KUANTAN - Kerajaan akan membina sebuah loji merawat air masin di Pantai Gebeng bagi mengatasi gangguan dan kekurangan bekalan air di kawasan perindustrian di kawasan tersebut.
Menurutnya, kemudahan itu berikutan loji rawatan air sedia ada di Semambu tidak dapat lagi membekalkan bekalan air bersih di perindustrian Gebeng kerana kehendak domestik yang lebih memerlukan.
"Jika perkara ini tidak diselesaikan, kawasan industri di Gebeng seperti Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) tidak akan membangun dan ekonomi tidak dapat berkembang," katanya ketika ditemui di sini.
Beliau berkata, teknologi ini telah banyak digunakan di negara Timur Tengah dan keputusan untuk membinanya diambil supaya permasalahan air tidak akan berlaku di kawasan perindustrian di Gebeng
Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pihaknya telah mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri Pahang bagi meminta kebenaran membina loji tersebut di Pantai dan mencapai persetujuan membinanya demi kepentingan perkembangan industri di kawasan tersebut.
"Dengan kerjasama bersama sebuah syarikat konsultan loji rawatan air masin tersebut, kerajaan pusat dan negeri tidak perlu mengeluarkan sebarang peruntukan ke atas projek itu.
"Kita berbangga kerana syarikat konsultan itu milik rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran yang meluas dalam membina loji tersebut," ujarnya.
Beliau menambah, segala kos pembinaan akan diuruskan oleh syarikat tersebut.
"Mereka hanya akan jual air kepada syarikat di kawasan industri di situ yang dianggarkan tarif air berjumlah RM 2.80 apabila projek ini disiapkan," katanya. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan