script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sebelas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Negeri Pahang Gesa Khairy Tarik Balik Perlantikan Shahrudin Ahmad

KUALA LUMPUR, 22 Jan - Seramai sebelas orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Negeri Pahang telah mengadakan satu sidang media tergempar di Hotel Istana dekat sini petang semalam. Antara agenda utama mereka ialah membantah tindakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang telah melantik Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Shahruddin Ahmad sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang. Salah sorang wakil kumpulan terbabit, Muhammad Faiz Hashim berkata mereka amat kecewa kerana Khairy langsung tidak melayan dan mengendahkan memorandum yang telah dihantar kepada beliau sejak dua minggu yang lalu. Lantaran itulah mereka bersepakat untuk mengadakan sidang media bagi membantah secara rasmi tindakan Khairy yang melantik Ketua Pemuda UMNO Negeri tanpa melalui sokongan padu daripada majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagaian dari seluruh negeri Pahang. Menurut Faiz yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, antara lain mereka mahu Khairy menarik balik arahan perlantikan tersebut dan menyokong supaya Ketua Pemuda UMNO Bera iaitu Mohd Zoolihsan Ahmad diangkat sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang yang baru. Menurut Faiz lagi antara isi kandungan memorandum yang dihantar kepada khairy itu ialah Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebelum dilantik secara sedar dan penuh pasti berjanji dihadapan 10 orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di dalam satu perjumpaan awal di hotel yang sama di sini (Istana Hotel), menyatakan persetujuan bahawa Ketua Pemuda Bera sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri dan sekiranya Ketua Pemuda Bera tidak dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri  maka beliau atas semangat setiakawan dan perpaduan dengan sendiri akan menolak jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri. Justeru katanya Perlantikan Shahruddin sebagai Ketua Pemuda Negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ketua-ketua Pemuda Bahagian dan adalah lebih membimbangkan sekiranya perlantikan ini didasari oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan dan telah pun mencaturkan perlantikan Shahruddin sebenarnya.

Muhammad Faiz Hashim bercakap kepada media selepas majlis tersebut
Sebelas Ketua Pemuda UMNO terbabit tunjukkan memrondum buat Khairy itu

Katanya lagi, Shahruddin langsung tiada inisiatif uuntuk mencari jalan penyelesaian, mahupun mengadakan perjumpaan dengan semua Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian walaupun telah dinasihati oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian yang situasi ketika itu masih didalam pertimbangan agar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan (Shahruddin) sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri berjumpa seorang demi seorang memberi  penjelasan dalam menjernihkan kembali keadaan, namun nasihat yang diberi langsung tidak diendah. "Kami majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagian hilang kepercayaan kepada Shahruddin kerana beliau gagal mendengar pandangan dan suara akar umbi dan gagal memupuk kemesraan yg baik. Demi kelangsungan politik, perpaduan yang menyeluruh Pemuda UMNO Negeri Pahang, Kami majoriti 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian di Negeri Pahang, dengan ini secara sebulat suara menyokong penuh Zoolihsan selaku Ketua Pemuda Bera dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang yang baru. Keyakinan dan kepercayaan kami semua amat tinggi kepada Zoolihsan dalam memastikan pemuda pahang terus bersatu dan terus diupayakan", kata Faiz. "Kami juga majoriti 11 Ketua Pemuda Bahagian tidak akan menerima jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO  Negeri dan tidak akan menerima perlantikan mana mana Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang lain selain daripada Zoolihsan, Ketua Pemuda Bera. Kami amat yakin dengan kebijaksanaan YB Khairy Jamaludin sebagai Ketua Pemuda Malaysia akan memberikan pempertimbangkan sewajarnya Memorandum Kami ini demi Kebaikan Seluruh Pemuda UMNO Pahang", tambah Muhammad Faiz lagi.

Shahruddin ketika buat laporan polis pembangkang hina Perdana Menteri

[Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia sepatutnya mendengar suara akar umbi dan bukannya menggunakan kuasa veto beliau semata-mata untuk melantik mana-mana Ketua Pemuda UMNO Negeri. Jika tidak, pasti sesuatu yang lebih buruk akan berlaku sekiranya calon yang dilantik tidak mendapat sokongan padu daripada majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagian seperti ini. Difahamkan, hanya dua bahagian selain Pekan yang menyokong perlantikkan Shahruddin Ahmad sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang berbanding sebelah yang menolak perlantikan tersebut. Perubahan perlu dilakukan secara adil dan saksama agar perpaduan dan semangat setia kawan tetap wujud dalam parti. Jika berlaku krisis kepimpinan seperti ini, maka mana mungkin kerjasama yang terbaik dapat dilakukan. Ini akan memberi impak yang besar terhadap persediaan UMNO dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14. Oleh itu, Khairy perlulah dengar suara pihak lain sebelum buat apa jua keputusan yang boleh menimbulkan kontroversi].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.