script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mat Said Tiada Masalah Jika Di Pecat Dari UMNO !


KEMAMAN: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan kedudukan keanggotaannya dalam parti itu selepas wujudnya desakan daripada segelintir pihak yang memintanya dipecat berikutan kelantangannya mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri yang juga presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Kemaman itu berkata, sekiranya Majlis Tertinggi ingin memecatnya dari parti, beliau akan akur dengan apa juga keputusan yang akan dimuktamadkan nanti.

Bagaimanapun, tegas Ahmad, jika beliau dipecat ia akan memberi kesan kepada kedudukan kerusi parti berkenaan di dalam Dun Terengganu kerana akan mengakibatkan jumlah kerusi yang dipegang akan sama banyak dengan pembangkang iaitu 16-16.

“Saya tidak ada sebarang masalah dan akur terhadap apa juga keputusan yang dimuktamadkan kelak, cuma apa sahaja keputusan nanti akan memberi kesan kepada kedudukan dalam Dun.

“Pada masa sekarang, saya akan bertahan dan terus menumpukan tugas sebagai wakil rakyat untuk membela nasib penduduk walaupun  terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan buruk yang dilemparkan sesetengah pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah projek 30 unit rumah kedai  Umno Bahagian Kemaman yang bernilai RM45 juta  yang dibangunkan dengan kerjasama Rayhar Properties Sdn Bhd (Rayhar) di Kampung Dusun Nyior, di sini, semalam.

Dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan di Kuala Lumpur kelmarin, ada segelintir pihak yang juga ahli Umno menggesa pucuk pimpinan Umno memecat segera Ahmad yang juga Adun Kijal ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan dan membuat usul undi tidak percaya pada sidang Dun yang lalu.

Sementara itu ditanya mengenai kerjasama bersama Rayhar, Ahmad berkata, Rayhar akan membina sebanyak 30 unit rumah kedai empat dan tiga tingkat di atas tanah milik Umno Bahagian Kemaman yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan lagi.

“Menerusi kerjasama ini Umno Bahagian Kemaman akan menerima lapan unit rumah kedai dengan jangkaan perolehan RM50,000 sebulan hasil sewaan apabila siap kelak dan boleh diguna untuk menampung perbelanjaan pengurusan Umno Bahagian Kemaman,” katanya. #sumber
Share:

Najib Akan Terus Istiqamah Laksanakan Tugasnya


PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan terus istiqamah dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan dari dalam mahupun luar negara.  

"Tidak ada apa-apa, semua macam biasa... saya mesti istiqamah pada tugas serta tanggungjawab saya sama ada sebagai Anggota Parlimen Pekan mahupun Perdana Menteri untuk menjaga kepentingan hampir 30 juta rakyat Malaysia," katanya. 

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelbagai cabaran dan tekanan yang beliau hadapi sejak akhir-akhir ini termasuk mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibangkitkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. 

Beliau ditemui pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang diadakan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar pada Sabtu. 

Kira-kira 50,000 tetamu pelbagai kaum termasuk dari Terengganu dan Kuala Lumpur menghadiri majlis berkenaan yang berlangsung dari pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang. 

Turut berangkat ke majlis berkenaan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda-anakanda baginda.  




Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Mengulas tentang majlis berkenaan, Najib berkata kehadiran ramai tetamu padamajlis rumah terbuka itu jelas membayangkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau. 

"Terima kasih kerana telah beri sokongan yang baik selama ini. Memang hubungan saya dengan pengundi Pekan khasnya amat erat dan baik, kalau tidak mereka tidak mungkin akan datang.

"Rumah terbuka ini juga satu daripada cara saya untuk beramah mesra dengan kebanyakan mereka yang jarang saya jumpa," kata Najib.  

Pada majlis itu, tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa termasuk nasi arab, kambing bakar, puding raja, dan sate di 165 gerai yang disediakan di kawasan itu. 

Sebanyak 3,000 batang lemang dan 5,000 biji ketupat yang disediakan secara gotong-royong oleh masyarakat di Parlimen Pekan disajikan kepada tetamu. 

Selain pelbagai juadah, mereka dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Datin Alyah, Ameng Spring, Azlan Typewriter dan pengacara Sharifah Shahirah serta Karl Shafiq. 

Paling istimewa, mereka turut berpeluang mendengar persembahan nyanyianTengku Abdullah dengan dendangan lagu 'Butakah Cinta' yang dipopularkan oleh kumpulan Spring. 

Tengku Abdullah yang menyambut ulang tahun ke-57 keputeraan pada hari ini juga diberi kejutan dengan acara memotong kek serta nyanyian lagu ulang tahun kelahiran oleh para tetamu.  

Pada majlis itu, Najib meraikan 100 bakal haji dari Parlimen Pekan dan menyampaikan sumbangan barangan kelengkapan mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Terdahulu, Perdana Menteri bertemu dan menyampaikan amanat kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Malaysia pada majlis yang diadakan secara tertutup di Ancasa Royale di sini. 

Ketibaan Najib pada pukul 10.05 pagi disambut Pengerusi Biro IT Umno DatukAhmad Maslan dan beliau berada kira-kira 30 minit untuk bersama-sama dengan perwakilan yang menghadiri pemukiman itu. #sumber
Share:

Dzulkifli Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu


PETALING JAYA: Pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad diumumkan secara rasmi sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara itu menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa yang mengumumkan pelantikan itu pada Jumaat memberitahu tempoh perkhidmatan Dzulkifli akan tamat pada 31 Julai 2021.
Ali berkata, selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.
"Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM)," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Rabu lalu, pemilihan Dzulkifli yang juga  telah dibentangkan pada mesyuarat Kabinet.
Pada Khamis. media telah melaporkan mengenai pelantikan Dzulkifli yang juga antara calon yang dinamakan sejak beberapa bulan lalu untuk menggantikan Abu Kassim.
Khamis malam juga berlangsungnya majlis perpisahan terakhir buat Abu Kassim yang dihadiri pegawai tertinggi SPRM.
Seterusnya pada petang Jumaat pula, akan diadakan majlis paluan berundur buat Abu Kassim, juga Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang mengikut jejak ketuanya menamatkan perkhidmatan di suruhanjaya itu.
Abu Kassim dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010 dan memohon untuk tidak meneruskan perkhidmatannya mulai 1 Ogos ini.
Selaras subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim, 55, untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis.
Bagaimanapun, Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Disember 2020.
Sepanjang tempoh Abu Kassim menerajui SPRM, suruhanjaya itu telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi.
Di peringkat antarabangsa, Abu Kassim akan terus memegang jawatan sebagai Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities dan Ahli Board of Governance, International Anti-Corruption Academy, Austria sehingga tamat tempoh pelantikan tersebut.
Selain itu, Ali turut mengumumkan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur ditempatkan sebagai KSU Kementerian Pendidikan Tinggi mulai 5 Ogos ini (2016) bagi menggantikan Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.
Zaini pula akan ditempatkan sebagai KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mulai 5 Ogos ini bagi menggantikan Datuk Loo Took Gee yang bersara pada tarikh tersebut, katanya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya ditempatkan sebagai KSU kementerian itu menggantikan Noorul Ainur, katanya. #sumber
Share:

Wahid Omar Dilantik Pengerusi PNB Mulai 1 Ogos


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2016.
Abdul Wahid, seorang akauntan bertauliah, pernah mengetuai Maybank, selepas menerajui transformasi Telekom Malaysia.
Beliau juga telah mengetuai proses pemulihan UEM Group. 
Semasa di Jabatan Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab menyelia agensi-agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), Jabatan Perangkaan, Ekuinas, Talent Corporation, Teraju dan Yayasan Pendidikan Peneraju Bumiputera. 
Perdana Menteri dalam kenyataan yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di atas sumbangan besar beliau mengemudi PNB sejak 1996 sehingga menjadi salah sebuah institusi pelaburan terkemuka di negara ini. 
"Di bawah kempimpinan beliau, PNB telah mencapai pelbagai kejayaan dalam melaksanakan mandat Kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya, dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara
"Saya berharap agar Tun Ahmad Sarji akan terus berkongsi pengalaman dan menyumbang kepada pembangunan negara," kata Najib. -- Bernama

Share:

Dakwaan Guling PM, Laporan Polis Akan Di Teliti !


KUALA LUMPUR: Bukit Aman mahu meneliti asas laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung dakwaan terdapat konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, sebelum melaksanakan langkah seterusnya, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Laporan yang dibuat terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Ketua Polis Negara berkata, pihaknya belum merakamkan kenyataan pengadu.
"Kita mahu tahu asas laporan itu terlebih dahulu.
"Kita masih belum memanggil ketiga-tiga individu untuk disoal siasat," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Dilaporkan, Naib Ketua Pemuda Umno itu membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi, mendakwa tiga individu tersebut dipercayai terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.
Menurut laporan itu, mereka didakwa telah memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi luar termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Khairul menggesa pihak polis untuk menyiasat perkara itu dengan teliti.
Beliau turut mendakwa bahawa dokumen-dokumen palsu telah dikemukakan dan maklumat telah dimanipulasi untuk memenuhi agenda mereka.
Zeti dan Abu Kassim berkata, mereka sedang berunding dengan peguam berhubung dakwaan konspirasi yang dibuat Khairul Azwan, manakala Gani menyifatkan laporan polis itu hanyalah muslihat untuk mencari publisiti. #sumber
Share:

Azizah: Pilihan Raya Mengejut: PKR Belum Yakin !


PETALING JAYA: Persoalan sama ada pilihan raya mengejut akan diadakan di Pulau Pinang masih tidak terjawab apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum yakin dengan cadangan parti sekutunya, DAP.

Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu bersedia meneruskan perbincangan dengan rakan parti dalam Pakatan Harapan berhubung perkara tersebut.

"Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani, mesyuarat secara sebulat suara memutuskan bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

"PKR akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti untuk menerangkan pendirian ini kepada pemimpin DAP dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, Selasa malam.

Turut dilihat hadir pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Khas itu adalah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung serta Naib Presiden Rafizi Ramli.
Mesyuarat bermula pukul 9 malam dan berakhir kira-kira pukul 11 malam.

Dr Wan Azizah berkata sebagai rakan politik, PKR akan terus bersama berjuang mempertahankan mereka yang dianiayai termasuk kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain untuk bangkit menentang Umno dan Barisan Nasional.

"PKR beranggapan bahawa dakwaan terhadap Lim Guan Eng adalah bermotif politik.

"Mesyuarat juga telah membangkitkan beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihan raya negeri Pulau Pinang," katanya.

Pada Isnin, Guan Eng dalam satu forum awam oleh kerajaan negeri memaklumkan bahawa Amanah telah bersetuju untuk pilihan raya mengejut diadakan.

Ketua Penerangan Amanah, Khalid Samad pada Selasa berkata walaupun terbabit dalam dakwaan rasuah, banyak faktor yang berpihak kepada Pakatan Harapan sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

Rabu lepas, Guan Eng memberitahu  bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai PRN itu.

Cadangan mengadakan PRN itu berikutan tuduhan rasuah terhadap Guan Eng. #sumber
Share:

Gani: Dakwaan Guling PM Satu Muslihat Publisiti !


KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.     
"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas.   
"Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya kepada Bernama
Abdul Gani selanjutnya menegaskan beliau sentiasa bertindak profesional dalam menjalankan tugas dan akan terus bertindak sedemikian dalam setiap usaha masa hadapannya.  
Beliau menyatakan demikian menerusi whatsapp'nya bila diminta mengulas mengenai laporan bahawa Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap beliau; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. 
Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.  
Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Abdul Gani selaku Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan. 
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuatkuasa 27 Julai tahun lepas. #sumber
Share:

DOJ Sepatutnya Dapatkan Penjelasan 1MDB Dulu


PUTRAJAYA: Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat patut sekurang-kurangnya berusaha menghubungi pihak 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi mendengar penjelasan mereka daripada hanya bersandarkan laporan portal berita (Sarawak Report), kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan pada Rabu.
Menyifatkan amat tidak wajar bagi Peguam Negara Amerika Loretta Lynch menggunakan bahasa begitu tegas dalam situasi apabila beliau sendiri tidak pasti sama ada terdapat kes atau tidak, katanya 'pertuduhan belum diputuskan namun telah memberikan pandangan prejudis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan Malaysia dan 1MDB.
"Apabila kita baca (dokumen setebal) 136 muka surat itu, kita mendapati ia bersumberkan kepada Sarawak Report yang mempunyai agenda politik berat terhadap kerajaan, BN dan perdana menteri. Jadi, kemusykilan kita ialah kenapa DOJ tidak menghubungi 1MDB untuk mengesahkannya? Sekurang-kurangnya dapatkan penjelasan di sebelah pihak yang satu lagi.
"Itu saja soalannya. Kenapa anda pergi ke mahkamah dan beritahu seluruh dunia tentang kisah anda sedangkan ia masih belum siap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Unit Perancang Ekonomi (EPU) di sini.
DOJ baru-baru ini memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan.
Sementara itu, Abdul Rahman yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas EPU berkata, perdana menteri telah berulang kali menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan dana rakyat tidak terlibat.
"Apa yang berlaku sekarang ia satu tuduhan. Beberapa individu didakwa mengambil atau mencuri duit 1MDB. Itu satu tuduhan DOJ," katanya sambil mendakwa bahawa DOJ menggunakan peluang tersebut untuk menghentam negara, kerajaan dan Perdana Menteri.
Mengenai ada pihak mengaitkan Najib dalam pertuduhan DOJ, Abdul Rahman berkata sekiranya DOJ mempunyai bukti untuk mengheret perdana menteri, nama beliau akan dinamakan dalam dokumen DOJ itu.
"Cuba tunjukkan di mana nama (Datuk Seri) Najib (dinyatakan) ... sedangkan beberapa nama lain dinyatakan dalam dokumen itu," katanya. #sumber
Share:

"Laju", Punca Kemalangan Di Genting Highlands !


KAJANG: 'Laju' mungkin menjadi punca kemalangan bas di Genting Highlands pada Rabu yang menyebabkan pemandunya maut dan 15 yang lain cedera, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Kami telah menetapkan had kelajuan 30km/jam tetapi kadang-kadang kerana jalan yang begitu luas, pemandu fikir selamat untuk mereka mempercepatkan perjalanan.

"Ini adalah salah satu keadaan yang mungkin telah menyebabkan kemalangan, terutamanya di kawasan lereng bukit. Oleh itu, kita akan mengkajinya dengan serius," katanya.

Tiong Lai berkata demikian ketika mengulangi seruannya terhadap syarikat-syarikat bas ekspres untuk mula memasang alat pengehad kelajuan dalam bas mereka, sambil menambah syarikat mempunyai masa setahun untuk mematuhinya atau berdepan penggantungan.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan telah memberikan 'tempoh penangguhan selama setahun' kepada pengusaha bas ekspres untuk mula memasang pengehad kelajuan dalam semua bas, tetapi pihak berkuasa mahu alat tersebut dipasang secepat mungkin.

"Jika mereka tidak melakukannya, kita boleh mengambil tindakan serius. Kita boleh menggantung lesen mereka. Mereka mempertaruhkan nyawa orang ramai," katanya.

Sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang disahkan terbalik di KM17.2 semasa turun dari Genting Highlands, kira-kira pukul 7 malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata kejadian itu menyebabkan 15 penumpang cedera, manakala pemandu bas yang tersepit di dalam bas berkenaan maut.

Pemandu bas dikenal pasti sebagai Tan Ching Kok, 50.

Pada 2013, di jalan yang sama, berlaku kemalangan paling dahsyat di Malaysia yang menyebabkan 37 orang telah terbunuh. #sumber
Share:

MH370 Mejunam Ke Laut Kelajuan Cecah 400km/j


PERTH: Penyiasat kemalangan dari Australia telah mendedahkan kepada AirlineRatings.com (http://www.airlineratings.com/news.php?s and id=739) bahawa data menunjukkan MH370 mungkin telah menurun pada tahap sehingga 20,000 kaki (6700 meter) seminit dalam detik-detik sebelum ia jatuh ke dalam laut bersama-sama 239 orang penumpang dan anak kapal. 



Dalam temu bual beliau yang pertama selepas mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya bagi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood memberitahu AirlineRatings.com di Perth, Australia Barat, bahawa komunikasi satelit automatik dengan Boeing 777 pada minit-minit terakhirnya menunjukkan bahawa kadar penurunan pesawat itu meningkat secara mendadak daripada kira-kira 5,400 kaki (1200 meter) seminit sehingga 20,000 kaki (6700 meter) seminit.

Peningkatan besar itu menunjukkan bahawa tidak ada sesiapa sedang mengendalikan pesawat itu, kata beliau.

Wawancara eksklusif dengan AirlineRatings.com itu diadakan selepas beberapa media memetik satu laporan FBI yang dibuat dua tahun lalu mengenai satu program simulator penerbangan yang dimiliki oleh juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah di komputer di rumahnya yang mendakwa beliau telah meluncurkan pesawat Boeing 777 itu dalam satu pendaratan ke dalam air yang terkawal dan bahawa ATSB sedang membuat pencarian di tempat yang salah.

Encik Hood juga memberitahu AirlineRatings.com bahawa laporan FBI itu bukan sesuatu yang baharu.

"Kami telah mengetahui mengenai laporan FBI itu selama dua tahun dan ia telah dilaporkan secara meluas di dalam media pada masa itu. Ia bukan satu perkara baharu.

"Akan tetapi Encik Hood menegaskan kepada AirlineRatings.com bahawa laporan FBI itu hanya berkemungkinan menunjukkan terdapat perancangan dan mungkin niat, tetapi ia tidak memberitahu kita di mana pesawat itu berada.

"MH370 hilang dalam keadaan penuh misteri pada 8 Mac 2014, selepas perhubungan dari pesawat itu terputus semasa apa yang sepatutnya merupakan satu penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Walau bagaimanapun Encik Hood masih yakin untuk menemui MH370 pada bulan-bulan akan datang," katanya.

Ketua Pengarang AirlineRatings.com Encik Geoffrey Thomas berkata pendedahan baharu oleh ATSB ini "menjelaskan lebih banyak maklumat mengenai saat-saat akhir tragedi MH370 itu."

"Adalah amat penting bahawa ATSB, bagi pihak pasukan pencarian pelbagai negara itu, melenyapkan spekulasi yang merosakkan tentang apa yang mungkin atau tidak mungkin berlaku pada MH370," kata Encik Thomas.

Wawancara lengkap AirlineRatings.com bersama Encik Hood boleh diperolehi di sini: http://www.airlineratings.com/news.php?s and id=739

Maklumat mengenai AirlineRatings.com;


AirlineRatings.com ditubuhkan pada tahun 2013 dan merupakan satu-satunya laman web penarafan keselamatan dan produk di dunia.

Laman web itu mentakrifkan tahap keselamatan bagi 450 daripada syarikat penerbangan yang terbesar di dunia.
Share:

Monspace Ada Kaitan Bakal Orang Terkaya Dunia


PETALING JAYA: Lebih banyak petunjuk muncul mengaitkan Monspace Sky Airline dengan Zhang Jian dari China yang mendakwa dirinya sebagai 'bakal orang terkaya di dunia'.

Satu risalah yang berlegar di aplikasi WeChat telah mempromosikan perjalanan syarikat penerbangan itu ke Langkawi dengan jelas menunjukkan Zhang sedang tersenyum sambil menunjukkan isyarat 'bagus' dengan dua ibu jarinya.

Sebuah pesawat dengan logo Monspace Sky Airline dan gambar bayang-bayang Zhang di tengah iklan juga telah dibuat dengan tujuan menarik pelancong dari China.

Syarikat induk kepada syarikat penerbangan itu, Monspace Group yang dikenali di kalangan orang-orang Cina sebagai Yun Xun Tong, dikatakan telah mengiklankannya dalam sebuah laman web China, Zhong Zhi Wang.

Pelabur yang memasukkan 7,000 yuan (RM4,283) untuk membeli mata saham syarikat itu secara automatik akan menjadi 'ahli keluarga Yun Shu' dan menikmati enam hari perjalanan ke Langkawi yang telah dibayar.

Dalam iklan tersebut, Langkawi telah dirujuk sebagai pulau Yun Xun Tong, membayangkan bahawa pulau itu adalah milik syarikat terbabit.

Dalam sebuah lagi video lain yang dimuat naik di laman web video Cina Youku.com, pengasas Monspace Group Datuk Seri Jessy Lai mendakwa Yun Xun Tong telah memperoleh sebuah pulau yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari Langkawi.

Ia telah ditukar kepada nama Monspace Sands Island.

Video 38 minit itu menunjukkan Lai mempromosikan pembangunan di pulau ini, termasuklah sebuah hotel empat bintang.

Bercakap dalam bahasa Mandarin, beliau menggesa penonton untuk menyertai 'ahli keluarga Yun Shu' dan mendakwa mereka bakal mendapat manfaat termasuk bayaran bonus tiga tahun serta perjalanan enam hari ke Langkawi.

Penerbangan akan diuruskan untuk 'ahli keluarga' dari pelbagai bandar di China, termasuk Chongqing, Hangzhou, Chengdu dan Xi'an ke Langkawi, katanya.

Video ini telah ditonton lebih 21,000 kali.

Laman web Monspace Group menyatakan bahawa ia telah terlibat dalam enam perniagaan teras termasuk hartanah, telekomunikasi, e-dagang, hiburan, kewangan serta makanan dan minuman.

Bagaimanapun laman web Monspace Sky Airline, www.monskyways.com telah ditutup.

Laman web itu memaparkan pengiraan masa dan mesej bahawa ia sedang berada di bawah penyelenggaraan. #sumber
Share:

Zaid Bayang Muhyiddin Bakal Pimpin Parti Baru !


PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim membayangkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kembali ke arena politik sebagai Presiden parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya gembira apabila mendapat tahu daripada sumber dalaman bahawa beliau telah memutuskan untuk meneruskan perjuangannya dalam politik dengan menjadi Presiden parti baharu.

"Saya faham ia akan menjadi sebuah parti Melayu atau parti Bumiputra yang semuanya hampir sama dengan Umno. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kerana ia akan meluaskan pakatan pembangkang," kata bekas menteri ini dalam catatan di blognya, Khamis.

Muhyinddin sebelum ini dijangka akan menerajui parti baharu Dr Mahathir, manakala bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkhidmat sebagai timbalannya.

Shafie, bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau menolak tawaran Muhyiddin untuk menjadi timbalan presiden dalam parti baharu Dr Mahathir.

Zaid seterusnya berkata bahawa sebuah parti politik boleh berasaskan kepada satu kumpulan etnik sahaja selagi ia tidak bersifat perkauman, berfikiran sempit dan melampau dalam tindakannya.

"Apa yang kita perlukan adalah sebuah parti berasaskan Melayu yang inklusif dan progresif dan mempunyai semua ciri sebuah parti untuk masa depan.

"Ia mesti positif dalam unjurannya dan menjauhi kebencian dan ketaksuban. Ia mesti menjadi parti yang mengambil berat tentang rakyat dan yang bekerja untuk menyatupadukan rakyat bukan memecah belahkan rakyat," katanya.

Bagaimanapun, Zaid berkata kebimbangan utama beliau mengenai parti itu adalah kesediaan parti pembangkang lain dan pemimpin masing-masing untuk menerima Muhyiddin sebagai pemimpin dan bakal Perdana Menteri.

"Apa yang kita perlukan sekarang adalah pemimpin dan perdana menteri masa depan yang boleh mengambil alih pentadbiran negara ini," katanya.

Beliau berkata pada masa ini parti-parti pembangkang tidak mempunyai seorang pemimpin yang dapat menyatukan mereka.

"Sebenarnya mereka semua fikir mereka cukup kuat untuk menyatukan pembangkang dan mengekang kurangnya kepercayaan bersama yang telah mencemari kerjasama mereka, tetapi sebenarnya tidak," katanya, sambil menambah semua parti pembangkang perlu menyokong cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut.

Mengenai tugas Muhyiddin sebagai pemimpin, Zaid berkata bekas Timbalan Presiden UMNO itu perlu berbincang dengan semua pihak termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum memberi pandangan beliau sendiri.

"Jika Muhyiddin kata pihak pembangkang harus melibatkan PAS, maka semua orang harus mengikutnya. Begitu juga, jika beliau kata PAS tidak boleh dipercayai dan bersekongkol dengan UMNO, maka kita mesti menerima kedudukan itu dan mempersiapkan diri untuk pertandingan tiga penjuru," katanya. #sumber
Share:

Bas Persiaran Dari Cameron Highlands Terbabas !


IPOH: Sebuah bas persiaran yang membawa 27 pelancong asing dan seorang rakyat tempatan terbabas dan terbalik di di KM 19, Jalan Keramat Pulai di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kumpulan itu dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands semasa insiden berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi Selasa.
"Siasatan awal menunjukkan pemandu bas berusia 58 tahun itu hilang kawalan semasa melalui satu selekoh menyebabkan bas terbalik.
"Bas itu melalui laluan bertentangan sebelum terbabas di longkang tepi jalan," katanya.
Pelancong yang menaiki bas itu dari Perancis, New Zealand, Hong Kong, Australia, Amerika Syarikat, Belanda, Romania, Kanada, Mexico, Jerman dan United Kingdom. 
Kebanyakan mereka mengalami cedera ringan.
Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. #sumber
Share:

KPN: Polis Larang Sertai Demonstrasi Bersih 5.0 !

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan membenarkan sebarang penganjuran perhimpunan jalanan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur susulan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan perkara itu dan berkata negara ini mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi.
“Jika mereka (Bersih 5.0) merancang untuk pergi ke jalanan desak perdana menteri letak jawatan, itu tidak betul.
“Kita tidak benarkan kerana ada cara lain untuk meminta perdana menteri berundur mengikut undang-undang,” katanya pada sidang media di Pulapol hari ini.
Khalid bagaimanapun berkata, mana-mana pihak termasuk Bersih 5.0 berhak untuk mengadakan perhimpunan kerana undang-undang membenarkan mereka berbuat demikian asalkan tidak bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman.
“Akta Perhimpunan Aman membenarkan perhimpunan diadakan tetapi hendaklah mengikut undang-undang itu. Jika perhimpunan dibuat tidak mengikut peruntukan kita tidak akan benarkan,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi badan reformasi pilihan raya Bersih Maria Chin Abdullah mengesahkan satu perhimpunan sedang dirancang susulan perkembangan terbaru dengan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat serta tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) AS yang mahu merampas aset dibeli dengan dana didakwa dipesongkan daripada 1MDB.
Katanya, sekarang masa yang tepat untuk satu lagi perhimpunan diadakan, tetapi ia masih di peringkat perbincangan. #sumber
Share:

Monspace Sky Airlines Sedang Di Siasat Mavcom


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang menyiasat Suasa Airlines Sdn Bhd kerana beroperasi tanpa permit perkhidmatan udara yang sah (ASP).

Mavcom dalam satu kenyataan pada Isnin, pada masa yang sama, turut membuat laporan polis ke atas Monspace Sky Airlines selepas ia mengelirukan orang ramai dengan memasarkan dirinya sebagai sebuah syarikat penerbangan walaupun tidak memiliki lesen perkhidmatan udara (ASL) atau ASP.

Mavcom berkata, dalam kes Suasa Airlines, syarikat itu telah memohon untuk  mengendalikan penerbangan komersil dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada 22 Julai, tetapi tidak diluluskan.

"Ia bagaimanapun terus beroperasi sebagai 'penerbangan demonstrasi' dan perkara ini sedang disiasat Mavcom," katanya.

Katanya, tanpa ASP yang sah, Suasa Airlines tidak boleh mengendalikan  perkhidmatan udara komersial.

"Mavcom juga menasihatkan para pengguna supaya tidak membuat sebarang urusan penerbangan dengan Suasa Airlines dan Monspace Sky Airlines untuk memastikan  mereka tidak berhadapan dengan masalah semasa membuat perjalanan," katanya.

Ditubuhkan pada 1 Mac 2016, Mavcom merupakan sebuah badan bebas yang mengawal selia hal-hal ekonomi dan komersil yang berkaitan dengan penerbangan awam. #sumber
Share:

Monspace Sky Airlines Tak Patut Dibenar Terbang


BENTONG: Monspace Sky Airlines tidak sepatutnya dibenarkan terbang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.



"Ini adalah kesalahan yang sangat serius. Bagaimana anda boleh terbang tanpa lesen?," kata Tiong Lai kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya di kawasan Parlimennya di sini Isnin.




Monspace Sky Airlines, yang didakwa beroperasi di bawah Suasa Airlines Sdn Bhd telah melancarkan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Subang ke Langkawi pada Ahad.




Bagi mempromosikan jenamanya, beberapa personaliti terkenal telah dijemput untuk menaiki penerbangan sulungnya itu.

Menurut Tiong Lai, Suasa Airlines telah beroperasi tanpa mendapat permit perkhidmatan udara yang sah (ASP) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).




Beliau berkata walaupun Suasa Airlines telah menerima 'kelulusan teknikal' daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dalam bentuk Sijil Operator Udara (AOC), ia tidak memberikan kuasa kepada syarikat itu untuk memulakan penerbangan.




"Melihat situasi ini, ia membuatkan saya sangat risau dengan cara Suasa Airlines menggunakan penerbangan Monspace untuk terbang," kata Tiong Lai, sambil menambah apa yang berlaku ini membuatkan AOC yang diberikan berisiko dibatalkan oleh DCA.

Tiong Lai berkata beliau telah mengarahkan Mavcom untuk menyiasat perkara itu dan membuat laporan polis, sambil menambah DCA akan meminta Suasa Airlines memberikan penjelasan.

Dalam tindakan segera, DCA berkata ia akan mengeluarkan suatu perintah untuk Suasa Airlines menjelaskan mengapa ia telah menggunakan nama 'Monspace Suasa Airlines' untuk pesawatnya dan laman web www.monskyways.com . #sumber
Share:

Pelajar Kolej Maut, 'Kereta Terbakar' Di Plaza Tol !

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta rentung apabila kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Plaza Tol Loke Yew menghala ke Pandan Jaya di sini, hari ini.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Shafie Daud berkata kejadian berlaku kira-kira 7 pagi selepas pelajar itu Rhaveen a/l Sugumaran, 19, yang sebelum itu menumpangkan ibunya ke Jalan Pantai Baharu, meneruskan perjalanan menuju ke kolejnya di Kuchai Lama.

Katanya pelajar itu yang memandu kereta jenis Nissan Sentra dipercayai berada di laluan kanan plaza tol berkenaan sebelum cuba memotong sebuah kereta untuk ke laluan kiri. #sumber
Share:

Merungkai Misteri Siapa "Malaysian Official One" !

KUALA LUMPUR: Ada tiga perkara yang mencirikan “Malaysian Official one” atau “Pegawai Malaysia Satu”, nama samaran salah seorang yang didakwa terlibat dalam korupsi dalam dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru-baru ini.
Tiga ciri itu ialah beliau seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia, memegang kedudukan berautoriti dalam 1MDB dan mempunyai pertalian dengan Riza Aziz, anak tiri perdana menteri yang merupakan orang di sebalik filem “The Wolf of Wall Street”.
Perkara itu dinyatakan pada perenggan 28 dan 29 dalam dokumen kira-kira 130 halaman yang disediakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang menyenaraikan salah laku pelbagai pihak yang dituduh menggunakan wang berkait 1MDB.
Hanya satu nama yang padan dengan ketiga-tiga ciri ini, sekurang-kurangnya dalam prasangka rakyat Malaysia.
Misteri ini antara hal yang paling banyak diperkatakan di media sosial hari ini, berikutan langkah DoJ mahu menyita aset 1MDB.
“Rakyat Malaysia tahu siapakah Malaysian Official one tersebut,” dakwa Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Wong Kah Woh.
Malah, Kah Woh menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan dan meletak jawatan atas apa yang disifatkannya sebagai ‘pengkhianatan mega’ terhadap rakyat Malaysia.
“Busuk ikan dari kepalanya, busuknya kini dapat dibau seluruh dunia,” dakwanya lagi.
Di sebalik nama seperti Riza dan ahli perniagaaan Low Taek Jhow (Jho Low), DoJ atas pertimbangan tertentu tidak mendedahkan identiti sebenar individu yang menurutnya menjadi penerima akhir kepada sejumlah wang yang dilesap.
BBC melaporkan Peguam Negara AS Loretta Lynch enggan menjelaskan mengapa nama “Malaysian Official One” tidak dinyatakan secara terus.
Laporan itu mengandaikan ia mungkin kerana Malaysia rakan utama AS dalam memerangi keganasan.
Ketua Pegawai Eksekutif badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan juga membayangkan perkara yang sama.
“Jika kita baca laporan penuh, jelas (Malaysian Official One) merujuk kepada siapa. Masih ada perkiraan yang mungkin bersifat politik dan diplomasi yang diambil kira,” katanya.
1MDB diasaskan Najib sendiri pada tahun 2009 – selepas diangkat mengetuai pentadbiran negara – dengan matlamat membangunkan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.