KUANTAN - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri mengeluarkan sebanyak 16 notis tunjuk sebab kepada peniaga hasil pemeriksaan ke atas 12,337 premis di seluruh negeri ini sempena Ops Harga 2014 yang dilancarkan baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, daripada pemeriksaan ke atas pemborong, peruncit dan pengusaha restoran serta medan selera itu mendapati kebanyakan kes berkaitan tanda harga dan menggunakan alat timbang tidak sah.
"Operasi yang dilaksanakan pada setiap hari dari pagi hingga malam bermula 1 Januari itu memfokuskan tiga perkara iaitu penandaan harga, pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan pemeriksaan alat penimbang dan sukat.
"Ops Harga 2014 ini menyasarkan lokasi seperti pasar basah, kedai runcit termasuk di restoran dan akan berterusan sehingga kita mendapati harga barangan kembali stabil," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi pemeriksaan di sebuah restoran di sini semalam.
Menurut Shahiruddin, peniaga yang diberikan notis perlu mengemukakan sebab dalam tempoh tujuh hari dan jika didapati bersalah akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.
"Sehingga semalam, penguat kuasa PPDNKK negeri telah mengenakan kompaun sebanyak RM5,300 dengan nilai rampasan bernilai RM28,285.
"Kesalahan tersebut dikenal pasti berlaku di beberapa daerah di negeri ini seperti Kuantan, Temerloh, Jerantut, Raub, Bera dan Rompin," jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, masyarakat perlu menyedari hak mereka sebagai pengguna dan harus bijak terutama membuat perbandingan harga, kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan sebelum membuat pembelian bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa peniaga yang tidak beretika.
"Peniaga jangan sesekali cuba ambil kesempatan dan pengguna juga perlu tahu hak mereka dengan bertanya mengenai harga dan buat perbandingan sebelum beli," jelasnya. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
54 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan