PETALING JAYA - Seorang penyanyi baharu iaitu Marinatasha berasa terhina diaibkan di hadapan kira-kira 100 tetamu selepas diarahkan turun daripada pentas ketika mahu mengadakan persembahan pada majlis makan malam sebuah syarikat hartanah gara-gara dia berhijab. Marinatasha atau nama sebenarnya Marinatasha Isnariah Mustaphar, 33, berkata, tindakan tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain ia berbaur rasis dan diskriminasi terhadap wanita bertudung. "Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon dan terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan turun apabila diminta berbuat demikian. "Bayangkan perasaan saya diperlakukan begitu hanya kerana pihak penganjur tidak suka penyanyi bertudung membuat persembahan pada acara itu," katanya. Marina ditemui pada sidang media yang dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di M-Cafe di sini, Selasa. Hadir sama Presiden Persatuan itu Datuk Freddie Fernandez. Marinatasha yang berpengalaman 12 tahun sebagai penyanyi profesional turut membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Kepong di sini pada 19 Januari lalu iaitu sehari selepas kejadian.Tambahnya, semasa mengadakan latihan bersama kumpulan pemuzik iaitu Rufus di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil syarikat itu turut hadir dan isu dia bertudung tidak pun ditimbulkan. #selanjutnya
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
54 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan