KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya pemilihan beliau sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai usaha membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Ketua Pembangkang itu juga berkata, dakwaan bahawa beliau ke arah menggantikan kerusi Menteri Besar yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid itu hanya spekulasi.
"Itu hanya spekulasi, sekarang kita tumpukan kepada pilihanraya kecil yang akan datang.
"Tan Sri Khalid teruskan kerja dia sebagai Menteri Besar," jelas beliau pada sidang medianya.
Ketika ditanya bahawa timbul persepsi negatif sebahagian rakyat terhadap perletakaan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh kemudian disusuli pula pengumuman beliau bertanding, Anwar berkata keputusan itu perlu dilihat ke arah menambah baik perkhidmatan untuk rakyat.
"Tidak bangkit isu persepsi dari rakyat dari keputusan yang telah dibuat, ini merupakan peluang untuk kita buat lonjakan kepada rakyat," kata beliau.
Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PKR Selangor, Mohamad Azmin Ali menyambut baik keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
"Keputusan telah dibuat dan saya sambut baik keputusan dari pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
"Bagi PKR Selangor kita akan bermesyuarat bincangkan perkara tersebut bagi menghadapi pilihan raya kecil nanti," katanya kepada pihak media. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
54 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan