script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tengku Zulpuri, Wakil Melayu Dari Pahang Antara 68 Calon Bertanding Merebut 20 Jawatan Tertinggi DAP

KUANTAN, 13 Dis - Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (foto) yang baru sahaja kehilangan bondanya yang kembali ke rahmatullah hari ini khabarnya antara salah seorang calon Melayu yang akan bertanding bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Kongres Kebangsaan parti itu ke-16 di Pulau Pinang hujung minggu ini. Tengku Zulpuri adalah anak sulung kepada Tengku Puji Tengku Abdul Hamid iaitu bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. Seperti Tengku Puji, anaknya yang berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Perubatan Homeopati ini juga memilih politik sebagai wadah perjuangan. Namun jika bapanya bergelumang dalam PAS, Tengku Zul pula berbeza dengan memilih DAP.   Antara calon Melayu pula ialah Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton, Senator Ariffin S.M. Omar, anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor, Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad. Mereka adalah antara 68 calon yang akan bersaing untuk merebut 20 jawatan tertinggi parti itu. Tengku Zulpuri diwar-warkan calon popular DAP yang akan bertanding di kerusi Parlimen Raub pada Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Beliau kini sedang sibuk mempromosikan NGO R-Pahang yang berjuang memastikan royalti minyak diberikan kepada negeri ini dan bukannya wang ehsan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak baru-baru ini. Ia merujuk kepada penemuan minyak yang dinyatakan oleh kerajaan di perairan pantai Pahang. Apapun isu itu agak panas apabila Menteri Besar Terengganu mengatakan minyak tersebut diperairan negeri itu. Apapu, PDO ucapkan tahniah kepada beliau, semoga dia bakal menjadi calon Meayu dari Pahang yang aka berada di saf kepimpinan parti tersebut nanti. Baru-baru ini ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Kerdau, beliau juga sempat ditemubual secara langsung di konti bersama DJ CMK berkenaan R Pahang di mana beiau Timbalan Pengerusinya.


[Sementara itu kongres Kebangsaan DAP di Pulau Pinang pada kali ini juga bakal menyaksikan beberapa calon yang mempunyai pertalian keluarga.  Antara calon berkenaan ialah orang kuat parti iaitu Pengerusi Kebangsaan parti Karpal Singh, dua anak lelakinya Gobind Singh Deo yang juga Anggota Parlimen (MP) Puchong dan Jagdeep Singh Deo, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat. Tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama-sama bapanya yang merupakan veteran DAP dan MP Ipoh Timur Lim Kit Siang. Turut tidak melepaskan peluang untuk merebut jawatan berkenaan ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham yang juga MP Beruas dan sepupunya Nga Kor Ming, yang merupakan Setiausaha DAP Perak. Nga juga adalah MP Taiping MP dan ADUN Pantai Remis. Selamat bersidang kepada DAP!].
Share:

11 ulasan:

  1. sedarlah melayu....bekerjasama dengan dap yang nyata menentang islam (step over my dead body) adalah haram dan kafir hukumnya.
    pas yang bersekongkol dengan dap telah pun menjadi parti kafir bermula dari presidennya hadi telah kafir,nik aziz dan harun taib sudah kafir serta pengikut2 yang sewaktu dengan mereka sudah menjadi kafir.
    hukum kafir itu tidak tetap wujud walaupun ditutup dengan maufakat tahaluf siasi bagi menghalalkan hukum kafir itu...kafir tetap kafir.

    jauhilah anda dari golongan ahzab ini

    BalasPadam
  2. Ni sah komen orang UMNO. Nak tanya ko, yang UMNO bersama komponen MCA dan MIC tu tak masuk kafir harbi ke. Ludah kelangit kena batang hidung sendiri. Kenapa tak berhujah MCA menetang hukum hudud yang akhbar utusan Meloya tak sensasikan.

    BalasPadam
  3. heheeee...

    tu la kebebalan tahap gaban pencacai umno...MCA/MIC tu jelas jelas racist..parti berasas kaum...sedangkan DAP ahlinya berbilang bangsa dan agama...seperti PKR...

    BalasPadam
  4. Kenyataan bahawa haram dan berdosa kepada umat Islam menyokong DAP bukanlah suatu kenyataan politik kerana apa yang dinyatakan itu berlandaskan kepada dalil yang dalam al-Quran.
    umat Islam tidak boleh menyokong mereka yang bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menentang Islam secara terang-terangan.STEP OVER MY DEAD BODY ADALAH PERISYTIHARAN PERANG KEPADA UMAT ISLAM .MCA DAN MIC TIDAK PERNAH ISYTIHAR PERANG TERHADAP UMNO.
    “Sudah jelas apa yang dinyatakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya menentang cadangan Pas untuk menubuhkan negara Islam di negara ini dan meminta Pas mengugurkan hasrat itu jika mereka ingin terus bekerjasama dalam pembangkang.
    Firman allah surah al-Muntahanah ayat 9 :
    إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
    `Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.’
    Berdasarkan kepada ayat al-Quran itu jelaslan bahawa umat Islam tidak dibenarkan menyokong mereka yang menentang Islam terang2an sehungga mengajak berperang
    Menurutnya, pemimpin Pas perlu sedar dengan apa yang dilakukan sekarang, jangan disebabkan terlalu taksub kepada politik sehingga mereka sanggup menafikan apa yang dinyatakan di dalam al-Quran. PERBUATAN BEGINI ADALAH HARAM DAN KAFIR HUKUMNYA

    BalasPadam
  5. yang mempermainkan hukum allah adalah ulama pas sendiri....
    bekerjasama dengan kafir harbi dap yang nyata menentang islam(over my dead body) adalah haram dan hukumnya menjadi KAFIR.
    Tapi hadi celaka melakukannya dengan rela mengkafirkan dirinya sendiri dan pengikut2 pas malah hadi mungkir dengan fatwa2 sendiri dan membawa dirinya dan pengikut menuju kekafiran:

    1. PADA MULANYA… Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)
    KEMUDIANNYA… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.-----MAKA JADI KAFIR LAH HADI BERSAMA PENGIKUT2 PAS

    2. PADA MULANYA… Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

    KEMUDIANNYA… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang...........MAKA JADI KAFIRLAH HADI BERSAMA PENGIKUT2 PAS

    untuk menutup kekafiran hadi dan pengikut maka satu istilah bisikan syaitan iaitu TAHALUF SIASI digunakan untuk menghalalkan kekafiran mereka kerana kerjasama pas dengan dap.

    BalasPadam
  6. UMAT ISLAM YANG MENYOKONG PAS,PKR DAN DAP ADALAH KAFIR HUKUMNYA

    Adalah haram dan menjadi kafir apabila umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

    umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

    agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

    Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

    Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP seperti PAS dan PKR juga berdosa disokong dan kafir hukumnya kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan.

    DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima penerapan nilai2 Islam didalam pemerintahan islam.

    "Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak sama rata, tidak mahu tinggi rendah, tidak mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

    BalasPadam
  7. MAT SABU YANG AKAN BABI DENGAN LIM GUAN ENG.
    LIM KIT SIANG TELAH PUN MAKAN BABI DARI AZALI

    KATA LIM KIT SIANG KATA : Asas DAP mendekati, melibatkan diri dan bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyast bukan negara Islam atau hudud, tetapi atas prinsip menggalakkan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan pembangunan di Malaysia.

    PLURALISM ADALAH KEPERCAYAAN BAHAWA SEMUA AGAMA ADALAH SAMA .BERMAKNA AGAMA ISLAM YANG MENTAUHIDKAN ALLAH ADALAH SAMA DENGAN AGAMA YANG MEMPERSEKUTUKAN ALLAH DAN AGAMA SEMBAH BERHALA.......kerana ulama pas bersetuju dengan prinsip persepakatan melibatkan pluralism yang membawa kepada kesyirikan menyengutukan allah maka kafirlah ulama2 pas ini.KAFIRLAH NIK AZIZ ,HADI DAN HARUN TAIB SERTA PENGIKUT2NYA

    BalasPadam
  8. Sesedap rasa betul geng-geng ni mengkafirkan orang..Nik Aziz, Hadi dan Harun Taib tu sapa? ingat dia tak sekolah ke apa? Ilmu agama paras lutut tak payah nk berhujjah ikut perasaan la..Paling tidak pun mereka ni takde rekod rasuah, pecah amanah, perempuan, maksiat dll. Tengok la sahsiah mereka macamana.

    BalasPadam
  9. KAFIRLAH SI HADI,NIK AZIZ ,HARUN TAIB DAN MENJADI KAFIRLAH SESIAPA YANG MENJADI PENGIKUT PAS.
    SIA2 SAHAJA ORANG PAS KEMASJID KERANA MEREKA SEKUTU AHZAB LAGI MUNAFIK.
    PAS SUDAH MENJADI GOLONGAN MUNAFIK SEPERTI MANA DALAM SURAH ATTAUBAH AYAT107 DAN 108..
    HADIRNYA MEREKA KEMASJID HANYALAH UNTUK KUATKAN PAKATAN BAGI MENJAHANAMKAN DAN MEMUSNAHKAN PERPADUAN UMAT ISLAM .
    DIDALAM AYAT INI PUAK MUNAFIK ZAMAN NABI BERPURA2 ISLAM DAN PURA2 BERIBADAT DIMASJID TAPI MEREKA BERSUBAHAT DENGAN KAFIR ROMAWI UNTUK MEMERANGI NABI
    GOLONGAN MUNAFIK PAS PULA PURA2 BERIBADAT KERANA ALLAH TAPI MEREKA BERSUBAHAT DENGAN KAFIR HARBI DAP DAN PKR ZIONIS UNTUK MENJAHANAMKAN MELAYU UMNO YANG MENEGAKKAN SYIAR ISLAM

    FIRMAN ALLAH at taubah 107:dan (diantara orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan kepada orang mukmin, untuk tujuan kekafiran dan memecahbelahkan diantara orang-orang yang beriman,
    serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi allah dan rasulnya sejak dahulu
    ( iaitu pendita nasrani abu amir ar rahib yang ditunggu untuk solat dimasjid yang mereka dirikan dan membawa tentera romawi untuk memerangi kaum muslimin, kedatangan abu amir tidak terjadi kerana dia mati di syam.dan dengan wahyu masjid ini diruntuhkan oleh nabi sesudah kembali dari peperangan tabuk)

    mereka sesungguhnya bersumpah: kami tidak menghendaki selain kebaikan.
    dan allah menjadi saksi bahawa mereka itu adalah pendusta dalam sumpahannya.

    108; janganlah engkau melaksanakan solat dalam masjid itu untuk selama-lamanya.sesungguhnya masjid yang didirikan diatas dasar taqwa(masjid kuba), sejak hari pertama adalah berhak untuk engkau melaksanakan solat didalamnya.
    didalamnya ada orang yang ingin membersihkan diri.
    dan allah menyukai orang yang bersih.

    BalasPadam
  10. Anonymous kat atas ni tak pandai ilmu tafsir nk syarah tafsir pulak.. Ngaji sababul nuzul ayat tu. Ko suka kafirkan org nanti berbalik pada diri sendiri

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.