KUALA LUMPUR - PAS menempelak Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai mencemari tahaluf siyasi atau pakatan politik dalam kalangan pembangkang apabila bertindak merancang di sebalik tabir untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa berkata, pengumuman PKR yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertahankan DUN Kajang dibuat tanpa perbincangan dan kesepakatan antara Pas dan DAP.
Katanya, perkara itu boleh mengundang pengkhianatan seperti perjanjian Yahudi bersama Nabi Muhammmad SAW yang bermula dengan 'perancangan belakang tabir'.
"Sebagai contoh peperangan Bani Nadhir apabila kaum Yahudi melakukan perancangan belakang tabir untuk mengkhianati perjanjian atau kesepakatan dengan Islam.
"Mereka turut berkomplot untuk membunuh Rasulullah SAW., malah Yahudi Bani Nadhir itu sekali lagi melakukan perancangan sedemikian apabila bersepakat dengan musyrikin Makkah dalam Peperangan Ahzab, sedangkan dalam perjanjian bersama Islam telah melarang untuk bekerjasama dengan musuh kepada rakyat Madinah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan keras Norazli adalah senada dengan kata dua Jabatan Pilihan Dewan Pemuda PAS Pusat yang mahu ambik tindakan memboikot pilihan raya kecil DUN Kajang jika Chin Cheh gagal berikan alasan munasabah berhubung peletakan jawatannya Isnin lalu. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
57 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan