script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Musykil: "Mahkamah Syariah Pahang" Terpinggir, Banyak Jawatan Penting Kini Tiada Penggantinya

KUANTAN, 17 Jan - Orang ramai yang berurusan dengan Mahkamah Syariah Pahang di sini pasti terkejut dengan kedaifan premis terbabit. Ini kerana biar pun sudah lebih enam belas tahun beroperasi dan mempunyai dua orang Menteri Besar yang memegang portfolio Exco Agama, namun premis terbabit dilihat cukup memalukan kerana belum mempunyai bangunan sendiri dan masih menumpang di bangunan lama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang kini dijadikan pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Malah, lebih menyedihkan Mahkamah Syariah itu satu-satunya yang belum ada bangunan sendiri. Tambah mengejutkan semua mahkamah syariah di negeri pembangkang seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sendiri pun sudah mempunyai bangunan sendiri. Soalnya, kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak peka dengan kelemahan ini. Malah bangunan baru di Kelantan dan Pulau Pinang yang ditadbir oleh pembangkang itu pun mendapat bangunan baru yang sebahagiannya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Paling menyedihkan, permohonan bajet untuk membina bangunan baru namun sehingga ke hari ini masih tiada sebarang tindakan daripada kerajaan. Paling mengejutkan, Negeri Pahang kini masih belum ada lantikan Ketua Pendakwa Syarie iaitu jawatan paling penting yang berkuasa untuk pendakwaan. Buat masa ini kuasa pendakwaan hanya dijalankan oleh Timbalan Pendakwa sahaja. Malah bagi jawatan Ketua Hakim Syarie yang telah tamat kontrak sejak setahun yang lalu hingga kini masih belum ada penggantinya. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Mufti yang masih kosong hingga ke hari ini.


Inilah dia keadaan Mahkamah Syariah Pahang yang menumpang bangunan
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhampiran dengan Masjid Negeri

[Kerajaan Negeri Pahang wajar mengambil berat isu ini jika tidak mahu hal ehwal agama Islam di negeri ini terus diperlekehkan oleh pihak-pihak tertentu. Sewajarnya Mahkamah Syariah Pahang diwujudkan pada bangunan yang berasingan bagi memudahkan sebarang urusan. Amatlah memalukan bila sebuah negeri yang ditadbir oleh UMNO BN masih ketinggalan dari segi pembangunan agama berbanding negeri pembangkang. Rakyat wajar menilai apa yang berlaku ini. Kenapa Kerajaan Pusat boleh salurkan peruntukkan kepada negeri yang dikuasai pembangkang, sebaliknya meminggirkan negeri Pahang ini. Walhal, Perdana Menteri Malaysia adalah berasal dari bumi Pahang. Ini membuktikan, mereka sebenarnya rasa selesa dengan apa yang ada, sebaliknya menabur projek di negeri pembangkang untuk membuktikan kononnya prihatin dan rakyat didahulukan. Akhirnya negeri BN seperti Pahang ini ketinggalan dari segi pembangunan itu sendiri sebenarnya. Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) perlu bertindak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan penting di jabatan itu demi meningkatkan syiar Islam di bumi Pahang ini. Jika terus dibiarkan, maka rakyat khuatir banyak perkara penting akan gagal dilaksanakan kemudian].
Share:

30 ulasan:

  1. Tengok mcm ketua agamanya! disegani ramai! hihihi

    Harry lee

    BalasPadam
  2. jangan korang panggil Mahkamah Syiah..dah lah - nanati ramai pulak yang nikah mut'ah.

    BalasPadam
  3. Kerajaan prihatin tu..cuba ko tengok bangunan yang indah tesergam di tengah2 Bandar Metropolitan Kontan. mana ada bangunan yang melengkung begitu..kecuali bangunan tu saja..

    BalasPadam
  4. Takpayahlah buat besar2. Yang pentingnya pengisiannya je.

    BalasPadam
  5. bukan setakat JAIP je yang tiada peruntukan tp cuba kau org pergi tengok di semua sekolah sekolah agama di negeri Pahang, semuanya daif, asrama pun aku kesian tengok budak2 belajar satu almari kongsi 2 orang, tilam koyak rabak tp kerajaan tak bagi peruntukan untuk sekolah agama tp cuma bagi kat sekolah cina dan india berjuta-juta. Bab agama kerajaan BN tak ambil berat langsung...

    BalasPadam
  6. Tonpang tanye sikit weh....Ketua Ugama sapa? Maaf yeh...koi nnanya aje, jgn loh nok maroh pulokkk, mnde koi tak tau.

    BalasPadam
  7. Patutlah premis2 maksiat semakin banyak dKtn & pendakwaan tidak bolih diambil olih jabatan agama.

    BalasPadam
  8. ko ni buta ke pdo..bangunan mahkamah syariah hmpir siap dkt indera mahkota tu kn...nt semua jawatan akn di isi mngikut keperluan...ko ni bt isu tnpa usul periksa...pdo(cucumatkilau owner)ni hr tu hilang kamera nt hilang muka plak...heeeeee

    BalasPadam
  9. INDERA MAHKOTA TU, MAHKAMAH PERSEKUTUAN. BELANJA KAT >rm100juta.
    DUIT FEDERAL.
    MAHKAMAH SYARIAH- DUIT NEGERI. TUNGGU DUIT BALAK, DUIT BIJIH BESI, EMAS TAK LAMA LAGI....
    KALAU BUAT CANGGIH2 NANTI RAMAI PULAK RAKYAT PAHANG KENA DAKWA, MINUM ARAK/JUDI/TARI TIANG/RATU PONDAN/RUMAH URUT/ZINA/ROGOL/SODOMI DAN MACAM2 LAGI...
    SABOOOOR JE LAH...!!!!

    BalasPadam
  10. JAIP jangan pulak duit ZAKAT buat Mahkamah Syariah ni ye? Itu duit untuk Golongan Asnaf sahaja.
    Time kacih.....
    Nanti kontobesi..

    BalasPadam
  11. MASING-MASING BAK MENGUTUK MAHKAMAH SYARIAH BUKAN MAIN, TAPI PANDANG SEBELAH MATA AJE MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MAHKAMAH SYARIAH, KALAU PEMIMPIN PUN DAH PANDANG SEBELAH MATA, RAKYAT PUN TAK KUASA NAK PANDANG, LAGI PERLEKEH LAGI ADE,...

    BalasPadam
  12. PDO dan ketinggalan maklumat ,Mahkamah syariah dan Pej Agama,dah diarahkan pindah ke Pejabat Daerah Dan tanah Kuantan(bangunan lama sebelah muzium),perkara ni disahkan bila klien saya terima surat tangguhan mahkamah kerana pindah pejabat.Setahu saya kat bangunan sana tu lagilah teruk,dewan bicara takde,renovate tak dibuat langsung..sesapa boleh le tinjau.kacau betul pemikiran orang yang suruh pindah tu..

    BalasPadam
  13. agaknya mahkamah dan pejabat agama nak dimuziumkan di situ...kalau dah jadi musium tak sape dah nak peduli..hari dah nak kiamat...2012 - tahun ni dijangkakan, kiamat kecik besar tu tak taulah

    BalasPadam
  14. selama ni sibuk ngan Jabatan agama islam selangor....yg terlalu sibuk menangani isu murtad dsbnya.....hari2 kuar tv...bila asan ali dipecat..sibuk tanya knp pas xjadi exco...
    tu dia punya pasal la.....
    jabatan agama islam negeri bn kena jaga la...jgn sibuk jaga tepi kain org....JAIP dhaif sgt....dahlah hidup menumpang bangunan org....
    duit kerajaan hasil bumi dan balak tu kemana?....hanya anak2 yaakob je yg tahu (kalil dan adnan)

    agaknya kalau pakatan rakyat memerintah...lama dah jaip ada bangunan sendiri....aku nak kuar umno la cam ni...heheeee..

    BalasPadam
  15. PAS melukut di tepi gantang

    KUALA LUMPUR 18 Jan. - Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam membuktikan kedudukan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri itu sekarang bagai melukut di tepi gantang.

    Ketua Pembangkang negeri, Datuk Mohd. Satim Diman berkata, keputusan tersebut menggambarkan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang hanya sekadar penumpang dan tidak diyakini oleh rakan yang lain.

    ''Ini merupakan satu tamparan hebat kepada Pas yang kononnya mengaku sebagai pejuang agama Islam tetapi parti itu tidak diberi kuasa untuk menjaga hal ehwal Islam di Selangor.

    ''Keputusan itu juga memberi gambaran jelas bahawa Pas sentiasa tunduk dengan arahan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun terpaksa menerima penghinaan sebegini tanpa ada sebarang tentangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Tambah beliau, Pas sekarang sudah menjadi sebuah parti 'pak turut' dalam pakatan pembangkang termasuklah dalam beberapa isu melibatkan akidah umat Islam seperti isu arak dan murtad di Selangor.

    Beliau mengulas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali yang digugurkan daripada jawatan tersebut minggu lalu.

    Bagaimanapun, Dr. Ahmad Yunus hanya akan bertanggungjawab terhadap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, dan Khalid Ibrahim sendiri akan mengetuai jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

    Sementara itu, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula mempersoalkan perkongsian kuasa Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri itu kerana pelantikan tersebut menunjukkan parti itu rela melepaskan portfolio itu kepada PKR.

    ''Tanggungjawab menjaga hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam merupakan satu portfolio yang penting serta menjadi lambang peranan Pas dalam perkongsian kuasa dalam kerajaan pakatan Selangor sebelum ini.

    ''Jika benar Pas penting dalam pakatan pembangkang dan bukannya sekadar parti menumpang, portfolio itu perlu dikekalkan dan pelantikan tersebut menunjukkan parti itu semakin lemah sehingga tidak lagi dihormati rakan seperjuangannya," ujarnya.

    Kata beliau, Pas sepatutnya sedar parti itu hanya sedang dipergunakan oleh PKR dan DAP untuk merealisasikan impian mereka untuk menang dalam pilihan raya.

    BalasPadam
  16. Padan muka. PAS sepatutnya sedar dan akur di takat mana ia berada dan boleh menilai akan tinggi rendahnya langit. Jangan terlalu angkuh dan besar kepala sehingga terlupa dan lalai bahawa bumi tempat berpijak ini tidak hanya seluas padang bola.

    BalasPadam
  17. tak pe lah PKR jadi exco -janji dapat bangunan mahkamah baru. kat selangor Mah. syariah dapat bangunan baru - dulu sama-tumpang kat mahkamah sivil di Shah alam. WPKL pun dah dpt baru, pahang ni memang sentiasa ketinggalan dari orang lain. Nak kaya tunggu LYNAS dan duit Jual air ke SGOR -tp Kjaan selangor buat hal pulak dah, macam tak nok nke air pahang sebab air pahang pun dah kotor sgt agaknya..koi tgk sungai pahang, sungai semantan, sungei itam pekan dan lain2 sungai dah tak macam dulu. koi ingat masa sekoloh dulu, air sungai pahang amat jernih, boleh minum terus tanpa was2, tp sekarang ni tak berani nak minum terus kena basuh dulu baru boleh minum..kah..kah newwater s'pore lebih bersih dari sg pahang agaknya.

    BalasPadam
  18. isunya disini,ngapa dhoif sangat negeri ni bab nak memartabatkan institusi agama,apa guna exco atau sebagainya...tapi pengisian yelek.aku takmo nak kait sangat bab politik ni..sebab ada negeri umno..bagus jugak cam perak zaman Tajol Rosli..kelnatan pun hampas jugak bab bangunan mahkamah ni,tapi persoalanya..kenapa biar gini?dahtu suruh pulak pindah tempat baru..kemudahan tak diberi.ni la isunya..tuan puan

    BalasPadam
  19. Mari kita sama-sama pangkah PR. Hanya PR je boleh settle masalah kita. Pasni pasti kita tak payah bayar cukai tanah, cukai pintu dan segala macam jenis cukai. Parking tak payah bayar, boleh taruk mana suka. Sampah boleh buang mana suka sebab takdak orang berani saman. Api, air, road tax, ptpn, tol, sekolah anak semuanya free. Mana-mana yang ada saman masa BN perintah, automatik terbatal. Semua kerajaan PR tanggung. Fuyoh...seronoknya!!!! Dah tok sabor nok tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam
  20. Mentang mentang hasil mahkamah tak macam hasil PTG dan pejabat tanah... bagi aje lah tempat asal boleh duduk, tapi hasil mesti bagi kat KN, macam lembu tumpang kandang kambing....

    BalasPadam
  21. PAS melukut ditepi gantang ok lagi..peduli apa ngan parti..ni Institusi agama yang melukut malah duk bawah gantang..

    BalasPadam
  22. Dah ada tempat tu pun dah kira syukurlah tu... zaman nabi, sahabat dan tabien pun mana ada bangunan mahkamah! bicara je dalam semak, apa salahnya. saya penah dengar ada seorang kadi dulu bicarakan litigan di cofee house je, lepas tu ambik plak OKT perempuan yang ditangkap khalwat wat bini...(ini bukan khabar mutawatir,cuma hear say saja)

    BalasPadam
  23. Bangunan Mahkamah Syariah N Kelantan molek sikit je dari Pahang. walaupun nik Ajiz nak laksanakan hudud. sepatutnya dah 20 tahun perintah, kenalah bangunan molek sket, ni minta federal buat, dan yang herannya federal luluskan pulak tu budget utk buat MS Kelantan (PHG DOK LULUH WEH). mungkin oghe demo ni ramai kat UPE. Pahang ni namanya je PM orang PHG tp 'dikelilingi' oleh bukan orang phg agaknya.

    BalasPadam
  24. PAHANG BANYAK BIJIH (terbesar Asia), BALAK, EMAS, SAWIT,GETAH dan macam2 lagi.
    KELANTAN - tak ade hasil ape2. Cuma nega barang siam je.
    INSYAALLAH, BERKAT.

    BalasPadam
  25. dulu2 peguam mana ada ambil upah cam la ni ribu riban,dulu mana ada rumah Nabi besar cam lo ni,rumah sahabat lagi laa,mpk pun takde,pejabat tanah pun takde,sapa nak tanah usaha,ni geran la,duit parking la...pehhh pemikiran apa la..kalau ada otak kemetot fikir cam kat atas tu

    BalasPadam
  26. memang lah dapat tempat pun patut bersyukur... tapi masalah nye ... kandang babi boleh lak bagi yang elok... ni nak susu lembu... tapi lembu dilanyan macam anjing.

    BalasPadam
  27. Satu teguran untuk ANONYMOUS 17 JAN 10.31 PM.
    JAIP tidak mentadbir duit ZAKAT. duit ZAKAT adalah di bawah MUIP (MAjlis Ugama ISlam da Adat Resam Melayu PAhang). Langsung takde kena mengena dengan JAIP. RAmai lagi yang tak tau beza antara JAIP dengan MUIP. Kalau tak tau tanya jangan tulis ikut sedap mulut je. Diam lebih baik dari bercakap benda yg tak diketahui. sebab bila bercakap terus nampak KEBODOHANNYA.

    BalasPadam
  28. Mari kita sama-sama pangkah PR. Hanya PR je boleh settle masalah kita. Pasni pasti kita tak payah fikir nak bayar cukai tanah, cukai pintu dan segala macam jenis cukai. Parking tak payah bayar, boleh taruk mana suka. Sampah boleh buang mana suka sebab takdak orang berani saman. Api, air, road tax, ptpn, tol, sekolah anak semuanya free belaka. Mana-mana yang ada saman dan waran mahkamah masa BN perintah, automatik terbatal. Kilang-kilang haram atau tak haram yang berbahaya sama-sama kita tutup. Semua kerajaan PR boleh tanggung semuanya. Barulah negara kebajikan namanya. Fuyoh...seronoknya!!!! Dah tok sabor nok tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam
  29. teguran kwn pada anon 20 jan 11:49...

    jgn cepat nak memperbodohkan org...
    kalau salah betulkan dgn baik2....kalau dah betulkan dgn baik..kalau salah lg..gunakan kaedah lain plak...

    apa yg aku faham anon sebelum tu walaupun muip dan jaip tu ada perbezaan dlm tugasan mereka tapi kedua duanya bertanggung jawap pada agama islam pahang...

    nak jalankan tugas camne kalau hidup menumpang bangunan org serta keadaan dhaif plak...jap tukar sana tukar sini...org nak berurusan pun tawar hati...cuma kerana terpaksa je....

    bn/umno memerintah terus meminggirkan keperluan sebegini kerana tak membawa keuntungan pada mereka kut....maka terpinggirla pejabat agama islam itu dari dulu ...kini...dan mungkin selamanya kutt?...

    BalasPadam
  30. AKU TAHU LA, JAIP NIE MENGURUSKAN PEMBNGUNAN BERKAITAN SEKOLAH/MASJID DAN SEWAKTU DENGAN NYA. LAIN2 TU PENGURUSAN IKWAMUSLIMIN DIBAWAH MAIP. JAIP/MAIP NIE SEDARA KANDONG DIA.
    AKU INGATKAN JAIP JGN TERIMA DUIT ZAKAT TU "UNTUK BUAT BANGUNAN TU".
    KOU ANON 20JAN 11.49AM...TAK FAHAM, TANYA..SBB KOU,AKU RASA MASIH ULAM LAGI..
    AKU DGN. JAIP/MUIP NI MACAM SEDARA, SO TUGAS AKU NASIHAT SEDARA2 AKU YG KURANG SEDAR NI.. MUGA2 KOU FAHAM!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.