KUANTAN, 28 Jan - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih profesional dalam menangani kemelut yang melanda politik parti itu di Selangor sekarang ini. Penyelarasnya, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata, apa yang jelas dapat dilihat Anwar selaku Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba mengeruhkan lagi keadaan yang berlaku. Banyak tindakan beliau (Anwar) dilihat lebih menjurus kepada sebelah pihak semata-mata, dan memberi tekanan kepada pihak yang lain. "Apa yang jelas, dalam isu Tan Sri Khalid dengan Azmin Ali sekarang, ialah Anwar wajar memanggil kedua-dua pemimpin itu duduk semeja secara empat mata, berbincang secara anak beranak tanpa berbalah sesama sendiri. Ini adalah isu dalaman PKR, kenapa perlu dihebohkan kepada media hingga memberi senjata kepada musuh untuk menyerang. Anwar banyak keluarkan kenyataan yang lebih berpihak kepada Azmin dalam banyak isu sebelum ini", kata Shukri. Beliau juga hairan, Anwar mendakwa dia berkecuali dalam menangani krisis dalaman parti namun sebaliknya yang berlaku. "Saya masih ingat ketika Azmin berbalah dengan Zaid Ibrahim ketika perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR (2010) yang lalu... Anwar mendakwa dia bebas dan berkecuali.. tapi sebaliknya dia usung Azmin ke hulu ke hilir semasa kempen Pilihanraya Kecil Batu Sapi di Sarawak... Tidak cukup dengan itu dia hentam Zaid kononnya suka buat kenyataan terbuka kepada media hingga menjejaskan nama baik PKR. Tapi anehnya, masa Azmin buat sidang media dia tidak pula menengur pemimpin itu.. sedangkan Azmin siap panggil media termasuk media arus perdana ke Ibu Pejabat PKR umum dia dapat sokongan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden ketika itu.. Inilah yang terjadi di Pahang ketika krisis Dato' Fauzi dan Azan Ismail.. Anwar bukannya cari jalan perdamaian kedua-dua pemimpin itu, sebaliknya tendang Azan ke Terengganu ketika dia masih lagi Ketua Cabang dan Ahli Parlimen Indera Mahkota", katanya.
Apa yang jelas menurut Shukri, Anwar memang "double standard" dalam isu yang melibatkan Azmin Ali. "Kenapa Anwar begitu sayangkan Azmin?. Cuba lihat dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini.. Azmin melenting bila namanya tidak ada dalam senarai yang dihantar oleh Presiden PKR (Dr.Wan Azizah Ismail) kepada Sultan Selangor... Dia buat sidang media dan hentam Azizah,, kata amalkan kronisme dan sebagainya. Anwar berani tegur?.. Walau pun yang dihentam oleh Azmin itu adalah isteri beliau sendiri... Apatah lagi bila Azmin hentam Tan Sri Khalid... Awalnya Azmin dakwa MB Selangor itu terlalu berjimat cermat hingga banyak masalah rakyat gagal diselesaikan termasuk isu jalan berlubang.. dia buat sidang media.. Anwar sokong.. Lepas tu bila Tan Sri Khalid umum kenaikkan gaji ADUN-ADUN Selangor... dia yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat di DUN Selangor.. awal-awal lagi hentam Khalid.. Walhal dia sepatutnya mencari jalan terbaik untuk menyokong daripada Khalid diserang oleh musuh (UMNO BN)... Peliknya Anwar juga menyokong Azmin dalam hal ini.. Dan terbaru, isu pemecatan Azmin daripada PKNS.. Tan Sri Khalid itu diputuskan oleh pihak PKNS sendiri dan dia tak masuk campur.. tiba-tiba Anwar keluarkan kenyataan mendakwa pemecatan Azmin tidak sah... Hingga keadaan jadi celaru dan huru hara di Selangor", kata Shukri lagi yang juga merupakan bekas calon PKR di Pahang pada PRU-12 lalu. Shukri juga mendakwa, dalam kekalutan melanda tiba-tiba Tan Sri Khalid lebih tertekan dengan perletakkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang (ADUN), Lee Chin Cheh itu secara tiba-tiba semalam.
"Saya pasti ini semua perancangan Anwar dan Azmin untuk terajang Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar. Anwar sepatutnya mencari jalan perdamaian dan tidak mengganggu pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan isu remeh temeh seperti ini, tapi yang jelas sikap gila kuasa dan tamak pemimpin tertentu menyebabkan kemelut ini melanda sejak sekian lama. Saya juga syak perletakkan jawatan ADUN Kajang pasti atas arahan pihak atasan, bagi memberi laluan Pilihanraya Kecil yang membolehkan beliau (Anwar) akhirnya melantik dirinya sebagai Menteri Besar Selangor sebab dia tahu rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terutamanya PAS tidak akan bersetuju jika Azmin dilantik jadi Menteri Besar. Ini semua permainan politik murahan daripada seorang pemimpin agung seperti Anwar sebenarnya. Skrip cukup mudah dibaca oleh rakyat.... Kerusi DUN Kajang dijadikan "game politik" untuk melempiaskan hawa nafsu pemimpin tertentu.... Ini satu pengkhianatan kepada pilihan rakyat di DUN Kajang.. mudah-mudah ada ADUN letak jawatan atas alasan dangkal demi kepentingan bersama kata ADUN terbabit.. Kepentingan bersama siapa? Kalau bukan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim?. Saya kesihan melihat rakyat Selangor terutamanya penyokong PAS yang terpaksa menyaksikan adengan memualkan ini berlaku didepan mata mereka... Dikala rakyat perlu dibela dengan berbagai isu yang melanda, tiba-tiba PKR berkecamuk dengan isu peribadi yang sungguh menjijikkan ini... Jangan nanti sampai rakyat hilang kepercayaan pula kepada Pakatan Rakyat atas apa yang terjadi. Baru perintah Selangor dua penggal PKR kini sudah bercelaru, macam mana dengan agenda perintah Malaysia selepas ini", tambah Shukri lagi.
[Krisis politik yang melanda Selangor sebenarnya tidak akan terjadi jika pemimpin yng tidak dipilih berlapang dada dan meneruskan agenda parti seperti biasa. Tapi masalahnya bila ada pemimpin yang terus mengidam untuk menjadi nombor satu, inilah akhirnya. Dulu, mereka menuduh Dr.Hasan Ali tergila-gila jawatan tersebut, kini ia terpalit kepada pemimpin dalaman parti sendiri. Ada saja yang terkena dilakukan oleh Menteri Besar Selangor seolah-olah mereka itu perfect belaka. Walhal, ramai dikalangan ahli PKR tahu tindakan-tindakan Azmin banyak mempengaruhi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR menyebabkan beliau menang besar pada pemilihan parti itu 2010 yang lalu. Nantikan pendedahan panas apakan modus operandi Azmin dalam hal ewal pemilihan parti ini. Kenapa banyak cabang di Selangor kecoh sampai baling-balik kerusi dan ada cabang yang dibatalkan keputusannya. Ini semua ada tindakan jahat pihak tertentu apabila melihat orang-orangnya kalah pada pemilihan dan supaya ia dijalankan semula dalam apa jua cara sekali pun. Berpolitik biarlah jujur dan tidak khianat kepada rakyat, jika depan rakyat kitalah heronnya tapi belakang rakyat kitalah juara untuk menentukan siapa yang harus dimenangkan dan dikalahkan. Tunggu pemilihan PKR 2014, apa yang akan berlaku selepas ini. Pasti adengan serupa akan terjadi].
