script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Peguam Negara Di Gesa Meletakkan Jawatan Kerana Gagal Bagi Nasihat Sewajarnya Projek AES !!

 KUALA LUMPUR, 19 Dis - Penasihat Undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff (foto) menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail segera meletak jawatan kerana gagal memberi nasihat dari sudut perundangan berhubung pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Beliau yang dihubungi menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Peguam Negara yang mengarahkan semua prosiding kes saman melalui AES digantung jelas membuktikan pelaksanaan tergesa-gesa sebelum ini hanyalah sekadar untuk mengaut keuntungan semata-mata. "Melihat kepada kenyataan Peguam Negara semalam membuktikan pelaksanaan AES ini tidak dirujuk sepenuhnya melalui sudut perundangan. "Malah ia juga menunjukkan kegagalan Peguam Negara menasihati kerajaan berhubung tindakan sewajarnya diambil atas pelaksanaannya," jelasnya. Tambahnya lagi, Peguam Negara perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan segera meletak jawatan kerana telah gagal menjalankan tugas sebagai orang yang bertanggungjawab dari sudut perundangan sehinggakan prosiding kes saman ditangguhkan. "Sebelum ini kita telah banyak kali menyuarakan kepincangan dalam pelaksanaan AES dan perkara ini terbukti berlaku apabila mahkamah menangguhkan semua prosiding. "Selain Peguam Negara perlu meletak jawatan, kerajaan juga perlu membatalkan kesemua saman yang dikeluarkan serta memulangkan kembali duit yang telah dibayar oleh pemandu atas kesalahan yang mereka lakukan melalui saman AES," tambah beliau. Kata beliau, kelemahan projek AES itu juga turut dapat diketahui jika kerajaan sanggup mendedahkan perjanjian yang dibuat antara syarikat pengendali dengan pihak kerajaan. Sebelum ini, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung. Dalam satu kenyataan petang semalam, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah. Menurut belian ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai undang-undang dan aspek teknikal lain. Maka Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengkaji perkara itu dan mengarahkan semua prosiding ditangguhkan dulu sehingga kebimbangan tersebut ditangani. Hrkh



[Apa yang diperkatakan oleh peguam KASE ini bagai ada kebenarannya. Mana mungkin seorang Peguam Negara boleh terkilaf dalam memberi nasihat kepada kerajaan dalam isu-isu sensitif seperti ini. Peguam Negara harus nampak adil dan bebas dalam membela rakyat. Namun, ternyata di Malaysia ia tidai seperti itu. Kini seluruh dunia melihat pemerintah di Malaysia mengawal Peguam Negara. Bayangkan daam isu semudah ini pun beiau tidak mampu beri khidmat nasihat yang sewajarnya. Apapun, ini semua mungkin satu gimik piihanraya bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap isu AES ini sebenarnya. Peguam Negara cuba bermain kata-kata agar kerajaan UMNO BN nampak prihatin dan mendahulukan rakyat. Walhal, jika mendahulukan rakyat kenapa segala maklumat dan dokumen perjanjian projek ini cuba dirahsiakan dan hingga sekarang masih belum didedahkan kepada rakyat. Bukankah ini sesuatu yang amat memusykilkan kita. Justeru, jalan terbaik ialah menolak BN pada pilihanraya umum akan datang].
Share:

1 ulasan:

  1. Kalau nak desak si Ghani ni letak jawatan aku setuju,aku pun dah naik menyampah tengok muka dia ni.Prestasi jabatan AG di bawah dia ni kurang memberansangkan.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.