script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihanraya Umum: BN Dan PAS Mulakan Kempen Perang Siber Negeri Pahang Di Bandar Ikan Patin!

TEMERLOH, 29 Jan - Kempen "Perang Siber" menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 nampaknya bermula, apabila dua program besar melibatkan kerajaan dan pembangkang Pahang telah dan akan diadakan di bandar ini. "Bandar Ikan Patin" dijadikan lokasi untuk kedua-dua pihak memulakan serangan dan mengatur srtategi ke arah itu. Apapun, kami di Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas kepada semua pihak yang mula ada kesedaran terhadap kepentingan media baru (siber) dalam memantapkan perjuangan masing-masing. Walau pun ia tidaklah sehebat yang dijangka, namun pendekatan yang dilakukan menjurus ke arah pengihtirafan kepada media baru itu sendiri. Khabarnya, PAS Pahang telah mengadakan Konvensyen ICT dan Media Baru 2012 Peringkat Negeri Pahang di Darul Amin, Sg.Gau pada 28 Januari lalu. Sementara itu kerajaan Pahang menerusi NGO's "1Agenda" dan "PahangKu" pula akan mengadakan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Dewan Tun Razak dekat sini pada 4 Februari nanti. Program itu merupakan Siri Jelajah MyVoice Negeri Pahang sebagai tanda sokongan NGO terbabit terhadap kerajaan BN dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang.

[Nampaknya, kedua-dua pihak sudah mula nampak kepentingan media baru di Pahang ini sebenarnya. Namun, anehnya sebagai pelopor media baru di Pahang kami tidak pun diundang secara rasmi untuk hadir di kedua-dua program berkenaan setakat ini. Walau pun kami banyak membela pembangkang dalam beberapa isu panas yang dikeluarkan namun tiada jemputan rasmi yang diterima untuk krew-krew PDO sama-sama hadir memantau program itu. Mungkin, kedua-dua pihak melihat kami sebagai "musuh siber" masing-masing agaknya. Lantaran itulah mereka tidak berani untuk mengundang kami sebagai pemerhati program berkenaan. Apapun, bagi kami itu adalah hak masing-masing. Kami berjuang diatas landasan kebenaran yang hakikini, yang baik untuk rakyat di sokong dan yang menyusahkan rakyat akan terus ditentang. Apapun, kami ucapkan tahniah sekali lagi kepada pihak yang berkenaan. Cuma biarlah ia konsisten dan berterusan, jangan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Sedangkan pengisian untuk "perang siber" itu akhirnya dipersia-siakan].
Share:

6 ulasan:

  1. jangan sibuk berkempen pru sahaja ..ne ada isu lebih besar ..anak- anak kita yang bersekolah dah masuk bulan februari masih tiada buku teks..pengetua isteri no 1 pemimpin barisan nasional pahang..tapi buku teks pun tak mencukupi untuk pelajar tingkatan lima...apa cita.

    BalasPadam
  2. biasa le tu bila menghadapi peperangan.....PILIHANRAYA.Masing masing berbincang tentang strateji yg perlu di laku agar pengundi mendapat maklumat dan penerangan yang jelas dan betul.Peranan IT di masa kini amat berkesan bagi mendidik generasi muda dan terpelajar akan keadaan /suasana ekonomi,hal semasa,penyelewengan dll.

    BalasPadam
  3. Lebih baik perang SABIL.....

    BalasPadam
  4. "Namun, anehnya sebagai pelopor media baru di Pahang kami tidak pun diundang secara rasmi untuk hadir di kedua-dua program berkenaan setakat ini."

    Pelopor? hahahahahahaha angkat bakul betul lah si PDO ni...

    BalasPadam
  5. PDO ni taraf bakul sampah je........

    BalasPadam
  6. kalau taraf bakul sampah kenapa kau pun buka pdo dan bacca, siap boleh komen lagi... kau lagi 'tong sampah'...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.