TEMERLOH, 9 Dis - Dengan mood perubahan yang memuncak di Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Pahang, Pakatan Rakyat menawarkan enam tawaran negeri bersama tiga tawaran pusat untuk menyelamatkan negeri terbesar di Semenanjung daripada kezaliman UMNO-BN. Dalam tawaran peringkat negeri PR Pahang yang ditandatangani Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi DAP Pahang YB Leong Ngah Ngah dan Pengerusi PKR Pahang Dato' Fauzi Abdul Rahman, PR berjanji akan menyelesaikan masalah tanah di negeri Pahang.
Mereka berjanji akan menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun.
Selain itu, PR Pahang juga berjanji untuk menyelesaikan permohonan tanah yang tertunda sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.
Untuk kebajikan Orang Asli, PR Pahang turut menawarkan untuk mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Terdapat juga berita baik untuk para pemilik tanah pertanian di mana PR Pahang berjanji akan memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan. Sekiranya BN ditumbangkan, rakyat Pahang turut bakal menikmati penurunan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan. PR Pahang turut berjanji untuk melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua hasil utama negeri. Tawaran PR Pusat pula berkisar kepada nasib generasi kedua dan ketiga Felda, royalti minyak kepada Pahang dan perhatian khusus kepada pembangunan prasarana kemudahan asas di kawasan pedalaman Pahang. Sekiranya menjadi kerajaan selepas PRU13, PR bakal menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda. PR juga berjanji akan memberikan royalti minyak sebanyak 20% setahun kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi nanti berbanding dengan tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hanya memulangkan sejumlah wang ehsan kepada negeri.
PR juga berjanji untuk memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai. Antara jalan yang disebut dalam tawaran yang ditandatangani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS ialah Jalan Jerantut-Benta, Jerantut-Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan-Jerantut-Kuala Lipis-Gua Musang, Kuantan-Segamat dan Kuala Lipis-Raub-Bentong-Seremban dan Jerantut-Ulu Tembeling-Dungun. Jalan-jalan tersebut akan dibangunkan dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Pahang.
Aston Villa humble Liverpool to secure Champions League qualification
-
A commanding 4-2 victory sends Aston Villa into next season's Champions
League, which leaves the Reds still at risk of missing out on Europe's
elite compet...
32 minit yang lalu








janji ke manifesto tu? janji mesti ditunaikan, tp kalau manifesto...ehemmm, tak pe kalau tak tunai. berilah contoh terbaik apa yg pakatan rakyat buat di negeri2 yg telah dikuasai. contohnya di pulau pinang. setelah pakatan menang di negeri tersebut maka seluruh masalah tanah dan perumahan kg buah pala selesai. itulah tindakan bijak kerajaan pakatan. contoh lain, isu tanah taman manggis. kerajaan pakatan telah membina beribu riban rumah kos rendah dan mampu milik utk rakyat. maka kebajikan rakyat terjaga. tak ada rakyat yg tertindas. satu lg isu, sejak pakatan memerintah pulau pinang, hampir 5% pertambahan org melayu 'masuk' ke bahagian pulau. ini satu perkembangan amat2 positif. samalah mcm di kelantan. saban tahun, makin ramai warga luar 'masuk' dan menjadi rakyat kelantan berkat mudahnya mencari rezeki hasil pembangunan yg mapan di kelantan sebab diperintah oleh pemerintah yg bijak. contoh di selangor pulak, semua rakyat selangor kini menikmati air percuma sebab kerajaan negeri di bawah pakatan rakyat tersangat prihatin dgn nasib rakyat yg selama ini menghabiskan sebahagian besar pendapatan untuk membayar bil air semasa diperintah oleh bn. mcm tu lah bagi contoh, semoga pakatan rakyat dapat merampas putrajaya dari bn yg tak buat satu apapun utk rakyat, hatta seincipun jalan raya, apatah lagi masjid....
BalasPadam