RAUB - Penduduk Taman Cheroh Murni di sini melahirkan rasa kesal dengan tindakan beberapa pemandu lori amang yang secara suka hati meletakkan kenderaan mereka di kawasan perumahan terbabit.
Kehadiran lori terbabit tidak hanya mengganggu ketenteraman penduduk, malah juga boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.
Ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Cheroh Murni, S Selvaras berkata, kejadian terbabit berlarutan sejak enam bulan lalu.
“Mereka meletakkan lori mereka sesuka hati. Pernah suatu ketika sehingga seminggu mereka berada di kawasan perumahan kami ini.
“Mereka meletakkan lori dari jalan masuk perumahan sehingga ke dalam. Malah ia diletakkan di kiri dan kanan bahu jalan,” katanya.
Menurutnya, kehadiran lori dianggarkan sebanyak 20 hingga 30 biji dalam satu hari itu menyekat pandangan pemandu untuk keluar dan masuk jalan.
“Pernah berlaku kejadian di mana salah seorang anak penduduk taman perumahan ini nyaris kemalangan kerana tidak nampak pandangan kereta yang melalui jalan utama akibat dihalang oleh lori yang diletakkan di simpang jalan keluar,” katanya.
Selvaras berkata, kehadiran lori terbabit juga menyebabkan pelajar sekolah sering tertinggal bas kerana tiada ruang untuk bas awam berhenti mengambil mereka.
“Anak-anak yang hendak ke sekolah terpaksa berdiri di tepi jalan untuk mendapatkan bas awam ke sekolah, ini boleh membahayakan nyawa mereka.
“Selain itu, kehadiran lori terbabit juga menyebabkan jalan di taman ini rosak dan mencemar udara kerana habuk terutama ketika cuaca panas,” katanya.
Selvaras mewakili penduduk taman terbabit mengharapkan keprihatinan pemandu lori supaya tidak meletakkan kenderaan sesuka hati mereka.
Difahamkan penduduk akan ambil tindakan dengan menghantar surat kepada pihak berkenaan. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
56 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan