script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Putera Mahkota Arab Saudi Melawat Malaysia Tidak Lama Lagi



JAKARTA: Malaysia bakal menerima kunjungan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman sebagai sebahagian jelajah Asia yang termasuk Indonesia, Pakistan dan India tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Indonesia akan menerima kunjungan Putera Arab Saudi itu terlebih dahulu untuk lawatan ke negara berkenaan minggu depan, kata Indonesia hari ini.

Lawatan dua harinya ke negara majoriti Islam terbesar dunia itu bermula Isnin ini dan ia kunjungan rasmi kedua Mohammed atau dikenali MbS ke negara kepulauan itu.

“Beliau akan tiba di Indonesia pada 18 Februari dan bertemu Presiden (Joko ‘Jokowi’ Widodo) pada keesokannya (19 Februari),” kata jurucakap presiden, Johan Budi.

Mohammed kali terakhir mengunjungi Indonesia bersama bapanya, Raja Arab Saudi, Raja Salman pada 2017 dalam jelajah Asia unruk mendapatkan perjanjian pelaburan.

Ketika itu, Indonesia dan Arab Saudi menandatangani pelbagai perjanjian daripada perdagangan dan penerbangan sehinggalah memperluaskan kerjasama dalam bidang sains, kesihatan dan memerangi jenayah.

Mereka juga menandatangani perjanjian membabitkan firma tenaga milik kerajaan, Aramco dan Pertamina untuk memperluaskan bidang penapisan minyak bernilai bilion dolar di negara Asia Tenggara itu.

Kunjungan minggu depan diadakan ketika imej Mohammed terjejas berikutan dakwaan kaitan pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.

Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) merumuskan, operasi Arab Saudi itu dikaitkan langsung dengan beliau namun Rumah Putih menepis tuduhan itu di tengah penafian keras daripada Riyadh. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.