script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penduduk Gesa Kerajaan Baiki Segera Tebing Runtuh


JERANTUT - Penduduk Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut melahirkan rasa bimbang mengenai kejadian tebing runtuh dan longgokan tanah di atas jalan raya menghala ke Lepar Utara berdekatan kawasan penempatan di tanah rancangan ini. Kejadian berkenaan sudah hampir sebulan berlaku ketika musim tengkujuh dan banjir melanda di beberapa kawan rendah tahun lepas yang mengundang ketidakselesaan penduduk berulang alik ke bandar Jerantut dan Bandar Tun Abdul Razak, Jengka. Untuk makluman pembaca Rakan Pahang, tanah runtuh di tebing menghala ke arah jalan raya kian menjadi-jadi berikutan hakisan selepas hujan. Hal ini mengundang kebimbangan penduduk menggunakan kenderaan termasuk motosikal ke tempat kerja di ladang dan kilang berdekatan apabila berselisih dengan kenderaan. Kebimbangan kami berasas kerana ada ketika kenderaan termasuk lori sawit dan lori balak terpaksa memasuki laluan bertentangan untuk mengelakkan longgokan tanah dan batu di atas jalan. Untuk makluman, struktur jalan berbukit berdekatan ladang sawit yang gelap mengganggu penglihatan dan juga menakutkan penduduk di sini dan pengguna jalan raya. Apatah lagi sekiranya ada dalam kalangan pemandu yang tidak sabar dan memandu secara tidak berhemah kerana ia boleh menyebabkan kemalangan pihak lain. Kejadian runtuhan tebing bersebelahan juga pernah berlaku pada pertengahan tahun lepas, tetapi telah dibaik pulih oleh kerajaan dengan membina penahan konkrit dan batu. Malangnya, apabila kerja membaik pulih itu selesai, muncul pula kejadian baharu apabila tebing bersebelahan runtuh ketika hujan lebat bulan lalu. #selanjutnya
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.