PEKAN - Sebanyak 44 pasang koleksi Tenun Pahang Diraja milik Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipamerkan di Galeri Tekstil, Muzium Sultan Abu Bakar.
Pameran anjuran Lembaga Muzium Negeri Pahang (LMNP) diadakan bermula 15 Januari hingga 31 Mac ini sempena mempromosikan pakaian dan muzium berkenaan khususnya.
Menariknya, pelancaran pameran itu disempurnakan oleh Puteri Benedikte dari Denmark baru-baru ini dalam acara yang cukup santai dan meriah.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, kehadiran Puteri Benedikte diharap dapat menarik minat lebih ramai pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke muzium berkenaan bagi melihat pelbagai koleksi menarik yang dipamerkan.
“Muzium Sultan Abu Bakar ini bukan sahaja mempamerkan koleksi Tenun Pahang Diraja tetapi pelbagai jenis kesenian, kebudayaan, kesultanan dan adat resam negeri ini.
“Puteri Benedikte sendiri begitu kagum dengan keunikan dan keaslian Tenun Diraja Pahang dalam lawatan kira-kira satu jam itu. Pameran ini diadakan sebagai salah satu daripada cabang kesenian busana tradisional yang harus dipelihara agar ia tidak pupus ditelah zaman,” katanya.
Sementara itu, Pengarah LMNP, Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal berkata, pameran itu menampilkan koleksi persalinan Tunku Azizah menggunakan kain Tenun Pahang Diraja dengan teknik ikat, teknik benang lurex dengan bermotifkan bunga cengkih, bunga pekan, tampuk manggis serta bunga tanjung.
“Persalinan itu direka khas oleh pereka tersohor negara, Rizalman Ibrahim yang menampilkan rekaan baju kurung moden kontemporari dengan tambahan manik, labuci dan jemeki.
“Kita amat berbangga apabila Tunku Azizah sudi berkongsi koleksi baginda termasuk yang masih belum dipakai,” katanya.
Beliau berkata, pameran ini turut diadakan bagi menghargai usaha Tunku Azizah dalam menjaga dan mengekalkan tradisi Tenun Pahang Diraja sehingga tercetusnya Institut Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Afzan yang jadi tarikan. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
59 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan