script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu NFC: Tipu RM1,755 Juta Cepat Mahu Di Dakwa, Tapi Bila Tipu RM250 Juta Diam Membisu Sahaja !

KUALA LUMPUR 31 Jan - Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menetapkan dua hari bermula 4 April, untuk perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, yang dituduh menipu pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta. Hakim Rozilah Salleh menetapkan tarikh itu apabila kes tersebut disebut di hadapan beliau. Ketua Unit pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 15 saksi. Shamsulbahrin, 46, dituduh menipu Mohamad Salleh dengan sengaja menjanjikan khidmat perundingan dengan niat tidak ikhlas untuk memujuk mangsa (Mohamad Salleh) bagi bersetuju membayar khidmat berkenaan. Tertuduh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Resources Sdn Bhd dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada pukul 6 petang, 20 November tahun lepas. Dia juga dituduh menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakan beliau bagi menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris, Mont Kiara di sini antara 25 November dan 6 Disember tahun lepas. Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dirotan serta boleh juga kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Shamsulbahrin diwakili oleh Zarina Ismail.

[Memang sungguh memusykilkan bila kita melihat isu NFC ini. Bayangkan, isu lain yang dihebohkan tiba-tiba isu lain pula yang mahu dibawa ke mahkamah. Mana pegi persoalan pokok RM250 juta peruntukan kerajaan kepada syarikat milik keluarga Sharizat Jalil untuk projek lembu itu?. Mana pergi isu beli kondominium dan buka restoran mewah yang diperkatakan itu. Kenapa keluarga Shahrizat tidak didakwa sedangkan isu dibongkar menerusi Laporan Ketua Audit Negara dan bukannya oleh pembangkang ketika itu. Tiba-tiba isu wang RM1.755 juta pula yang cuba dihebohkan. Persoalannya, kenapa suami Shahrizat begitu bodoh boleh ditipu atau beliau memang layak untuk ditipu kerana dia telah awal-awal agi menipu rakyat Malaysia. Maka itu, kita wajar melihat isu ini dari kontek sebenar dan bukannya isu RM1.755 juta ini. Rakyat harus bijak menilai dan tidak wajar berdiam diri dengan isu ini. Jangan biarkan mereka sewenannya merompak wang rakyat sesuka hati lagi. Nyahkan mereka pada PRU-13 ini].

Share:

Panas: 'Tanah Rizab Kubur' Jadi Pusat Komersial, Ramai Keliru Logo MPK Pada Papan Tanda Projek

KUANTAN, 31 Jan - Orang ramai yang melalui Jalan Hj.Ahmad ke Semambu, musykil dengan kewujudan pembinaan sebuah pusat perniagaan komersial dalam kawasan "berpagar" dekat Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali dekat sini. Pembinaan kedai pejabat tiga tingkat berkualiti di atas tapak "rizab kubur" itu dilihat amatlah tidak wajar sama sekali. Ini kerana, bersebelahan dengan kawasan perkuburan Islam itu terdapat juga perkuburan Cina dan India di dalam kawasan terbabit. Maka itulah kawasan berkenaan dipagar dengan "ikatan bata berwarna merah". Namun, apa yang memusykilkan, kenapa ada projek pembangunan dalam kawasan terbabit?. Tinjaun krew kami ke lokasi berkenaan baru-baru ini ternyata membuktikan pembinaan bangunan terbabit diragui dan jelas melanggar syarat-syarat penggunanan tanah di kawasan berkenaan. Soalnya, kenapa ada pihak yang boleh membina bangunan komersial dalam kawasan yang dirizabkan untuk tanah perkuburan?. Kami cuba mendapatkan info lanjut daripada beberapa orang penduduk setempat, namun mereka sendiri juga "bingung" melihat apa yang berlaku. Masing-masing tidak dapat memberikan kenyataan kerana kecewa dengan situasi itu. Difahamkan, projek berkenaan adalah "Cadangan Pembangunan Kedai Pejabat Yang Mengandungi Enam Unit Kedai Pejabat Di Tingkat Atas Sebahagian Daripada Lot 338 Sek.33 (PT 85836-8584) Mukim Kuala Kuantan Untuk Tetuan Yuan Lee Development Sdn Bhd". Apa yang mengejutkan ialah terteranya logo Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada papan tanda projek berkenaan. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana projek swasta sebelum ini. Soalnya sekarang, apakah status asal tanah berkenaan?. Kerana ia terletak dalam pagar kawasan rizab kubur, malah pagar berkenaan masih tersergam indah sehingga sekarang. Harap, pihak MPK dapat menyiasat dan memastikan apakah kelulusan projek berkenaan mengikut peraturan atau ada unsur-unsur menyeleweng. Ini kerana, terdapat laporan bahawa tanah terbabit diambil secara "simbolik" oleh pihak yang berkenaan dan logo MPK digunakan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Jika benar dakwaan itu, maka siapakah "orang dalam" yang terlibat dan mereka wajar dikenakan tindakan kerana telah ubah status tanah rizab kubur kepada komersial dengan sewenangnya.


Mengelirukan, logo MPK kelihatan tertera pada papan tanda projek swasta

Inilah kawasan Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali yang diperkatakan

Bukti, cuba lihat pagar bata merah yang terus bersambung ke tapak projek

Kelihatan kerja-kerja pembinaan kini sedang dilakukan oleh pemaju terbabit

[Difahamkan tanah tersebut sememangnya hak milik pemaju berkenaan, cuma ia mahu diambil oleh kerajaan sebagai Tanah Rizab Kubur. Anehnya, pagar bata merah telah terbina di kawasan itu sejak awal lagi. Malahan pagar terus bersambung ke kawasan perkuburan Cina (jirat) di sebelah belakang kawasan terbabit. Menurut sumber, pemilik mahu kerajaan menggantikan tanah terbabit dengan kawasan yang lain. Namun, urusan itu tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Maka itulah pembinaan tersebut terus dijalankan atas tanah berkenaan. Masalahnya, ia mengelirukan orang ramai yang lalu lalang di situ. Bahkan, ramai yang mahu kerajaan bertindak segera menghalang projek pembinaan ini. Kenapa perlu korbankan tanah di kawasan kubur untuk pembinaan projek komersial seperti ini. Malah, apa motif ada logo Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada papan tanda terbabit. Bukankah ini projek swasta dan bukannya projek MPK. Nampak sunguh mengelirukan kerana logo terbabit tertera dengan jelas sebenarnya. Harap, pihak berkuasa pantau dan membongkarkan isu ini].
Share:

Tarik Jawatan 'Profesor', Dr.Aziz Bari Tidak Kisah Tetapi 'Sedih Melihat Gelagat UIAM' Sebenarnya !

KUALA LUMPUR, 31 Jan - Pakar perlembagaan dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari (foto) hari ini berkata beliau sedih dengan gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" dengan mengeluarkan kenyataan memalukannya, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor. Beliau menegaskan, dia tidak kisah gelaran sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya. "UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya. "Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya. Beliau dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA. "Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang. "Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya. Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu. Beliau juga berkata tidak kisah atas tindakan itu kerana kegiatan akademik awamnya bermula sejak saya belum bergelar profesor lagi. "Dengan itu apa yang mereka lakukan tidak akan memberi kesan kepada saya," katanya. Menurut Dr Aziz juga berkata, gelaran profesor itu pun dipohonnya sebelum ini atas permintaan UIA sendiri melalui surat rasmi daripada rektor sepuluh tahun lalu. "Tidak seperti orang lain saya tidak memohon, Saya diminta oleh pihak UIA, hujung 2002, untuk memohon jawatan profesor. "Mungkin kerana ketika itu tulisan dan autoriti saya mengatasi rakan-rakan lain dalam fakulti dan mereka mahu saya 'masuk' dulu," tambah beliau lagi.

[Tindakan UIAM menarik gelaran "profesor" Dr.Aziz Bari ini sebenarnya satu isu yang cukup memalukan dan amat kebudak-budakan sebenarnya. Ternyata nampak benar, UIAM kini sudah menjadi alat kepada politik pemerintah. Mereka sanggup lakukan apa saja demi menjaga nama baik, sedangkan mereka lupa rakyat melihat apa yang dilakukan. Apapun, syabas dan tahniah kepada Dr.Aziz Bari kerana berani untuk mempertahankan kebenaran. Sudah menjadi dasar, apabila ada mana-mana tokoh akademik dan individu yang didapati mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan kerajaan maka akhirnya mereka akan dicop sebagai pengkhianat. Sedangkan, mereka yang menjadi mangsa itulah sebenarnya yang benar-benar jujur dalam perjuangan. Kini, Dr.Aziz Bari lebih bebas untuk mengeluarkan pendapat dan pandangan beliau terhadap isu politik tanahair selepas dirinya meninggalkan UIAM. Semoga masa depan beliau akan lebih cerah hendaknya selepas ini bila bersama rakyat].
Share:

Panas: Biar Pun 'Ada Bantahan', Kerajaan Negeri Tetap Akan 'Teruskan Korporatkan' JBA Pahang !

KUANTAN, 31 Jan - Pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) akan tetap dilakukan mengikut jadual kerana ia membawa banyak manfaat kepada warga kerja jabatan itu. Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) menjelaskan, pengkorporatan JBAP kepada Perbadanan Air Pahang (PAIP) telah dikaji secara teliti dan bukan diswastakan seperti diwar-warkan oleh sesetengah pihak. Beliau berkata, kalangan pegawai dan kakitangan terbabit salah faham tentang perkara itu kerana menganggap jabatan berkenaan telah diswastakan. “Justeru, saya bersama dengan JBAP akan mengadakan penerangan dalam tempoh terdekat tentang relevannya pengkorporatan jabatan itu. “Ia tidak membawa kerugian kepada mereka malah perkhidmatan yang ditawarkan lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Beg dan Pakaian Sekolah oleh Yayasan Pahang di sini semalam. Adnan berkata demikian sebagai mengulas gesaan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman yag mahukan kerajaan negeri menangguhkan pengkorporatan jabatan tersebut. Menurut Omar, warga kerja jabatan terbabit tidak memperoleh maklumat berkaitan terma dan syarat pengkorporatan tersebut sama ada ia menambah baik perkhidmatan mereka atau sebaliknya. Adnan memberitahu, kerajaan tidak akan membuat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat kerana ia memberi kesan tertentu kepada mereka. Katanya, langkah itu adalah melepaskan hutang yang ditanggung kerajaan supaya perkhidmatan PAIP akan bertambah baik pada masa akan datang. “Kita juga memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada Paip bagi tempoh lima tahun untuk memperbaiki perkhidmatan mereka,” jelasnya. Justeru, beliau meminta pegawai dan kakitangan terbabit tidak termakan hasutan pihak tertentu khususnya pembangkang yang sering mencari kelemahan sehingga menangguhkan pelaksanaan sesuatu dasar demi kebaikan mereka.

[Tindakan Kerajaan Negeri Pahang untuk meneruskan juga pengkorpratan JBA ini jelas sekali sesuatu yang amat mengecewakan rakyat sebenarnya. Tambahan pula dikala isu air dan berbagai masalah yang masih membebankan rakyat yang masih belum diselesaikan lagi. Adalah lebih baik duit RM50 juta yang diperuntukkan untuk tujuan tersebut digunakan bagi membaik pulih masalah air yang masih menghantui sebahagian besar rakyat Pahang ini. Makanya, tidak perlu pengswastaan, sedangkan masalah pokok masih belum selesai. Tiba-tiba mahu dibebankan rakyat dengan isu ini. Bukti jelas menunjukkan bila mana kerajaan mengswastakan kemudahan awam maka harganya akan melambung-lambung naik. Tidak perlulah berjanji itu ini dan sebagainya, sedangkan rakyat lebih tahu hakikat yang akan terjadi nanti. Usahlah cuba mengaburi mata rakyat lagi].

Share:

Gara-Gara Tidak Selari Dengan Aspirasi Kerajaan, UIAM "Tarik Gelaran Profesor" Dari Dr.Aziz Bari !

KUALA LUMPUR, 31 Jan - Apa sudah jadi dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) agaknya?. Nampak benar UIAM kini sudah menjadi alat "UMNO Barisan Nasional" dalam menentukan sebarang tindakan kepada mana-mana pihak terutamanya kakitangan mereka yang dilihat tidak selari dengan aspirasi kerajaan. Lantaran itulah kita dapat melihat mereka ini akhirnya terpaksa akur dengan arahan pihak penguasa yang cuba untuk menggunakan pengaruh mereka. Selepas beberapa tindakan dilakukan terhadap universiti terbabit, Dr.Abdul Aziz Bari (foto) pula ditarik gelaran "profesor" oleh UIAM. Beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu, lapor Utusan Malaysia. Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu. ''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik. ''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," kata beliau. Abdul Rahim berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang beri pengikhtirafan kepada Dr.Aziz Bari sebagai pakar undang-undang serta perlembagaan.

[Apa yang menarik dalam isu ini ialah betapa rendahnya standard Utusan Malaysia bilamana terpaksa menjawab soalan bodoh yang dikemukakan oleh entah sesiapa tentang hal Dr.Aziz Bari itu pakar undang-undang dan perlembagaan. Sebenarnya yang menulis soalan itu adalah wartawan akhbar terbabit sendiri, bagi menimbulkan isu. Maka itu, sepatutnya mereka ini perlu faham bahawa Dr.Aziz Bari diiktiraf oleh rakyat sebagai pakar kerana dia sudah lebih 22 tahun mengajar bab itu di UIAM. Malah, sudah ribuan pengamal undang-undang yang dilahirkan oleh beliau selama ini. Kerajaan juga banyak merujuk hak undang-undang dan perlembagaan darinya. Cuma, apa yang menjadi masalah ialah bila dia mengeluarkan pendapat dan kenyataan yang tidak selari dengan aspirasi kerajaan akhirnya dia akan dituduh dengan bermacam-macam tuduhan. Inilah yang berlaku, namun majoriti rakyat tetap menganggap beliau adalah pakar].
Share:

Kerajaan Negeri Bakal Berhadapan Dengan Protes Rakyat Jika Tidak Tangguh Korporat JBA Pahang !

KUANTAN, 30 Jan - Nampaknya, Kerajaan Negeri Pahang bakal menerima musibah dan tamparan hebat menjelang Pilihanraya Uumum Ke-13 akan datang. Ia berikutan terdapat laporan protes besar-besaran akan dilakukan oleh ribuan rakyat termasuk dikalangan para pegawai dan kakitangan Jabatan Belakan Air (JBA) Pahang dalam tempoh terdekat ini. Agensi itu adalah merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang. Bantahan itu timbul akibat ketidakpuasan hati pihak terbabit tidak berpuas hari dengan permintaan mereka agar JBA Pahang menangguhkan pengkopratan dan pengswastaan agensi terbabit. Tempoh empat belas hari (14) hari diberikan oleh pihak terbabit andainya bantahan mereka tidak dipedulikan. Menurut satu kenyataan pihak berkenaan sepatunya pihak Kerajaan Negeri Pahang terlebih dahulu menyelesaikan isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) sebelum meneruskan agenda Pengkorporatan JBA Pahang. Perkara ini dibuat secara tergesa-gesa sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak khususnya kakitangan JBA sendiri. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tiada pilihan lain kecuali bertindak mengadakan bantahan besar-besaran membabitkan semua kakitangan JBA Pahang. Sekiranya Pengkorporatan ini diteruskan kerajaan walaupun ianya mendapat bantahan rakyat. Malah, turut dipersoalkan ialah semua pekerja terbabit dikatakan belum mendapat maklumat secara menyeluruh berkaitan terma dan syarat menambah baik perkhidmatan atau sebaliknya.


Laporan dari Sinar Harian tentang pertemuan kakitangan terbabit tentang
isu ini
dengan Presiden Cuepacs, Dato' Hj. Omar Osman di Temerloh
[Akibat tindakan tergesa-gesa kerajaan itu, ramai pekerja JBA Pahang terutamanya "pekerja kontrak" akan kehilangan mata pencarian. Ini kerana, sekiranya ia berlaku maka JBA Pahang terbabit dijangka akanmengecilkan kakitangannya dan ini menimbulkan kesulitan kepada sebahagian besar dari kalangan mereka yang mempunyai pinjaman bank dan koperasi yang berkaitan. Jika kontrak mereka ditamatkan secara tergesa, bermakna mereka terpaksa menanggung hutang yang pasti akan membebankan uintuk tempoh yang lama. JBA Pahang perlu selesaikan dulu masalah air yang berlaku diseluruh negeri ini sebelum beriya-iya mahu dikorporatkan. Apa guna pengkopratan, sekiranya masalah air sedia ada masih gagal ditangani dan diselesaikan. Malah, tindakan ini jelas sekali ada usaha Kerajaan Negeri Pahang untuk mengambilk duit rakyat secara mudah sebenarnya. Justeru, rakyat Pahang digesa bangkit membantah demi masa depan mereka. Sudahlah kita ditipu dengan "Subsidi Kerajaan Negeri" pada bil yang dilihat amat mengelirukan apabila jumllah yang terpaksa dibayar lebih tinggi daripada penggunaan asal selama ini. Malah, JBA Pahang juga mengenakan caj "kepala meter" kepada pengguna yang dilihat satu strategi mudah untuk mereka mendapat duit. Dikala, rakyat Selangor mendapat kebajikan 20 meter padu air percuma, tiba-tiba kita mahu dibebankan dengan kenaikan harga air jika JBA Pahang dikorporatkan. Oleh itu, marilah sama-sama kita bangkit berjuang untuk halang semua ini daripada berlaku].
Share:

DAP Bidas Ismail Sabri Tipu Rakyat, Isu Kenaikan Harga Gula Hanya Untuk Pancing Undi PRU Ke-13

KUALA LUMPUR, 30 Jan - Parti Demoratik Rakyat (DAP) hari ini membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu. "Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob. "Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (foto) dalam satu kenyataan. Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30. Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung". Pua juga berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung.

[Ismail Sabri memangnya pemimpin UMNO dan Menteri BN yang telah banyak kali menipu rakyat dalam isu kenaikkan harga barang. Sejak beliau menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan sudah beberapa kali "menipu rakyat". Malah pada penghujung tahun 2010 dulu (3 November) beliau dengan beraninya mengatakan "harga minyak RON95 akan kekal tahun ini" klik sini , jaminan itu dibuat selepas RON97 naik naik lima sen seliter sehari sebelum itu. Namun, apa yang berlaku awal tahun 2011 minyak RON95 telah naik tanpa diduga iaitu dua bulan selepas janji manis beliau itu. Sekarang dia mahu menipu rakyat lagi dengan kenyataan yang mahu mempertahankan kerajaan. Sedangkan rakyat sudah tahu taktik kotor beliau selama ini. Oleh itu, rakyat diminta berhati-hati dengan apa jua janji dan tawaran yang dibuat oleh kerajaan sekarang. Segalanya adalah menjurus kepada "pancing undi" untuk Pilihanraya Umum Ke-13 sebenarnya. Maka, fikirkanlah sebaik-baiknya].
Share:

Pilihanraya Umum: BN Dan PAS Mulakan Kempen Perang Siber Negeri Pahang Di Bandar Ikan Patin!

TEMERLOH, 29 Jan - Kempen "Perang Siber" menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 nampaknya bermula, apabila dua program besar melibatkan kerajaan dan pembangkang Pahang telah dan akan diadakan di bandar ini. "Bandar Ikan Patin" dijadikan lokasi untuk kedua-dua pihak memulakan serangan dan mengatur srtategi ke arah itu. Apapun, kami di Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas kepada semua pihak yang mula ada kesedaran terhadap kepentingan media baru (siber) dalam memantapkan perjuangan masing-masing. Walau pun ia tidaklah sehebat yang dijangka, namun pendekatan yang dilakukan menjurus ke arah pengihtirafan kepada media baru itu sendiri. Khabarnya, PAS Pahang telah mengadakan Konvensyen ICT dan Media Baru 2012 Peringkat Negeri Pahang di Darul Amin, Sg.Gau pada 28 Januari lalu. Sementara itu kerajaan Pahang menerusi NGO's "1Agenda" dan "PahangKu" pula akan mengadakan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Dewan Tun Razak dekat sini pada 4 Februari nanti. Program itu merupakan Siri Jelajah MyVoice Negeri Pahang sebagai tanda sokongan NGO terbabit terhadap kerajaan BN dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang.

[Nampaknya, kedua-dua pihak sudah mula nampak kepentingan media baru di Pahang ini sebenarnya. Namun, anehnya sebagai pelopor media baru di Pahang kami tidak pun diundang secara rasmi untuk hadir di kedua-dua program berkenaan setakat ini. Walau pun kami banyak membela pembangkang dalam beberapa isu panas yang dikeluarkan namun tiada jemputan rasmi yang diterima untuk krew-krew PDO sama-sama hadir memantau program itu. Mungkin, kedua-dua pihak melihat kami sebagai "musuh siber" masing-masing agaknya. Lantaran itulah mereka tidak berani untuk mengundang kami sebagai pemerhati program berkenaan. Apapun, bagi kami itu adalah hak masing-masing. Kami berjuang diatas landasan kebenaran yang hakikini, yang baik untuk rakyat di sokong dan yang menyusahkan rakyat akan terus ditentang. Apapun, kami ucapkan tahniah sekali lagi kepada pihak yang berkenaan. Cuma biarlah ia konsisten dan berterusan, jangan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Sedangkan pengisian untuk "perang siber" itu akhirnya dipersia-siakan].
Share:

Panas: Isu Israel, Anwar Jawab Putar Belit Media Arus Perdana Tentang Kenyataan Beliau Tersebut

PETALING JAYA 29 Jan - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) telah mengeluarkan kenyataan media berhubung putar belit fakta dan kenyataan beliau yang di siarkan melalui media arus perdana. Berikut adalah kenyataan penuh menerusi kenyataan media beliau. Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26 Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya pantas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan: "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27 September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut: "..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)." Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh. sumber


[Mutakhir ini, media arus perdana terus dijadikan alat untuk memburuk-burukkan pemimpin pembangkang. Tambahan pula disaat, pilihanraya umum ke-13 yang kian hampir menjelang tiba sekarang ini. Justeru, semua pihak haruslah berhati-hati terutamanya bila mengelkuarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi. Namun anehnya, masih ramai juga penyokong pembangkang yang terpedaya dengan laporan yang dibuat oleh media arus perdana itu. Inilah yang perlu diberi peringatan oleh semua pihak. Mereka yang masih tidak dapat berfikir dengan akal yang waras terhadap laporan "sampah" itu wajar didekati. Jika tidak undi mereka sudah pasti akan berubah pada PRU nanti. Penyokong pembangkang wajar menanamkan ilmu kepada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai mereka agar menerima kenyataan bahawa media arus perdana tidak layak dijhadikan bahan rujukan oleh semua kerana ia adalah saluran fitnah dashyat oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional itu sejak sekian lamanya].
Share:

Tuduhan Kononnya PDO 'Cuba Fitnah' Dan Hasut Rakyat Membenci Raja Tidak Berasas Sebenarnya!

Sungguh mengejutkan apabila ada pihak yang cuba menyerang Pahang Daily Online (PDO) gara-gara menyiarkan maklumat panas berhubung tindakan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk membeli Hotel MS Garden dekat sini. Malah ada diantara mereka yang tergamak mengatakan PDO cuba menfitnah Tengku Mahkota Pahang (pemikirpolitikjerantut). Manakala blogger (wanzamzuriwanhasenan) pula dengan beraninya menuduh PDO telah menyerang raja sendiri dan menghasut rakyat Pahang supaya membenci institusi raja. Tuduhan ini dilemparkan selepas isu ini didedahkan pula oleh media arus perdana beberapa hari selepas PDO membongkarkannya. Itu pun, selepas Tengku Mahkota Pahang mengeluarkan titah baginda terhadap isu panas ini. Persoalannya yang timbul, apakah benar PDO cuba menghasut rakyat dengan isu sebegini?. Benarkah PDO cuba untuk mengajak rakyat agar membenci raja?. Nampaknya, para blogger UMNO terbabit tidak faham dengan isu yang dibongkarkan dan menuduh kami tidak profesional dalam memaparkan artikel berkenaan. Bagi kami, tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas sama sekali. Ini kerana, isu yang PDO dedahkan bukanlah semudah itu maklumatnya boleh dipungut ditepi jalan begitu saja. Sebelum ini sudah banyak isu rakyat termasuk penyelewengan yang berlaku di beberapa buah agensi kerajaan seperti JBA, JAIP, UMP, KIPSAS, MPK dan sebagainya telah kami dedahkan. Apakah semua pendedahan itu bertujuan untuk menghasut rakyat supaya membenci agensi terbabit?. Sebelum ini PDO juga pernah mendedahkan beberapa isu agama berkaitan dengan JAIP dan MUIP. Malah, pendedahan kami tentang kes khalwat bekas Setiausaha MUIP sendiri telah berjaya membuka mata pihak-pihak tertentu untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit. Di fahamkan, Tengku Mahkota Pahang sendiri selaku Yang DiPertua MUIP telah mengarahkan pegawai berkenaan dipecat dan difahamkan beliau kini berpindah ke Jerantut. Bukankah, tindakan Tengku Mahkota Pahang itu berasaskan kepada maklumat dan pendedahan yang dibuat oleh PDO. Tambahan pula, ketika itu tidak ada satu pun media arus perdana yang berani mainkan isu berkenaan demi menjaga nama baik kerajaan.


[Makanya, apakah pendedahan PDO tentang isu MUIP beli hotel MS Garden ini dianggap fitnah semata-mata kerana Tengku Mahkota Pahang tiba-tiba keluarkan kenyataan baginda kepada media. Para blogger UMNO perlu ingat bahawa Tengku Mahkota Pahang tidak pernah menyebut PDO menfitnah "raja" atas isu ini dan baginda sendiri sebenarnya akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas atas perkara ini. Oleh itu, usahlah para blogger UMNO melatah dan begitu cepat menuduh PDO cuba menfitnah dan menghasut rakyat supaya membenci raja. PDO sebenarnya mendedahkan ada pegawai dalam MUIP yang telah membelakangkan kepentingan agama sedangkan mereka berada dan dipertanggungjawab untuk urusan terbabit. Malah, PDO juga ucapkan tahniah kepada Tengku Mahkota Pahang yang mengambil berat isu ini. Para blogger UMNO diminta menyiasat dulu kesahihan cerita berkenaan dengan mana-mana sahabat mereka di JAIP dan MUIP sebelum berani menuduh PDO membuat fitnah isu ini. Bagi PDO, kepentingan agama perlulah dipertahankan dan jangan jadi bacul semata-mata mahu jadi pengampu].
Share:

Eksklusif: Video, MB Pahang Setuju Debat Lynas !

Share:

Panas: Kerajaan Di Desak 'Batalkan' Pengambilan Tanah Tapak Madrasah Darul Ulum Di Lanchang !


TEMERLOH, 28 Jan - Kerajaan Negeri Pahang didesak tidak meneruskan hasrat untuk membuat pengambilan semula tanah sebuah madrasah di Kampung Paya Siput, Lanchang dekat sini. Ia berikutan terdapat dakwaan salah sebuah pondok di madrasah terbabit dipercayai merupakan lokasi "titik tengah Semenanjung Malaysia". Difahamkan lokasi terbabit bakal dijadikan tarikan pelancongan berdasarkan kepada perngikhtirafan yang akan diberikan. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dipercayai telah melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah, dan titik tengah dikenal pasti pada kedudukan x bersamaan 469519.6934 dan y (386338.7621) iaitu di lokasi terbabit. Susulan dengan itu urusan pengambilan tanah sedang dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Walau bagaimana pun kini terdapat dakwaan bahawa lokasi terkini seperti sebelum ini kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) ialah di Jerangsang, Benta, Lipis. Maknanya, "titik tengah semenanjung" di kawasan itu kini boleh dipertikaikan dan diragukan. Oleh yang demikian, usaha untuk menyelamatkan tapak madrasah terbabit sedang giat dilakukan. Difahamkan, Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma. Malah, tanah yang didakwa itu adalah merupakan hak milik seorang guru agama yang telah bersusah payah menjadikan kawasan itu untuk pengajian pondok. Soalnya, sepatutnya madrasah itu dipelihara dan bukan dirobohkan semata-mata mahu mencari publisiti. Mana yang lebih utama, pengajian agama dan titik tengah Semenanjung Malaysia?. Oleh itu, berbagai usaha sedang dilakukan oleh pihak madrasah untuk pertahankan kawasan terbabit termasuk mengadakan solat hajat dan sebagainya.

[Persoalannya sekarang, ke mana perginya Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam mempertahankan madrasah ini?. Inilah masanya mereka bertindak mempertahankan institusi agama dari dirobohkan untuk tujuan pelancongan seperti yang didakwa. Sewajarnya pusat tarbiyah Islam ini dipertahankan demi masa depan generasi akan datang. Pihak terbabit sepatutnya memikirkan sesuatu untuk tidak merosakkan sebuah madrasah hanya kerana mahu menjadi lokasi berkenaan sebagai "titik tengah semenanjung". Malah difahamkan, dengan izin Allah titik tengah yang didakwa itu telah jatuh di lokasi "lubang najis" salah sebuah tandas di lokasi terbabit. Ini semua adalah petanda bahawa tidak ada kewajaran untuk pihak berkuasa merombak pusat pengembangan Islam. Umat Islam di seluruh negeri Pahang digesa bangkit untuk mempertahankan madrasah terbabit. Selamatkan Madrasah Darul Ulum dari menjadi mangsa pembangunan. Baca laporan berkenaan hasrat kerajaan negeri itu di SINI].
Share:

Panas: Video, Anwar Jawab Fitnah Dan Tohmahan

Share:

Video: Haron Din Mimpi Jumpa Nabi Muhammad


Share:

Cadangan Lynas, Buang Sisa Radioaktif Ke Pulau Tidak Berpenghuni Wajar Di Halang Oleh Rakyat

KUANTAN, 27 Jan - Lynas Corporation bercadang untuk membuang sisa pepejal radioaktif dari loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng dekat sini ke sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Pahang. Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) dalam satu kenyataannya semalam. Alternatifnya, sisa tersebut mungkin dilupuskan di kawasan di mana tidak terdapat pembangunan, kata Fuziah, yang berkempen menentang projek loji nadir bumi itu. Cadangan tersebut terkandung dalam pelan pengurusan sisa Lynas yang dibuka untuk tatapan umum sehingga semalam, katanya yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. "Mereka berkata mereka belum mengenal pasti lokasi untuk Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF), tetapi mereka sedang mempertimbangkan beberapa pilihan. "Salah satu pilihan itu ialah sebuah pulau di luar pantai Pahang yang tidak berpenghuni, " katanya. PDF adalah bertujuan untuk aliran sisa pepejal loji, yang diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif. Dua lagi aliran sisa juga mengandungi bahan radioaktif, tetapi tidak diklasifikasikan sebagai radioaktif dan Lynas bercadang untuk mengitarkannya semula dan mengkomersilkannya. Bagaimanapun, Fuziah berkata, lokasi pulau tersebut belum ditentukan kerana idea itu "masih dalam pertimbangan". Bagi suarakan tentangannya terhadap itu, semalam Fauziah menyerahkan penghujahan bertulis kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Kuantan. "Ini tidak harus dibenar kerana bahan dari PDF boleh meluluhkan ke dalam laut," demikian menurut penghujahan tersebut.


[Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuantan itu menafikan beliau bersetuju dengan cadangan Lynas ini. Katanya, dimana saja Lynas mahu buangkan sisa pepejal radioaktif seperti yang dimaksudkan maka rakyat perlu menantangnya kerana ia tetap membahayakan rakyat. Lynas kini perlu mencari alternatif lain untuk meyakinkan rakyat tentang bahan buangan radioaktif mereka, jika tidak mahu isu ini terus berpanjangan. Rakyat sebenarnya, mahukan supaya operasi kilang Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan itu dibatalkan secara keseluruhannya tanpa sebarang alasan lagi. Kini Lynas sibuk membuat promosi di dalam berbagai-bagai akhbar untuk memberi maklumat tentang kilang mereka itu. Namun, ramai yang sudah hilang keyakinan dan hairan kenapa baru sekarang mahu membuat promosi dan hebahan ketika kilang sudah didirikan. Kenapa tidak semasa ia mahu dibina dulu?. Apakah Lynas takut rakyat bangkit menentang pada ketika itu?. Maka kini baru dilakukannya].
Share:

PAS Pahang Gesa MUIP Membatalkan Hasrat Beli Hotel Serta Lebih Tumpu Kemaslahatan Ummah!

KUANTAN, 27 Jan - PAS Pahang menggesa Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) membatalkan hasrat untuk membeli Hotel MS Garden dan lebih mengutamakan kemaslahatan ummah. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) ketika mengulas isu kontroversi ini dalam posting terbaru di blog peribadinya semalam. Kata beliau, tinjauan awam mendapati rata-rata rakyat Pahang tidak bersetuju dengan tindakan walaupun tidak menggunakan wang zakat. Tindakan segera YDP MUIP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberikan penjelasan segera terhadap isu ini harus dipuji. Baginda bertitah urusan pengambilalihan hotel itu oleh MUIP akan dibuat menerusi pinjaman, tetapi sama ada akan menggunakan wang zakat bagi urusan itu belum dimuktamadkan."Bagi saya masa untuk selesaikan hal kewangan ini dahulu dan kita akan pastikan cuba tidak gunakan wang zakat," titahnya (dipetik dari Sinar Harian). Dalam keadaan masih ramai umat Islam berada di tahap kemiskinan tegar, sebahagian besar rakyat Pahang sangat mengharapkan isu-isu utama dapat diselesaikan terlebih dahulu. Kegagalan kerajaan negeri untuk memastikan seluruh institusi agama berjalan dengan sempurna telah menyebabkan banyak urusan pentadbiran masih berhadapan dengan pelbagai kepincangan. Antara kepincangan yang dimaksudkan ialah seperti kegagalan melantik hakim Mahkamah Tinggi Syariah, hakim Mahkamah Rayuan Syariah, pendakwaraya, Pengetua Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan dan puluhan kekosongan naib Qadhi dan wali hakim. Kesemua ini telah membawa kesusahan kepada masyarakat Islam di Pahang. Apakah hujah kerajaan negeri Pahang dalam membeli hotel di tengah kota ibu negeri Pahang? Jika keutamaannya adalah untuk meninggikan imej MUIP, bukankah lebih baik selesaikan ratusan kes syariah seperti perceraian, tuntutan harta dan lain yang masih tertunggak akibat kekurangan pegawai daripada membeli hotel. Beliau turut menegaskan ketika ini, rakyat Pahang masih menunggu tindakan kerajaan negeri untuk melaksanakan hasrat KDYMM Sultan Pahang bagi mewujudkan sekolah agama Bestari di Pahang. Bahkan, rakyat Pahang sedang tertunggu-tunggu usaha kerajaan negeri untuk mengatasi pelbagai kekurangan kemudahan di sekolah-sekolah agama yang tidak lagi kelihatan, daripada pengumuman untuk membeli hotel mewah.

[Rata-rata rakyat berharap kerajaan negeri Pahang dapat mengunakan puluhan juta wang zakat yang terkumpul kini bagi meninggikan syiar Islam terutamanya bagi memajukan bidang pendidikan. Alangkah baiknya kalau setiap sekolah agama diperuntukan RM200,000 bagi membaikpulih kerosakan dan penyediaan kemudahan pendidikan, bantuan pendidikan kepada para pelajar miskin serta menigkatkan bayaran bantuan kepada pelajar agama di Timur Tengah kerana Pahang antara yang paling sedikit bantuan berbanding negeri-negeri lain. Selari dengan tuntutan dan hasrat rakyat, PAS Pahang menyarankan kerajaan negeri Pahang khususnya MUIP untuk membatalkan hasrat membeli hotel mewah sebanyak RM50 juta itu. Dana tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat kepada rakyat Pahang dan Islam itu secara keseluruhannya].
Share:

Panas: Ayah Si 'Rahimi', Yang Merupakan Mantan Ketua PKR Cabang Bentong Akhirnya Keluar PKR!

KUANTAN, 27 Jan - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang kini kehilangan seorang lagi pejuang hebat yang telah sekian lama bersama parti itu dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Entah kenapa di ketika Anwar baru sahaja dibebaskan daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tiba-tiba kita dikejutkan dengan tindakan Osman Ishak (foto) meninggalkan parti itu. Beliau yang merupakan mantan Ketua PKR Cabang Bentong dan merupakan antara penggerak Keadilan di Pahang dikatakan meninggalkan parti itu selepas "percaya dengan video seks" yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang (Anwar) itu. Kami tidak dapat menghubungi beliau buat masa ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tindakannya itu. Namun, berdasarkan wawancara eksklusif yang telah dibuat olehnya dengan wartawan Utusan Malaysia Ahad lalu, ternyata ayah kepada Rahimi iaitu bekas Setiausaha Sulit Anwar itu kecewa dengan moral pemimpin terbabit maka rela meninggalkan perjuangan yang didokongnya selama ini. Baca disini untuk mendengar luahan hatinya. Persoalannya sekarang, apakah pemergian Osman yang merupakan salah seorang penyokong tegar Anwar itu boleh menggoncangkan PKR dan Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang?. Osman yang kelibatnya tidak lagi kelihatan dalam mana-mana program Anwar mutakhir ini dikatakan mengambil tindakan tersebut demi kebenaran. Malah, beliau sanggup berbalah dengan anaknya (Rahimi) dalam isu-isu yang melibatkan Anwar.

[Difahamkan, ramai lagi pemimpin kanan PKR termasuk dari negeri Pahang akan meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini. Apakah ini tandanya, pilihanraya umum ke-13 sudah semakin hampir dan urusan "jual beli" sudah mula berlaku. Terdapat juga sumber mengatakan, ada beberapa kerat pemimpin PKR Pahang kini mula mengadakan "pertemuan sulit" dengan pemimpin UMNO untuk tujuan "penghijrahan". Mereka dipercayai akan melakukan tindakan tersebut beberapa hari menjelang PRU-13 ini nanti. Soalnya sekarang, apakah PKR boleh menyiasat siapa individu terbabit atau mereka akan berhadapan dengan isu "lompat parti" sekali lagi selepas ini. Kepercayaan rakyat pasti akan terhakis jika semua ini tidak dibendung dari sekarang. Dengan ini, kini sudah dua orang bekas Ketua Cabang PKR Pahang meninggalkan parti itu. Sebelum ini, Md Nor Jaafar iaitu bekas Ketua Cabang Jerantut keluar parti dan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk bersama Datuk Zaid Ibrahim. Kini, apakah Osman akan menyertai beliau atau masuk UMNO seperti yang dilakukan oleh anaknya Rahimi (foto) sebelum ini. Apapun, PKR harus lebih berhati-hati].
Share:

Felda Bakal Defisit RM1.2b Jika Ia Di Senaraikan !

Share:

Isu Guna Duit Zakat Beli Hotel MS Garden, Rakyat Menyambut Baik 'Titah' Tengku Mahkota Pahang !

KUANTAN 26 Jan - Umat Islam di negeri ini boleh menarik nafas lega atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYTM) Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) berhubung dengan kekalutan yang berlaku atas isu pembelian sebuah hotel mewah (MS Garden) oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) seperti yang didedahkan oleh pihak kami sebelum ini. Titah, Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua MUIP itu amatlah ditunggu-tunggu selepas beberapa hari isu ini diperkatakan. Dalam satu kenyataan kepada media semalam, Tengku Abdullan bertitah MUIP sememangnya ditawarkan untuk membeli hotel berkenaan tetapi soal menggunakan duit Baitulmal atau zakat masih belum diputuskan. "Saya harap kita tidak perlu menggunakan wang zakat tetapi lihat kepada kemampuan sendiri dahulu. "Dan sekiranya memerlukan kita membuat sedikit pinjaman bagi mendapatkan peruntukan untuk memiliki bangunan berkenaan, kita akan lakukan,". Baginda dipercayai bertitah demikian bagi menjawab dakwaan beberapa blog (PDO) sebelum ini yang mendakwa MUIP menggunakan wang zakat untuk membeli hotel berkenaan. Baginda juga bertitah, akan segera menyelesaikan isu berkenaan dengan baik kerana proses pembelian tersebut masih dalam proses perbincangan. "Bagi saya sedikit masa untuk selesai hal ini dan insya-Allah saya cuba selesai dengan baik. "Kita akan selesaikan masalah kewangan dulu dan masih perkara ini dalam peringkat perbincangan. Kita akan berunding semula dalam masa terdekat," titah baginda. Titah baginda ini telah disiarkan akhbar arus perdana Utusan Malaysia hari ini.


[Titah Tengku Mahkota Pahang ini amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat terutamanya umat Islam. Ramai yang melihat, tidak wajar MUIP sebuah agensi yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan dan syiar Islam di negeri ini tiba-tiba memilih bidang perniagaan (pelaburan) sebagai fokus utama mereka. Ramai lagi asnaf yang memerlukan bantuan dan patut dibantu dengan menggunakan wang zakat. Maka, kenapa perlu meletakkan keutamaan atas pelaburan komersial sedemikian. Mereka tidak kisah MUIP mahu membeli hotel sekali pun, namun persoalannya kenapa perlu gunakan wang zakat?. Inilah yang dipertikaikan oleh rakyat. Justeru itu, titah baginda Tengku Mahkota Pahang diharap dapat meredakan sedikit kekalutan berhubung dengan persoalan ini. Jangan gunakan wang zakat sewenang-wenangnya untuk tujuan yang bukan menjadi matlamat utama. Keberkatan dan keredhaan Allah haruslah dicari demi menjaga kepentingan serta juga maruah agama Islam itu secara keseluruhannya].

Share:

MB Pahang Nasihat Rakyat Tidak Termakan Janji PAS Beri Lot Rumah Jika Menang Dalam PRU-13 !!

KUANTAN, 26 Jan - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) menasihatkan rakyat supaya tidak termakan dengan janji PAS untuk memberikan mereka tanah lot rumah sekiranya parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Katanya, ia hanya berupa janji kosong yang agak musathil untuk ditunaikan kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri. "Yang lain adalah tanah rezab seperti rezab hutan, lombong dan tasik yang tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta orang dan dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah PAS boleh berbuat demikian?. "Jadi, orang jahil ini hanya boleh tipu orang jahil sahaja, kalau mereka yang tidak jahil, dia tidak boleh tipu," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini hari ini. Hadir sama ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) Tan Sri Pheng Yin Huah. Baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti. Adnan berkata walau apa pun isu yang dimainkan pembangkang di Pahang, ia tidak gugat keyakinan BN untuk terus mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

[Masing-masing sebenarnya boleh berjanji apa saja untuk menagih undi rakyat dikala bahang pilihanraya umum ke-13 yang kian hampir. Namun, harus diingat, rakyat berhak menilai segala apa yang dijanjikan. Merekalah yang akan menentukan siapakah yang akan disokong dan mana yang akan ditolak. Apapun, penganalis politik meramalkan BN masih akan tetap menang dan berkuasa di Pahang. Cuma, senarionya agak berbeza dimana kerusi pembangkang akan bertambah dan mungkin mengurangkan majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia berlandaskan faktor pengundi Cina yang pasti "swing" menyokong pembangkang, akibat kekecewaan mereka dengan isu Lynas. Semua ini pasti akan menggugatkan pengaruh UMNO BN jika kerajaan negeri masih tidak "prihatin" dan "cakna" kepada rakyat. Justeru, langkah terbaik ialah MB dan barisan exconya perlu mencari jalan untuk mendekati rakyat mulai sekarang terutamanya bagi menarik seberapa ramai pengundi muda kembali menyokong mereka. Jika gagal, sudah pasti "media baru" akan berperanan untuk meyakinkan mereka tentang mengapakah perlunya melakukan agenda perubahan itu].
Share:

Panas: Mazlan Aliman, Tiga Negeri Pakatan Tidak Akan Tandatangan Perjanjian Serah Tanah Felda

KUALA LUMPUR, 26 Jan - Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman (foto) berkata tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Selangor dan Kelantan tidak akan menandatangani perjanjian untuk menyerahkan tanah kepada Felda Global Venture Holdings (FGVH). "Ketiga-tiga negeri Pakatan, tidak akan menandatangani perjanjian ini, untuk menyerahkan tanah Felda kepada Felda Global Venture," kata Mazlan. Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaacop yang turut hadir menjelaskan perjanjian tanah untuk mendapat hak milik perlu mendapat kelulusan menteri besar. "Jadi Felda Global Venture kena jumpa MB kerana ia berada di bawah kuasa MB," katanya. Menurut Mazlan lagi, pendirian tidak akan menyerahkan tanah Felda kepada FGV telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS pusat bulan lalu bagi negeri yang diperintah parti itu di Kedah dan Kelantan. Manakala bagi Selangor, katanya, beliau telah memanjang perkara itu kepad Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui wakil PAS di negeri itu. Ketika dihubungi kemudiannya, Mazlan berkata, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerui Biro Felda PKR, Suhaimi Said, yang memanjang perkara itu kepada Menteri Besar. Mazlan berkata, beliau telah dimaklum bahawa Menteri Besar Selangor memang mengambil pendirian yang sama. Mazlan juga berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah Gerakan Selamatkan Felda di ketiga-tiga negeri tersebut dan bertemu dengan menteri besar masing-masing bagi menyatakan pendirian dan sokongan terhadap kerajaan negeri. Malah, kata Mazlan, di negeri-negeri yang ditadbir BN, setahunya, belum ada yang menandatanganinya walaupun difahamkan MB Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob "memberi respon positif" berhubung perkara itu. "Kita akan desak supaya beliau jangan tandatangani (perjanjian itu)," tambah beliau lagi.

[Ini satu perkembangan yang cukup mengejutkan sebenarnya. Felda akan berhadapan dengan masalah besar jika tiga negeri Pakatan berbuat demikian. Ini bermakna, mereka akan bermasalah sekiranya usaha membawa Felda ke Bursa Malaysia tetap dilakukan April ini. Segalanya kini pasti akan menemui jalan buntu kerana Felda terpaksa merayu daripada Kerajaan Negeri terbabit untuk mendapatkan persetujuan bagi "memajak" semua tanah-tanah berkenaan. Oleh itu, peneroka digesa bangkit untuk mempertahankan hak-haka mereka dari terus dicerobohi oleh Felda. Ingatlah, anda semua kini adalah tuan di tanah sendiri. Kenapa perlu terus menjadi "kuli" kepada Felda yang sekadar diamanahkan untuk membangunkan tanah-tanah terbabit. Berikan kesedaran ini kepada semua agar-agar masing-masing tahu akan tugas dan juga tanggungjawab mereka].
Share:

Panas: ANAK Dedah 'Isi Perjanjian' Felda Dengan Semua MB Ialah Untuk Memajak Tanah Peneroka

KUALA LUMPUR, 26 Jan - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendedahkan isi perjanjian yang dibuat antara Felda Global Ventures Holdings (FGVH) bersama Felda Holdings untuk ditandatangani oleh Menteri Besar di setiap negeri yang antara lainnya bertujuan untuk pajakan tanah peneroka. Pengerusinya, Mazlan Aliman (foto) berkata, pendedahan dibuat berikutan suara mereka sebelum ini tidak diendahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Anak menyarankan supaya mempertimbangkan semula usaha penyenaraian FGHV di Bursa Malaysia. Tegasnya, penyenaraian tersebut tidak menguntungkan warga Felda sebaliknya akan memberi keuntungan kepada mereka yang berkepentingan. "Perbincangan seolah-olah ditutup oleh pihak kerajaan dan mereka seolah-olah bersungguh-sungguh nak membuat penyenaraian yang bagi kami ini sesuatu yang tak boleh diterima sama sekali. “Jadi memandangkan kami telah memberi masa secukupnya pada kerajaan untuk timbang pandangan kami, maka kami akan membuat pendedahan mengenai apakah sebenarnya agenda di sebalik penyenaraian ini," katanya pada satu sidang media hari ini. Pada 15 Januari lalu, Najib meminta peneroka Felda supaya tidak percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan merugikan peneroka tanah rancangan itu. Perdana Menteri berkata, peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka. "Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda. "Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan mendapat sambutan masyarakat Felda," tambahnya lagi.

[Pendedahan Mazlan Aliman ini cukup menggemparkan dan wajar diberi perhatian oleh semua masyarakat peneroka Felda. Mereka harus sedar, sampai bilakah mereka mahu menjadi "hamba di tanah sendiri". Geran sudah diperolehi tetapi "tuan tanah" masih tidak punyai kuasa untuk menguruskan tanah mereka sendiri. Inilah yang berlaku kepada peneroka Felda. Mereka harus ingat, bahawa Felda bukanlah "tuan tanah" dan mereka sudah diberi upah dan bayaran untuk membangunkan tanah-tanah terbabit. Majoriti peneroka sudah melunaskan hutang masing-masing dan mereka punyai hak untuk menguruskan tanah mereka sendiri. Tidak perlu akta atau syarat-syarat lain untuk menghalang mereka. Ini kerana, tanah yang diperolehi itu bukanlah percuma dan mereka telah membayar segala usaha Felda itu sejak sekian lama. Kenapa perlu dipajak semua kepada Felda, dimana untung akan diperolehi oleh agensi terbabit sedangkan mereka akan makan kulitnya sahaja. Oleh itu, sedarlah bahawa kini sudah tiba masa untuk berubah. Usahlah terus terpedaya dengan taktik Felda yang cuba mengaburi mata peneroka kononnya membawa agensi itu ke Bursa Malaysia akan menguntung mereka. Walhal, ada agenda tersembunyi pihak tertentu yang mengaut untung besar atas semua ini].
Share:

Panas: Isu "Beli Hotel Guna Duit Zakat", Pegawai Ekonomi MUIP Buat Laporan Polis Terhadap PDO

KUANTAN, 26 Jan - Gara-gara menganggap diri beliau difitnah berkaitan isu kontroversi urusan pembelian Hotel MS Garden oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) maka akhirnya Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP, Izhar Ahmad (foto) telah membuat satu laporan polis terhadap Pahang Daily Online (PDO) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam. Difahamkan, laporan tersebut dibuat atas dakwaan beliau difitnah kononnya beliau akan mendapat "komisyen" atas urusan pengambilalihan hotel terbabit oleh MUIP. Kami tidak mengesahkan butiran sepenuhnya laporan polis yang dibuat. Namun bagi kami, beliau akan lebih bermasalah dengan laporan tersebut kerana berbagai fail-fail sulit tentang tindakannya di MUIP selama ini akan terdedah. Malah, terdapat banyak laporan "panas" yang telah diterima oleh pihak kami dan menunggu masa untuk didedahkan. Ia termasuklah pelaburan MUIP membeli beberapa buah estet (ladang sawit) yang kononnya bertujuan untuk membangunkan ekonomi umat Islam, sebaliknya segala pengurusan dan pengendalian sepenuhnya telah diserahkan kepada "tokey bukan Melayu". Kami sudah mendapat dokumen yang berkaitan dan menunggu masa untuk didedahkan. Kami sebenarnya tidak gusar dengan laporan polis yang dibuat kerana mesej kami ialah untuk mempertahankan "duit zakat" agar tidak sewenang-wenangnya dilaburkan sedangkan ramai lagi asnaf yang masih memerlukan wang tersebut. MUIP boleh membeli aset termasuk hotel berkenaan, tetapi menggunakan wang selain dari duit zakat. Itu yang lebih afdal sebenarnya.

[Persoalannya, kenapa duit zakat digunakan sedangkan peruntukan yang diminta oleh surau-surau, masjid termasuk pembangunan prasarana sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Pahang amatlah daif sekarang ini. Kenapa perlu melabur bagi tujuan komersial, sedangkan masih ada keperluan lain yang perl diutamakan. Malah, ramai pelajar-pelajar anak Pahang yang memohon bantuan pendidikan daripada pihak terbabit gagal diluluskan, termasuk mereka yang belajar dalam jurusan pengajian agama Islam itu sendiri. Inilah yang perlu difikirkan, dan jangan hanya memikirkan keuntungan duniawi semata-mata. Oleh itu, pihak kami bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan termasuk di heret ke mahkamah andainya kes ini berlarutan. Mari Kita Selamatkan Duit Zakat!].
Share:

Video: Gempar, Ribut Melanda Pantai Dalam KL!

Share:

Aura "Ustaz Azhar Idrus" Masih Berbisa, Ribuan Membanjiri Masjid Al-Falah Kuantan Malam Tadi

KUANTAN, 26 Jan - Ribuan umat Islam hadir ke Masjid Al-Falah Perkampungan Sg.Isap Dua dekat sini malam tadi bagi mendengar tazkirah yang disampaikan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus. Ternyata aura Ustaz Azhar telah berjaya mengajak umat Islam pelbagai usia dan fahaman politik untuk hadir beramai-ramai bagi mengikuti kuliah beliau. Seperti biasa Ustaz Azhar menyampaikan kuliahnya dengan bersahaja dan penuh dengan unsur humor yang menyebabkan orang ramai tidak kering gusi mendengarnya. Dalam kuliahnya malam tadi, beliau menghuraikan tajuk-tajuk berkaitan zakat dan puasa bagi menyambut kuliah terdahulu. Tinjaun kami ke lokasi terbabit malam tadi mendapati orang ramai sudah membanjir sekitar kawasan masjid sejak awal petang lagi. Khemah besar disediakan oleh pihak penganjur untuk memboleh orang ramai menunaikan solat Masjid dan Isyak secara berjemaah di situ. Tiga skrin besar disediakan bagi membolehkan kuliahnya didengari dengan jelas oleh mereka yang hadir. Apa yang menarik dalam program malam tadi, ternyata ramai hadirin adalah terdiri dari berbagai fahaman politik termasuk dari kalangan rakan-rakan dalam UMNO sendiri, walau pun Ustaz Azhar dipercayai lebih cenderung kepada parti pembangkang terutamanya PAS sebelum ini. Ustaz Azhar dilihat bijak menggunakan platform kuliahnya dengan tidak langsung menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan politik kepartian melainkan sinis biasa beliau selama ini.










[Kawalan keselamatan telah diuruskan oleh Unit Amal PAS dan juga anggota RELA kawasan terbabit. Mereka dilihat bersama-sama bergotong-royong mengawal keselamatan dan lalu lintas. Syabas diucapakan kepada pihak terbabit atas kerajasama yang diberikan itu. Seperti biasa, kuliah Ustaz Azhar akan diserikan lagi dengan sesi soal jawab hingga ke pukul 10.00 malam. Walau bagaimana pun orang ramai tidak berganjak dan terus mengikutinya hingga ke penghujung program. Bagi memudahkan orang ramai mengerjakan solat berjemaah, pihak penganjur juga telah menyediakan satu tangki sementara Jabatan Bekalan Air (JBA). Kami ucapkan tahniah kepada pihak penganjur terutamanya Ahli Jawatan Kuasa dan Kariah Masjid Al-Falah, KRT Perkampungan Sg.Isap Dua serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayaka program itu semalam. Ternyata, sambutan luar biasa terus diberikan kepada Ustaz Azhar dan beliau wajar diiktiraf sebagai pendakwah nombor satu di negara kita sekarang ini. Dijangkakan, lebih lima ribu umat Islam yang hadir ke kuliah beliau malam tadi. Satu sejarah tercipta di Masjid Al-Falah. Semoga syiar Islam akan terus berkembang dan disuburkan dengan aktiviti sebegini pada masa akan datang. Martabatkan Islam di muka bumi].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.