script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Kontroversi "Sisa Buangan" Rare Earth, Lynas Dakwa Akan Patuhi Undang-Undang Dan Peraturan !!

KUANTAN, 11 Dis - Lynas sekali lagi menegaskan bahawa mereka akan mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh badan pengawal selia. Sebagai respon kepada laporan media baru-baru ini yang dikatakan tidak tepat berhubung pemindahan sisa yang dihasilkan oleh Loji Bahan Lanjutan Lynas (LAMP), ia berkata Lynas akan mengubah sisa WLP, mengandungi bahan radioaktif pada tahap paling rendah yang terhasil secara semula jadi, kepada produk selamat secara komersial dipanggil 'Synthetic Aggregate'. Ia berkata, pada 7 Dis, Lynas menjalankan demonstrasi di LAMP di sini bagi menunjukkan kepada orang ramai dan media bahawa bahan mentah yang diimport itu adalah selamat kepada orang awam. "Naib Presiden dan Pengarah Urusan kami, Datuk Mashal Ahmad di sepanjang taklimat dan demonstrasi itu langsung tidak menyatakan bahawa sisa itu akan kekal di Malaysia," kata Lynas dalam satu kenyataan di sini Isin. Ia menyatakan Mashal dengan jelas menyebut bahawa Synthetic Aggregate akan dieksport ke negara lain sejajar dengan Piawaian dan Peraturan Antarabangsa dan Tempatan di mana ia akan digunakan sebagai bahan kejuruteraan awam. Lynas turut mengulangi kenyataan bahawa kilang untuk mengubah sisa WLP telah dibina di LAMP dan kini siap sedia untuk beroperasi. "Lynas kini meneliti semua berita akhbar bagi mengenalpasti laporan yang sengaja memaparkan Lynas sebagai menipu orang ramai dan Kerajaan Malaysia," kata kenyataan tersebut.

[Lynas punyai hak untuk keluarkan apa jua kenyataan, namun rakyat juga berhak untuk memastikan apakah kenyataan itu relevan atau pun tidak. Inilah yang berlaku. Banyak kenyataan yang dibuat oleh Lynas kini bagaikan tidak berpijak dibumi yang nyata. Mereka kata mematuhi peraturan dan syarat. Namun, awal-awal lagi mereka gagal membuktikan sisa buangan bahan rare earth itu mahu dihantar. Bukankah ini jelas melanggar syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebelum mereka meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) untuk projek tersebut. Justeru, rakyat berhak untuk  menolaknya, daripada terus hidup berhadapan dengan risiko terhadap kesihatan mereka kelak. Mereka tidak mahu hidup dalam risiko kerana Malaysia bukanlah sebuah negara berisiko seperti itu. Oleh itu, kerajaan perlu mengkaji semua pemberian lesen TOL Lynas jika tidak mahu rakyat menolak  mereka pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.