KUANTAN - Sebanyak 11 tapak pembinaan di sekitar daerah ini dikenakan kompaun kerana menyebabkan pembiakan jentik-jentik dan lima daripadanya turut mendapat notis seksyen 8 apabila membiarkan pembiakan aedes yang tinggi.
Tindakan itu diambil ketika Ops Gempur Aedes yang dijalankan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan ke atas 24 tapak pembinaan, di sini, semalam.
Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan, Dr.Amirullah Mohd Arshad berkata, tempoh tiga hari diberikan kepada lima premis berkenaan untuk menjalankan kerja pembersihan dan pemusnahan punca pembiakan aedes.
Menurutnya, jika gagal tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat yang mengendalikan projek bagi mengelak pembiakan aedes terus berleluasa.
“Antara lokasi yang kita periksa ialah tapak pembinaan di Balok, Taman Satelit, Lorong Air Putih, Tanjung Lumpur, Taman Serukun, Andora Peak, tapak projek Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan banyak lagi.
“11 tapak pembinaan dikenakan kompaun iaitu denda maksimum sehingga RM500 kerana terdapat punca pembiakan jentik-jentik di kawasan itu.
Manakala, lima lagi tapak pembinaan didapati menyebabkan pembiakan aedes yang agak tinggi dan diarahkan menjalankan kerja pembersihan serta pemusnahan serta-merta," katanya kepada pihak media selepas operasi tersebut. #selanjutnya
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
54 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan