BENTONG - Kebanyakan peserta yang menyertai program Empower bertekad untuk memajukan diri dalam bidang diceburi sekiranya di beri lebih peluang.
Peserta, Radziah Adi, 46, berkata, dia gembira kerana dapat menyertai kursus pembuatan kuih tradisional dan masakan.
Menurutnya, pelbagai perkara baru dapat dipelajarinya memandangkan ia dikendalikan tenaga pengajar terlatih.
“Selepas sertai kursus, kemahiran sedia ada dapat ditingkatkan dan seterusnya berupaya menghasilkan pengeluaran produk yang lebih banyak bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.
Radziah berkata, namun dengan menggunakan peralatan terhad, permintaan berskala besar dari pelanggan tidak dapat ditunaikan.
Katanya, dia berharap agar bantuan peralatan dapat diberikan kepada peserta yang sertai kursus agar dapat tambah lagi pendapatan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup.
Sementara itu, P Sumarthi, 47, dia gembira kerana dapat gunakan ilmu yang dipelajari untuk tambahkan pendapatan keluarga.
Katanya, walaupun sebelum ini dia ada ambil tempahan dari rumah, namun sejak sertai kursus jumlah permintaan semakin bertambah.
“Apa yang diharapkan selepas ini, saya dan rakan-rakan dapat lebih maju dalam bidang masing-masing.
“Kini saya dalam proses sertai kelas jahitan pula sebagai salah satu cara tambah kemahiran serta jana pendapatan sampingan bantu keluarga,” katanya. #sumber
Lufthansa’s shares tumble after airline cuts outlook on Mideast war
-
The aviation group expects core profit of between US$2 billion and US$2.5
billion for 2026, after previously forecasting 'significantly' higher
earnings fo...
54 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan