KUANTAN, 11 Dis - Orang ramai terutamanya penduduk sekitar Kuantan kini mula resah dan sangsi dengan tahap keselamatan dan risiko yang bakal dihadapi oleh mereka akibat kewujudan kilang Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh empat orang Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Datuk Seri Mustapa Mohamed), Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi (Datuk
Seri Maximus Johnity Ongkili), Menteri
Sumber Asli (Datuk Seri Douglas Unggah Embas) dan
Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang mempersoalkan beberapa kenyataan oleh Pengarah Urusan, Lynas Malaysia Datuk Marsyal Ahmad (foto) bahawa sisa buangan Thorium yang dihasilkan oleh tanah jarang berkenaan tidak boleh dieksport disebabkan
undang-undang antarabangsa yang menghalang penghantaran bahan berbahaya. Sebelum ini, beliau mengatakan
Lynas akan mengubah sisa WLP, mengandungi bahan radioaktif pada tahap
paling rendah yang terhasil secara semula jadi, kepada produk selamat
secara komersial dipanggil 'Synthetic Aggregate'. Katanya, Synthetic Aggregate akan dieksport ke negara lain sejajar dengan
Piawaian dan Peraturan Antarabangsa dan Tempatan di mana ia akan
digunakan sebagai bahan kejuruteraan awam. Namun, dengan kenyataan terbaru oleh menteri itu nampaknya isu Lynas ini masih belum diselesaikan lagi sebenarnya. Mereka juga mempersoalkan, apakah kewajaran kerajaan meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) sedangkan isu ke mana sisa buangan rare erath itu sendiri mahu dihantar masih belum diputuskan secara rasmi. Ini bermakna kerajaan sendiri masih tidak konsisten dengan keputusan yang mereka buat. Jika ini keadaannya, bermakna rakyat Kuantan bakal berhadapan dengan risiko andainya sisa buangan itu dikekalkan dalam negara ini. Terdahulu banyak NGO anti-Lynas yang mendesak kerajaan menghalang operasi kilang terbabit di negara ini kerana ia berisiko tinggi. Namun, kerajaan seperti tidak mahu mendengar suara rakyat terus memberi berbagai alasan demi alasan yang tidak masuk dek akal dan akhirnya membenarkan kilang itu beroperasi baru-baru ini. Namun, kini segalanya bagai sudah suratan takdir akhirnya kerajaan sendiri yang "pening" ke manakah Lynas mahu buang sisa Thorium beradioaktif itu.
[Jika ini keadaannya, maka wajarlah rakyat Kuantan terus bangkit menentang dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Ternyata, kelulusan Lynas boleh diberikan tanpa ada jawapan rasmi ke mana sisa buangan itu mahu dihantar sekarang. Siapa yang tertipu agaknya? Rakyat atau Kerajaan Malaysia?. Justeru kerajaan di gesa berhati-hati dengan kenyataan yang dibuat oleh Lynas yang seolah-olah mahu melepas tangan dalam isu ini. Malah lebih teruk lagi mereka sanggup menipu rakyat Kuantan kononnya bahan itu tidak berbahaya. Tindakan memberi beberapa orang penduduk memegang bahan terbabit baru-baru ini jelas sekali menipu rakyat. Apa yang dipersoalkan ialah sisa buangan dan bukan bahan yang belum diproses?. Kenapa rakyat boleh begitu mudah ditipu oleh Lynas?. Nampaknya jika isu sisa buangan ini gagal ditangani dengan baik, kemungkinan besar pasti rakyat akan bangkit untuk menolak UMNO BN pada PRU-13 ini nanti].








tok nan cakap boleh simply kat sg lembing
BalasPadambuang kat tanjung agas dah lah, dari membazir jadi gajah putih tanjung agas ini.
BalasPadamSisa sisa ini bolehlah dibuang kat belakang rumah supervisor amir atau zamani dan lain lain...
BalasPadamsebab sombong sangat berlagak je lebih...
buanglah kat mana-mana. Bukan bahaya pun huhuhuh
BalasPadamwe call it KERAJAAN BANGANG BAHLOL TOLOL BODOH KAYU API BASAH TK GUNA SESEN PUN. tp knp anda memilih kerajaan ini.??
BalasPadamkalau KITA SAMA SAMA CERDIK, maka kita pakat TUKAR KERAJAAN DI PRU 13INI..KERAJAAN SKRG BUAT PROJEK UTK BAHAM DUIT SHJ, rakyat di bodohkan jer...kalau selamat kenapa PASDEC tak guna SISA LYNAS utk buat rumah??
BalasPadamSkg ni klu tukar kerajaan Pahang, Lynas pasti ke ditutup? Apakah bersedia kerajaan baru nk bayar balik ganti rugi kepada Lynas utk menutup kilang dan terselamat daripada saman mereka? Ada duit ke nk bayar berbilion saman? Jgn sampai bila dh menang isu Lynas tak dapat selesai jg. Akhirnya keluar kenyataan sebegini: " Kita terpaksa menanggung masalah yg ditinggalkan oleh kerajaan lama (umno)kerana kita tiada pilihan lain". Oleh itu Lynas diteruskan dengan kekecewaan kerajaan baru. Isu sisa Lynas selamat tu byk la strategi nk mengatakan LYNAS SELAMAT.. Sisa yg dibawa tu berapa peringkat proses nk jd macam tu selamat dan tidak bahaya.. Atau sisa tu shj yg selamat sebab nk buat sample? yg tak buat sample setakat mana selamatnye?
BalasPadamAduhaii..
BalasPadamOh bangse ku..based on fact is better..
Thorium is radioctive. Can be upgrade became uranium grade..The main source for nuclear wheres 9 of 10 plant in the world control by CHina..this Lynas is USA.HOw much the price per tonnes or / 1000kg..If I not mistaken USD 2500 per tonnes..So they will keep it or sell it?..:) u think..
If sell it..under tax tariff is Waste..I think 0 tax..hahahaha...its brilliant think tanker..OR government should declare it products..at least GST 4 %..it could could be million or billion income per year for country and people.and Off course these Lynas plant is absalutely safe.Input tanah ,output expensive "waste"..sell out.
So DAP got the Chinese votes,UMNO get the Malays vote from workers,Chinese Maincon take out the whole big contract plant construction and supply.Multi million ..x sold the land,Chinese developer takout the all the malay land along bypass for develop more houses,tak bagi rugi..nanti harge Jatuh ..dirty tactics..:)
So Malays,wake up..move forward..Let it be..GOods investment ,good for people..If other CHina thorium plant making billion profit yearly,these lynas is should be the same..More income for country,more profit for people..So check about these " WASTE " tax..!
-IKhwanul muslimin@IM-
Ikhwanul Muslimin! Dont use the broken English.. Wrote liked wised but grammared liked wronged.. Haa baru la salah English ni.. ha ha .. klu nk salah biar dr awal..
BalasPadamaku bukan pro lynas since bukan staff lynas pun cuma nak suruh pikir wahai melayussss.
BalasPadam1.cuba check harga hartanah sekitar radius 30km dari asakan ground zero lynas? ada turun.
2. tanah sepanjang gebeng bypas milik saper?ada cina ibam mining jual..?siap ada lot baru nak diratakan lagi
3. biasa dgr optimal dan tioxide???kilang nie jauh lebih bahaya terutama optimal ex-union carbide..bhopal tragedi..MIC gas..then tioxide..tak jauh beza dgn lynas...lihat dia punya landfill..
4. saper dapt contract lynas..siapa tokel supplier acid to lynas?fraky construction tu cina ke melayu???cina tentang tp contract/supplier sapu...melayu dpat contract kantin je lah yg bernilai bermillion hinggit...
5. dah la tipu melayu wahai ciner DAP...PKR bangkit lah...kalo ikhlas isu alam sekitar...knapa slps fulushima baru nak menyalak..
6.kesimpulan
6.1: oil n gas dari aspek safety sgt bahaya.Sekitar era 70an...org takut nak kije O&G tp kita juga sedia maklum yg safety standard is the highest compare from the others type of indutry.
6.2: tioxide pun bahaya dari aspek environmental issues,tetapi tahukah anda yg environmental standard dia yg terbaik even jabatan alam sekitar pun belajar dgn diorang.
so..lg besar potensi impak sesuatu isu..lagi besar dan ketat sesuatu organisai akan buat,invest dan enforce.So..tepuk dada tanya ilmu..pastikan anda cukup maklumat dan berinfo dgn orang di dalam ahlinya.