PETALING JAYA: Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan nafi dia mengarahkan ketua pegawai eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Yusoff bersara lebih awal, lapor Utusan Malaysia.
Beliau menjelaskan Wan Ahmad mengambil cuti panjang atas kerelaan sendiri “sehingga menjelang hari persaraan” pada Ogos.
Menurut Wan Saiful, dia meminta Wan Ahmad kekal kerana PTPTN mahu khidmatnya sehingga Ogos tetapi pegawai itu sudah membuat keputusan.
“Kita hormati keputusan itu. Kita juga terkejut dengan keputusan tersebut,” katanya menurut laporan Utusan.
Wan Saiful mengetahui Wan Ahmad memohon cuti pada 22 Januari lalu dan ia diluluskan oleh ketua setiausaha Kementerian Pendidikan kelmarin. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan