script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peruntukkan RM26j Setiap Tahun Perkasa Kelas KAFA


TEMERLOH - Sebanyak RM26 juta diperuntukkan setiap tahun bagi melaksanakan kegiatan dan pembangunan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negeri ini. Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Halimah Abdul Rahman berkata, peruntukan berkenaan disalurkan kepada 532 sekolah KAFA di negeri ini yang mempunyai sebanyak 60,000 orang murid. "Kelas KAFA Pahang kini semakin berkembang maju dan mempunyai masa depan yang cerah yang mana kini lebih baik berbanding dahulu dan sentiasa mendapat sambutan daripada ibu bapa. "Malah kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kepada kelas KAFA bagi meningkatkan mutu dan prestasi pembelajaran di sekolah berkenaan," katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Kuala Krau baru-baru ini.  Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohammad Jaafar. Menurut Halimah, peruntukan yang diberikan itu akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi pengajaran dan pembelajaran selain membayar gaji kira-kira 2,560 guru kelas berkenaan. Sementara itu katanya, JAIP akan terus memantau dan memberikan bantuan berterusan kepada kelas KAFA di negeri ini dari semasa ke semasa. Tambahnya, jabatan itu akan pastikan penubuhan kelas berkenaan mencapai matlamat dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada masyarakat Islam di negeri ini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.