script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penoreh Getah Cedera Kena Tetak Di Sungai Temau !


KUALA LIPIS - Seorang penoreh getah cedera akibat ditetak seorang kenalan di rumahnya di Felcra Sungai Temau, kira-kira jam 5 petang, kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, ketika kejadian mangsa, Che Kob Daud, 54, sedang berehat sambil membaca surat khabar sebelum dikejutkan dengan kedatangan suspek yang bersenjatakan sebilah parang. “Mangsa cuba menenangkan suspek namun tidak berjaya. Suspek kemudiannya mengamuk sebelum bertindak melibas parang terbabit ke arah mangsa. “Mangsa cuba mengelak dan cuba merampas parang dari suspek namun suspek terus-terusan menyerang mangsa,” katanya, semalam. Abdul Razak berkata, isteri dan besan mangsa kemudiannya datang untuk membantu namun turut dicederakan oleh suspek. Menurutnya, setelah beberapa minit bergelut mangsa berjaya merampas parang dari tangan suspek sebelum bertindak menghubungi pihak polis. “Dalam pergelutan itu, Che Kob mengalami kecederaan di bahagian leher manakala isterinya cedera di bahagian tangan manakala besannya turut cedera di bahagian telinga. “Kesemua mangsa dan suspek di bawa ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan lanjut,” katanya. Abdul Razak berkata, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh pil kuda dan pihaknya akan menunggu keputusan penuh ujian air kencing. Menurutnya, kes disiasat ikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sebabkan kecederaan guna senjata atau pun benda berbahaya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.