script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Khalid Samad Akui Kepimpinan PKR Kini Alami Krisis !


SHAH ALAM - Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Khamis mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dikosongkan bagi menyelesaikan krisis dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau berkata, tindakan Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Kajang dilihat sebagai wajar dalam usaha mengatasi masalah PKR. "Masalah dalaman PKR itu memerlukan penyelesaian yang cepat dan segera. Maka, perletakan jawatan Lee itu saya lihat bukan dilakukan secara saja-saja atau main-main tanpa adanya matlamat dan objektif yang lebih besar," kata Khalid yang juga anggota Jawatankuasa Kerja PAS dalam sidang berita di pejabatnya di sini. Khalid berkata, perletakan jawatan Lee dan pemilihan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang mampu menangani perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali. "Usaha untuk membawa masuk Anwar ke dalam pentadbiran Selangor juga dibuat kerana PKR percaya hanya Ketua Umum parti itu yang mampu meredakan keadaan tegang berikutan isu dalaman parti," katanya. Mengulas dakwaan bahawa Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, bakal dipilih sebagai Menteri Besar Selangor jika memenangi pilihan raya kecil itu, Khalid berkata, isu itu tidak timbul kerana pemilihan jawatan perlu mendapat persetujuan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP. Sekiranya ada pertukaran jawatan Menteri Besar, katanya PAS juga akan menyerahkan nama calon bagi mengisi jawatan itu. "Soal jawatan MB (Menteri Besar) tidak timbul kerana jawatan itu tidak boleh ditentukan oleh mana-mana parti sama ada PAS, PKR dan DAP di negeri ini. PAS secara sendirian pun tidak boleh tentukan jawatan MB kerana ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat) tidak mempunyai kerusi majoriti. "Jika ada perubahan jawatan MB, ia perlu persetujuan daripada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Kalau ada yang nak tukarkan MB, PAS juga akan serahkan nama calon...tapi kalau tidak ada, tidak ada la (serahkan nama)," katanya. #sumber
Share:

Hotel Bajet Jadi Transit Sindiket Edar Dadah Di Serbu


JERANTUT - Polis dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut menahan empat lelaki dalam dua serbuan, kelmarin dipercayai menjadikan hotel bajet, di sini, sebagai transit mengedar dadah kepada pelanggan. Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail berkata, dalam serbuan pertama, polis menahan lelaki berusia 32 tahun berasal dari Bachok, Kelantan dan menemui sepucuk pistol dan beberapa paket dadah. “Hasil pemeriksaan terhadap suspek, sepucuk pistol jenis Walther CP99 yang diselitkan pada seluar di bahagian perut ditemui bersama satu tin dipercayai pelurunya. “Turut ditemui satu paket dadah jenis heroin seberat 5.1 gram dan satu paket syabu seberat 1.6 gram serta 17 biji pil Erimin 5,” katanya pada sidang media di IPD Jerantut. Azid berkata, suspek turut membawa wang tunai sebanyak RM10,240 dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau iaitu dua rekod jenayah sementara dua lagi berkaitan dadah. “Suspek juga didapati positif dadah jenis metafetamin melalui ujian air kencing yang dijalankan,” katanya. Azid berkata, kes melibatkan senjata api disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun serta enam sebatan manakala memiliki peluru pula mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dengan penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya. “Bagi kes dadah pula disiasat mengikut Seksyen 39 A (2) dan 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.Dalam serbuan kedua, pihaknya menahan tiga lelaki berusia dalam lingkungan 23 hingga 43 tahun kerana memiliki dadah. Menurutnya, polis menemui dua paket heroin seberat 3.66 gram di atas tilam manakala dua paket syabu seberat 0.3 gram diletakkan atas meja manakala sepaket lagi heroin seberat 20.1 gram dijumpai dalam kotak rokok atas lantai. “Ketiga-tiga lelaki itu disyaki pengedar dadah di sekitar daerah ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. “Semua tangkapan dibuat hasil maklumat orang awam dan kami akan meningkatkan pemantauan dan risikan bagi membanteras jenayah narkotik ini,” kata beliau kepada wartawan media . #sumber
Share:

Pegawai JPJ Menyamar, Info Laman Sosial Tak Tepat


KUANTAN - Info Ops Raya Cina kononnya dari Bilik Gerakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tersebar di laman sosial sejak dua hari lalu kurang tepat dan mengelirukan. Timbalan Pengarah JPJ Pahang, Nazili Kadir berkata, pihaknya mendapati ada beberapa maklumat yang tertera tidak tepat. Menurutnya, pihaknya sudah maklum berhubung penyebaran info tersebut malah sudah dirujuk ke ibu pejabat untuk pengesahan bagaimanapun belum menerima jawapan sehingga tengah malam semalam. “Sepanjang Ops Raya Cina kali ini, JPJ ada melakukan penyamaran bagaimanapun hanya melibatkan bas ekspres. “Pada saya, info yang mengatakan pegawai JPJ berpakaian biasa menggunakan kenderaan sendiri dalam penyamaran mengesan pesalah trafik tidak benar,”katanya dalam sidang medianya selepas Ops Khas Bersepadu di Jalan Telok Sisek di sini, tengah malam kelmarin. Nazili berkata, denda tidak kurang RM1,000 kepada pesalah trafik juga tidak benar sebaliknya kadar saman tetap sama bergantung kepada jenis kesalahan yang dikesan. “Walau bagaimanapun kita mengingatkan pengguna jalan raya sama ada pemandu atau penunggang supaya mematuhi peraturan dan tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh menyumbang kepada kemalangan. “Segala usaha yang dilakukan JPJ dan agensi penguat kuasa yang lain lebih kepada mendidik pengguna supaya lebih berhemah dan mematuhi undang- undang supaya kadar kemalangan terutama kemalangan maut dapat dikurangkan,” katanya. Beliau berkata, sepanjang Ops Raya Cina kali ini, JPJ Pahang menugaskan 120 anggota dan pegawai di 24 lokasi yang dikenal pasti. “Satu pasukan terdiri daripada tiga anggota akan ditempatkan di Jalan Persekutuan bagi setiap 30 kilometer termasuk enam di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). “Seperti yang sedia maklum, tiada sekatan jalan dilakukan bagaimanapun anggota yang bertugas merekodkan kesalahan dilakukan pemandu manakala notis saman dihantar melalui pos kepada pesalah terlibat,” katanya lagi. #selanjutnya
Share:

Penduduk Mentakab Indah Gusar Ancaman Gajah Liar


MENTAKAB – Lebih 300 penduduk Taman Mentakab Indah, di sini berhadapan ancaman gajah liar sejak tiga hari lalu yang memusnahkan tanaman buah-buahan di belakang rumah. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mentakab Indah, Wan Mohd Saidi Wan Zainudin berkata, gajah liar itu memusnahkan pokok pisang yang jaraknya hanya 20 meter dari dapur rumah penduduk. Menurutnya, kejadian itu kali kedua sejak kali pertama berlaku bulan lalu mengakibatkan kerosakan pada tanaman penduduk. “Kami risau jika tiada tindakan boleh menyebabkan gajah bertindak lebih agresif hingga masuk ke kawasan perumahan,” katanya. Justeru itu, Wan Mohd Saidi meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pindahkan gajah liar itu yang datang dari hutan simpan Kemasul bersebelahan perumahan mereka. Seorang penduduk, Abdul Aziz Mahmud 63, berkata, kedudukan perumahan itu yang hanya dua kilometer dari sempadan hutan simpan dikhuatiri memudahkan lebih banyak gajah datang ke situ. “Setakat ini, hanya seekor sahaja gajah yang merosakkan tanaman penduduk tetapi kami bimbang jika lebih banyak gajah datang ke sini jika tiada tindakan diambil Perhilitan. “Gajah ini berada di belakang rumah saya seawal jam 10 malam kelmarin, Perhilitan mungkin boleh menunggu gajah ini di kawasan sama. “Haiwan liar ini hanya dipisahkan dengan longkang besar, kalau tidak ada longkang besar belakang rumah, saya rasa mungkin dah masuk laman rumah,” katanya. #sumber
Share:

MPK Sita Dan Kompaun Pasar Raya Langgar Peraturan


KUANTAN - Sebanyak 61 barang disita dan tujuh kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam satu operasi pemantauan dan pemeriksaan di beberapa pasar raya sekitar daerah ini. Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, Operasi Pasar Raya sempena perayaan Tahun Baharu Cina telah dijalankan di Jalan Beserah ke Balok dan Jalan Gambang. Menurutnya, operasi itu melibatkan pemeriksaan syarat lesen dan pemeriksaan barang tamat tarikh, kemek dan kualiti makanan. “Terdapat empat pasar raya telah dilawati dan premis tersebut dibuat sitaan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. (Peraturan 14) seperti meletakkan barang di kaki lima premis, tanpa kelulusan, pamerkan iklan tanpa lesen. “Ada juga di antara premis ini didapati melanggar syarat lesen dengan menjual ayam sebelum jam 12 tengah hari dan tidak menjaga kebersihan peti sejuk dan dibiarkan kotor,” katanya. Operasi yang berlangsung secara serentak itu diketuai Pengarah Jabatan Kawalan Perniagaan dan Perlesenan, Yusof Husaain dan Ketua Bahagian Perlesenan Alias Sudin. Haslinda berkata, MPK akan meneruskan operasi ini bagi memastikan syarat-syarat lesen sentiasa dipatuhi peniaga. “Peniaga mesti patuh kepada syarat dan peraturan ini dan mengambil berat hak-hak pelanggan sebagai pengguna. “Jangan hanya mahu berjimat serta mengaut keuntungan dengan mengabaikan aspek-aspek penting ini,” katanya. Sehubungan itu, orang ramai boleh buat aduan kepada MPK sekiranya peniaga tidak patuhi syarat di talian 130088055. #sumber
Share:

Penduduk Terkejut Temui Mayat "Berseluar Dalam" !!


ROMPIN - Mayat seorang lelaki yang sudah berbau busuk dan berulat dengan hanya memakai seluar dalam ditemui terdampar oleh seorang penduduk di pantai Kampung Sungai Mengkuang, Endau, dekat sini kira-kira jam 5.15 petang kelmarin. Penduduk, Azmi Mahmood, 44, berkata, dia dimaklumkan penduduk lain yang juga seorang wanita bersama anak perempuannya melihat satu objek terdampar kelihatan seperti mayat di tepi pantai berkenaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat objek dengan lebih dekat. Bagaimanapun, cubaannya untuk merapati dan melihat objek berkenaan dengan lebih dekat yang jaraknya kira-kira 100 meter dari pantai gagal kerana keadaan lumpur tebal. “Setelah mengharungi lumpur pantai kira-kira 50 meter saya mula terhidu bau busuk serta dapat melihat dengan jelas mayat seorang lelaki hanya berseluar dalam terdampar di pantai. “Saya segera berpatah balik untuk menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian tersebut,” katanya. Sepasukan anggota penyelamat diketuai Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Husin bersama enam anggota kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu membawa mayat ke pantai. “Pasukan penyelamat menghadapi sedikit kesukaran untuk menghampiri mayat itu dan operasi membawa naik mangsa ke pantai memakan masa kira-kira setengah jam kerana terpaksa mengharungi lumpur hingga ke paras pinggang untuk sampai ke lokasi,” katanya lagi. #sumber
Share:

Hampir 50 Tahun, 7 Keluarga Masih Tunggu Hak Milik


TRIANG - Nasib tujuh keluarga berbangsa India yang memohon untuk mendapatkan hak mutlak ke atas tanah diteroka sejak hampir 50 tahun lalu masih belum diketahui walaupun mereka tidak lagi menetap di kawasan terbabit. Selva Kumari A/P Ailmalinggam, 38 berkata, mereka sudah beberapa kali membuat permohonan tersebut, namun sehingga kini belum belum mendapat sebarang maklum balas, malah kerap turun naik Pejabat Tanah Daerah untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara ini. Menurutnya, pihaknya dimaklumkan, permohonan mereka belum diluluskan berikutan ia berdekatan dengan rezab sungai, dan pihak terbabit bimbang dengan keselamatan mereka tujuh keluarga. “Kalau betul mereka (pihak berkenaan) bimbang dengan keselamatan kami sebagai rakyat, sepatutnya mereka juga mesti bimbang dengan keselamatan penghuni rumah PPRT yang dibina berdekatan dengan rezab sungai ini. “Sebaliknya, saya difahamkan, akan ada lagi tambahan buah PPRT yang akan dibina di sino dan sebahagiannya akan dibina di atas tanah yang kami mohon,” katanya. Selva Kumari berkata, setiap alasan yang dikemukakan pihak berkenaan tidak wajar dan sering berselindung sehingga menyukarkan proses permohonan mereka. Katanya, ada juga pihak yang meminta mereka mengalah dalam hal ini tetapi disarankan memohon untuk status menduduki sementara di tanah itu. “Kami betul-betul keliru dengan situasi ini. Sepatutnya, kalau ada undang-undang menyatakan tiada siapa dibenarkan tinggal di kawasan berdekatan rezab sungai, mereka perlu maklum lebih awal. “Bukannya setelah lebih 20 tahun permohonan, baharu mereka mahu beritahu kepada kami perkara itu. Tetapi dalam pada masa sama, meminta kami mohon status menduduki sementara pula,” katanya  #selanjutnya
Share:

Remaja Mengaku Salah, Mencabul Budak Tiga Tahun !


KUANTAN - Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam satu kejadian di sini, kira-kira 4 tahun lalu. Tertuduh, 20, mengaku bersalah terhadap kesalahan yang dilakukan ketika usianya baru 16 tahun. Remaja berasal dari Medan Tok Sira di sini itu didakwa melakukan kesalahan tersebut antara jam 9 hingga 10.30 malam sejak 17 Ogos 2010 sebelum perbuatannya terbongkar pada 24 Ogos 2010. Dia yang dikatakan mempunyai ikatan kekeluargaan dengan mangsa didakwa melakukan perbuatan itu di rumah kanak-kanak terbabit di Kampung Jawa, dekat sini sebelum ditangkap polis pada 27 Januari 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut. Remaja terbabit yang kini bekerja sebagai juruteknik mesin dandang agak bernasib baik kerana mahkamah mengambil kira kejadian berlaku ketika dia masih di bawah umur. Majistret Jeeseca Daimis menetapkan 26 Februari depan sebagai tarikh sebutan laporan sosial. Mahkamah perlu mengambil kira laporan sosial dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum menetapkan hukuman sewajarnya. Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari membantah jaminan ke atas remaja terbabit sebaliknya dia perlu ditahan di penjara sehingga kes selesai. Jesseca Daimis bagaimanapun membenarkan remaja terbabit membuat rayuan sekiranya berhasrat menjelaskan wang jaminan untuk bebas sementara sehingga tarikh sebutan yang ditetapkan. Dalam rayuannya, remaja terbabit merayu agar mahkamah membenarkan ikat jamin memandangkan dia ada komitmen dengan pekerjaan sebagai juruteknik mesin dandang di sebuah kilang di Muadzam Shah. “Saya juga kini menanggung keluarga termasuk emak yang mengalami masalah kesihatan selain adik yang masih bersekolah dengan pendapatan kira-kira RM900 sebulan,” rayunya. Mengambil kira rayuan itu, Jesseca membenarkan remaja terbabit dikena ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bercagar. #sumber
Share:

Penduduk Kampung Tanjung Punai Rayu Tak Pindah !


KUANTAN - Lebih seratus penduduk di Kampung Tanjung Punai di sini merayu pihak berkuasa untuk tidak berpindah ke Pangsa Perumahan Rakyat di Kampung Pak Mahat disebabkan oleh pelbagai faktor. Penduduk, Tengku Mastura Tengku Bahakerishah, 36 berkata, mereka bukan sahaja tidak mampu membayar sewa RM125 sebulan, malah kediaman tersebut terpaksa disewa seumur hidup menyebabkan mereka terus terbeban. Menurutnya, walaupun terpaksa tinggal di kawasan setinggan, mereka masih mampu meraih pendapatan dengan pelbagai pekerjaan di kawasan sekeliling. "Kami bukan orang senang, ada di antara kami harap upah menyiang ikan dan jual sayur sahaja. “Jika dipindahkan, bukan sahaja terbeban dengan sewa bulanan, kami tidak boleh melakukan kerja-kerja harian seperti di sini lagi,” katanya. Sementara itu, bagi Zaharah Ali, 63 berkata dia sudah tinggal di situ sejak tahun 1979 dan pelbagai suka duka dilalui. “Memang susah jika mahu kami pindah kerana rumah yang bakal kami tinggal nanti bukan hak kami sepenuhnya. “Jika pihak berkuasa beri kami sewa beli rumah itu, sekurang-kurangnya kami masih mampu memiliki rumah, bukan dengan cara sewa seumur hidup begini. “Kami sudah susah, jangan tambahkan kesusahan dengan beban seperti ini. Sekurang-kurangnya beri peluang tinggal di rumah PPRT ataupun Rumah Mesra Rakyat untuk kesenangan anak cucu kami kelak,” katanya. #sumber
Share:

Laluan 4 Lorong Kemaman - Pelabuhan Siap Julai Ini


KUANTAN - Bagi meningkatkan aktiviti ekonomi negeri Pahang dan Terengganu, Kementerian Kerja Raya kini dalam proses menaik taraf Jalan Kemaman – Pelabuhan daripada dua lorong kepada empat lorong. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, projek ini melibatkan dua fasa di mana fasa pertama melibatkan persimpangan Sungai Ular – Pelabuhan sepanjang tiga kilometer (km), manakala bagi fasa kedua pula melibatkan laluan sepanjang sembilan kilometer dari Persimpangan Sungai Ular - Kemaman. Menurutnya, fasa pertama kini sudah mencapai sasaran 56 peratus dan fasa kedua pula masih lagi menunggu peruntukan daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU). “Kerja naik taraf laluan Sungai Ular-Pelabuhan ini menelan belanja RM19.8 juta dijangka siap sepenuhnya Julai ini, sepertimana tempoh yang ditetapkan. “Selain melakukan kerja menaik taraf jalan, pihak kementerian juga sedang berusaha untuk memperkenalkan teknologi baru bagi memastikan jalan yang dibina ini tahan lama dan tidak mudah rosak sekiranya bencana seperti banjir berlaku,” katanya. Beliau ditemui media selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Khidmat Masyarakat: Kerja-kerja Mengecat dan Latihan Praktikal di Dewan Orang Ramai Taman Sepakat, dekat sini baru-baru ini. #sumber
Share:

Adnan Yaakob: Subkontraktor Perlu Memajukan Diri !


KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berharap subkontraktor penyelenggaraan jalan yang dipilih di negeri ini memanfaatkan peluang itu untuk memajukan diri. "Orang Melayu (terutamanya) kena ubah sikap (negatif), buat kerja betul-betul, ikut jadual seperti ditetapkan kerana kerja yang diberikan ini akan dipantau," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan surat pelantikan subkontraktor penyelenggaraan jalan di Pahang kepada 84 subkontraktor dari 11 daerah di sini hari ini. Katanya sekiranya kerja yang dijalankan itu memuaskan, kontrak subkontraktor mungkin akan disambung dari tahun ke tahun. Dalam pada itu, Adnan berkata keputusan serahkan kerja kontrak utama kerja penyelenggaraan jalan di negeri ini kepada anak syarikat Yayasan Pahang, YP Maintenance Sdn Bhd adalah untuk memaksimumkan prestasi dan disalurkan semula kepada rakyat. Katanya, sebahagian daripada keuntungan syarikat itu akan disalurkan kepada Yayasan Pahang secara tak langsung dapat bantu pendidikan anak-anak Pahang. #sumber
Share:

Dr.M: PRK Kajang, Peluang Anwar Tunjuk Kebolehan !

Share:

Produk Jimat Minyak QMG Power Amat Menakjubkan


Dapatkan produk jimat minyak QMG Power ini secara percuma sekarang. Hebat dan sungguh menakjubkan. Terbukti berkesan dan mendapat pengikhtirafan daripada Sirim dan Puspakom. Jangan lepaskan peluang, penjimatan yang cukup luar biasa. Tempah sekarang, sertai kami sekarang dan dapatkan produk ini. Anda juga berpeluang menjana pendapatan lumayan hingga mencecah RM1,600 sehari dengan bermodalkan serendah RM100 (Semenanjung Malaysia) dan RM120 (Sabah & Sarawak), tidak termasuk urusan pos laju. Cuba produk ini dan alami perbezaannya. Ajak seberapa ramai rakan anda hadir ke Seminar "Tindakan Luar Biasa, Hasilnya Luar Biasa" kami di Hotel Seri Malaysia, Kuantan jam 8.30 malam ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini jika benar anda kini memang sedang tercari-cari peluang menjana pendapatan. 


Kehadiran adalah percuma, tempat terhad. berminat untuk hadir sila buat tempahan tempat menerusi SMS/ WhatsApp 019-2845511. Taipkan. Kami menanti anda sekarang. Info lanjut tentang peluang ditawarkan klik SINIAdvitorial
Share:

PKR Cemari "Tahaluf Siyasi", Undang Pengkhianatan !!


KUALA LUMPUR - PAS menempelak Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai mencemari tahaluf siyasi atau pakatan politik dalam kalangan pembangkang apabila bertindak merancang di sebalik tabir untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa berkata, pengumuman PKR yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertahankan DUN Kajang dibuat tanpa perbincangan dan kesepakatan antara Pas dan DAP. Katanya, perkara itu boleh mengundang pengkhianatan seperti perjanjian Yahudi bersama Nabi Muhammmad SAW yang bermula dengan 'perancangan belakang tabir'. "Sebagai contoh peperangan Bani Nadhir apabila kaum Yahudi melakukan perancangan belakang tabir untuk mengkhianati perjanjian atau kesepakatan dengan Islam. "Mereka turut berkomplot untuk membunuh Rasulullah SAW., malah Yahudi Bani Nadhir itu sekali lagi melakukan perancangan sedemikian apabila bersepakat dengan musyrikin Makkah dalam Peperangan Ahzab, sedangkan dalam perjanjian bersama Islam telah melarang untuk bekerjasama dengan musuh kepada rakyat Madinah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Kenyataan keras Norazli adalah senada dengan kata dua Jabatan Pilihan Dewan Pemuda PAS Pusat yang mahu ambik tindakan memboikot pilihan raya kecil DUN Kajang jika Chin Cheh gagal berikan alasan munasabah berhubung peletakan jawatannya Isnin lalu. #sumber
Share:

PRK Kajang: Khalid Tak Pedulikan Boikot Pemuda PAS


SHAH ALAM - Hasrat Pemuda PAS tidak mencampuri hal ehwal kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh meletak jawatan, dianggap bukan menjadi masalah kepada parti itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau tidak 'hairan' jika Pemuda Pas tidak mahu membantu mereka untuk berkempen dalam pilihan raya kecil tersebut, Menurutnya, Pas berhak berbuat demikian sama ada mahu membantu PKR dalam kempen ataupun tidak kerana pakatan pembangkang akan mengadakan pertemuan selepas ini bagi memberi penjelasan berhubung peletakan jawatan Chin Cheh. "Tak apalah, perkara itu akan dibincangkan. "Bagaimanapun pakatan pembangkang dalam tempoh satu dua minggu ini akan mengadakan beberapa pertemuan dan penjelasan akan diberi," katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat taman tema digital i-City di sini malam ini. Semalam, Pemuda Pas 'mengugut' untuk 'memboikot' Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika Chin Cheh gagal memberi penjelasan munasabah berhubung tindakannya itu dan jika calon penggantinya masih daripada PKR. Kata dua itu dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd. Sany Hamzah yang menuntut penjelasan tersebut dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada ketuanya, Suhaizan Kaiat dengan segera berkenaan tindakan beliau itu. #sumber
Share:

MCA Akan 'Letak Calon' Bertanding PRK DUN Kajang !!


KUALA LUMPUR - MCA akan meletakkan calonnya untuk bertanding jika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor diadakan, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata selaras dengan semangat dan formula Barisan Nasional (BN), DUN Kajang akan sentiasa menjadi kerusi MCA dan parti perlu bekerja keras jika ingin menawan semula DUN berkenaan yang terlepas ke tangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu. "Kita (MCA) akan cadangkan nama calon kepada parti komponen BN yang lain selepas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) umumkan bila tarikh (penamaan calon dan)pengundian," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA semalam. Liow bagaimanapun tidak menafikan atau mengesahkan sama ada MCA akan meletakkan semula calonnya yang tewas pada PRU13 Lee Ban Seng untuk bertanding pada PRK tersebut, namun memberi jaminan calon yang akan bertanding adalah "winnable candidate". Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dari DAP, Isnin lepas. Ketika ditanya kemampuan MCA untuk memenangi semula kerusi Kajang, Liow berkata :"Kita sentiasa positif dan selama ini pun tetap berkhidmat untuk rakyat dan rakyat perlu sedar betapa pentingnya suara MCA di Selangor". Menjelas lanjut, katanya MCA telah menubuhkan jawatankuasa khas peringkat pusat, negeri dan bahagian untuk mengatur strategi dan membuat segala persiapan bagi menghadapi PRK itu. Katanya jawatankuasa peringkat pusat akan dipengerusikan Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong, manakala Datuk Donald Lim Siang Chai dan Lee Ban Seng masing-masing mempengerusikan jawatankuasa peringkat negeri dan bahagian. Menurut Liow, tindakan Chin Cheh sengaja mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding merupakan satu bentuk manipulasi sistem demokrasi di negara ini oleh parti itu. "Ini taktik dahulu, sekarang guna lagi dan saya yakin rakyat amat marah terutama dalam keghairahan sambut Tahun Baharu Cina," katanya kepada media. #sumber
Share:

SPR: Anwar Boleh Tanding Tapi Tak Boleh Mengundi !


PETALING JAYA -  Datuk Seri Anwar Ibrahim layak untuk bertanding pada pilihan raya DUN Kajang dengan menukar alamat MyKad ke mana-mana lokasi di Selangor, tetapi beliau tidak dapat mengundi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Untuk membuang undi pada pilihan raya kecil, Anwar perlu memohon kepada suruhanjaya untuk menukar alamat mengundi beliau, yang mana proses tersebut hanya boleh selesai pada Mei, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Katanya, walaupun proses untuk mengemaskini alamat MyKad seseorang di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh dilakukan dalam masa beberapa hari, pertukaran alamat mengundi seseorang memerlukan lebih banyak masa kerana ia hanya dilakukan pada setiap suku tahun. "Anwar tidak akan dapat membuang undi dalam pilihan raya kecil itu walaupun beliau memohon hari ini untuk menukar alamat mengundi di Kajang, daftar pemilih pada masa ini bagi suku pertama tahun ini hanya akan dikemaskini pada Mei," kata Abdul Aziz. Difahamkan bahawa Ahli parlimen Permatang Pauh berusia 66 tahun itu telah memohon untuk menukar alamat MyKad kepada sebuah rumah di Country Heights, Kajang, yang dimiliki oleh saudaranya. Jurucakap JPN enggan mengesahkan perubahan alamat kediaman Anwar. Sumber berkata pemimpin pembangkang, yang dilahirkan di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, itu membuat permohonan untuk menukar alamat di JPN pada Isnin, hari yang sama ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan. Menurut Perkara 53 perlembagaan negeri Selangor, mana-mana pemastautin Selangor yang berusia 21 tahun atau lebih layak untuk bertanding sebagai anggota Dewan Undangan Negeri dengan syarat dia tidak hilang kelayakannya mengikut peruntukan dalam perlembagaan atau undang-undang lain. Abdul Aziz berkata mereka yang bertanding kerusi Parlimen tidak perlu berada di kawasan pilihan raya dan hanya perlu punyai suatu alamat di dalam negara ini. Pencadang dan penyokong untuk kedua-dua calon kerusi Parlimen dan negeri bagaimanapun mestilah pengundi di dalam kawasan calon mendaftar untuk bertanding. #sumber
Share:

Tan Sri Khalid Nafi Jadi 'Mangsa' Isu PRK DUN Kajang !


SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan beliau menjadi mangsa dalam isu berhubung pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, yang membawa kepada spekulasi kononnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau berkata pilihan raya kecil Kajang, yang akan diadakan berikutan peletakan jawatan anggota DUN Kajang Lee Chin Cheh dari PKR pada Isnin lepas, merupakan usaha berterusan pakatan pembangkang untuk meraih keyakinan dan rasa hormat daripada rakyat. "Saya tak rasa yang saya diperlakukan secara tidak adil dalam keseluruhan episod ini (berikutan peletakan jawatan Lee). "Kerana (pilihan raya kecil) ini, ada tanda-tanda yang kami menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk Kajang, tetapi politik haruslah diteruskan dan penduduk Kajang berpeluang membuat pilihan. "Berhubung dengan politik, ia sentiasa mengenai mempengaruhi orang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai program misi angkasa i-City di pusat rekreasi itu di sini, Rabu. Abdul Khalid diminta mengulas khabar angin bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor bagi memberi laluan kepada Anwar menggantikannya, susulan Anwar diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kajang. Lee, yang meletakkan jawatannya pada Isnin lepas, dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan itu dibuat "demi kepentingan bersama dan bertujuan memperkukuhkan keupayaan Pakatan memberi khidmat kepada rakyat". #sumber
Share:

Siapa 'Ketua Pembangkang', Jika Anwar MB Selangor !


Pakatan Rakyat sebelum ini melantik Datin Seri Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen ‘sementara’ menunggu Anwar Ibrahim layak bertanding. Perkara ini dipersetujui secara nyata oleh kesemua pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP. Strategi ini telah berjaya dan Anwar kini menjadi Ketua Pembangkang Malaysia iaitu lawan yang ‘setara’ bagi jawatan Perdana Menteri. Bagaimanapun, pengumuman perletakan jawatan ADUN Kajang secara tiba-tiba dan tanpa sebab pada Isnin lalu telah mengubah segala-galanya. Tindakan tersebut memaksa PRK diadakan dalam masa terdekat. Apa yang mengejutkan ialah, Anwar dikatakan bakal bertanding di situ bagi memberi laluan kepada beliau untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor yang kini sedang panas akibat pertelagahan antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali. Sekiranya ini benar, ia mungkin bermakna yang Anwar akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang. Walaupun ia dikira tindakan ‘turun pangkat’ bagi Anwar, namun pada hakikatnya, jawatan Menteri Besar Selangor adalah lebih ‘berkuasa’ lagi dari jawatan Ketua Pembangkang berdasarkan kedudukan Selangor sebagai negeri paling kaya di Malaysia. Adalah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang berkuasa di Selangor akan sekali gus mempunyai akses kepada jumlah wang yang banyak dan mampu memberi tekanan hebat kepada kerajaan pusat. Antara teori lain untuk menjelaskan keputusan Anwar bertanding di PRK Kajang ialah bahawa sekiranya Anwar menang, maka cadangan melantik Anwar sebagai Menteri Besar bakal meletakkan pihak istana dalam keadaan yang sukar. Dari situ, PR dikhuatiri akan mengambil kesempatan mencipta isu yang lebih besar terhadap Institusi Raja-raja. Teori-teori ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan sehingga keputusan PRK diumumkan. Antara persoalan lain dalam memperkatakan PRK Kajang ialah, jika Anwar lepas jawatan Ketua Pembangkang, siapa akan gantikannya?. #selanjutnya
Share:

PRK Kajang: Lagi Pimpinan PAS kecam Tindakan PKR !


KUALA TERENGGANU - Seorang pemimpin PAS negeri mengecam peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Ketua Penerangan PAS negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengkhianati mandat dan sokongan rakyat terutama yang menyokong pakatan itu. Menurutnya, kepemimpinan PKR seolah-olah mempermainkan undi rakyat selain membawa kepada pembaziran wang rakyat untuk mengadakan pilihan raya ketika usaha mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) berjimat cermat. "Bahkan pengkhianatan itu berlaku pada rakan pakatan kerana peletakan jawatan ADUN Kajang dilakukan tanpa perbincangan dan persetujuan bersama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mohd. Nor berkata, sikap tidak jujur dan tidak telus dalam usaha menukar Menteri Besar Selangor juga mengundang kecurigaan dan kecemburuan oleh rakan dalam pakatan pembangkang kerana jawatan itu bukan milik mutlak PKR, sebaliknya milik bersama. Justeru itu, beliau yang juga ADUN Bukit Payong berpendapat, pelantikan dan pertukaran Menteri Besar Selangor itu mesti diputuskan dan dibincang dalam mesyuarat Majlis Presiden. Menurutnya, PKR sepatutnya tidak mengkhianati rakan dalam pakatan pembangkang dalam menentukan apa juga keputusan. Beliau juga berpendapat PAS sepatutnya tidak melibatkan diri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kepada PKR. "PKR begitu angkuh dengan kemenangan dan menganggap kemenangan hanya dengan sebab sokongan dan kekuatan PKR sahaja. Kita menghargai dan menghormati pimpinan PKR dengan membiar mereka bersendirian dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya kepada wartawan. #sumber
Share:

Rahimi: PRK Kajang, Muslihat Anwar Elak Di Hukum !!


KUALA LUMPUR - Keputusan mengejut Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu dipercayai satu sandiwara politik untuk menyelamatkan Ketua Pembangkang tersebut daripada hukuman terhadap tuduhan liwat buat kali kedua. Ini memandangkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini. Kejadian hampir sama seperti berulang apabila pada 26 Ogos 2008, Anwar bertanding sebagai calon PKR di Permatang Pauh selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di atas tuduhan tersebut pada 7 Ogos tahun sama. Pada 15 April 1999, Anwar Ibrahim dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas empat kesalahan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. Kemungkinan strategi itu sekali lagi digunakan oleh Anwar didedahkan oleh bekas Setiausaha Sulitnya, Muhammad Rahimi Osman yang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada sumber dalaman PKR. Menurut beliau, perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali cuma perkara biasa yang tidak akan menyebabkan Anwar mengambil langkah drastik itu sehingga membelakangkan pimpinan pakatan pembangkang. "Tindakan Anwar bertanding di DUN Kajang merupakan langkah politik untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam rayuan kes liwat beliau. "Melalui pertandingan dalam pilihan raya kecil, populariti Anwar akan meningkat dan jika Anwar diletakkan menjadi Menteri Besar Selangor, maka akan terdapat satu tekanan kepada pihak berkuasa dalam kes liwat beliau," dakwa Rahimi. #sumber
Share:

Pilihan Raya Kecil Kajang: PAS Tak Kacau Kerusi PKR !

Share:

Dr.Maszee: Tak Ada Sebab Kritikal, Kenapa Perlu PRK


SHAH ALAM - Pemerhati politik melihat tidak ada keperluan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang diadakan jika tiada sebab-musabab yang kritikal. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berpendapat, PKR tidak sepatutnya memperjudikan kepercayaan rakyat meskipun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkannya sebagai gerakan taktikal parti itu. “Jika tidak ada sebab munasabah seperti sakit, pecah amanah, skandal dan sebagainya, tak perlulah diadakan PRK. "Kalau ikut kata Azmin, ini adalah strategi dan sebagainya... ya lah strategi dan sebagainya tapi jangan memperjudikan kepercayaan rakyat kepada parti,” katanya  hari ini. Akibat terlalu sering berdalih mengenai masalah dalaman PKR, beliau melihat sudah tiba masanya parti pembangkang itu mengambil sikap telus dalam menjelaskan kepada rakyat berhubung isu dalaman parti itu. “Rakyat perlu lebih maklumat kerana apa yang berlaku itu tiada ketelusan. Pelbagai rumor tersebar di laman sosial yang kebetulan ia nampak betul. Tetapi PKR tetap terus menafikan tapi perkara itu (yang dinafikan) berlaku. “Sekarang ini tugas PKR, adalah menjelaskan kepada rakyat kerana rakyat tidak mendapatkan penjelasan menyeluruh. Ia memberikan risiko yang tinggi kepada masa depan PKR itu sendiri,” katanya. Menurutnya, selagi PKR tidak bersikap telus, persepsi negatif rakyat terhadap parti itu akan terus menebal. “PKR kena buat penerangan kenapa PRK ini nak diadakan? Adakah benar PRK ini disebabkan krisis dalam parti atau memang untuk (Datuk Seri) Anwar jadi MB? “Selagi mana mereka tidak bersikap telus, selagi itu persepsi akan semakin menebal bukan dalam kalangan yang tidak sokong malah orang  mengundi dan orang yang selama ini beri kepercayaan kepada PKR dan PR itu sendiri,” kata beliau. #sumber
Share:

PRK Kajang: Azmin Ali Cabar PM Lawan Anwar Kali Ini


KAJANG - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon di DUN ini bagi menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, presiden Umno itu adalah calon paling sesuai untuk mencabar Anwar kerana kedua-duanya mempunyai kredibiliti, selain kedua-duanya tokoh tertinggi negara. "Umno-BN kalau berani turun Kajang. "Jangan letak calon daripada MCA, MIC,Gerakan tetapi letaklah perdana menteri iaitu daripada UMNO. "Kita makan satay Kajang, lepas itu kawan lawan habis-habisan," katanya dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Majlis tertinggi PR. Kelmarin, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan peletakan jawatan Lee Chin Cheh. Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat PR utuskan untuk meletakkan Anwar sebagai calon yang mewakili gabungan parti itu. #sumber
Share:

Letak Jawatan: Bekas ADUN Kajang Memohon Maaf !!


SHAH ALAM - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh, mengakui gagal menyempurnakan amanah sebagai wakil rakyat sebelum penggal ini berakhir. Beliau kemudiannya secara terbuka memohon maaf kepada seluruh pengundi yang memilihnya pada PRU lalu. "Saya mohon jutaan maaf kepada rakyat Kajang kerana tidak dapat sempurnakan khidmat kepada rakyat tetapi keputusan ini akan memberi kebaikan kepada penduduk," katanya dipetik portal Berita Harian. Peletakan jawatan Chin Cheh sebagai Adun diumumkan oleh Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh kelmarin. Semalam, PKR umumkan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon. #sumber
Share:

PRK Kajang: Azmin Yakin Kemelut Dalaman PR Selesai


KAJANG - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yakin kemelut yang timbul apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan diselesaikan dalam masa terdekat. Katanya, beliau sendiri telah mengadakan beberapa perbincangan dan memberi penjelasan berhubung perkara ini kepada beberapa pihak termasuklah PAS dan DAP. "Saya telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad pagi tadi (Rabu) dan berbincang panjang dengan beliau. "Saya beritahu beliau, saya faham dan menghormati sentimen rakan-rakan dalam PAS...kita akan bertemu dan berbincang lagi mengenai perkara ini esok," katanya pada sidang media di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat di sini, Rabu. Beliau yang juga pengerusi Majlis Perhubungan PKR Negeri berkata perbincangan dengan Iskandar melalui perbualan telefon menampakkan keputusan kemuafakatan yang positif dan cukup baik. "Ini tanggungjawab yang harus saya pikul dan saya yakin semangat pemuafakatan akan terus kekal," ujarnya. Tegasnya, setiap perbincangan dengan wakil PAS itu tidak langsung menyentuh mengenai pelantikan menteri besar seperti yang didakwa banyak pihak. Azmin selain itu memberitahu telah menghubungi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan difahamkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah ambil tindakan sama tengahari semalam. #sumber
Share:

SPR: PRK Kajang, Tindakan PKR Bukanlah Alasan Baik


PETALING JAYA - Meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat yang dipilih dengan sewenangnya bukan alasan yang baik untuk mengadakan pilihan raya kecil, kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, kekosongan biasanya akan berlaku apabila ada kematian atau wakil rakyat tersebut 'dipaksa' untuk mengosongkan kerusi itu. Di bawah Artikal 48, wakil rakyat mesti melepaskan kerusinya jika didapati atau diisytiharkan sebagai antara lain tidak sempurna akal, muflis atau telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara tidak lebih daripada setahun atau denda RM,2000 dan ke atas. Abdul Aziz berkata, kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berikutan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sepatutnya boleh dielakkan. Suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas pada 5 Feb ini bagi menentukan tarikh pencalonan dan pembuangan undi di Kajang. Lee merupakan seorang peguam adalah muka baru yang mewakili PKR pada PRU-13 lalu. Beliau berkata, peletakan jawatan ini adalah untuk "kebaikan dan kekuatan Pakatan Rakyat yang mempunyai kemampuan untuk mengurus negeri Selangor". #sumber
Share:

Ismail Sabri: ADUN Kajang Tidak Amanah Dan Khianat


KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, sebagai tindakan tidak amanah dan mengkhianati kepercayaan rakyat. Ismail Sabri, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan wakil rakyat dari parti PKR itu juga jelas bukan untuk kepentingan rakyat tetapi hanya bersifat individu. "Mana boleh kita tinggalkan rakyat macam begitu sahaja. Kita dipilih untuk menjadi wakil (rakyat) mereka, tak kan kita tinggalkan mereka tanpa sebab tanpa perbincangan. "Dulu sewaktu bertanding, janji macam-macam untuk jaga kepentingan mereka, tiba-tiba tinggal macam itu sahaja...ini tidak bertanggungjawab," katanya selepas menjadi tetamu dalam program 'Ruang Bicara', program bual bicara terbitan Bernama TV, malam ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan wakil rakyat dari PKR itu yang menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan, semalam. Rentetan daripada peletakan jawatan itu, MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim umumkan Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan PKR sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan, untuk isi kekosongan kerusi itu. "Saya lihat pilihan raya ini tidak lebih daripada isu peribadi, dan sebenarnya perjuangan PKR dari hari pertama ia ditubuhkan adalah untuk hal peribadi, tujuannya adalah untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sampai hari ini," kata beliau lagi. #sumber
Share:

PRK Kajang: Bersih 2.0 "Bidas Tindakan" ADUN PKR !!


PETALING JAYA - Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) membidas tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh yang meletak jawatan secara tiba-tiba tanpa alasan kukuh. Menyifatkan tindakan itu sebagai pengkhianatan kepada rakyat, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 berkata, alasan perletakan jawatan Lee iaitu demi kepentingan politik PKR mencerminkan pertimbangan yang lemah parti berkenaan. "Peletakan jawatan Lee adalah merupakan pengkhianatan amanah rakyat kerana kurang daripada lapan bulan yang lalu, rakyat di Kajang mengundinya dengan harapan beliau akan kekal menjadi wakil mereka untuk tempoh lima tahun," kata gabungan itu pada Selasa. Menerusi kenyataan bersama Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 yang diketuai Maria Chin Abdullah, gabungan itu turut melahirkan kekesalan kerana tindakan Lee mendapat restu PKR. "Adalah amat mengejutkan kerana PKR bersetuju dengan peletakan jawatan Lee malah menamakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil itu nanti. "Ini satu bentuk politik kotor yang patut dikutuk," katanya. Kerusi DUN Kajang kosong berikutan Lee meletak jawatan dari kedudukannya pada Isnin secara tiba-tiba. Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. #sumber
Share:

NGO Angkara Harap Anwar Ibrahim Lebih Profesional Tangani Krisis Peribadi Tan Sri Khalid Dengan Azmin !

KUANTAN, 28 Jan - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih profesional dalam menangani kemelut yang melanda politik parti itu di Selangor sekarang ini. Penyelarasnya, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata, apa yang jelas dapat dilihat Anwar selaku Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba mengeruhkan lagi keadaan yang berlaku. Banyak tindakan beliau (Anwar) dilihat lebih menjurus kepada sebelah pihak semata-mata, dan memberi tekanan kepada pihak yang lain. "Apa yang jelas, dalam isu Tan Sri Khalid dengan Azmin Ali sekarang, ialah Anwar wajar memanggil kedua-dua pemimpin itu duduk semeja secara empat mata, berbincang secara anak beranak tanpa berbalah sesama sendiri. Ini adalah isu dalaman PKR, kenapa perlu dihebohkan kepada media hingga memberi senjata kepada musuh untuk menyerang. Anwar banyak keluarkan kenyataan yang lebih berpihak kepada Azmin dalam banyak isu sebelum ini", kata Shukri. Beliau juga hairan, Anwar mendakwa dia berkecuali dalam menangani krisis dalaman parti namun sebaliknya yang berlaku. "Saya masih ingat ketika Azmin berbalah dengan Zaid Ibrahim ketika perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR (2010) yang lalu... Anwar mendakwa dia bebas dan berkecuali.. tapi sebaliknya dia usung Azmin ke hulu ke hilir semasa kempen Pilihanraya Kecil Batu Sapi di Sarawak... Tidak cukup dengan itu dia hentam Zaid kononnya suka buat kenyataan terbuka kepada media hingga menjejaskan nama baik PKR. Tapi anehnya, masa Azmin buat sidang media dia tidak pula menengur pemimpin itu.. sedangkan Azmin siap panggil media termasuk media arus perdana ke Ibu Pejabat PKR umum dia dapat sokongan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden ketika itu.. Inilah yang terjadi di Pahang ketika krisis Dato' Fauzi dan Azan Ismail.. Anwar bukannya cari jalan perdamaian kedua-dua pemimpin itu, sebaliknya tendang Azan ke Terengganu ketika dia masih lagi Ketua Cabang dan Ahli Parlimen Indera Mahkota", katanya.

Anwar perlu selesai isu Azmin-Tan Sri Khalid dengan lebih profesional
Menukar MB, apakah hubungan Tan Sri Khalid -Azmin boleh dipulihkan

Apa yang jelas menurut Shukri, Anwar memang "double standard" dalam isu yang melibatkan Azmin Ali. "Kenapa Anwar begitu sayangkan Azmin?. Cuba lihat dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini.. Azmin melenting bila namanya tidak ada dalam senarai yang dihantar oleh Presiden PKR (Dr.Wan Azizah Ismail) kepada Sultan Selangor... Dia buat sidang media dan hentam Azizah,, kata amalkan kronisme dan sebagainya. Anwar berani tegur?.. Walau pun yang dihentam oleh Azmin itu adalah isteri beliau sendiri... Apatah lagi bila Azmin hentam Tan Sri Khalid... Awalnya Azmin dakwa MB Selangor itu terlalu berjimat cermat hingga banyak masalah rakyat gagal diselesaikan termasuk isu jalan berlubang.. dia buat sidang media.. Anwar sokong.. Lepas tu bila Tan Sri Khalid umum  kenaikkan gaji ADUN-ADUN Selangor... dia yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat di DUN Selangor.. awal-awal lagi hentam Khalid.. Walhal dia sepatutnya mencari jalan terbaik untuk menyokong daripada Khalid diserang oleh musuh (UMNO BN)... Peliknya Anwar juga menyokong Azmin dalam hal ini.. Dan terbaru, isu pemecatan Azmin daripada PKNS.. Tan Sri Khalid itu diputuskan oleh pihak PKNS sendiri dan dia tak masuk campur.. tiba-tiba Anwar keluarkan kenyataan mendakwa pemecatan Azmin tidak sah... Hingga keadaan jadi celaru dan huru hara di Selangor", kata Shukri lagi yang juga merupakan bekas calon PKR di Pahang pada PRU-12 lalu. Shukri juga mendakwa, dalam kekalutan melanda tiba-tiba Tan Sri Khalid lebih tertekan dengan perletakkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang (ADUN), Lee Chin Cheh itu secara tiba-tiba semalam.

Anwar patut bantu pentadbiran Tan Sri Khalid, bukan merobohkannya
Hubungan cukup erat dan mesra Anwar Azmin mengelirukan rakyat

"Saya pasti ini semua perancangan Anwar dan Azmin untuk terajang Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar. Anwar sepatutnya mencari jalan perdamaian dan tidak mengganggu pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan isu remeh temeh seperti ini, tapi yang jelas sikap gila kuasa dan tamak pemimpin tertentu menyebabkan kemelut ini melanda sejak sekian lama. Saya juga syak perletakkan jawatan ADUN Kajang pasti atas arahan pihak atasan, bagi memberi laluan Pilihanraya Kecil yang membolehkan beliau (Anwar) akhirnya melantik dirinya sebagai Menteri Besar Selangor sebab dia tahu rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terutamanya PAS tidak akan bersetuju jika Azmin dilantik jadi Menteri Besar. Ini semua permainan politik murahan daripada seorang pemimpin agung seperti Anwar sebenarnya. Skrip cukup mudah dibaca oleh rakyat.... Kerusi DUN Kajang dijadikan "game politik" untuk melempiaskan hawa nafsu pemimpin tertentu.... Ini satu pengkhianatan kepada pilihan rakyat di DUN Kajang.. mudah-mudah ada ADUN letak jawatan atas alasan dangkal demi kepentingan bersama kata ADUN terbabit.. Kepentingan bersama siapa? Kalau bukan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim?. Saya kesihan melihat rakyat Selangor terutamanya penyokong PAS yang terpaksa menyaksikan adengan memualkan ini berlaku didepan mata mereka... Dikala rakyat perlu dibela dengan berbagai isu yang melanda, tiba-tiba PKR berkecamuk dengan isu peribadi yang sungguh menjijikkan ini... Jangan nanti sampai rakyat hilang kepercayaan pula kepada Pakatan Rakyat atas apa yang terjadi. Baru perintah Selangor dua penggal PKR kini sudah bercelaru, macam mana dengan agenda perintah Malaysia selepas ini", tambah Shukri lagi.

Mana Anwar, ketika Azizah dihentam Azmin dalam isu Menteri Besar

[Krisis politik yang melanda Selangor sebenarnya tidak akan terjadi jika pemimpin yng tidak dipilih berlapang dada dan meneruskan agenda parti seperti biasa. Tapi masalahnya bila ada pemimpin yang terus mengidam untuk menjadi nombor satu, inilah akhirnya. Dulu, mereka menuduh Dr.Hasan Ali tergila-gila jawatan tersebut, kini ia terpalit kepada pemimpin dalaman parti sendiri. Ada saja yang terkena dilakukan oleh Menteri Besar Selangor seolah-olah mereka itu perfect belaka. Walhal, ramai dikalangan ahli PKR tahu tindakan-tindakan Azmin banyak mempengaruhi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR menyebabkan beliau menang besar pada pemilihan parti itu 2010 yang lalu. Nantikan pendedahan panas apakan modus operandi Azmin dalam hal ewal pemilihan parti ini. Kenapa banyak cabang di Selangor kecoh sampai baling-balik kerusi dan ada cabang yang dibatalkan keputusannya. Ini semua ada tindakan jahat pihak tertentu apabila melihat orang-orangnya kalah pada pemilihan dan supaya ia dijalankan semula dalam apa jua cara sekali pun. Berpolitik biarlah jujur dan tidak khianat kepada rakyat, jika depan rakyat kitalah heronnya tapi belakang rakyat kitalah juara untuk menentukan siapa yang harus dimenangkan dan dikalahkan. Tunggu pemilihan PKR 2014, apa yang akan berlaku selepas ini. Pasti adengan serupa akan terjadi].
Share:

Saya Tanding Untuk Gantikan Khalid Hanya Spekulasi


KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya pemilihan beliau sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai usaha membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Ketua Pembangkang itu juga berkata, dakwaan bahawa beliau ke arah menggantikan kerusi Menteri Besar yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid itu hanya spekulasi. "Itu hanya spekulasi, sekarang kita tumpukan kepada pilihanraya kecil yang akan datang. "Tan Sri Khalid teruskan kerja dia sebagai Menteri Besar," jelas beliau pada sidang medianya. Ketika ditanya bahawa timbul persepsi negatif sebahagian rakyat terhadap perletakaan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh kemudian disusuli pula pengumuman beliau bertanding, Anwar berkata keputusan itu perlu dilihat ke arah menambah baik perkhidmatan untuk rakyat. "Tidak bangkit isu persepsi dari rakyat dari keputusan yang telah dibuat, ini merupakan peluang untuk kita buat lonjakan kepada rakyat," kata beliau. Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PKR Selangor, Mohamad Azmin Ali menyambut baik keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. "Keputusan telah dibuat dan saya sambut baik keputusan dari pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. "Bagi PKR Selangor kita akan bermesyuarat bincangkan perkara tersebut  bagi menghadapi pilihan raya kecil nanti," katanya kepada pihak media. #sumber
Share:

Peletakan Jawatan ADUN Kajang Satu Pengkhianatan


PETALING JAYA - Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas melahirkan rasa terkejut dan terkilan berhubung peletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah oleh bekas Adun Kajang Selangor, Lee Chin Cheh semalam. Menurut Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan, tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, peletakan jawatan itu telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat Selangor seterusnya kepada kesepaduan PR Selangor. "Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa dalam kalangan pemimpin PKR Selangor dan merosakkan imej baik kerajaan PR Selangor itu sendiri. "Kami menganggap peletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada PR dan membelakangkan semangat ‘syura’ dalam kalangan rakan komponen PR Selangor. "Peletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila pilihan raya kecil terpaksa diadakan dan sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Menurut Mohd Sany lagi, tindakan Chin Cheh telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya masalah politik dalaman PKR sebagai usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor. Tambahnya lagi, pihaknya melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan Pas dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. "PKR Selangor berlagak seperti ‘bos besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti Pas dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor," katanya lagi. Sehubungan itu, jelas Mohd Sany pihaknya menuntut penjelasan yang munasabah daripada Chin Cheh terhadap peletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda Pas dengan kadar segera. "...sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihan raya pemuda Pas di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR," tegas beliau. #sumber
Share:

Video: MB Selangor Umum Anwar Tanding Di Kajang !

Share:

Anwar Di Gesa Hentikan Amalan "Politik Kangkung" !!


Susulan perletakkan jawatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meneruskan amalan "politik kangkung" sebagai amalan baru dalam politik di Malaysia. Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, apa yang jelas dapat dilihat sekarang "politik kangkung" sudah mula diamalkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri Selangor. "Jika dulu, Anwar sendiri pernah memberi amaran kepada supaya wakil rakyat PKR tidak khianat kepada pilihan rakyat dengan bertindak menjadi ADUN bebas untuk menyokong Barisan Nasional (BN) seperti sebelum ini. Malah, pada pemilihan calon Pilihanraya Umum Ke-13 lalu, berkali-kali kenyataan itu diulangi demi menjaga imej parti dan Pakatan Rakyat. Namun, tiba-tiba ADUN Kajang letak jawatan tanpa ada asalah yang munasabah semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding disitu. Banyak duit rakyat akan dibazirkan untuk sesebuah Pilihan Raya Kecil (PKR), maka itu Anwar sepatutnya berfikir sebelum membuat tindakan. Letak jawatan bermakna, wakil rakyat terbabit telah khianat kepada pilihan rakyat. Maka, ADUN itu wajar dipecat daripada parti...", katanya. Beliau juga terkejut dengan kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Samsul Iskandar Md Akin yang berkata mereka menghormati keputusan Bendahari AMK Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan itu. Menurut Shamsul, ia dibuat demi kepentingan negeri dan rakyat serta mengatasi sebarang pertimbangan peribadi. "Persoalanya apa yang mengatasi pertimbangan peribadi?. Kalau bukan letakkan jawatan untuk beri laluan individu tertentu bertanding... Inilah namanya politik kangkung..yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini.. dulu mereka gelar ADUN yang lompat sebagai katak lompat.. sekarang ADUN yang letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain itu namanya politik kangkung yang diamalkan PKR", tambah Shukri.
Share:

AMK: Hanya Satu Pilihan Bertanding Di Kajang, Anwar


Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan, tiada calon lain yang sesuai mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang melainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya Anwar adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN dan seterusnya diangkat sebagai menteri besar,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin. Katanya, AMK percaya kepimpinan Anwar dapat gerakkan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan agenda konsensus nasional. Dalam kenyataannya, Shamsul berkata, mereka hormati keputusan Bendahari AMK Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan. Menurut Shamsul, ia dibuat demi kepentingan negeri dan rakyat serta atasi sebarang pertimbangan peribadi. “Ini membuka ruang untuk PKR dan Pakatan tawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk pimpin Selangor sebagai Menteri Besar,” katanya yang juga ahli Parlimen Bukit Katil. Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh semalam umumkan kekosongan kerusi DUN Kajang ekoran peletakan jawatan Lee. Undang-undang tetapkan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kerusi itu dikosongkan. #sumber
Share:

UMNO: Tindakan Kosongkan DUN Permainan Anwar !!

Share:

Panas: Sah, Anwar Ibrahim Calon PKR Di DUN Kajang !


PETALING JAYA, 28 Jan - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil yang akan diadakan nanti. "Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut. "...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya. Difahamkan, Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat ini. Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu, demikian menurut sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka berkata, Penasihat PKR itu akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar yang baru. Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi ADUN Selangor sebelum ambil alih kedudukan tersebut. Abdul Khalid yang kini berhadapan dengan tekanan kuat oleh partinya sendiri berhubung keputusannya dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu serbuan Jabatan Agama Islam (JAIS) dikatakan bersetuju dengan perubahan itu selepas adakan mesyuarat dengan Anwar pada Ahad lalu. #sumber
Share:

MB: Saya Boleh Undur Jika Pakatan Capai Konsensus


KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan pakatan pembangkang mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah berhubung perkara itu. Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada perbincangan dilakukan pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan. "Saya boleh berundur sekiranya pakatan pembangkang mencapai konsensus untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di sini, semalam. Buku itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor, dengan spekulasi Anwar bakal betanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kajang. Ini berikutan peletakan jawatan Anggota DUN Kajang Lee Chin Cheh hari ini. Mengulas peletakan jawatan Lee, Abdul Khalid berkata perkara itu sudah dijangka berikutan ura-ura mengenainya didengar sebelum ini. "Saya tidak terkejut dengan tindakan Adun (Lee) terbabit kerana ada mendengar mengenainya sebelum ini," katanya kepada media semalam. Bernama
Share:

Wan Muhammad Azri Nafi Beliau Adalah Papa Gomo !!


KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif dan Editor KL Pos Media & Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog 'Papa Gomo'. Beliau membuat penafian itu di Mahkamah Tinggi pada pendengaran kes saman Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya berhubung paparan video seks ketua pembangkang berkenaan dengan seorang lelaki. Wan Muhammad Azri, 31, juga menafikan beliau adalah penulis, penerbit dan penyebar artikel atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar dalam blog www.papagomo.com. "Saya tiada pengetahuan mengenai artikel-artikel itu dan imej-imej tersebut. Blog saya adalah Malayrights.blogspot.com dan bukannya 'Papa Gomo'," katanya ketika disoal peguam N.Surendran, yang mewakili Anwar. Bekas anggota polis itu turut memaklumkan mahkamah bahawa beliau pernah ditangkap, ditahan reman dan disoal siasat berhubung laporan polis terhadap blog 'Papa Gomo' sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Terdahulu, Anwar memaklumkan mahkamah bahawa perkataan yang dikeluarkan Wan Muhammad Azri dalam artikel berkenaan adalah fitnah dan penyiaran imej serta artikel dalam blog itu memberi kesan buruk terhadapnya sebagai seorang pemimpin politik. "Ia memberi kesan buruk terhadap persepsi rakyat Malaysia, terutama orang Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini, terhadap saya dan perkara seperti ini dipandang hina oleh masyarakat di negara ini, terutama masyarakat Melayu," katanya. Beliau berkata meskipun penyebaran artikel berkenaan menyaksikan majoriti undi kepadanya bertambah pada pilihan raya umum lepas, ia tetap memberi kesan negatif. Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. Perbicaraan di hadapan Hakim Rosilah Yop bersambung pada hari ini. Bernama
Share:

Noh Omar Mahu Debat 'Khalimah Allah' Di Teruskan !!


Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mahu debat isu kalimah ALLAH diteruskan, malah beliau sudah bersedia untuk mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Kecewa dengan pembatalan debat tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini, Noh berkata, beliau sudah melakukan pelbagai persediaan terutamanya berkaitan aspek perundangan berkaitan isu itu. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.