau pun ucapan itu jelas kurang ajar dikaca mata umat Islam dan orang Melayu itu sendiri sebenarnya. Maka itu fikirkanlah !].
Share:

Isu Rakyat Pahang: 12 Tahun .... Projek Perumahan Terbengkalai Di Taman Jayadiri Dua Dekat Chenor !


[Projek perumahan awam kos rendah Taman Jayadiri Dua di Chenor, Maran Pahang ini masih belum siap selepas 12 tahun. Penduduk memberitahu sudah dua kali temuduga diadakan. Menjelang pilihanraya umum, beberapa buah jentera diletakkan di situ untuk menunjukkan kerja-kerja sedang berjalan. Bagaimanapun penduduk tidak mahu tertipu lagi, menjelang PRU 12 pada tahun 2008 dulu pun begitu jugalah keadaannya, dakwa mereka. Selepas UMNO-BN menang semula, projek tersebut ditinggalkan sepi. Sesetengah penduduk mengakui telah putus harapan untuk mendapatkan rumah tersebut kerana tempoh 12 tahun dirasakan terlalu lama untuk menantikan siapnya sebuah rumah. Ada pula yg mendakwa telah memohonnya semasa bujang. Kini selepas beristeri dan dikurniakan 4 orang anak, rumah yang dijanjikan belum juga boleh diduduki. Turut menjadi mangsa ialah penduduk Kg. Awah. Tanah yang sepatutnya dimiliki dan dimajukan oleh belia dan JKKK Kg. Kabut telah dirampas dan dianugerahkan kepada kontraktor sebagai pertukaran untuk siapkan Projek Taman Jayadiri  Dua ini (projek silang)].

Baca seterusnya di sini http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15378-penduduk-kesal-pakr-12-tahun-terbengkalai
Share:

Isu Rakyat Pahang: Warga Temerloh Berharap Pihak Berkuasa Membaik Pulih Jalan Rosak Dengan Segera


[Orang ramai di sekitar kawasan Taman Bukit Semantan dan Taman Seri Semantan dekat Temerloh kecewa dengan tindakan pihak berkuasa yang tidak membaik pulih jalan di simpang menuju ke Jerantut (LPT). Gara-gara paip pecah, jalan dikorek untuk diperbaiki, kon diletakkan sebagai makluman kepada lalu lintas. Namun anehnya, hingga kini jalan tersebut tidak dibaik pulih sepenuhnya. Ia menyebabkan masalah kepada lalu lintas, malah ada yang terlanggar kon berkenaan terutamanya pada waktu malam. Persoalannya, kenapa jalan ini harus dibiarkan seperti ini. Mana pergi pihak yang bertanggungjawab?. Justeru, Majlis Perbandaran Temeroh (MPT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa mengambil perhatian perkara ini dan melakukan tindakan segera untuk keselesaan pengguna].
Share:

Lynas: MP Simpang Renggam Didesak Beri Penjelasan


[Naib Presiden PKR,  Tian Chua mendesak ahli parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng supaya memberikan penjelasan, mengapa sisa nadir bumi tidak boleh di eksport ke luar negara. Katanya lagi, Liang Teck Meng pernah mengeluarkan kenyataan di Dewan Rakyat bahawa sisa itu akan di eksport kembali ke Australia. Tetapi setelah memperolehi TOL (Temporary Operating License), LYNAS berkata menurut undang antarabangsa, sisa itu tidak boleh di eksport ke luar negara. Tian Chua juga mengesyaki Liang Teck Meng langsung tidak mengetahui selok belok undang-undang antarabangsa dan mendakwa LYNAS mempunyai pakatan sulit dengannya. “Terdapat ada 3 ahli parlimen dari Johor adalah ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas, iaitu Teng Boon Soon (Tebrau), Liang Teck Meng (Simpang Renggam) dan Mohamed Khaled Nordin (Pasir Gudang). “Oleh sebab ketiga-tiga orang ini sokong LYNAS buat kilang di negara kita, maka sisa nadir bumi akan tinggal di sini dan mengancam kesihatan semua orang dan generasi akan datang.” katanya yang dipetik Nanyang Siang Pau melalui Facebook Keadilan Johor yang di hantar kepada Ibn_bacoks baru-baru ini]. Nusajayakini
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.