PETALING JAYA - Perbalahan antara kem Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali seakan tidak boleh diselindung lagi apabila Ahli Parlimen Gombak itu secara terbuka melepaskan kemarahannya terhadap bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.
Perseteruan antara kedua-dua belah pihak itu semakin memuncak akhir-akhir ini apabila tarikh pemilihan parti yang dijadualkan pada Februari atau Mac semakin hampir.
Menggunakan pentas media sosial di Twitter, Mohamed Azmin dengan terang 'menghentam' veteren PKR itu supaya tidak mencampuri urusan disebalik kontroversi pemecatannya daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Langkah Syed Husin untuk membela perbuatan Menteri Besar menghukum Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek yang dikaitkan menjadi punca berlakunya kontroversi ini ternyata tidak disenangi Mohamed Azmin."Harap dapatkan fakta yang berasas dan tepat sebelum membuat kenyataan terbuka," tegas Mohamed Azmin menerusi akaun Twitter miliknya.
Teguran terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu sebagai jawapan balas kepada twit Syed Husin sebelum itu yang menyalahkan Othman kerana membelakangkan Abdul Khalid selaku Pengerusi PKNS.
"GM PKNS buat dua kesalahan. Pertama hantar surat tamatkan Azmin. Kedua tarik balik surat itu. Dia tiada kuasa. Dakwa pula kerajaan arah, yang dinafi SUK," tulis Syed Husin.
Tidak cukup dengan itu, menerusi twit kedua Syed Husin, beliau turut persoalkan kredibiliti Othman yang kini sedang berhadapan siasatan dalaman. #selanjutnya
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
58 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan