script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cadangan Lynas, Buang Sisa Radioaktif Ke Pulau Tidak Berpenghuni Wajar Di Halang Oleh Rakyat

KUANTAN, 27 Jan - Lynas Corporation bercadang untuk membuang sisa pepejal radioaktif dari loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng dekat sini ke sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Pahang. Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) dalam satu kenyataannya semalam. Alternatifnya, sisa tersebut mungkin dilupuskan di kawasan di mana tidak terdapat pembangunan, kata Fuziah, yang berkempen menentang projek loji nadir bumi itu. Cadangan tersebut terkandung dalam pelan pengurusan sisa Lynas yang dibuka untuk tatapan umum sehingga semalam, katanya yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. "Mereka berkata mereka belum mengenal pasti lokasi untuk Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF), tetapi mereka sedang mempertimbangkan beberapa pilihan. "Salah satu pilihan itu ialah sebuah pulau di luar pantai Pahang yang tidak berpenghuni, " katanya. PDF adalah bertujuan untuk aliran sisa pepejal loji, yang diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif. Dua lagi aliran sisa juga mengandungi bahan radioaktif, tetapi tidak diklasifikasikan sebagai radioaktif dan Lynas bercadang untuk mengitarkannya semula dan mengkomersilkannya. Bagaimanapun, Fuziah berkata, lokasi pulau tersebut belum ditentukan kerana idea itu "masih dalam pertimbangan". Bagi suarakan tentangannya terhadap itu, semalam Fauziah menyerahkan penghujahan bertulis kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Kuantan. "Ini tidak harus dibenar kerana bahan dari PDF boleh meluluhkan ke dalam laut," demikian menurut penghujahan tersebut.


[Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuantan itu menafikan beliau bersetuju dengan cadangan Lynas ini. Katanya, dimana saja Lynas mahu buangkan sisa pepejal radioaktif seperti yang dimaksudkan maka rakyat perlu menantangnya kerana ia tetap membahayakan rakyat. Lynas kini perlu mencari alternatif lain untuk meyakinkan rakyat tentang bahan buangan radioaktif mereka, jika tidak mahu isu ini terus berpanjangan. Rakyat sebenarnya, mahukan supaya operasi kilang Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan itu dibatalkan secara keseluruhannya tanpa sebarang alasan lagi. Kini Lynas sibuk membuat promosi di dalam berbagai-bagai akhbar untuk memberi maklumat tentang kilang mereka itu. Namun, ramai yang sudah hilang keyakinan dan hairan kenapa baru sekarang mahu membuat promosi dan hebahan ketika kilang sudah didirikan. Kenapa tidak semasa ia mahu dibina dulu?. Apakah Lynas takut rakyat bangkit menentang pada ketika itu?. Maka kini baru dilakukannya].
Share:

9 ulasan:

  1. Page mane yang tulis buang sisa kat pulau..

    BalasPadam
  2. harap ada bukti tentang kenyataan ni.. tak de pulak kuar kat any newspaper etc...

    BalasPadam
  3. mana ada pulau yg tiada penghuni? bebal sungguh LYNas ni.......hantar balik kat australia je......biar director lynas buat masak tempoyak....dan cicah dengan BUDU.YB Fauziah pertahankan anti Lynas dan nyahkan beroperasi di bumi MALAYSIa.

    BalasPadam
  4. kpd PDO

    kalau nak bubuh video/u tube dilaman ini jangan ada latar belakang musik..
    kerana yg didengar ialah latar belakang musik itu ... bukan suara syarahan atau ucapan umpama video
    tajuk "Mimpi Dr. Haron Din berjumpa
    Nabi Muhammad S.A.W" harap maklum!

    BalasPadam
  5. Aku tak setuju buang sisa radioaktif Lynas tu kat mana-mana pulau walau tiada penghuni. Aku setuju sisa tu buang kat Kampung Baru Bentong, dekat rumah mak Tok Nan. Sebab tak bahaya!

    BalasPadam
  6. MINTA PDO/SESIAPA YG BOLEH SIASAT KENYATAAN/STATEMENT/MEETING YG DIBUAT OLEH MB/EXCO PAHANG NI...
    SORANG PROFESOR YG BERKDIMAT/ PENASIHAT LYNAS NI KATA, PADA YEAR 2008 KERAJAAN PHG. DAH BERMESYUARAT UNTUK PEMBANGUNAN LYNAS NI, TAPI TAK ADE SESIAPA PUN BANGKANG.. CUBA SIASAT.!!
    TENGOK APA BUTIR2/ KERTAS CADANGAN/ KELULUSAN/ PERSETUJUAN YANG ADA..
    BIAR ADA FAKTA...
    KALAU TIDAK, PEMBOHONG JE...

    BalasPadam
  7. pelantar minyak pon buang thorium dlm laut..knp xde org isu plak?pembohong blake fauziah ni..nak rakyat tgk dia prihatin..

    BalasPadam
  8. buang kat kat laut tak nampak bro.kat gebeng tu nampak depan mata lagipun dekat dengan perumahan jugak kan.yang gomen ni pun satu buat tak selidik dulu,sama la sbpa..apa punya le keje mcm ni pun ada.kalau aku keje cikai yang mcm ni aku pecat dah depa ni.kalau nak buat lynas betul tu letak kat pedalaman sikit area bijih besi dato tan ke dato tajudin ker tak la orang nampak pun.

    BalasPadam
  9. lynas safe!!!start lynas ASAP!!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.