script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bauksit: 400,000 Penduduk Kuantan Bimbang, Kembali Resah !


KUANTAN - Bermula April depan, jalan raya menuju Pelabuhan Kuantan di sini akan kembali dipenuhi lori-lori pengangkut bauksit dan keadaan itu sekali gus mencetus kebimbangan kira-kira 400,000 penduduk di daerah ini.

Kebimbangan itu kini kembali menghantui penduduk daerah ini apabila Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar baru-baru ini mengumumkan moratorium dikuatkuasakan bermula Januari 2016 bakal ditamatkan 31 Mac depan.

Mengulas perkembangan itu, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar (foto) mempersoalkan keputusan kerajaan yang membenarkan semula aktiviti perlombongan bauksit di daerah ini.

Noor Jehan berkata, standard prosedur operasi (SOP) yang mensyaratkan bijih bauksit bercampur tanah harus dicuci sebelum dieksport seperti ditetapkan kerajaan juga sewajarnya dinyatakan secara telus kepada penduduk daerah ini.

"Di mana (bijih bauksit) akan dicuci dan ke (sungai) mana air sisa cucian akan mengalir, ini semua mesti diberitahu kepada penduduk.

"Pada 2015 lalu, kita telah hadapi pelbagai jenis pencemaran dengan kekotoran yang merosakkan kawasan sekitar disebabkan debu tanah dari lori yang dipandu secara berbahaya.

"Ada pula beberapa kejadian kanak-kanak lemas di lombong bauksit. Masalah apa yang boleh diselesaikan melalui penamatan moratorium ini?" soal beliau.


Mengimbas sepanjang 2015 lalu, beberapa laluan utama sekitar Bukit Goh dan Jalan Kuantan Bypass menuju Pelabuhan Kuantan di sini pernah dicemari debu-debu yang berterbangan jatuh daripada ratusan lori pengangkut bauksit.

Keadaan itu juga mengakibatkan kedai makan, premis runcit, rumah serta tanaman diselimuti debu-debu merah yang disifatkan penduduk di sini sebagai tidak ubah seperti permukaan 'Planet Marikh'.

Sehubungan itu, Noor Jehan menuntut penguatkuasaan tegas dan berkesan serta mengambil tindakan segera ke atas mana-mana pihak termasuk penjawat awam sekiranya cuba melindungi pelombong yang melanggar peraturan ditetapkan.

"Sebelum ini (2015), berleluasa tonto yang diupah menjaga kepentingan pelombong. Korupsi (rasuah) melibatkan penjawat awam juga pernah berlaku.

"Akhirnya penduduk hilang sabar dan membakar lori-lori bauksit seperti yang pernah berlaku disebabkan terlalu marah kerana masalah dihadapi mereka tidak didengari pada masa itu," tegasnya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.