script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Pahang Bakal Dapat MB Baru Dalam Tahun Ini, Jika PM Najib Rombak Pentadbiran Pusat Dan Negeri

KUANTAN, 25 Jan - Dikala seluruh negara kini tertumpu kepada krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) antara Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali berkaitan isu jawatan Menteri Besar Selangor, namun di Pahang tidak kurang hebatnya. Kini heboh diperkatakan Menteri Besar Pahang akan bertukar pada tahun ini. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi, apabila ada pihak yang sudah mula berkempen untuk menaikkan wakil rakyat mereka sebagai Menteri Besar Pahang yang baru. Sebelum ini memang kedengaran Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) akan menamatkan karier Menteri Besar pada PRU-13 lalu. Namun, jangkaan itu meleset apabila beliau terus kekal bertanding di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dan bukannya kerusi Parlimen seperti yang diwar-warkan. Maknanya, Adnan masih kekal sebagai MB dan tidak mungkin dia berpindah ke pusat. Kecoh diperkatakan, Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak sendiri mahukan Menteri Besar baru di Pahang. Namun, nama yang dihantar tidak diperkenankan oleh Istana Pahang, walau pun calon berkenaan adalah orang kanan Najib. Difahamkan calon tersebut ialah ADUN Peramu Jaya (N21), Dato' Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali yang juga merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan Najib sendiri. Apapun, semua itu tidak menjadi kenyataan, apabila Adnan terus diangkat sebagai Menteri Besar Pahang atas perkenan Tuanku Sultan sendiri. Apapun, ada desas-desus mengatakan Adnan hanya diberi tempoh setahun sahaja bagi menyelesaikan kerja-kerja beliau di Wisma Sri Pahang, dan tempatnya akan digantikan dengan calon baru tahun ini. Soalnya, apakah dakwaan ini benar?. Atau sekadar khabar angin semata-mata?. Wartawan PDO cuba mendapatkan gambaran sebenar isu ini dan ternyata ia mungkin menjadi kenyataan berdasarkan senario politik semasa yang kini berlaku.

Tiga calon popular ganti Adnan, Bakar Harun, Sheikh Puzi dan Sharkar

Namun, sesuatu yang mengejutkan pasti akan terjadi apabila nama calon Najib iaitu Dato' Sheikh Mohamed Puzi kini terpaksa bersaing dengan dua calon lain iaitu Dato' Bakar Harun (ADUN Chini) dan Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin (ADUN Lanchang). Dua nama ini kini menjadi bualan kerana Sharkar adalah orang Adnan, manakala Bakar Harun pula khabarnya amat disenangi oleh pihak istana kerana dia adalah ADUN bagi kawasan parlimen di Pekan. Malah, daripada sumber-sumber yang oleh dipercayai cadangan untuk menukar Menteri Besar Pahang hanya akan dipersetujui oleh pihak istana jika calonnya adalah orang pilihan mereka. Sekiranya calon tersebut bukan orang pilihan istana, maka sudah pasti Adnan Yaakob akan tetap dikekalkan. Inilah yang merungsingkan Najib sekarang. Beliau perlu akur dengan istana kerana dia sendiri adalah Ahli Parlimen Pekan. Jika ini berlaku, sudah pasti orang kanan Najib, Sheikh Puzi akan terus menjadi ADUN biasa seperti sekarang. Ini amar merugikan masa depan politik beliau selepas meninggakan jawatan penting sebagai Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri itu sendiri. Kini, heboh juga diperkatakan ADUN Chini, Bakar Harun diarahkan belajar "Bahasa Inggeris" sebagai persediaan untuk mengambil alih jawatan MB dari Adnan. Maklumlah, Bakar hanyalah seorang peneroka Felda dan latar belakang pendidikannya tidakah sehebat calon lain. Jika ini berlaku, Pahang mungkin akan mencipta sejarah memiiki MB dari kalangan orang biasa (peneroka Felda). Apapun, segalanya ini masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan pada masa sekarang ini.

Bakar Harun amat disenangi oleh semua pihak termasuk golongan muda
Beliau juga dikatakan calon yang sesuai kerana lebih dekat dihati rakyat

[Soalnya, bagaimanakah pula dengan nasib Adnan Yaakob?. Menurut sumber, Adnan akan dilantik sebagai Senator untuk membolehkan beliau menjawat jawatan Menteri dalam rombakan kabinet yang akan dilakukan oleh Najib tidak lama lagi. Senario yang berlaku di Pahang kini semakin hangat apabila, ada pihak yang sudah mula mencanangkan Bakar Harun besar kemungkinan akan menggantikan Adnan dan bukannya Sheikh Puzi seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Apa pula dengan nasib Sharkar?. Beliau mungkin akan ke kabinet juga seperti Adnan, cuma portfolionya sahaja yang masih belum ditetapkan. Maka itu, tidak hairanlan Najib menarik Sharkar menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebagai persediaan ke arah itu. Politik Pahang kini semakin panas, apabila sayap muda parti itu bergolak gara-gara isu perlantikan jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri oleh Khairy Jamaluddin yang tidak dipersetujui oleh sebahagian besar Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Mereka menghantar memorandum dan membuat laporan polis serta media berhubung isu tersebut baru-baru ini. Adnan "play save" dalam hal ini apabila meminta Khairy menyelesaikannya, sedangkan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri Pahang dia sewajarnya memanggil kesemua Ketua Pemuda UMNO Bahagian untuk duduk berbincang dan memberi pandangan. Adnan seolah-olah tidak berani bersuara kerana Shahruddin Ahmad yang dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang adalah dari kawasan Parlimen Pekan, iaitu orang Najib. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini siapakah "MB Pahang yang baru"].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.