script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PKR: Lantikan MPKK, 'Kerajaan Negeri Pahang, Jangan Tamak'



KUANTAN - Kerajaan Pahang tidak boleh terlalu tamak dalam pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kerana peruntukan bagi membiayai jawatan itu diberikan kerajaan Pusat.

Naib Ketua Cabang PKR Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, seharusnya lantikan terbabit diberikan secara seimbang bagi membolehkan kedua-dua pihak iaitu wakil dari kerajaan negeri dan Pusat mendapat tempat dalam MPKK.

Tegasnya, ini kerana kerajaan Pusat melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar memberi sebahagian peruntukan untuk MPKK, justeru wajar dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan negeri berhubung lantikan berkenaan.

“Apakah satu kerugian besar sekiranya jawatan MPKK itu diagihkan sama rata kepada wakil dari parti-parti PH? Jika kerajaan negeri menganggap satu kerugian besar dari segi kepentingan politik Umno atau BN jika berbuat demikian.

“Adakah mereka tidak terfikir bahawa satu kerugian besar juga dari segi politik kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan tersebut? Tetapi mengapa kerajaan Pusat sanggup berbuat demikian dan kerajaan negeri enggan melakukannya?,” katanya.

Wan Fauzuldin menjelasnya, perbincangan berkaitan perkara ini telah berkali-kali diadakan selepas PH mengambil alih Putrajaya.

Jelasnya, perbincangan bukan sahaja telah diadakan di peringkat negeri oleh PH Pahang bersama kerajaan negeri, tetapi juga telah dibawa ke pejabat Menteri bahkan ke pejabat Persaba Menteri.

“Malangnya, kedegilan kerajaan negeri untuk bertolak ansur di dalam perkara ini menjadikan seolah-olah kerajaan Pusat sahaja yang bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan demi rakyat.

“Jadi, saya berharap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun tidak boleh memekakkan telinga atau membutakan mata di dalam perkara ini.

“Jika beliau benar-benar mahu melakukan reformasi dan tidak terikut-ikut dengan dasar kerajaan lama, beliau harus melakukan sesuatu dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Selain itu, beliau mencadangkan perbincangan secara serius di antara kementerian dengan kerajaan negeri mesti diadakan segera. #sumber


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.