script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

148 'Keluarga Terlibat Banjir' Terima Bantuan KP1M !


KUANTAN - Sebanyak 148 keluarga di Taman Impian Perdana dan Taman Desa Bestari di sini yang terlibat dalam kejadian banjir awal bulan lalu menerima bantuan barangan keperluan sumbangan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di sini kelmarin. Majlis penyampaian bantuan berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud. Menurut Khairuddin, antara bantuan yang diberikan kepada mangsa terbabit adalah tilam, bantal, minyak masak dan dapur. "Bantuan tersebut diagihkan kepada penduduk terlibat bagi meringankan beban mereka berikutan hampir keseluruhan peralatan mereka rosak akibat bencana itu. "Memandangkan tilam dan bantal rosak akibat banjir, sumbangan ini diharap dapat mengurangkan beban mereka. "Apa yang penting adalah kita mahu memastikan semua rakyat yang terjejas akibat banjir menerima bantuan berkenaan tanpa mengira fahaman politik," katanya kepada pemberita di sini. Dalam pada itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman tersebut, Mohd. Radhillah Abdul Rahman berkata, banjir yang berlaku itu menyebabkan hampir kesemua kawasan taman tersebut ditenggelami air. "Terima kasih kepada KP1M kerana memberikan sumbangan ini yang sangat membantu penduduk di sini yang terjejas akibat bencana tersebut," kata beliau lagi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.