script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Debat Isu Lynas, PAS Pahang Gesa Agar MB Tidak Berdolak Dalih Jika Tidak Mahu Di Cop Pengecut!

KUANTAN, 19 Jan - PAS Pahang meminta Menteri Besar Dato' Sri Adnan Yaakob berhenti berdolak-dalik sebaliknya serius untuk berdebat dalam isu Lynas jika tidak mahu dicop pengecut. Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad (foto) berkata, Adnan tidak sepatutnya menganggap debat dengan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sia-sia kerana isu tersebut terus menjadi kontroversi kepada umum. “Jika tidak mahu dicop pengecut tetapi terus berdolak-dalik itu tak guna, debat ini penting supaya rakyat dapat didedahkan dengan maklumat sebenar tentang isu yang menghantui mereka,” katanya. Suhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Adnan yang tampil di muka depan akhbar Sinar Harian semalam mendakwa beliau bukanlah seorang pengecut untuk berdebat Fuziah dalam isu Lynas. Namun dalam masa yang sama awal-awal lagi beliau sudah menganggap debat tersebut adalah sia-sia kerana bakal dijadikan propaganda politik. “Saya bukan pengecut. Saya tak gentar sekiranya Fuziah mahu ajak saya berdebat tetapi jika dia mahu menjadikannya isu propaganda, maka perdebatan itu sia-sia. “Kita boleh berdebat dengan orang-orang bijak tetapi adakah kumpulan anti-Lynas ini bijak? Kita telah berikan mereka semua fakta daripada tetapi mereka masih tidak menerimanya,” katanya sebagaimana disiar media. Sebelum ini Fuziah bersedia untuk menyertai debat yang dicadang akan dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perhimpunan Hijau, yang membariskan Fuziah, Adnan dan Ketua MCA Bahagian Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berkaitan isu Lynas. Fuziah mahu debat umum itu melibatkan semua pakar berkaitan supaya rakyat dapat mengetahui dan mendapatkan maklumat lebih tepat dan telus. Isu Lynas menjadi topik hangat penduduk daerah ini sejak Kerajaan BN Pahang bersetuju membenarkan kilang memproses nadir bumi dari Australia yang dikatakan sudah ditolak oleh negeri-negeri lain itu beroperasi di Gebeng.


Laporan muka depan Sinar Harian semalam yang menyebut Adnan tidak
takut untuk berdebat dengan YB Fuziah Salleh tentang berkaitan Lynas
Suhaimi berkata, debat yang dicadangkan oleh NGO berkenaan adalah berikutan rakyat gagal untuk mendapat maklumat yang telus dan tepat mengenai Lynas. “Dulu dianjurkan taklimat 8 siri tentang Lynas. Tetapi setelah orang ramai hadir dan bertanya, program penerangan itu dihentikan oleh penganjur selepas hanya dua kali berjalan. “Kerajaan ada buat sesi penerangan tetapi secara terpilih dengan memanggil penyokong UMNO untuk diberi taklimat tertutup, bukannya secara terbuka kepada umum. “Malam program yang serupa anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bangunan RTM baru-baru ini juga pesertanya dipilih-pilih, bukan semua orang boleh masuk. “Jadi debat yang dicadangkan itu merupakan cara yang dicadangkan oleh NGO tersebut setelah rakyat dan penduduk Kuantan khususnya, dinafikan mendapat maklumat sebenar,” katanya. Tambah Suhaimi, sebagai wakil rakyat sudah tentu Fuziah mesti bela penduduk Kuantan yang gementar dengan projek itu. Sementara itu, pihak anti-Lynas juga telah membariskan lapan orang pakar dalam pelbagai bidang termasuk Dr Jayabalan yang pernah terlibat sebagai saksi dalam isu radio aktif Bukit Merah dulu.

[Ramai yang terkejut dengan sikap berdolak-dalih MB Pahang dalam isu ini. Isu Lynas jika tidak kerana propaganda politik pun, sudah pasti ia tetap menjadi "isu politik". Ini kerana, yang menyokong dan membawa masuk projek tersebut ialah kerajaan UMNO BN. Bukankah UMNO BN itu adalah sebuah parti dan pertubuhan politik. Adnan sebenarnya takut berhadapan dengan kenyataan kerana beliau tahu dia tidak layak untuk berhadapan dengan Fuziah dalam debat yang bakal diadakan secara terbuka itu. Sikap Kerajaan Negeri Pahang yang terus memperbodohkan rakyat dengan kenyataan "kebudak-budakan" tidak melayakkan Adnan untuk berdebat dengan Fuziah. Dek kerana itulah, beliau takut dirinya dimalukan nanti. Jalan terbaik ialah berusaha agar debat itu tidak berlaku demi menjaga maruahnya. Pihak yang layak berdebat dtentang isu ini ialah Lynas Corporation atau Lynas Malaysia Sdn Bhd. Mereka wajar menghantar CEO syarikat terbabit untuk berdebat dalam isu ini. Lynas sememangnya isu politik kerana perjuangan membantah projek tersebut dinaungi oleh parti-parti politik pembangkang termasuk juga MCA dari BN sendiri. Makanya, kenapa perlu takut jika berada di pihak yang benar. Cikgu Adnan tidak perlu berpura-pura disebalik kesilapannya menerima projek berisiko ini].
Share:

24 ulasan:

  1. TOK NAN OIIII.....????
    PENGECUT LAH TU NAMANYA...
    AKU PANTANG POMPUAN CABAR TAU...
    CISSS..RUPANYA ,BATU TOK NAN NI KECIK SAJA, MEMBESAR JIKA ADA KAWAN2/ KRONI ADA DISEBELAH SAJA..!!
    TAK SANGKA YOU.. PONDAN KAT LORONG PASAR PUN BERANI MEMCABAR...
    kahkahkah....
    Kalau tak daya nak berjalan, aku sanggup pikul/topang la...malu kat anak2 oii...

    BalasPadam
  2. aku rasa tak perlu berdebat dengan tok nan ni..coz die bukan pakar die cuma yang membenarkan kilang tu dibuka..aku rasa lebih baik pergi terus ke Lynas tanya n debat dengan diorang punya pakar..baru best..ilmu pun dapat skit dari dua belah pihak.

    BalasPadam
  3. hahahahah hohohoho hehehehehehe

    BalasPadam
  4. Berdebat dgn, TUAN RUMAH SEWA lagi baik drp. PENYEWA RUMAH.
    TUAN RUMAH kena pikul TANGGUNG JAWAB. PENYEWA RUMAH bila2 masa boleh LARI.. cuma rugi DEPOSIT saje la.. Ada FAHAM TUAN PENASIHAT??

    BalasPadam
  5. Tuan Rumah hanya dapat duit..kalau si penyewa tak bayar baru dia halau..kalau duit slalu masyuk macam mana nak halau kuar..jadi makna nya berdebat dengan penyewa dulu baru citer kat tuan rumah..Tuan rumah tau apa cukup bulan nak je..penyewa jual dadah pun die tak tau bro..aku rasa baik berdebat dengan orang Lynas baru sama hebat bro..

    BalasPadam
  6. BANYAK SANGAT "COKKEDAK NYA" SEBAB ITU FOZIAH NI NAK HALAU SAJE PENYEWA/LYNAS NIE, SEBELUM JADI PARASIT.

    BalasPadam
  7. nak halau macam mana..?? Bukti takde bro..bukti saintifik kita ade ke??kalau setakat isu bukit merah..aku rasa tak kuat la bro..kalau dikaji sejarah di bukit merah pun kilang tu tak kalah pun masa tu..faktor bahan mentah yang dieorang tutup..appara...

    BalasPadam
  8. Blh ke nk halau Lynas nie kuar? klau ditakdirkan pembangkang menang blh ke nk stop kilang nie..perjanjian mesti dh dibuat antara kerajaan M'sia dn Lynas..klau nk ditutup mesti K'jaan M'sia kena byr pampasan mcm projek2 yg melanggar perjanjian..

    BalasPadam
  9. Project Lynas lebih 700 juta tu...klau PR memerintah aku rasa tak tutupnya..diaorg akan bg jalan jgk tapi dengan memantau lebih ketat lagi...skrg hanya masa utk tunjuk masing2 perihatin jeee psl projek nie...bila dh ada kuasa esok2 tgk je lah apa jadi...

    BalasPadam
  10. aku ada dgr citer btl ke gambar bdk pempuan yang cacat pasal tragedi bukit merah yg di tampal dimerata2 tpt tu emak dia kerja masa tgh contruction? bukan masa tgh operasi..dgr jgk citer kes nie diorag x menang pun..ada sapa2 blh bg info?

    BalasPadam
  11. ADNAN BUKAN PENGECUT.. saya ulang.. ADNAN MEMANG BUKAN PENGECUT.. cuma dia ni tak de telor aje... kah 3x..

    BalasPadam
  12. Tak payah la buang masa nak debat dgn Tok Nan ni, dah x berape hari lagi dia pon hanyut, nun nak ditukarkan ke JPM jadi menteri "tak berpelior"...tunggu je PM umum...

    Kalu nak debat ajaklah MB Pahang baru nanti, org kuantan dan org ni lebih hebat lah dpd Long ni...ajak dia berdebat tapi bila dia setuju nak debat org yg nak debat sangat tu jgn la lari yea? Jgn la bagi alasan ke ape ke...

    Tunggu la MB baru....

    BalasPadam
  13. memang adnan ni pengecut.cakap besar ,sombong,ego dan bongkak.memang takada batu......hilang kelaut cinape selatan.Buat malu kat orang pelangai dan pahang aja.....dasar pondan,gertak olih orang perempuan pun ketar lutut.pemimpin apa nama nye.macam lembu sapi aja

    BalasPadam
  14. apasal tok nan tak layak di ajak berdebat...kenapa hanya lynas?....

    sepatutnya tok nan yg patut berdebat... kenapa beliau memberi kelulusan kepada projek itu.....

    senang contohla.... tok nan luluskan projek ternak babi terbesar dunia di gebeng.... so tak kan nak suruh ngo berdebat dengan tokey babi tu.... ton nan la yg patut di ajak berdebat.... itupun tak leh pikir ke?

    BalasPadam
  15. MB Phg tu umNOBRAIN kan? Jgn main2 gan umNOBRAIN ni kang tak pasal kena ludah gan geng2 pendekar meLAYU dari petaling jaya utara.....

    BalasPadam
  16. memang betul tok nan ken debat isu kenapa diluluskan..
    tetapi isu radiasi,safety bukan die yang kene debat die cuma cikgu skolah jer..nak citer pasal uranium pun tak tahu..
    yang sebetulnya fuziah ajak pakar lynas debat tok nan jadi pemerhatinya..apasal Fuziah tak berani keluarkan statement ajak wakil Lynas debat? ni ajak situa yang memang dah ngok..tak adil la macam ni.

    BalasPadam
  17. Berdebat dengan PKR dan PAS umpama berdebat dengan angin dan api, tidak aka ada kesudahannya. Kenapa? Sebab mereka tidak akan menerima hakkat dan akan terus menafikan fakta.

    BalasPadam
  18. Mari kita sama-sama pangkah PR. Hanya PR je boleh settle masalah kita. Pasni pasti kita tak payah fikir nak bayar cukai tanah, cukai pintu dan segala macam jenis cukai. Parking tak payah bayar, boleh taruk mana suka. Sampah boleh buang mana suka sebab takdak orang berani saman. Api, air, road tax, ptpn, tol, sekolah anak semuanya free belaka. Mana-mana yang ada saman dan waran mahkamah masa BN perintah, automatik terbatal. Kilang-kilang haram atau tak haram yang berbahaya sama-sama kita tutup. Semua kerajaan PR boleh tanggung semuanya. Barulah negara kebajikan namanya. Fuyoh...seronoknya!!!! Dah tok sabor nok tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam
  19. Jangan dok fikirlah. Mari kita sama-sama pangkah PR dalam PRU13 nanti. Hanya PR sajalah harapan untuk settle masalah-masalah kita.
    -Cukai tanah & pintu dihapuskan
    -Road tax & tol free
    -Api & air free
    -Segala saman & waran mahkamah masa BN perintah automatik terbatal
    -Harga minyak, gas & barang keperluan harian diturunkan
    -Sekolah & PTPN tak payah bayar
    -Segala jenis bantuan kewangan kepada rakyat.
    -Tender, kontrak, pemilikan rumah dan tanah dibuka secara adil tanpa mengira kaum.
    -Kilang-kilang yang berbahaya akan ditutup.
    Pendek kata tak tertulislah kat sini. Apa yang penting kita perlukan perubahan. Memang seronoklah, dah tak sabar nak tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam
  20. Mari kita sama-sama pangkah PR. Hanya PR je boleh settle masalah kita. Pasni pasti kita tak payah fikir nak bayar cukai tanah, cukai pintu dan segala macam jenis cukai. Parking tak payah bayar, boleh taruk mana suka. Sampah boleh buang mana suka sebab takdak orang berani saman. Api, air, road tax, ptpn, tol, sekolah anak semuanya free belaka. Mana-mana yang ada saman dan waran mahkamah masa BN perintah, automatik terbatal. Kilang-kilang haram atau tak haram yang berbahaya sama-sama kita tutup. Semua kerajaan PR boleh tanggung semuanya. Barulah negara kebajikan namanya. Fuyoh...seronoknya!!!! Dah tok sabor nok tunggu PRU13 ni.

    BalasPadam
  21. kalau tok nan tak mampu nak jawap debat pasal isu2 radiasi tu maksud nya beliau tak tahu langsung la pasal projek ni...setakat main lulus je la ya?...mungkin dia ingat lynas ni nak buka kilang batik dan keropok lekor kut?...

    kalau dah banggang tahap gaban tak yah jadi menteri besar la.....atas kebodohan beliau pahang kena saman balak tapi sampai sekrg tak mampu byr plak....

    sepatutnya sebelum luluskan projek tu...kena panggil pakar2 pasal radiasi untuk buat lapuran/infomasi dan bagi nasihat kepada beliau...pastu buat penerangan dan dapatkan maklum balas penduduk dsbnya sebelum luluskan projek berisiko cam tu?....tu pun nak kena ajar juga ke?...

    kalau dah pandai2 luluskan projek tu...so pandai2 jawap org ajak berdebat.... jgn nak main tai chi plak....

    BalasPadam
  22. Bila 2 biji telur tok nan termasuk terkesut kedalam ini bermakna mamalia itu dalam ketakutan yang amat lantas memaksa telur 2 biji aotumatik terkesut lantas menghilangkan kewujudan telur yang hanya ada mamalia lelaki dan apabila ini berlaku ia menampakkan kelakian kita hilang tahap kritikal

    Maka terpaksa ribuan pencacai backup gear untuk menyelamatkan keadaan agar ia tidak menampakkan kelelakian umngok musnah dilanda badai DEBAT TANPA JAWAB

    BalasPadam
  23. kalu nak tutup kilang bahaye maksudnye kilang di kerteh semua tutup skali la..bodoh punya idea!!Otak letak di kaki..

    BalasPadam
  24. ini isu lynas saje la,
    Pundek punya anon 22jan.7.14pm
    Budak sekolah, belajar subjek kimia betul2.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.