script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peniaga "Langgar Peraturan" Di Heret Ke Mahkamah !


KUANTAN - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang tidak lagi memberi notis dan kompaun kepada peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sebaliknya terus mendakwa mereka di mahkamah. Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan peniaga yang melanggar peraturan di bawah akta ini. "Dalam Ops Harga 2 yang diadakan mulai hari ini kesemua peniaga yang didapati melanggar peraturan, kita akan heret mereka ke mahkamah, tiada lagi kompaun yang akan dikenakan. "Kita tidak mahu pengguna teraniaya apabila terpaksa membeli barangan dengan harga terlampau tinggi. Ini adalah hasrat kita untuk melihat semua pihak mendapat manfaatnya," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan Ops Harga 2 di Pasar Besar Kuantan di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah PPDNKK negeri, A. Aruwan Abdul Aziz dan timbalannya, Abdul Kadir Aljailani Mohd. Sharriff. Menurut beliau, antara kesalahan yang boleh didakwa di mahkamah adalah seperti menaikkan harga barangan, tiada tanda harga dan alat penimbang tidak menepati syarat ditetapkan. "Kita akan laksanakan Ops Harga 2 ini sepanjang masa dan mungkin setiap hari. Kita juga akan letak penguatkuasa PPDNKK berpakaian biasa di tempat-tempat tertentu," katanya. Selain itu, pihaknya melantik seorang Pembantu Hal Ehwal Pengguna di setiap daerah bagi memantau harga di kawasan mereka. #selanjutnya
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.