KUANTAN - Hari keempat kebakaran hutan gambut di kawasan perindustrian Gebeng di sini, memperlihatkan 70 peratus api berjaya dipadamkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
Pengarahnya, Nor Hisham Mohammad berkata, usaha diteruskan dengan meningkatkan kapasiti pengepaman air untuk pembanjiran menyeluruh, agar kawasan tanah terus dibasahi air. Menurutnya, kaedah dinamakan 'flooding' ini bagi mengelakkan api yang membakar di bahagian bawah permukaan tanah padam, sekali gus mengelakkannya daripada marak ke kawasan lain.
Turut membantu pihak JBPM adalah agensi agensi dari Gebeng Emergency Mutial Aid (Gema). "Dengan cuaca panas dan pergerakan angin yang tidak menentu, kebakaran dijangka berakhir seminggu lagi," katanya ketika dihubungi. Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kebakaran hutan gambut di sini berlaku pada Isnin melibatkan 60 hektar daripada keluasan 150 hektar. #sumber
KUANTAN - Kebakaran hutan tanah gambut di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini menimbulkan kebimbangan kerana turut memberikan impak kepada ekosistem termasuk pencemaran udara.
Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Manusia, Universiti Malaysia Pahang, Dr D Yuventharan berkata, orang ramai boleh mengalami kesesakan nafas ekoran kandungan organik dan fiber yang tinggi dalam kebakaran hutan tersebut. "Hutan tanah gambut mempunyai kandungan organik dan fiber yang jauh lebih tinggi berbanding tanah biasa. Di kawasan Gebeng ini fiber dikesan sekitar 33 peratus manakala ketebalan boleh menjangkau antara dua ke tiga meter.
"Ciri ciri tanah gambut itu sendiri yang mengalami proses pereputan menyebabkan ia begitu mudah dipengaruhi oleh cuaca, sekiranya kering dan terbakar. Apabila ia terbakar, akan menghasilkan asap hitam dan tebal yang mempunyai gas karbon dioksida CO2. "Dengan konsentrasi yang tinggi boleh membawa kepada masalah kesihatan dan memudaratkan manusia sekitarnya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Dr D. Yuventharan (kiri) bersama kumpulan penyelidiknya dari UMP. Yuventharan berkata, mengikut indeks pencemaran udara kebakaran hutan gambut boleh mencapai 300 hingga 400 IPU.
Menurutnya orang tua dan kanak kanak serta mereka yang mempunyai sejarah penyakit asma dan paru-paru adalah golongan berisiko menerima ancaman kesulitan, yang lebih tinggi. "Masyarakat yang terus terdedah dengan keadaan panas dan berasap boleh menghidapi masalah lebih kronik. Justeru diminta untuk tidak membuat pembakaran terbuka dan elak mendedahkan diri terhadap asap kebakaran tanah gambut," katanya. Beliau pada masa kini menjalankan Kajian Penstabilan Tanah Organik dan Tanah Bio Gambut berkata, bantuan angin dan hujan dapat membantu mengubah konsentrasi kepekatan karbon dioksida seterusnya mengurangkan risiko. Bagaimanapun beliau menyarankan saliran air yang berkala dapat dilakukan di kawasan hutan gambut yang dikenalpasti konsisten berlaku kebakaran. "Ini dapat membantu mengurangkan serta mengelakkan tragedi kebakaran daripada berulang," katanya. Dianggarkan sejumlah 100 hektar hutan tanah gambut dikenal pasti di Kuantan manakala Rompin dan Pekan, masing-masing, 50 hektar. Pahang merupakan negeri ketiga yang memiliki hutan tanah gambut terbesar selepas Sabah dan Sarawak, diikuti Selangor. #sumber
KUANTAN - Polis menyambung tahanan reman selama seminggu lagi ke atas pasangan suami isteri berusia 54 dan 25 tahun berhubung kes kematian kanak-kanak yang meninggal dunia akibat didera. Pada 21 Februari lalu, polis menahan bapa tiri serta ibu kandung mangsa, Muhammad Hafiz Abdullah, 5, yang disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan dipercayai akibat didera pasangan itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, pasangan tersebut disambung reman sehingga 6 Mac depan untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Mahkamah Majistret Rompin (hari ini) telah membenarkan tempoh sambung reman selama tujuh hari mulai 28 Februari hingga 6 Mac 2019," kata beliau. Pasangan tersebut dipercayai melakukan perbuatan itu di Kampung Padang Rumbia, Pekan berdasarkan penemuan beberapa kesan kecederaan akibat didera. Bedah siasat ke atas mangsa menemui kesan cucuhan bara rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam mata kanan serta luka kecil di kening kanan. Sehubungan itu, polis pada minggu lalu menahan reman seminggu ke atas pasangan tersebut yang berakhir hari ini sebelum tempoh tahanan disambung tujuh hari lagi sehingga 6 Mac depan. #sumber
KUANTAN - Suspek melarikan cincin batu delima seberat lima karat bernilai RM2.89 juta di kompleks beli belah Sky Avenue Genting Highlands, Bentong pada Ahad lalu dipercayai telah meninggalkan negara ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek berusia lingkungan 50-an tersebut dipercayai melarikan diri ke Vietnam pada hari kejadian.
"Berdasarkan siasatan, polis percaya suspek telah melarikan diri ke Vietnam. Bagaimanapun, kes masih disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," kata beliau. Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan seorang lelaki menukar cincin batu delima bernilai RM2.89 juta dengan cincin palsu di sebuah kedai emas di Sky Avenue Genting Highlands.
Dalam kejadian 24 Februari lalu, suspek meminta kebenaran daripada jurujual kedai emas itu untuk membelek cincin batu delima berkenaan sebelum menukarkan ia dengan cincin palsu menyerupai yang tulen. Mohd. Wazir menambah, pihaknya juga percaya suspek yang dipercayai warganegara China itu telah merancang lebih awal untuk menukar cincin batu delima tersebut dengan yang palsu. "Jurujual di kedai emas tersebut memaklumkan suspek pernah datang ke kedai itu pada sebulan lalu untuk membelek cincin batu delima yang sama. "Polis percaya, dia telah merancang untuk menukar cincin itu dengan cincin palsu yang 99 peratus hampir sama dan sudah ada persediaan melarikan diri ke negara lain," kata Mohd. Wazir. #sumber
PETALING JAYA: PAS malam tadi menegur “kenyataan mengelirukan” Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyelesaian kes saman Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata ada 3 perkara penting dalam perintah persetujuan yang direkodkan di mahkamah iaitu Hadi tidak meneruskan tuntutannya, Rewcastle-Brown tidak meneruskan tuntutan balasnya dan tiada perintah mengenai kos. Oleh itu, Hadi tidak membayar apa-apa bayaran ataupun kos kepada Rewcastle-Brown untuk penyelesaian kes di luar mahkamah, katanya dalam kenyataan. Mengenai PAS pula, Takiyuddin berkata parti Islam itu lagilah tidak membayar apa-apa bayaran di mana-mana peringkat kes kerana ia bukanlah satu pihak dalam tindakan undang-undang itu. “PAS menganggap kenyataan presiden PKR tersebut langkah terdesak beliau bagi mengalihkan pandangan rakyat dari isu ‘krisis keyakinan’ parti-parti Pakatan Harapan terhadap pengerusi mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga perdana menteri,” katanya. Terdahulu, Anwar di satu program di Pulau Pinang mencabar PAS menyatakan jika ia membayar wang lebih RM1 juta kepada Rewcastle-Brown untuk menyelesaikan kes saman Hadi. Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa dana RM90 juta dimasukkan ke akaun pimpinan PAS sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional dan Umno. Hadi kemudiannya menarik balik saman itu awal bulan ini. Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata. #sumber
LANGKAWI - Pasukan penyiasat Jabatan Laut Malaysia memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca feri yang membawa 52 penumpang terbakar petang semalam.
Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Laut Kuah, Ghadzali Ahmad berkata, siasatan dimulakan sejak semalam sebaik feri itu ditunda ke jeti jabatan di Tanjung Lembong dekat sini. "Tiga pegawai penyiasat memulakan siasatan sejak malam tadi dan akan disambung petang ini. Siasatan hari ini memberi tumpuan kepada fizikal feri itu bagi mengenal pasti punca kebakaran," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Difahamkan feri yang terbakar itu telah ditunda dari lokasi kejadian kurang satu batu nautika dari Terminal Penumpang Kuah ke Jeti Jabatan Laut Tanjung Lembong oleh kapal Suhail milik Jabatan Laut Malaysia dan Dragon Speed, sebuah lagi feri milik syarikat itu. Dalam kejadian semalam, feri penumpang Dragon Star 1 yang membawa 52 penumpang bersama seorang kapten dan lima anak kapal terbakar kira-kira 10 minit selepas berlepas dari Terminal Penumpang Kuah ke Jeti Kuala Perlis. Menurut penumpang yang terlibat, kebakaran berlaku di bahagian belakang feri berkemungkinan berpunca dari bahagian bilik enjin feri malang itu. #sumber
KUANTAN - Hutan tanah gambut seluas 28.32 hektar di Taman Perindustrian Gebeng dekat sini mengalami kebakaran dalam kejadian petang ini.
Cuaca panas di daerah ini sejak hujung Januari lalu menyebabkan kawasan tersebut kering dan mudah terdedah kepada kebakaran. Bagaimanapun, punca sebenar yang menyebabkan kebakaran tersebut masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang. Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran melibatkan 70 peratus daripada keluasan hutan tersebut. "Setakat ini (lewat petang hari ini), kira-kira 10 peratus kawasan kebakaran telah dapat dikawal," ujar beliau menerusi kenyataan kepada pemberita di sini. Menurut beliau, pihaknya menerima aduan awam berhubung kejadian kebakaran di hutan tersebut pada pukul 2.28 petang. Ujar beliau lagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng telah ditugaskan untuk memadam kebakaran tersebut. #sumber
KUALA LUMPUR - Kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof. Beliau berkata, prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini. "Tahun ini adalah sasaran yang realistk kerana kita sudah ada teknologinya. Semua ini tentang kecepatan pelaksanaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Pertumbuhan Malaysia, di sini, hari ini. Beliau berkata, kereta itu adalah selamat dan berupaya terbang pada altitud rendah dan pada kelajuan munasabah. "Pelaburan untuk membina prototaip lebih sedikit daripada RM1 juta," katanya. Mohd. Redzuan berkata, projek kereta terbang adalah cara untuk kerajaan mewujudkan persekitaran yang mendorong rakyat untuk memikirkan tentang teknologi baharu. "Kami menyediakan pemangkin dan ekoistem bagi merangsang rakyat untuk berfikir melangkaui apa yang kami lakukan hari ini," katanya. Beliau berkata, projek itu juga bagi memanfaatkan keupayaan negara dalam sektor aeroangkasa, dron, kenderaan tanpa pemandu (UAV) dan automotif. "Malaysia mempunyai kepakaran untuk cemerlang dalam bidang aeroangkasa, dron, UAV dan kereta nasional dan kita perlu menggunakan kemahiran kita kerana apa yang penting adalah kita mahu menjadi negara pengeluar," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, projek itu berasingan daripada projek kereta nasional ketiga yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. #sumber
ALOR GAJAH - Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah agama di Pulau Sebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar lelakinya sejak 2017. Tertuduh, Ramzu Zahini Abdul Aziz, 41, membuatkan pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal kanak-kanak terhadap mangsa lelaki berumur 13 tahun 5 bulan dengan cara mencium mulut dan pipi pelajar terbabit. Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, guru itu didakwa telah menyebabkan mangsa sama melihat rakaman video berunsur lucah dalam telefon bimbit dan didakwa mengikut Seksyen 15(E) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20, 000 atau kedua-duanya sekali. Dalam pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap pelajar terbabit dan didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat. Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh antara pukul 12.01 tengah malam sehingga 4 pagi di rumah warden asrama di sebuah sekolah menengah agama di sini pada 1 Januari 2019. Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal kanak-kanak terhadap seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dengan cara memeluk badan mangsa dan melakukan perbuatan seksual kira-kira pukul 11.30 malam di tempat sama pada Februari 2017. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam manakala tertuduh diwakili Peguam Andrew Lourdes. Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Ahmad Sazali membenarkan jaminan sebanyak RM15, 000 bagi pertuduhan pertama sehingga ketiga dan RM10, 000 bagi pertuduhan keempat. Beliau kemudian menetapkan tarikh 29 Mac depan untuk serahan laporan perubatan dan sebutan semula kes. #sumber
KLANG - Seorang penganggur diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam dua kejadian meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang, di sini minggu lalu. Lelaki berusia 37 tahun ditahan kira-kira pukul 6.15 petang semalam di rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari surau tersebut. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan mengaku pernah belajar ilmu agama yang salah (gila isim) di negara jiran.
Menurutnya, suspek turut mengaku melakukan kedua-dua perbuatan tersebut iaitu meletakkan patung berhala di surau berkenaan pada Rabu dan Sabtu lalu. "Siasatan lanjut mendapati, suspek ketika berada di rumah keluarganya itu memberitahu dia sering bermimpi melihat Kaabah yang dikelilingi patung berhala. "Susulan mimpi itu, suspek percaya dia perlu melakukan perkara yang sama di surau itu lalu telah meletakkan sebuah patung Datuk Gong pada Rabu lalu dan dua lagi patung berhala kecil pada Sabtu kononnya bagi mengajak penganut agama tersebut untuk melakukan ibadah di surau itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Tambah Shamsul Amar, siasatan juga mendapati patung-patung tersebut telah dicuri dari sebuah tokong kecil serta diambil dari tempat pembuangan sampah. "Kita tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental dan semakan rekod mendapati suspek ini mempunyai dua rekod jenayah lampau. "Justeru kita menolak sama sekali kejadian yang berlaku ini adalah perbuatan individu atau berkumpulan untuk mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama. Kejadian juga tiada kaitan dengan isu hubungan antara kaum dan agama," tegasnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, kariah Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah dekat sini sekali lagi digemparkan dengan penemuan dua buah patung berhala yang diletakkan di atas pagar utama pintu masuk surau berkenaan, Sabtu lalu. Dua patung berhala itu ditemui oleh kariah surau kira-kira pukul 2.45 petang sebelum dimaklumkan kepada ahli jawatankuasa (AJK) surau berkenaan. Penemuan dua patung itu adalah kejadian kali kedua selepas penemuan pertama pada Rabu lalu disurau berkenaan. #sumber
KUANTAN - Seorang peniaga kerugian RM28,600 selepas diperdayakan kenalan laman sosial Facebook yang dikenalinya awal tahun ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 42 tahun mendakwa wang itu adalah bayaran pemprosesan bagi mendapatkan hadiah kiriman lelaki tersebut. "Mangsa mendakwa suspek yang dikatakan seorang jurutera di Scotland telah mengirimkan pelbagai barangan terdiri daripada barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit sebagai tanda penghargaan persahabatan mereka. "Dia diminta membuat bayaran terlebih dahulu kononnya kepada pihak Kastam sebelum boleh mendapatkan barangan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mohd. Wazir menambah, mangsa mendakwa telah membuat bayaran itu secara berperingkat sebanyak 11 kali bermula 11 Februari sehingga Jumaat lepas. Mangsa bagaimanapun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan semalam, selepas merasakan dirinya ditipu kerana masih tidak menerima barangan yang dijanjikan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. #sumber
KUANTAN - Jumlah bauksit di daerah ini dianggarkan seberat 18.5 juta tan matrik bauksit dengan nilai RM2.59 billion mampu memberi pulangan tinggi kepada pemilik tanah dalam kalangan peneroka Felda.
ADUN Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, pulangan terbabit diperolehi oleh pemilik tanah itu dalam tempoh lapan tahun kerja mengorek bahan mineral itu. Menurutnya, kerajaan negeri juga memperolehi royalti sebanyak RM259 juta hasil daripada aktiviti terbabit.
“Semua jumlah itu diperolehi jika aktiviti perlombongan bauksit berjalan semula selepas tamatnya tempoh moratorium pada 31 Mac ini. “Jadi, saya mahu Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri membantu melancarkan operasi perlombongan itu dengan syarat memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat. “Ini bagi memastikan aktiviti terbabit tidak tidak mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan penduduk seperti sebelum ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media mengenai isu bauksit di pejabatnya hari ini. #sumber
KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dana RM90 juta disyaki daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) tidak pernah dimasukkan ke dalam akaun bank rasmi Pas. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, siasatan agensi itu sejak 6 Februari lalu tidak menjumpai apa-apa transaksi yang membuktikan dakwaan tersebut.
"Siasatan SPRM setakat ini tiada dana RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun (bank) Pas," katanya pada sidang akhbar pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Seramai 22 ADUN Terengganu diketuai Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah membacakan ikrar tersebut dihadapan Mohd. Shukri. Di tanya sama ada siasatan berhubung dakwaan terhadap parti pembangkang tersebut akan ditutup atau sebaliknya, Mohd. Syukri enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan tindakan seterusnya kepada Bahagian Siasatan SPRM. Sebelum ini, SPRM telah memanggil beberapa pemimpin Pas seperti Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk membantu siasatan kes berkenaan. #sumber
Pasti ramai yang terkejut melihat kelibat pelawak dan pelakon tanahair, Pian Cecupak yang kembali ceria tatkala berinteraksi menerusi FB Live dengan peminatnya. Pian atau nama sebenarnya, Mohd. Rafik Abdul Rahman, 49, sebelum ini telah beberapa kali menerima rawatan di hospital gara-gara pelbagai penyakit yang dialaminya.
Pian yang mula mewarnai dunia hiburan tanahair selepas menyertai rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3 itu pernah dua kali koma dan tidak sedarkan diri pada 2018.
Beliau kemudian menganggotai kumpulan Cecupak sekitar tahun 2000 dan bersama kumpulannya, mereka pernah melahirkan sebuah album dan dikenali menerusi lagu berjudul Bor.. Bor.. Bor. Album Cecupak berbentuk humor, diterbitkan oleh Pak Pandir, Usop dan Izat Redang turut memuatkan lagu-lagu berentak joget, rap dan 60-an.
"Selama enam hari didalam wad dan selama tiga hari saya diberitahu yang saya tidak sedarkan diri. "Apabila sedar, saya dapati banyak wayar berselirat dan rasa amat rimas tetapi tentunya wayar-wayar itu tidak boleh dicabut begitu sahaja," kata Pian.
Ketika itu kondisi jantungnya hanya berfungsi 20 peratus sahaja. Menurutnya, dia sukar bernafas dan dibawa ke sebuah klinik bagi mendapatkan rawatan kerana dia enggan ke hospital.
“Saya ke klinik kerana semput dan diberi ubat neubilizier untuk melegakan asma. Akan tetapi, pada awal pagi tadi, keadaan kesihatan saya tidak memuaskan. Maka saya dibawa terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh seorang rakan,” kata Pian. Pian Sakit Mental Selepas Dapat 'Datuk' Beliau juga pernah disahkan mendapat sakit mental pada 2014. Ia berlaku selepas beliau menerima gelaran 'Datuk" dari kerajaan Naning di Melaka. Menurut Pian gelaran itu benar-benar menyumbang kepada tekanan jiwanya sehingga masalah berkenaan tidak dapat dikawal. Berbagai tuduhan diterima akibat gelaran tersebut. Pian berkata, tuduhan dan kata-kata hinaan membuatkan dia menjadi murung dan selepas dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ogos lalu, doktor mengesahkan dia menghidap masalah mental. Malah disebabkan penyakit itu dia perlu mendapatkan rawatan selama lapan bulan selain dikehendaki menjalani rawatan kaunseling.
“Jadi saya terpaksa mendapatkan rawatan selama lapan bulan di HKL untuk ubat dan sesi kaunseling agar penyakit saya ini dapat dipulihkan," ujarnya. Klik Pian (Cecupak) Alami Gangguan Mental Kerana Gelaran Datuk Itulah keadaan Pian Cecupak suatu ketika dulu, namun kini situasinya jauh berbeza. Selepas beberapa tahun menyendiri dan tidak keluar rumah gara-gara berbagai penyakit yang dihidapinya Pian kini mula kembali bertenaga. Sacha Inchi Seed Oil Ceriakan Hidup Pian Beliau bukan sahaja sudah 'buang tongkat' untuk bergerak, malah kesihatannya pun mula menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa. Semuanya gara-gara beliau kini mengamalkan produk Dlynd Gold Sacha Inchi Seed Oil 500MG Softgel yang dipasarkan oleh syarikat Dlynd Gold Enterprise dari Kuantan, Pahang.
"Produk itu diberikan oleh seorang Datuk dan Datin dari Kuantan yang tidak mengenali saya. Mungkin kerana mereka simpati dengan apa yang saya alami. Namun, ternyata produk ini telah mengubah hidup saya.. kembali ceria seolah-olah mendapat kehidupan baru", kata Pian.
Beliau kini seriang membuat Live di Facebook untuk memperkenalkan produk Dlynd Gold Sacha Inchi Seed Oil kepada seluruh rakyat Malaysia. "Saya buktikan ia berkesan ke atas diri saya. Maka, saya menyeru mereka yang ada penyakit seperti yang saya alami... bolehlah mengamalkan produk ini", tambah beliau.
Ikuti, salah satu FB Live Pian dibawah :-
Sejak kebelakangan ini, sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai dan ia berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘super food’ di dunia bermula dari tahun 2016. Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi, yang bermaksud ‘kacang Inca’, sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru. Bukti masyarakat Inca menggunakan sacha inchi boleh dilihat pada pelbagai seramik dan makam masyarakat Inca.
Berdasarkan kepada catatan sejarah, para pahlawan Inca menggunakan minyak yang dihasilkan daripada benih sacha inchi disebabkan oleh manfaatnya yang pelbagai, serta nutrisinya yang kaya. Bagaimana rahsia masyarakat Inca – salah satu peradaban kuno paling berkuasa di dunia – yang tersimpan rapi di hutan Amazon mereka berjaya menembusi pasaran global pada zaman ini?
Dengan serangan makanan segera serta makanan ringan yang tidak mempunyai sebarang manfaat, sehingga menyebabkan ramai orang mendapat penyakit berat seperti kanser pada usia muda, masyarakat moden pada hari ini semakin sedar akan betapa pentingnya untuk kembali kepada sumber pemakanan semulajadi, seperti yang dipraktikkan oleh masyarakat zaman silam. Pelbagai kajian juga menunjukkan bahawa ‘super food’ merupakan solusi terbaik bagi mengatasi masalah kesihatan yang kerap dijumpai pada masyarakat moden.
Kandungan nutrisinya lebih tinggi daripada minyak kelapa dara tambahan, dengan struktur minyak yang lebih lembut serta daya serapan yang lebih cepat. Kaya dengan iodin dan amino asid, Sacha Inchi juga mengandungi tahap vitamin A dan E (Alfa-Tokoferol) yang tinggi; menjadikannya antioksidan yang luar biasa dan sangat baik bagi anti-penuaan. Sacha Inchi turut mengandungi Omega 3 (54%), Omega 6 (33.4%), dan Omega 9 (7.2%) yang dapat membekalkan protein.
Manfaat Sacha Inchi Oil (Minyak Sacha Inchi)
Sacha inchi kaya dengan omega-3, omega-6, dan omega-9. Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber antioksidan yang bagus. Antara manfaat pengambilan minyak sacha inchi secara teratur adalah:
Mengawal kolestrol
Kandungan asid lemak omega-3, omega-6, dan omega-9 yang ada membantu dalam merendahkan tahap kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein, terlalu banyak akan membahayakan kesihatan) dan meningkatkan kolestrol HDL (High Density Lipoproteins, baik untuk kesihatan).
Mengekalkan kesihatan mental
Asid amino tryptophan yang terkandung dalam sacha inchi meningkatkan pengeluaran hormon serotonin yang dikenal sebagai hormon penstabil mood. Ini amat membantu dalam mengekalkan kesihatan mental.
Meningkatkan fungsi otak
Lebih kurang 60% kandungan otak kita adalah lemak. Bermaksud kita memerlukan lemak yang sihat dari sumber makanan seperti Sacha Inchi untuk membina membran sel otak dan menyuburkan sel-sel otak kita. Pengambilan omega-3 dapat meningkatkan konsentrasi dan mengurangkan keradangan otak yang menyebabkan masalah keletihan, kemurungan, dan ingatan.
Mengawal berat badan
Tubuh manusia akan mengeluarkan hormon kortisol apabila mengalami tekanan untuk mengawal tekanan darah dan tahap insulin. Tetapi kortisol berlebih akan menyebabkan kita ingin makan secara berlebihan terutamanya makanan manis. Omega-3 terbukti dapat mengawal kortisol. Maka selera kita juga lebih terkawal.
Mengekalkan kesihatan jantung
Aliran dan tekanan darah yang baik dan tahap kolesterol yang terkawal pastinya memberi kesan bagus kepada kesihatan jantung.
Mengelak diabetes
Omega-3 yang ada turut mengawal tahap glukosa, sekaligus boleh mengelakkan diabetes.
Meningkatkan kekuatan tulang
Kandungan omega-3 membantu tubuh menyerap kalsium secara optimum, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan penyakit tulang seperti osteoporosis.
Melancarkan kesihatan mata
Vitamin E, A dan omega yang ada melancarkan pandangan dan mengekalkan kesihatan mata.
Mengurangkan sakit sendi
Kandungan nutrisi yang ada turut membantu dalam mengurangkan sakit sendi dan rheumatoid arthritis. Bagi menambahkan lagi manfaat, anda boleh mencampurkan minyak sacha inchi dengan halia.
Mencantikkan kulit dan rambut
Omega3 dan vitamin E memainkan peranan penting untuk manfaat ini. Ia membantu dalam mengawal pengeluaran minyak pada kulit dan rambut, mengekalkan keanjalan kulit, membekalkan hidrasi kepada kulit dan rambut, melindungi kulit dan rambut daripada sinar matahari, dan memperbaiki kerosakan kulit dan rambut yang ada.
Terdapat pelbagai lagi manfaat sacha inchi yang lain, namun manfaat-manfaat yang disenaraikan di atas merupakan manfaat asas ‘super food’ tersebut. Secara keseluruhannya, sacha inchi meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti seseorang.
Harga Dlynd Gold Sacha Inchi Seed Oil (Softgel)
RM139.90 (120 pcs)
RM79.90 (50 pcs)
+ Caj penghantaran pos laju RM8.00
Amalkan produk ini dua biji pagi dan dua biji malam sebelum makan. Amalkan selama 6 bulan berturut-turut, Insya Allah kesihatan anda pasti ditahap yang cukup membanggakan.
Belanja diri anda untuk sihat dengan Sacha Inchi Softgel Seed Oil sekarng. InsyaAllah, "Cantik Di Luar, Sihat Di Dalam". Nak info lanjut tentang produk 'Super Food' di dunia ini ? Sila taip di SACHA INCHI Di Youtube. Dah 3,000 tahun di gunakan sebenarnya.
Janganlah Risau, Dlynd Gold Sacha Inchi ada kelulusan sah dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malah ada Sijil Halal JAKIM dan GMP produk. Maka, jangan tunggu lagi.
KUANTAN - Bermula April depan, jalan raya menuju Pelabuhan Kuantan di sini akan kembali dipenuhi lori-lori pengangkut bauksit dan keadaan itu sekali gus mencetus kebimbangan kira-kira 400,000 penduduk di daerah ini. Kebimbangan itu kini kembali menghantui penduduk daerah ini apabila Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar baru-baru ini mengumumkan moratorium dikuatkuasakan bermula Januari 2016 bakal ditamatkan 31 Mac depan. Mengulas perkembangan itu, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar (foto) mempersoalkan keputusan kerajaan yang membenarkan semula aktiviti perlombongan bauksit di daerah ini.
Noor Jehan berkata, standard prosedur operasi (SOP) yang mensyaratkan bijih bauksit bercampur tanah harus dicuci sebelum dieksport seperti ditetapkan kerajaan juga sewajarnya dinyatakan secara telus kepada penduduk daerah ini. "Di mana (bijih bauksit) akan dicuci dan ke (sungai) mana air sisa cucian akan mengalir, ini semua mesti diberitahu kepada penduduk. "Pada 2015 lalu, kita telah hadapi pelbagai jenis pencemaran dengan kekotoran yang merosakkan kawasan sekitar disebabkan debu tanah dari lori yang dipandu secara berbahaya. "Ada pula beberapa kejadian kanak-kanak lemas di lombong bauksit. Masalah apa yang boleh diselesaikan melalui penamatan moratorium ini?" soal beliau.
Mengimbas sepanjang 2015 lalu, beberapa laluan utama sekitar Bukit Goh dan Jalan Kuantan Bypass menuju Pelabuhan Kuantan di sini pernah dicemari debu-debu yang berterbangan jatuh daripada ratusan lori pengangkut bauksit. Keadaan itu juga mengakibatkan kedai makan, premis runcit, rumah serta tanaman diselimuti debu-debu merah yang disifatkan penduduk di sini sebagai tidak ubah seperti permukaan 'Planet Marikh'. Sehubungan itu, Noor Jehan menuntut penguatkuasaan tegas dan berkesan serta mengambil tindakan segera ke atas mana-mana pihak termasuk penjawat awam sekiranya cuba melindungi pelombong yang melanggar peraturan ditetapkan. "Sebelum ini (2015), berleluasa tonto yang diupah menjaga kepentingan pelombong. Korupsi (rasuah) melibatkan penjawat awam juga pernah berlaku. "Akhirnya penduduk hilang sabar dan membakar lori-lori bauksit seperti yang pernah berlaku disebabkan terlalu marah kerana masalah dihadapi mereka tidak didengari pada masa itu," tegasnya. #sumber
KUANTAN - Bapa saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang mati dipercayai didera, merasa terkilan kerana tidak sempat bertemu dan mengambil anak saudaranya itu semalam di rumah kanak-kanak itu di Kampung Batu Balik, Pekan kerana mempunyai urusan lain.
Mohamad Zazali Abdullah, 23, berkata, dia memang rapat dengan kanak-kanak itu kerana sebelum kakaknya yang juga ibu mangsa, 25, berkahwin dengan bapa tiri mangsa, 54, dua beranak itu tinggal bersama keluarganya di Felda Chini.
"Saya tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan seperti itu (dera) terhadap mangsa. Biasanya, kalau dia (suspek) bercakap...boleh kalah ustaz, baik sangat dan saya tidak nampak yang dia boleh melakukan perbuatan seperti ini," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini. Menurutnya, suspek sebelum ini bekerja di ladang milik kerajaan negeri Pahang di Muadzam Shah, Rompin dan berpindah ke Kampung Batu Balik, selepas berkahwin dengan ibu mangsa kira-kira lima tahun lepas. Jenazah kanak-kanak mangsa dera itu dituntut keluarga 4.10 petang tadi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Batu, Nenasi, petang ini juga. Dalam kejadian 4 petang semalam, mangsa Muhammad Hafiz Abdullah, 5, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan, dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan cedera disyaki akibat penderaan iaitu kesan lebam baharu di dada, kesan cucuhan api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta luka-luka kecil baharu di bahagian kening kanan. Othman ketika dihubungi berkata hasil soal siasat dilakukan, bapa tiri mangsa mengaku ada memukul kanak-kanak itu pada hari kejadian. Berikutan itu, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 25 Februari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. #sumber
ROMPIN - Seorang penganggur warga Kemboja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh Siti Masitah Ibrahim yang mayatnya ditemui di padang ragut dalam kejadian di Pekan dua minggu lalu.
Mohd. Amirul Abdullah, 23, yang beralamat di Kampung Parit Tengah, Pekan dekat sini, sekadar mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Lelaki bertubuh kecil itu didakwa membunuh Siti Masitah, 11, yang juga warganegara Kemboja antara pukul 5.50 petang hingga 8 malam, 30 Januari lalu di kawasan belukar padang ragut, Kampung Tanjung Medang Hilir di Pekan, dekat sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Azizah menetapkan 25 Mac ini bagi serahan dokumen forensik, laporan kimia dan bedah siasat. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamsul Kahar Ahmad Nadri manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan. Pada 9 Februari lalu, media melaporkan penemuan mayat Siti Masitah dalam keadaan menyayat hati dan tidak sempurna. Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh lebih seminggu sebelum mayatnya ditemukan. Keluarga mangsa membuat laporan kehilangan kanak-kanak itu pada petang 30 Januari lalu setelah dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kedai. #sumber
PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing dinaikkan sebanyak 10 sen seliter bermula 12 tengah malam ini hingga 1 Mac depan. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit RON95 dinaikkan kepada RM2.08 berbanding RM1.98 seliter sebelum ini dan RON97 dinaikkan kepada RM2.38 seliter daripada RM2.28. "Harga diesel dikekalkan pada paras RM2.18 untuk tempoh sama berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan," katanya di sini hari ini. Tambah kenyataan itu, peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$63.11 (RM257.17) setong kepada AS$66.91 (RM272.66) setong. Katanya, kos purata produk diproses bagi produk diesel turut meningkat secara ketara iaitu daripada AS$74.38 (RM303.09) setong kepada AS$79.11 (RM322.34) setong. "Sepatutnya harga runcit diesel adalah sebanyak RM2.33 seliter. "Namun, selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras ditetapkan, maka harga runcit diesel terus dikekalkan untuk tempoh berkenaan," katanya. #sumber
PEKAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan kebimbangan terhadap kekerapan kes pembunuhan melibatkan kanak-kanak yang berlaku di daerah Pekan sejak akhir-akhir ini. Sultan Abdullah bertitah, keadaan itu cukup mendukacitakan baginda dan berharap semua pihak dapat mengawasi bukan sahaja kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa untuk mengelakkan perkara sedemikian daripada berlaku. "Mungkin tekanan atau stres telah mengakibatkan kejadian seperti ini berlaku, saya tidak ingin melanjutkan tentang perkara ini kerana ia telah menjadi kes polis.
"Saya harap anda semua bekerjasama dan sepakat untuk memperkemaskan lagi jati diri* sepakat dan muafakat adalah suatu yg perlu digalakkan bagi bersama banteras gejala tidak sihat daripada berlaku agar penduduk dapat hidup dengan aman serta tenteram," titah baginda. Baginda bertitah demikian pada Majlis Bersama Penduduk Tanah Kesultanan Daerah Pekan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini. #sumber
PEKAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah hari ini berkenan melantik ahli-ahli Jumaah Pemangku Raja dalam majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan yang diadakan di Bilik Mengadap Besar Istana Abu Bakar, Pekan di sini hari ini. Ahli-ahli Jumaah berkenan akan menjalankan tugas-tugas Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (Royal Military Academy Sandhurst) di United Kingdom sehingga 15 Disember ini. Pada majlis tersebut, Sultan Abdullah berkenan melantik Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah sebagai Pengerusi Jumaah Pemangku Raja bermula 15 Februari hingga 15 Disember 2019.
Pelantikan diadakan mengikut Fasal 1 (a) Perkara 18 (Bahagian Pertama) Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri iaitu jika sekiranya Raja Pemerintah dipilih memegang jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka Raja Pemerintah boleh melantik Pemangku Raja atau Jumaah Pemangku Raja bagi menunaikan tugas-tugas diraja sehingga sampai masanya baginda berhenti menjalankan tugas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sementara Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua'adzam Sultan Ahmad Shah, pula dilantik menjadi Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang juga bagi tempoh yang sama. #sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Anwar's political needs.
-
1. When I was a 6th former, our economics teacher gave us a homespun wisdom
which i remember till today 2. Studying economics is like putting up a
brick wa...
[Autosaved] WZWH Mula Menulis…
-
Sudah lama WZWH tidak berblog
WZWH mula menulis…
Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia
Sudah tentu beri kesan kepada Malay...
EMPAT PAHLAWAN MELAYU KELAHIRAN BUMI PAHANG
-
PAHLAWAN MELAYU
NAMA-NAMA PENDEKAR KELAHIRAN BUMI PAHANG
1. Dato' Bahaman
Nama sebenar: Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh.
Asal: Semantan, Temerloh, Paha...
#BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!!
-
Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir
apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional
menar...