Anwar perlu selesai isu Azmin-Tan Sri Khalid dengan lebih profesional
Menukar MB, apakah hubungan Tan Sri Khalid -Azmin boleh dipulihkan
Apa yang jelas menurut Shukri, Anwar memang "double standard" dalam isu yang melibatkan Azmin Ali. "Kenapa Anwar begitu sayangkan Azmin?. Cuba lihat dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini.. Azmin melenting bila namanya tidak ada dalam senarai yang dihantar oleh Presiden PKR (Dr.Wan Azizah Ismail) kepada Sultan Selangor... Dia buat sidang media dan hentam Azizah,, kata amalkan kronisme dan sebagainya. Anwar berani tegur?.. Walau pun yang dihentam oleh Azmin itu adalah isteri beliau sendiri... Apatah lagi bila Azmin hentam Tan Sri Khalid... Awalnya Azmin dakwa MB Selangor itu terlalu berjimat cermat hingga banyak masalah rakyat gagal diselesaikan termasuk isu jalan berlubang.. dia buat sidang media.. Anwar sokong.. Lepas tu bila Tan Sri Khalid umum kenaikkan gaji ADUN-ADUN Selangor... dia yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat di DUN Selangor.. awal-awal lagi hentam Khalid.. Walhal dia sepatutnya mencari jalan terbaik untuk menyokong daripada Khalid diserang oleh musuh (UMNO BN)... Peliknya Anwar juga menyokong Azmin dalam hal ini.. Dan terbaru, isu pemecatan Azmin daripada PKNS.. Tan Sri Khalid itu diputuskan oleh pihak PKNS sendiri dan dia tak masuk campur.. tiba-tiba Anwar keluarkan kenyataan mendakwa pemecatan Azmin tidak sah... Hingga keadaan jadi celaru dan huru hara di Selangor", kata Shukri lagi yang juga merupakan bekas calon PKR di Pahang pada PRU-12 lalu. Shukri juga mendakwa, dalam kekalutan melanda tiba-tiba Tan Sri Khalid lebih tertekan dengan perletakkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang (ADUN), Lee Chin Cheh itu secara tiba-tiba semalam.
Anwar patut bantu pentadbiran Tan Sri Khalid, bukan merobohkannya
Hubungan cukup erat dan mesra Anwar Azmin mengelirukan rakyat
"Saya pasti ini semua perancangan Anwar dan Azmin untuk terajang Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar. Anwar sepatutnya mencari jalan perdamaian dan tidak mengganggu pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan isu remeh temeh seperti ini, tapi yang jelas sikap gila kuasa dan tamak pemimpin tertentu menyebabkan kemelut ini melanda sejak sekian lama. Saya juga syak perletakkan jawatan ADUN Kajang pasti atas arahan pihak atasan, bagi memberi laluan Pilihanraya Kecil yang membolehkan beliau (Anwar) akhirnya melantik dirinya sebagai Menteri Besar Selangor sebab dia tahu rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terutamanya PAS tidak akan bersetuju jika Azmin dilantik jadi Menteri Besar. Ini semua permainan politik murahan daripada seorang pemimpin agung seperti Anwar sebenarnya. Skrip cukup mudah dibaca oleh rakyat.... Kerusi DUN Kajang dijadikan "game politik" untuk melempiaskan hawa nafsu pemimpin tertentu.... Ini satu pengkhianatan kepada pilihan rakyat di DUN Kajang.. mudah-mudah ada ADUN letak jawatan atas alasan dangkal demi kepentingan bersama kata ADUN terbabit.. Kepentingan bersama siapa? Kalau bukan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim?. Saya kesihan melihat rakyat Selangor terutamanya penyokong PAS yang terpaksa menyaksikan adengan memualkan ini berlaku didepan mata mereka... Dikala rakyat perlu dibela dengan berbagai isu yang melanda, tiba-tiba PKR berkecamuk dengan isu peribadi yang sungguh menjijikkan ini... Jangan nanti sampai rakyat hilang kepercayaan pula kepada Pakatan Rakyat atas apa yang terjadi. Baru perintah Selangor dua penggal PKR kini sudah bercelaru, macam mana dengan agenda perintah Malaysia selepas ini", tambah Shukri lagi.
Mana Anwar, ketika Azizah dihentam Azmin dalam isu Menteri Besar










Tiada ulasan:
Catat Ulasan