KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia tidak ada kena mengena dengan keputusan kerajaan Jepun menghalang pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata setiap negara mempunyai hak kedaulatan untuk menghalang sesiapa sahaja yang mereka fikirkan tidak diingini daripada memasuki negara mereka atas apa jua sebab.
"Dan selalunya, mereka tidak perlu memberi penjelasan mengenai keputusan yang diambil itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam kenyataannya semalam, Anwar berkata beliau dihalang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran.
Anifah menyifatkan dakwaan 'ada tangan tersembunyi' yang mungkin memainkan peranan dalam keputusan kerajaan Jepun itu sebagai sesuatu "yang tidak masuk akal" kerana sepanjang pengetahuannya, beliau tidak mempunyai kedudukan untuk mempengaruhi negara seperti Jepun supaya menyekat mana-mana individu daripada memasuki negara itu.
"Sebenarnya, saya berasa sungguh bertuah kerana selama ini saya sendiri tidak pernah tahu bahawa saya begitu berkuasa hingga boleh pengaruhi kerajaan Jepun," sindir Anifah ketika mengulas gesaan Anwar supaya Kementerian Luar memberi penjelasan perkara itu. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
54 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan