KUANTAN - Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam satu kejadian di sini, kira-kira 4 tahun lalu.
Tertuduh, 20, mengaku bersalah terhadap kesalahan yang dilakukan ketika usianya baru 16 tahun.
Remaja berasal dari Medan Tok Sira di sini itu didakwa melakukan kesalahan tersebut antara jam 9 hingga 10.30 malam sejak 17 Ogos 2010 sebelum perbuatannya terbongkar pada 24 Ogos 2010.
Dia yang dikatakan mempunyai ikatan kekeluargaan dengan mangsa didakwa melakukan perbuatan itu di rumah kanak-kanak terbabit di Kampung Jawa, dekat sini sebelum ditangkap polis pada 27 Januari 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Remaja terbabit yang kini bekerja sebagai juruteknik mesin dandang agak bernasib baik kerana mahkamah mengambil kira kejadian berlaku ketika dia masih di bawah umur.
Majistret Jeeseca Daimis menetapkan 26 Februari depan sebagai tarikh sebutan laporan sosial.
Mahkamah perlu mengambil kira laporan sosial dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum menetapkan hukuman sewajarnya.
Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari membantah jaminan ke atas remaja terbabit sebaliknya dia perlu ditahan di penjara sehingga kes selesai.
Jesseca Daimis bagaimanapun membenarkan remaja terbabit membuat rayuan sekiranya berhasrat menjelaskan wang jaminan untuk bebas sementara sehingga tarikh sebutan yang ditetapkan.
Dalam rayuannya, remaja terbabit merayu agar mahkamah membenarkan ikat jamin memandangkan dia ada komitmen dengan pekerjaan sebagai juruteknik mesin dandang di sebuah kilang di Muadzam Shah.
“Saya juga kini menanggung keluarga termasuk emak yang mengalami masalah kesihatan selain adik yang masih bersekolah dengan pendapatan kira-kira RM900 sebulan,” rayunya.
Mengambil kira rayuan itu, Jesseca membenarkan remaja terbabit dikena ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bercagar. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
53 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan