MARAN - Penahanan seorang pengedar dadah berjaya membongkar rahsianya memiliki tiga laras senapang buatan sendiri dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Huma Luas di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Supritendan Sulaiman A. Hamid berkata, dalam serbuan pukul 1.30 petang itu, polis merampas sebutir peluru berukuran .38, sebuah beg berisi bebola besi pelbagai saiz, tiga telefon bimbit, satu alat penimbang elektronik dan peralatan menghisap dadah.
Katanya, polis turut merampas sejumlah dadah daripada suspek berusia 32 tahun antaranya, satu tiub penyedut minuman dipercayai heroin, satu biji pil yaba, pil Eramin 5 dan tiga peket plastik disyaki syabu.
Tambah beliau, siasatan mendapati suspek yang juga penagih dadah mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Akta Senjata Api 1960.
"Suspek dipercayai membuat senapang menggunakan gas dan bebola besi bagi tujuan bersaing dengan kumpulan pengedar dadah.
"Kita bimbang senapang itu mungkin boleh dijual kepada pihak lain untuk jenayah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran di sini hari ini.
Sulaiman berkata, suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut selain disiasat bawah Seksyen 39A (2), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
#sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
52 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan