KUANTAN - Tanda tanya kehilangan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) terjawab apabila mayatnya ditemui tersangkut di dalam longkang di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chun Ching, Tanah Putih, di sini, petang kelmarin.
Mayat Lim Kim Hau, 55, ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam longkang dipenuhi sampah kira-kira jam 7 petang oleh sekumpulan pelajar yang kebetulan melalui kawasan itu.
Bau busuk dari arah longkang tersebut mendorong kumpulan pelajar terbabit menghampiri kawasan itu sebelum ternampak mayat mangsa tertiarap bersama sampah sarap.
Penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis sebelum mayat diangkat keluar dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
Menurut adik mangsa, Lim Por Keong, 41, abangnya tidak pulang ke rumah sejak Selasa lalu selepas keluar dari rumah kakaknya di Bukit Setongkol di sini kira-kira jam 10 pagi hari itu.
“Dia selalu keluar dari rumah untuk berjalan-jalan sekitar bandar dan akan pulang selewat-lewatnya jam 9 malam.
“Bagaimanapun Selasa lalu dia langsung tidak pulang dan kami sekeluarga cuba mencarinya di sekitar bandar namun gagal,” katanya.
Por Keong berkata, susulan kehilangan abangnya, satu laporan polis di buat Balai Polis Kuantan kira-kira jam 11.30 malam hari yang sama kerana bimbang akan keselamatannya mangsa yang mengalami masalah lembam.
“Tadi (semalam) saya menerima panggilan daripada kakak beritahu berhubung penemuan mayat seorang lelaki di sini.
“Saya terus ke sini namun sepanjang perjalanan sentiasa berharap agar mayat itu bukan abang yang hilang,” katanya.
Harapannya musnah apabila hasil pengecaman ke atas mayat yang sudah kembung itu sah abangnya. #selanjutnya
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan