script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Beli Hotel Guna Duit Zakat, Ramai Kecewa Serta Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Isu Ini

KUANTAN, 23 Jan - Susulan pendedahan Pahang Daily Online (PDO) tentang isu penggunaan wang zakat untuk membeli sebuah hotel mewah di sini semalam, telah menyebabkan berbagai pihak terkejut dan gempar. Apa tidaknya, isu yang meibatkan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ini sesungguhnya begitu sensitif kepada umat Islam terutamanya orang-orang Melayu. Rata-rata yang ditemui, kecewa dengan apa yang berlaku dan amatlah berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. "Kita tidak mahu duit zakat digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan komersial (beli hotel). Ramai lagi asnaf yang perlu dibantu tapi kenapa mahu beli hotel. Apa motif dan agenda MUIP dalam mengembangkan syiar Islam di negeri ini .. ", kata seorang pemimpin NGO yang ditemui. Berita menggemarkan ini telah menyebabkan pihak-pihak yang terlibat kini "bagai cacing kepanasan". Kami sudah mendapat maklumat terperinci tentang urusan terbabit sebenarnya, dan akan didedahkan dalam masa terdekat jika usaha ini tidak dibatalkan. Segala maklumat bergambar dan dokumen berkaitan akan didedahkan bagi membuktikan bahawa urusan yang berlaku atas perkara ini telah dibuat secara "khilaf" dan mengelirukan. Umat Islam di Pahang tanpa mengira perbezaan fahaman politik perlu bangkit mempertahankan duit zakat agar tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi itu. Difahamkan, urusan pembelian Hotel MS Garden Kuantan yang mencecah puluhan juta ringgit itu kini sudah masuk ke peringkat terakhir (pembayaran). Kelulusan penggunaan wang zakat juga telah diperolehi secara "mengelirukan" dan penuh dengan "kontroversi" oleh pihak yang berkenaan. Malah, lebih mengejutkan hotel terbabit kononnya akan dijadikan "Islamic Hotel" tanpa membuat perubahan terhadap pentadbiran (management) hotel berkenaan. Inilah yang mengelirukan dan tidak wajar dilakukan demi kepentingan agama Islam. Jika ia diteruskan maka sudah pasti ia akan menyebabkan umat Islam marah dan bangkit menentang usaha ini. Kami tidak teragak-agak untuk menyiarkan gambar beberapa individu yang dipercayai menjadi "master mind" dalam urusan yang berkenaan.



[Apa yang dipertikaikan dalam isu ini ialah perniagaan hotel yang dibeli adakah mengikut hukum syarak dan sebagainya. Kalau tidak mengikut hukum syarak maka ia tidak sepatutnya dibeli atas nama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Ini kerana umum mengetahui bahawa hotel seperti itu banyak menyajikan adengan maksiat dan yang tidak berlandasakan Islam. Jika ia dibeli oleh MUIP dan pengurusan serta pentadbiran masih yang sama, apakah mereka yakin hotel itu dapat dibersihkan?. Malah, ia juga akan menjatuhkan imej agama Islam itu sendiri jika ada aktiviti dan program yang tidak bermoral dianjurkan di situ. Kenapa individu yang berkenaan tidak boloeh berfikir sejauh ini dan hanya memikirkan kuntungan serta komisyen yang bakal diraih atas pembelian tersebut. Ini sungguh memalukan umat Islam dan tidak wajar dibenarkan. Usahlah merosakkan kepercayaan umat Islam terhadap MUIP. Ramai juga mereka yang mengeluarkan zakat kini kecewa dengan senario yang berlaku ini. Apakah wajar mereka bersubahat dalam urusan yang mengelirukan seperti ini. Justeru, pihak yang berkenaan diminta mengambil perhatian untuk membatalkan segala urusan yang terbabit demi masa deoan dan kesucian agama Islam. Wamg zakat haruslah diagih-agihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan, bukan dikomersialkan sedemikian rupa. Maka, berfikirlah sebelum buat tindakan].
Share:

17 ulasan:

  1. sekira nya betul,MUIP menggunakan duit Zakat untok membeli hotel MS Garden Kuantan,kerajaan Pahang perlu lakukan AUDIT dalaman bagi pengesahan.Selama ini masyarakat Islam terutama nya pembayar zakat tidak mengetahui dengan jelas tentang sistem pengagihan wang zakat.Kapada PENTADBIR yang menguruskan wang zakat,ingatlah akan pembalasan ALLAH

    BalasPadam
  2. Adakah orang2 Islam membayar zakat untuk pihak pengutip menggunakannya dalam aktiviti komersial. Bukan kah, ia sepatutnya digunakan untuk tujuan kebajikan. Tidak wajar MUIP melibatkan diri dalam aktiviti komersial sebab itu bukan tujuan asal MUIP. Kerajaan Pahang tidak mampu melakukan audit keatas akaun MUIP sebab mereka sama bersekongkol dalam isu ini. Malah kerajaan BN tidak lagi releven sebab sudah terbukti ianya bukan sebuah kerajaan yang TELUS MELUS. UBAHUBAHUGAHUBAHUBAHUBAHUBAHUB

    BalasPadam
  3. Lagi molek dari guna duit zakat untuk bayar hutang judi kasino di London

    BalasPadam
  4. Ade yg guna duit zakat bayar hutang kasino? Fuyooo... Zakat perlu diagihkan kepada asnaf yg 8. tau x sape asnaf yg 8 tu. Mknenya zakat bkn hnya diagihkan kepada fakir dan miskin saje. Sape lg yg layak?

    BalasPadam
  5. -Nasib baik aku tak bayar zakat kat MUIP tapi bayar terus pada asnaf.

    -Dengar cerita ada bangunan milik zakat disewakan pada kedai JUDI.

    -Harap siasat.

    BalasPadam
  6. (Bro... andai x silap...ni no H/P S/U Majlis 0199883726 Pejabat di Kuantan... dan ini Penasihat Zakat Majlis Pekan (PKZ) 012-9501361) mungkin boleh kita dapatkan info yang tepat...daripada kita buat fitnah andai x betul terbaik kita tanya depa! mana tau depa tahu..andai betul pun..mungkin ada hujjah2 depa kan? jom pakat minta penjelasan...andai betul aku pun marah..

    BalasPadam
  7. Kalau benar dakwaan ini mmg tak patut buat gitu :(

    BalasPadam
  8. Aku yakin dgn kewibawaan dan profesionalisme pihak pengurusan muip.

    BalasPadam
  9. asal muip beli pape jer sume org kata pakai duit zakat...ape daa ingt dah xde duit lain ke..byk lagi duit lain nyeee...

    BalasPadam
  10. memang le...abih tu muip guna duit mana plak..kan tugas muip mengutip zakat melalui anak syarikat milik penuh muip pkz..Oooo lupa .sebelum ni muip dah ada hotel bertaraf 3* di Jerantut dan hotel bdget di Kuantan.. mgkin hasil keuntungan tu kot buat modal beli hotel MS F}Garden...

    BalasPadam
  11. Yee lee MUIP nak beli apa gajah pun tak kisah... untung rugi pelaburan ape kisahkan.. sebab bukan duit kocek mereka2 yang sepupu dengannya.. kalu untung masing2 ngakula aku la yang bijak melabur tapi bila lebur semua berteraburrrr.....

    BalasPadam
  12. aiman tak kisahhh...lantak gi la dame nak buat pun nak duit zakat tu..nanti jawapla di akhirat di hadapan rabbuljalil...

    BalasPadam
  13. OK LAH TU,
    BOLEH BAWAK MAKWE MASING2 MENGAJI KAT SITU..SAMBIL SANTAI2 DAM MANDI KOLAM
    MANDI...
    UNTONG WEIII..

    BalasPadam
  14. Mohon tuan2 fikir secara positif. Idea Islamic Hotel itu sangat menarik. MS Garden merupakan sebuah hotel yang popular di Kuantan. Saya percaya pembelian hotel tersebut akan memberikan keuntungan kepada MUIP. Semakin banyak keuntungan, maka Insya Allah semakin banyak bantuan dapat diberikan kepada golongan Asnaf dan umat Islam. Bagi saya, pengekalan pihak management bukan isu yang besar. Mereka cuma mencari rezeki di hotel tersebut. Kalau mereka ini diberhentikan, maka mungkin pihak MUIP telah berlaku zalim kepada mereka. Saya percaya, mereka cuma menguruskan hotel tersebut, tetapi yang akan menentukan hala tuju ialah MUIP.

    BalasPadam
  15. banyak lagi mende lain nk buat wei!!! len la pahang ni dah xdok orang yang layak dapat zakat.sekolah agama rakyat jadi mu anak tirikan,muallaf mu biar je,banyak lagi fakir miskin yang perlukan keperluan asas nak teruskan hidup banyak lagi mu tak tolong .KALAU UNTUNG BOLEH TOLONG LAGI ORANG SUSAH MU KATE>>Kalaunye untung,kalau rugi mu nak ganti ke duit tuh?!mu tunggu je la bale tuhan turunkan atas pale mu nanti..

    BalasPadam
  16. Kita mmg bebas untuk berhujah. Tp jika hujah yg diberi itu adalah tidak benar, hukumnya fitnah. Semoga anda yang berhujah di sini bebas dr melemparkan fitnah. Renung2 kn.

    BalasPadam
  17. mualaf bersepah tak terbela...x nak pulak bina perlindungan tp hotel lak beli..apa menda nya...pikir la sikit.... klu iye pon pikir tuk islambkn tuk pelburan sndri..nk pikir baik guane,,,, asnaf kena tingkatkan.,

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.