GEORGETOWN, 16 Dis - Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) tersingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung, semalam.
Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Zairil cuma memperolehi 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi.
Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.
Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).
Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.
"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya.
Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.
"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini (Sabtu) tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," kata beliau.[Benarkah, kekalahan semua calon Melayu pada pemilihan jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) benar-benar megejutkan ramai pihak. Ada yang berpendapat, perwakilan DAP yang membuat keputusan tersebut jelas sekali bersikap perkauman. Menolak semua calon Melayu berada di saf kepimpinan tertinggi parti bermakna tidak mengikhtiraf suara Melayu. Apapun, ahli DAP mempunyai pilihan untuk menerima atau menolak kerana mereka tidak mahu ada lagi calon Melayu yang lompat parti selepas mendapat tawaran lumayan daripada UMNO BN menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang. Apapun, dua daripada calon Melayu terbabit telah dipilih secara automatik bagi mengganggotai ahli CEC].






Tak jadi masalah,kerana Melayu dah biasa jadi Alibaba saja,nanti akan dapatlah tempat Alibaba tu di beri secara ikhsan.Dulu Alibaba dlm perniagaan,sekarang beransur-ansur jadi Alibaba dalam politik.Anak bekas pesuruhjaya Pas Pahang pun boleh join DAP,agak-agaknya apa hala tuju beliau?.
BalasPadamSecara ikhlasnya org Cina tak pernah yakin dgn kemampuan Melayu dalam apa bidang dan apa orgnaisasi pun ,selain utk menjadi 'ALIBABA',tak kira lah Melayu Umno ke Melayu Pakatan.Cuma Melayu je syok sendiri nak beri apa saja yg mereka ada pada or lain,tunjuk pemurah....atau tunjuk BODOH>
pada pendapat saya eloklah melayu jadi minoriti dalam DAP, jangan jadi macam UMNO gila kuasa dan jawatan, apa salahnya bermula dari bawah tim ba pengalaman, tak mustahil suatu hari nanti orang melayu menerajui kepimpinan DAP
BalasPadamspesis melayu tak sedar diri.....
BalasPadamnegara dah melingkup baru nak bersatu
melayu memang bangsa tak sedar diri macamana bangsa lain nak percaya, baca sejarahlah kawan, melayulah yang menyebabkan negara di jajah sampai sekarang, nak bersatu dalam islam bukan dalam melayu
BalasPadam'nak bersatu dalam Islam bukan dalam Melayu'. He,he, ... tentu bersatu dalm Islam Pluralisma macam Pas bersatu dgn DAP dan PKR kan .Amboi... Islamik sungguh sungguh anon 11.25 ni.99,999% yg jadi Islam di Malaysia ni kerana di takdirkan berbangsa Melayu,org Pas tak sedar.Yg sedar hanya Nurul Izzah itu lah sebabnya dia mahau orang Melayu di beri kebebsan memilih ugama....sebab barangkali dia tak seronok Melayu mesti jadi Islam seperti dlm perlembagaan yg di perjuangkan oleh Umno.
BalasPadammemang negara akan melungkup jika terus dikuasai umno BN.....
BalasPadamjangan menangis..melayu mudah lupa..esok jadi bodoh lagi..
BalasPadamtergadai semua kita kerat potong lah apa nak kisah...jgn takut jgn segan Allah berserta dengan orang beriman
Masuk DAP nk terajui pimpinan suatu impian ok la. Kenyataan jauh sekali la. Apa dasar DAP? Dulu PAS bergerak atas parti sendiri lebih baik daripada bergabung dengan parti yg jelas menolak Islam. Setakat bergabung nk tumbang kerajaan sedia ada bleh la. Tapi bila dah menang, ke mana hala tuju parti tersebut? Dh jadi cacarmarba bila imej PAS dicemari Pakatan Rakyat dan DAP.Perjuangan jgn semata-mata nk tengok kejatuhan pimpinan sedia ada shj tapi melihat ke mana nk dibawa negara bila bersekutu dengan pihak yg menentang Islam dari dalam. Percayalah bhw PAS takkan kemana2 di sisi Pakatan dan DAP. Baik bergabung dengan UMNO. DAP jelas menolak Islam tapi UMNO sebahagian yg tamak sahaja begitu.: Jebat Tak Menderhaka
BalasPadamTakdirnya la..Pas,Dap dan Pkr menang lagi cepat negara tergadai,tergadai pada Cina DAP.Apa tidaknya sorang dah kena blackmail kerana banyak kes salah laku seks,sorang lagi tok lebai nampak alim tapi nak jawatan meteribesar utk org Pas bagi rasuah tanah pada DAP,habis tanah Kelantan tergadai,org Kelantan sendiri dok buka tanh haram di negeri orang,tanah Kelantan beri pada DAP.
BalasPadam